Anda di halaman 1dari 12

Hubungan Sosialisasi Keluarga dengan Sekolah

Cara hidup kanak-kanak dan persekitaran tempat tinggal merupakan pengaruh sosial yang menentukan pencapaian persekolahan mereka . Kanak-kanak yang diasuh dengan baik , mendapat perhatian serta dorongan daripada ibu bapa akan mencapai prestasi yang lebih memberansangkan berbanding kanak-kanak yang kurang mendapat perhatian serta asuhan yang baik . Ibu bapa merupakan pengaruh sosial yang besar dan penting terhadap pencapaian persekolahan kanak-kanak . Aspirasi dan harapan ibu bapa terhadap masa depan kanak-kanak memainkan peranan penting untuk mendorong kanak-kanak supaya berusaha lebih giat lagi agar mencapai prestasi yang terbaik .

Perhubungan Keluarga dengan Sekolah

dapat ditinjau daripada perbandingan aspek aspirasi , nilai dan sikap di antara keluarga dengan sekolah . Sekiranya aspek-aspek ini mempunyai ciri-ciri persamaan , maka perhubungan di antara ibu bapa dengan pihak sekolah adalah baik. Sebaliknya, jika aspek aspirasi, nilai ataupun sikap ibu bapa bertentangan dengan pihak sekolah, maka perhubungan di antara ibu bapa dengan pihak sekolah adalah kurang erat dan berkemungkinan mempunyai konflik secara terbuka . Banyak masalah disiplin akan timbul jika murid-murid mewarisi aspirasi nilai dan sikap ibu bapa uang bertentang dengan pihak sekolah .

Peranan Guru Sebagai Agen Sosialisasi

Fungsi utama sekolah ialah untuk memberi pendidikan dan latihan . Pendidikan dianggap sebagai proses membentuk seorang manusia yang sanggup berfikir kritis dan mempunyai daya kreatif . Latihan pula bertujuan memberi kemahiran teknikal dan kegiatan psikomotor . Sekolah sebagai satu institusi masyarakat juga mementingkan perkembangan dan perubahan tingkah laku murid-murid mengikut nilai, norma dan kehendak masyarakat . Tidak ketinggalan juga, sekolah secara wajarnya mestilah mengajar kebudayaan kebangsaan seperti mencinta dan meluhurkan bendera negara, bahasa kebangsaan dan lagu kebangsaan .

Sehubungan ini, guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan sematamata, tetapi juga menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna dalam diri murid-murid . Oleh itu, guru di sekolah juga memainkan peranan sebagai agen sosialisasi dengan membawa perkembangan kualiti sosial murid mengikut arus perkembangan masa kini . Antara peranan guru sebagai agen sosialisasi adalah : penyebar ilmu kemasyarakatan pembentuk sahsiah Pembentuk masyrakat penyayang Role model untuk dicontohi murid dalam masyarakat Penghubung di antara guru, ibu bapa, pegawai kerajaan dengan masyarakat Penyumbang kepada masyarakat

Fungsi PIBG di Sekolah

Pertubuhan PIBG di peringkat sekolah adalah hasil pelaksanaan syor-syor berlandaskan Laporan Aziz yang diumumkan pada tahun 1971 . Fungsi utama PIBG ialah menjaga dan melindungi kebajikan pelajar-pelajar dan guru-guru, di samping memberi sumbangan untuk perkembangan sekolah . Fungsi PIBG ini dapat dilihat melalui kegiatan-kegiatan sosial, akademik dan kebajikan yang diusahakan mengikut garis panduan KPM .

Kegiatan-kegiatan sosial PIBG meliputi : Pungutan derma dari ibu bapa, orang kenamaan, syarikat dan firma untuk menjadi sumber kewangan persatuan . Menganjur kursus motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah dengan tujuan mewujudkan kesedaran mereka, demi meningkatkan keyakinan kendiri ke arah kejayaan cemerlang . Memberi sumbangan dalam bentuk peralatan . Menganjur Hari Terbuka dengan tujuan memberi peluang kepada para ibu bapa untuk datang ke sekolah dan mengadakan perbincangan . Menganjur lawatan sambil belajar . Menganjur jamuan makanan untuk guru-guru dalam Hari Guru dan jamuan lain . Menganjur projek bergotong-royong .

Kegiatan-kegiatan akademik PIBG meliputi : Menderma buku-buku ilmiah sebagai rujukan tambahan di perpustakaan . Menganjur kelas tambahan . Menjemput pensyarah, pakar guru, dan pemeriksa kertas jawapan untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan hal ehwal akademik . Menganjur kelas pemulihan bagi pelajar yang lemah dalam bidang pelajaran tertentu .

Kegiatan-kegiatan kebajikan PIBG meliputi : Membantu pelajar-pelajar kurang mampu . Menderma buku-buku latihan, kasut, pakaian sekolah, cermin mata dan menganjurkan projek pemakanan untuk pelajar-pelajar kurang berkemampuan . Menderma untuk pelajar-pelajar atau keluarganya yang ditimpa musibah . Membaiki tempat bekerja guru . Membaiki kemudahan-kemudahan dan menghiasi kawasan sekolah supaya meningkatkan iklim persekolahan yang lebih kondusif untuk aktivit P&P .

Anda mungkin juga menyukai