Anda di halaman 1dari 16

NORAINI BANARAN HALIMAH ARIFIN SYIFFAH SALIN ZURAIDAH ABDULLAH SABTURIAH PADE NORLIZAH MOHAMAD

Kanak-kanak yang diasuh dengan cara yang baik dan selalu mendapat perhatian serta dorongan ibu bapa mereka akan mencapai prestasi yang lebih tinggi daripada kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian dan asuhan daripada ibu bapa yang berkenaan.

Ibu bapa merupakan pengaruh sosial yang besar terhadap pencapaian persekolahan anak- anak mereka. Aspirasi dan harapan ibu bapa terhadap masa depan anak-anak mereka memainkan peranan penting untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik mahupun bidang kokurikulum.

Dengan aspirasi dan harapan tinggi ibu bapa, anak-anak mereka dapat diasuh dengan sempurna. mereka sentiasa dibekalkan dengan pelbagai kemudahan seperti tempat belajar yang selesa, buku-buku rujukan, guru tuition dan sebagainya yang boleh membantu mereka mencapai persekolahan akademik yang cemerlang.

Guru besar/ pengetua memainkan peranan yang penting dan memberi pengaruh besar terhadap pencapaian persekolahan muridmurid.
Guru besar / pengetua yang mempunyai aspirasi tinggi akan berusaha bersungguhsungguh untuk meningkatkan pencapaian persekolahan murid-muridnya.

Seperti menjalankan tugas dengan sempurna, menguruskan sekolah dengan baik, kemas dan sistematik, berusaha menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan yang lengkap seperti membeli buku-buku rujukan untuk perpustakaan sekolah, menyediakan makmal sains, makmal bahasa, pusat sumber dan sebagainya untuk kemudahan murid-murid.

Guru-guru

yang berpengalaman dan berdedikasi akan boleh menyampaikan pelajaran kepada murid-murid dengan berkesan.
guru boleh mendorong muridmuridnya mencapai kejayaan.

Motivasi

Fungsi

utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan. Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seseorang manusia yang dapat berfikir secara kritis dan kreatif. Latihan bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor. Organisasi sekolah memainkan peranan penting dalam mengekalkan corak kehidupan dan kebudayaan yang dianggap baik dalam masyarakat sosial.

Sebagai

penyebar ilmu. Sebagai pembentuk sahsiah sesuai dengan norma dan nilai masyarakat. Sebagai pembentuk masyarakat penyayang. Sebagai role model untuk dicontohi murid dalam masyarakat. Sebagai penghubung di antara guru, ibu bapa, pegawai kerajaan dengan masyarakat. Sebagai penyumbang kepada masyarakat.

a)
b)

c)

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Merasiahkan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

d)

e)

f)

Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menunjukkan suatu cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Memelihara dan membaiki kecekapan ikhtisas melalui pengajian, penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar

a)
b)

c)

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumah tangga. Menggangap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah tangga atau mengenali anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

d)

e)

f)

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka, dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana. Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka. Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa mereka.

Guru

yang bertanggungjawab menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid, perlu memupuk sendiri segala aspek nilai budaya ilmu supaya menjadi teladan bagi murid-murid mencontohi seterusnya membentuk budaya ilmu sebagai ciri utama dalam kehidupan mereka. Sehubungan ini guru dan ibubapa hendaklah berkerjasama dengan memainkan peranan sebagai rakan-rakan sebaya untuk anak dan pelajar agar mereka menerima nasihat dan bimbingan dengan lebih berkesan lagi

Pengaruh

rakan-rakan sebaya adalah lebih berkesan daripada pengaruh orang lain.


itu,ibubapa dan guru haruslah berperanan dan kelihatan seperti rakan sebaya kepada pelajar agar mereka lebih mudah untuk mendekati dan menyelami hati mereka.

Oleh

Anda mungkin juga menyukai