Anda di halaman 1dari 11

Peranan Kaunselor di Sekolah Menengah

Sekarang ini terdapat satu jawatan khas di sekolah menemgah iaitu Kaunselor. Kaunselor
berperanan dan bertanggungjawab dalam usaha mengembangkan segala potensi yang ada pada
seseorang pelajar itu semasa dia di sekolah. Di sekolah menengah bimbingan dan kaunseling
merupakan satu tanggungjawab yang besar yang perlu dimainperanankan oleh seseorang
Kaunselor.

Setiap rancangan pendidikan seharusnya beroperasi dengan andaian bahawa setiap penuntut
mestilah berusaha untuk mencapai perkembangan peribadi yang maksimum. Perkhidmatan
pendidikan mestilah mengiktiraf matlamat-matlamat peribadi setiap pelajar dan menolong
mereka membuat rumusan dengan jelas dan realistic. Dalam usaha memenuhi hak-hak pelajar
itu, mereka yang terlibat mungkin akan menghadapi beberapa masalah dan halangan.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang merupakan aktiviti yang tersusun akan menolong
pelajar meneliti, menilai dan memilih matlamat peribadi yang realistic serta memastikan
mencapai matlamat yang mereka perlukan.

Sebagai seorang Kaunselor di sekolah menengah, ia berperanan menyelaras semua aktiviti


bimbingan dan kaunseling dengan disokong bantu oleh aktiviti kurikulum dan
kokurikulum.Mengikut Kementerian Pendidikan Malaysia yang dicatatkan dalam buku Panduan
Perlaksanaan Khidmat Bimbingan dan Kaunseling di Sekolah ada menggariskan beberapa
prinsip. Antaranya, bimbingan dan kaunseling adalah merupakan proses pendidikan, nilai, sikap
dan tingkahlaku yang sesuai dengan masyarakat majmuk di Malaysia.

Perkhidmatan yang diberi kepada semua pelajar bagi mendapatkan peluang pertolongan khidmat
bimbingan ini tanpa mengira bangsa dan agama. Mereka berhak mendapat pertolongan ini
apabila mereka perlu terutama dalam masa-masa menuju proses perkembangannya. Mereka
dilayan untuk perkembangan potensi dan kebolehannya supaya berkembang dengan kadar yang
sepatutnya mengikut tahap-tahap dan perkembangannya.
Para pelajar akan dibantu memahami dirinya, diri orang lain dengan mendalam dan menerokai
tujuan hidupnya. Di samping menolong mereka memilih serta merancangkan hidupnya dengan
berkesan dengan berorientasikan masa depan dan masa kini. Oleh itu pelajar akan tegas diri,
boleh menyesuaikan diri serta memahami implikasi tindak-tanduknya masa kini dan masa
hadapan. Para pelajar diharap akan menyedari kelemahannya dan kemudian dibantu
mengukuhkan kekuatan-kekuatan kendirinya melalui aktiviti pencegahan.

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah menjadi tugas bersama terutama semasa
melaksanakan program dan aktiviti bimbingan di sekolah. Para guru, pihak sekolah, ibu bapa,
dan rakan-rakan sebaya patut berkerjasama. Maklumat yang banyak perlu disebarkan kepada
pelajar. Justeru itu Kaunselor hendaklah mengenal diri pelajarnya dari memahami pelajar itu
secara menyeluruh.

Beberapa yang perlu dikaji sebagai persediaan awal saya menghadapi tugas sebagai Kaunselor di
sekolah menengah seperti populasi di sekolah, perkembangan sedia ada kaunseling di sekolah
berkenaan, masalah-masalah terdapat di sekolah, apakah peranan yang boleh mainkan sebagai
Kaunselor dan kesan kehadirannya sebagai Kaunselor di sekolah tersebut.

Peranan yang boleh dimainkan sebagai seorang Kaunselor mestilah berlandaskan pengetahuan
bimbingan dan kaunseling yang tepat supaya mampu menangani masalah di sekolah dan berjaya
menghidupkan fungsi sebenar bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah. American
School Counselor Association (ASCA) telah menggariskan tanggungjawab professional
Kaunselor sekolah seperti berikut:

1. Menolong penuntut untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial
dan psikologi di tempat dia berada. Ini bermakna menolong penuntut untuk memahami
sikap, minat, bakat, kebolehan, peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri dan
hubungan-hubungan di antara yang tersebut di atas
2. Menolong penuntut untuk bertingkahlaku yang sesuai dengan bakat, minat, sikap,
kebolehan dan peluang untuk penyempurnaan kendiri.
3. Menolong penuntut mencapai keperluan untuk mengembangkan keupayaan membuat
keputusan sendiri.
4. Membantu semua kakitangan sekolah untuk memahami perlunya orang perseorangan dan
memberi maklumat tambahan dan bantuan perundingan untuk membantu supaya lebih
memahami lagi tentang penuntut.
5. Menentukan atau mempastikan pengaruh program sekolah ke atas pelajaran
perkembangan psiko-sosial penuntut dan menyampaikan maklumat untuk kakitangan
lain.
6. Memberitahu kakitangan yang lain tentang perubahan-perubahan yang signifikan di
sekolah yang member kesan dengan perkembangan yang berkaitan.
7. Membantu ibu bapa untuk memahami kemajuan pemgembangan anaknya, keperluan –
keperluannya dan peluang-peluang lain sekelilingnya; bertujuan untuk menambahkan
kebolehan member sumbangan kepada perkembangan anak mereka sendiri.
8. Membuat interpretasi kepada komuniti pentingnya hal bertimbang rasa untuk individu
dan member sumbangan kepada program kaunseling sekolah.
9. Membantu melancarkan di dalam masyarakat peluang-peluang lain yang perlu untuk
perkembangan penuntut.
10. Mengguna atau membantu melancarkan rekabentuk sumber-sumber masyarakat bagi
memenuhi segala keperluan penuntut yang ekstrem atau yang tidak lazim serta luar
tanggungjawab sekolah.
Populasi

Dari segi populasi warga sekolah menengah biasanya terdiri antara 800 hingga 2000 orang
pelajar. Bagi sekolah menengah gred A mempunyai lebih 1200 orang, 80 orang guru dan 10
orang kakitangan. Sementara sekolah menengah gred B pula pelajar dalam lingkungan 800 orang
hingga 1200 orang, guru 40 orang dan staf 6 orang. Pelajar sekolah menengah terdiri dari pelajar
yang meningkat remaja dari umur 13 hingga 19 tahun. Sekolah harian biasa atau asrama penuh
biasa mempunyai pelajar kedua jantina. Sekolah campuran atau satu jantina sahaja mempunyai
permasalahan tersendiri yang perlu diselesaikan oleh seseorang Kaunselor. Ini merupakan
cabaran kepada kaunselor kerana pelajar sekolah menengah ini merupakan pelajar remaja yang
mengalami perubahan psikologi yang mendadak menuju alam kedewasaan. Pelbagai masalah
wujud di kalangan pelajar, guru dan staf di sekolah menjadikan Kaunselor perlu berperanan
sebagai orang tengah dan pencipta keharmonian di sekolah.

Perkembangan Semasa Bimbingan Dan Kaunseling Di sekolah.

Langkah awal Kaunselor ialah mempastikan bimbingan dan kaunseling telah berjalan di sekolah.
Perlaksanaan bimbingan dan kaunseling telah berjalan atau belum, kemudahan bilik kaunseling ,
guru-guru kaunseling, jawatankuasa bimbingan dan kaunseling, pembimbingan rakan sebaya dan
tahap pengetahuan mengenai bimbingan dan kaunseling di sekolah tersebut. Selalunya di
sekolah menengah, bimbingan dan kaunseling sedia wujud tetapi Cuma pengurusan adakalanya
tidak sempurna kerana ketiadaan Kaunselor yang berkelayakan.

Mengenalpasti Masalah-Masalah Yang Wujud.


Kaunselor juga harus mengkaji masalah-masalah yang terdapat di sekolah supaya program
kaunseling yang diatur member manfaat kepada warga sekolah dan masyarakat sekitar.
Perancangan sesuatu program merupakan satu proses menentukan keperluan penerima. Di
sekolah keutamaan hendaklah diberi kepada usaha-usaha memenuhi keperluan pelajar,
disamping keperluan mereka yang mempunyai keperluan penting dalam masyarakat sekolah.
Untuk itu saya perlu mempunyai maklumat yang lengkap supaya program yang saya atur benar-
benar berkesan.
Pengumpulan maklumat
Penganalisisan maklumat perlu bagi dan penentu jenis keperluan bimbingan dan kaunseling di
sekolah. Sumber maklumat seperti kad 001 (M) , surat pekeliling pentadbiran dan polisi
kerajaan, profil guru-guru, inventori kemudahan sekolah, bahan-bahan bacaan dan rujukan, pakar
rujuk dan kejadian yang berlaku di sekitar.
Maklumat dikumpul secara pemerhatian, rujukan, tinjauan keperluan – meninjau pendapat
Pengetua, guru, pakar-pakar perancangan pendidikan, ibu bapa dan pelajar

Rancangan
Antara rancangan – rancangan aktiviti yang boleh dilakukan sebagai seorang Kaunselor di
sekolah menengah ialah :

A. Mengemaskinikan stuktur organisasi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di


sekolah. Dengan kerjasama pentadbir dan kemudahan kakitangan guru yang ramai di sekolah
menengah, Kaunselor akan menyusun organisasi bimbingan dan kaunseling seperti pelarasan
tugas dan pengendalian program bimbingan dan kaunseling di sekolah menengah di Malaysia.

B. Menggerakkan semua tenaga di sekolah. Sebagai kaunselor di sekolah menengah ia


berperanan menggerakkan semua tenaga pentadbir , guru, kakitangan sekolah dan pelajar sendiri
bagi menjayakan aktiviti bimbingan dan kaunseling di sekolah. Aktiviti bimbingan dan
kaunseling dapat berjalan dengan lancer sekiranya kaunselor mendapat kerjasama yang baik dari
semua pihak tersebut termasuk masyarakat luar sekolah dan ibu bapa. Jika pihak di atas tidak
memahami peranan masing-masing adalah menjadi tanggungjawab kaunselor untuk
menerangkan kepada mereka.

Pengetua adalah kunci utama dalam menentukan Berjaya atau gagalnya program bimbingan dan
kaunseling di sekolah. Pengetua bertanggungjawab memberi kepemimpinan yang berkesan ;
menyediakan kakitangan, peruntukan, kewangan dan kemudahan, menyokong guru-guru
mewujudkan program bimbingan dan menggalakkan pelajar menggunanya, dan memberi
maklumat kepada masyarakat tentang program ini melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru.
Kerjasama kaunselor dan pengetua lebih menjelaskan kepada warga sekolah atau masyarakat
fungsi bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Pembantu kaunselor ialah guru terlatih yang telah menerima pendedahan kaunseling . Bantuan
mereka adalah penting dalam melaksanakan program bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Mereka boleh melaksanakan tugas-tugas bagi membantu kaunselor seperti senarai di bawah :

1. Membantu mengendalikan inventori individu dan rekod.


2. membantu dalam perkhidmatan memberi maklumat.
3. Membantu dalam perkhidmatan bimbingan kelompok.
4. Membantu dalam perkhidmatan kaunseling.
5. Membantu dalam program perkhidmatan penempatan penuntut.
6. Membantu program pencegah salah guna dadah.
7. Membantu dalam perkhidmatan perundingan dan rujukan.
8. Membantu dalam perkhidmatan penyelarasan resos.
9. Membantu dalam perkhidmatan penilaian.
10. Menjadi guru penasihat Kelab Bimbingan.

Mereka juga membuat tugasan lain seperti membuat pesanan dan membuat stok bahan-bahan
bimbingan, membantu menghasilkan bahan-bahan bimbingan seperti poster-poster danmengurus
alat pandang dengar di bilik bimbingan jika ada. Ia dapat meringankan beban tugas kaunselor di
sekolah menengah.

Guru-guru lain di sekolah juga memainkan peranan penting dalam kegiatan bimbingan
yang sebenar di dalam kelas. Mereka selalu berada dalam situasi yang membolehkan wujudnya
hubungan yang erat dan mesra dengan pelajar. Hubungan guru yang lebih mesra di dalam kelas
membantu kaunselor menangani masalah pelajar dengan lebih berkesan dan menyeluruh.

Peranan Pembimbing Rakan Sebaya penting berdasarkan andaian psikologi remaja bahawa
anak-anak belasan tahun berpaling kepada kelompok sebaya untuk mendapat sokongan emosi.
Sebagai kaunselor saya perlu melibatkan pelajar yang dipilih diberi latihan untuk membantu
menggerakkan perkembangan diri yang berkesan dan sistematik di kalangan rakan-rakan serta
menolong mereka membina kemahiran menghadapi sebarang desakan. Pembimbing rakan
sebaya bukan individu yang memberi nasihat dan menyelesaikan masalah orang lain.
Dia adalah seorang pendengar yang peka dan menggunakan kemahiran-kemahiran
berkomunikasi untuk menolong rakan mereka.

C. Perkhidmatan Sebaran

Perkhidmatan ini merupakan satu proses atau tindakan mengiklankan sesuatu barangan atau
perkhidmatan. Tujuannya untuk membuat publisiti tentang barangan atau perkhidmatan tersebut
dengan harapan supaya masyarakat menggunakannya. Proses atau tindakan ini boleh
dilaksanakan melalui media bertulis, media elektronik dan secara lisan. Terdapat dua kaedah
untuk melaksanakan perkhidmatan sebaran di sekolah-sekolah.

1. Secara langsung atau bersemuka, melalui :


Ceramah , Perhimpunan Mingguan, Mesyuarat Guru, Persatuan Ibubapa Dan Guru(PIBG),
Majlis Bimbingan Daerah, Hubungan Personal dengan Ketua Kelas, Kelab Bimbingan dan
Kaunseling.

2. Secara tidak langsung atau bersemuka, melalui :


Poster, Risalah, Pameran, Majalah Sekolah, Kad-kad Perkhidmatan, Penerbitan-penerbitan Kelab
atau Persatuan, Radio Sekolah.

D. Menjalankan program-program bimbingan dan kaunseling yang terancang seperti


dibawah :

a. Bimbingan Perkembangan Personaliti – kaunselor berperanan menentukan agar pelajar


menanam perasaan dan kepercayaan bahawa dirinya berkebolehan dan dihargai. Kaunselor juga
bertanggungjawab menyebarkan maklumat tentang tingkat-tingkat perkembangan individu, dan
maklumat untuk memahami tingkah laku remaja. Program atau kursus motivasi, kemahiran
berkomunikasi dan perkembangan konsep kendiri dianjurkan.

b. Bimbingan dan Perkembangan Kerjaya - Kaunselor berperanan menyediakan pelajar dengan


dunia pekerjaan. Kaunselor menyusun dan melaksanakan program-program seperti kursus
kerjaya, lawatan kerjaya dan latihan temuduga untuk membolehkan pelajar mempelajari hal-hal
diri supaya pilihan bidang kerjaya yang sesuai dapat dibuat. Kaunselor bertanggungjawab
mengumpul maklumat berkenaan kerjaya serta peluang-peluang pengajian tinggi dan latihan
yang diperlukan.

c. Bimbingan dan Perkembangan Pembelajaran - Pelajar diberi bimbingan untuk menjaga


prestasi pencapaian akademiknya. Kaunselor perperanan memotivasikan pelajar-pelajar yang
kurang yakin tentang kebolehan diri, yang sengaja menggagalkan diri dan yang telah berputus
asa dengan pencapaian akademik mereka. Kaunselor juga berperanan dalam membimbing
pelajar memperoleh kemahiran belajar, cara-cara mengawal tekanan, kemahiran mengurus masa
dan teknik belajar berkesan dan menjawab peperiksaan. Kemah atau perkampungan akademik
biasanya dibuat di luar sekolah untuk memberi persekitaran yang lain kepada pelajar dan bukan
persekitaran sekolah yang mereka anggap membosankan.

d. Bimbingan Penyesuaian Diri – kaunselor berperanan memberi persediaan kepada pelajar


menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru. Minggu Siratulrahim diperkenalkan kepada
pelajar tingkatan satu selama seminggu dan Minggu Pengurusan kepada pelajar tingkatan empat.
Tujuannya supaya pelajar dapat menyesuaikan diri dengan sekolah, persekitaran, budaya dan
pelajaran-pelajaran baru.

e. BimbinganTingkah laku – kaunselor di sekolah menengah selalu dimintakan menyelasaikan


masalah disiplin pelajar. Pihak displin sekolah menolak pelajar yang melakukan kesalahan
displin berulangkali kepada kaunselor untuk diselesaikan. Melalui kaunseling individu atau
kelompok pelajar berkenaan diminta mengubah sikap mengikut peraturan sekolah.
f. Perkhidmatan Kaunseling – Kaunseling memberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling
secara individu atau kelompok. Ini bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami keadaan
dan memperolehi keupayaan untuk bertindak mengatasi ketidakselesaan yang dialaminya. Selain
itu juga perkhidmatan kaunseling juga memberi perkhidmatan pakar runding kepada guru-guru
yang sentiasa menghadapi isu-isu berkaitan dengan tingkahlaku pelajar, perhubungan pelajar dan
hal-hal perkembangan personaliti pelajar-pelajar di sekolah.

Aktiviti-aktiviti / Program Tahunan

Terdapat empat objektif am dalam menjalankan program yang saya rancang. Pertama memberi
khidmat penyuburan dan pengkayaan yang meliputi semua aspek seperti bakat, kepimpinan,
kemahiran, personality dan sebagainya. Objektif kedua pula ialah memberi khidmat pencegahan
seperti salahlaku, tidak berdisiplin dan penyalahgunaan dadah. Objektif ketiga ialah pembaikan
dan pemulihan seperti mengalami masalah peribadi, pelajaran dan sosial serta objektif terakhir
ialah memberi khidmat kaunseling krisis.

Program yang dirancang ialah :

1. Pendedahan Unit Bimbingan Kaunseling – memberi penerangan secara ringkas peranan unit
ini dan guru-guru yang terlibat. Tujuannya ialah supaya pelajar mengenali dan pengetahuan
peranan tersebut dan membolehkan mereka mendapat manfaatnya. Program ini dijalankan
semasa Minggu Orientasi Tingkatan Satu. Ibu bapa juga akan diberi taklimat dalam program ini.

2. Program Didikan Kasih dan Mesra- pengisian program ini ialah dengan memberi ceramag
agama , penerangan tentang akademik, permainan dan kaunseling dan permainan di padang. Ini
memupuk hubungan yang baik di antara guru dan pelajar-pelajar di samping mengembangkan
bakat pelajar.
3. Kaunseling Individu – menjalankan proses kaunseling kepada pelajar yang mempunyai
masalah sama ada mereka datang sendiri ataupun yang dirujuk oleh guru lain. Masa program ini
adalah berterusan sepanjang tahun.
4. Kaunseling Kelompok – menjalankan proses kaunseling secara berkelompok kerana
mempunyai masalah yang sama. Perkara yang umum dibincangkan ialah pemilihan aliran dan
elektif, hubungan dengan rakan sebaya, masalah pelajaran dan sebagainya.

5. Minggu Kerjaya – mempamerkan maklumat mengenai kerjaya seperti, kelayakan, tempat


latihan, prospek dan sebagainya. Faedahnya, pelajar mengetahui perkara yang seharusnya
mereka lakukan untuk mencapai kerjaya yang diidamkan.

6. Kempen Sekolahku Rumahku – Memupuk semangat cintakan sekolah. Ini menggalakkan


pelajar menjaga kebersihan, mengindahkan dengan pokok-pokok bunga dan mural, disamping
dapat mengurangkan sikap vandalisme seperti memecah meja dan kerusi, mencuri harta dan
merosakkan pagar sekolah.

7. Kegiatan Seni Anti Dadah – Membuat persembahan kebudayaan yang bertemakan anti
dadah. Contohnya ialah mengadakan pertandingan deklamasi sajak, boria,dikir barat, kuiz,
pertandingan melukis poster dan lain-lain.

8. Menyimpan rekod – menyelia dan menyimpan rekod peribadi pelajar untuk kegunaan
kaunselor, guru kelas dan pentadbir sekolah.

9. Program Motivasi PMR dan SPM – program yang dijalankan untuk membantu pelajar
menghadapi peperiksaan. Ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar akan
kepentingan peperiksaan dan tindakan yang sewajarnya mereka ambil untuk menghadapi
peperiksaan.

10. Bengkel Teknik Menjawab Soalan SPM – Mendedahkan kepada para pelajar teknik
menjawab soalan peperiksaan dengan betul.
11. Program Selepas PMR – Menjalankan pelbagai pertandingan seperti sukan dan permainan ,
pertandingan syarahan, nasyid, kuiz, deklamasi sajak ceramah teknik dan vokasional, kesihatan,
undang-undang jalanraya dan sebagainya.

Sebagaikaunselor seharusnya mengambilkira kaunseling merupakan satu perkhidmatan yang


professional, maka kaunselor haruslah mengikuti prinsip-prinsip dan etika tertentu semasa
berurusan dengan klien, guru-guru dan pentadbir.
Menurut Roeber, Smith dan Erickson (1955), panduan-panduan di bawah boleh digunakan oleh
kaunselor semasa menjalankan tugas mereka di sekolah.

Halangan-Halangan yang dihadapi

1. Keadaan bilik yang kurang kondusif.


2. Peralatan yang tidak mencukupi.
3. Kurangnya bahan rujukan.
4. Kewangan untuk mengadakan sesuatu program.
5. Persepsi pelajar terhadap Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Cadangan Mengatasi Halangan.

1. Pengubahsuaian bilik kaunseling


2. Melengkapkan keperluan peralatan dan menanbah bahan rujukan
3. Guru-guru harus merubah persepsi pelajar terhadap Unit Bimbingan dan Kaunseling
(mewujudkan fikiran yang positif)
4. Menyebarkan maklumat melalui poster,risalah, pameran, majalah sekolah, kad-kad
perkhidmatan, penerbitan kelab dan persatuan dan radio sekolah.

Anda mungkin juga menyukai