Anda di halaman 1dari 3

NAMA:MUHAMAD ZULFADZLE BIN FAUZI (M202069946)

KAJIAN KES DAN KONSEPTUALISASI


KES
Klien seorang wanita yang berumur 56 tahun.Telah berkahwin selama 33
tahun dan mempunyai 5 orang anak.Suami berusia 58 tahun dan baru
sahaja bersara. Suami tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami
dan bapa yang baik Suami mempunyai hubungan sulit dengan seorang
wanita lain. Suami gagal memberikan nafkah dan suka berjudi. Suami
tidak pernah memberikan perhatian dan kasih sayang pada anak-anak.
Klien merasa marah, kecewa, sedih dan sentiasa syak wasangka terhadap
suami. Prestasi kerja merosot dan urusan rumahtangga tidak dapat
dijalankan dengan baik Klien tidak ingin bercerai dan mengharapkan
suami berubah.Klien merasakan bahawa suami mesti menjalankan
tanggungjawab dengan baik dan setia. Sepanjang sesi klien dilihat tidak
bermaya, sedih dan muram. Percakapan agak perlahan dan tersekat-
sekat. Banyak menundukkan kepala apabila bercakap.

KONSEPTUALISASI
Analisis Kes:
 Seorang ibu yang berumur 56 tahun mempunyai 5orang cahaya mata selama
berkahwin dengan suaminya.
 Suaminya berumur 58 tahun dan dimaklumkan baru sahaja bersara daripada bekerja.
Peristiwa – A:
 Suami tidak menjalankan tanggungjawab sebagai suami dan bapa yang baik.
 Klien menyatakan bahawa suaminya mempunyai hubungan sulit dengan seorang
wanita lain.
 Suami gagal menjalankan tanggungjawab seperti nafkah dan suka berjudi.
 Suami tidak pernah memberikan perhatian dan kasih sayang pada anak-anak.
 Klien tidak mempunyai keinginan untuk bercerai.
Sistem kepercayaan – B:
 Klien tidak ingin bercerai dan mengharapkan suaminya akan sedar dan mesti berubah
kearah yang klien inginkan(baik).
 .Klien mengharapkan bahawa suami mesti menjalankan tanggungjawab bagi seorang
suami dan bapa dengan baik dan setia kepada keluarga.
Kesan (Consequences) – C;
 Klien merasa marah, kecewa, sedih dan sentiasa syak wasangka terhadap suami.
 Prestasi kerja yang semakin merosot serta urusan rumahtangga tidak dapat dijalankan
dengan baik.
 Klien didapati tidakbermaya, sedih dan muram pada sesi kaunseling. Percakapannya
agak perlahan dan tersekat-sekat dan banyak menundukkan kepala apabila bercakap.
Matlamat:
 Membantu klien untuk menukar emosi dan ketidakfungsian tingkah laku kepada
emosi dan tingkah laku yang sihat.
 Membantu klien dalam proses menerima unconditional self-acceptance dan
unconditional other acceptance. Klien menjadi lebih sedia menerima hakikat tentang
dirinya dan lebih menerima orang lain tanpa syarat.
 Membantu klien untuk mengubahsuai cara berfikir dengan lebih baik.
 Klien menjadi lebih sedia menerima hakikat tentang dirinya dan lebih menerima
orang lain tanpa syarat.
Pelan Rawatan dan Tindakan:
Pelan rawatan:
 Menjelaskan kepada klien bahawa klien telah membentuk beberapa kenyataan yang
tidak rasional seperti `patut’, `mesti’ dan pemikiran yang rigid.
 Menjelaskan yang klien telah membiarkan dirinya mengalami gangguan emosi akibat
berfikir secara tidak rasional dan logik.
 Membantu untuk membentuk falsafah hidup agar mampu menyerapkan sesuatu yang
tidak digemari dan tidak lmenjadi mangsa kepercayaan tidak rasional.
Tindakan:
 Membina hubungan terapeutik diantara klien dan kaunselor bagi menarik minat klien
bahawa kaunselor betul-betul ingin membantu menyelesaikan masalah dengan
menggunakan teknik DASS.
 Kaunselor mengaplikasikan kaedah kognitif dengan menggunakan segala kekuatan
aspek kognitif bagi menjelaskan kepada klien perkara yang menyebabkan emosi dan
tingkah laku klien terganggu.
 Kaunselor membimbing untuk memperbetulkan penyataan-penyataan dan
menggalakkan klien untuk membina falsafah diri berdasarkan realiti dengan:

a) Mencabar Kepercayaan Tidak Rasional


= Kaunselor mencabar kepercayaan tidak rasional klien supaya beliau tidak lagi
berfikiran sedemikan atau dapat mengurangkan ketegaran pemikiran yang tidak
rasionalnya.
b) Melaksanakan tugasan yang beroreintasikan kognitif
= Klien dikehehendaki membuat senarai masalahnya dan kenal pasti kepercayaan
yang rigid dan kaunselor mencabar kepercayaan berkenaan dengan melaksanakan
tugasan tertentu. Sebahagian tugasan adalah dengan aplikasikan teori A-B-C dengan
mengajar klien untuk berfikir berbeza dengan apa yang ada dalam pemikirannya., atau
menunjukkan contoh model yang bersesuaian.
c) Menukar Penyataan Atau Bahasa
= Membimbing klien untuk menukar bahasa yang digunakan seperti `mesti’,
`sepatutnya’ `sewajarnya’ kepada bahasa yang lebih bertolak ansur seperti ` lebih baik
sekiranya’ atau `saya lebih saya suka jika’.
d) Penggunaan Jenaka
= Kaunselor menggunakan teknik berjenaka dengan klien yang terbukti bersikap
terlalu serius dan rigid dalam pemikirannya. Penggunaan jenaka yang digunakan
kaunselor bersesuaian untuk mengurangkan ketegangan perasaan dan boleh
mengubah pemikiran klien yang kelihatan begitu rigid.
 Kaunselor juga mengaplikasikan kaedah emosi dengan menggunakan pelbagai teknik
menstrukturkan semula emosi klien agar dengan lahirnya emosi yang baik akan
membantunya bertingkah laku dengan lebih baik.Klien juga diajar untuk menerima
diri tanpa syarat,walaupun tingkah laku mereka sukar diterima, mereka diajar melihat
diri mereka sebagai orang yang baik.

Anda mungkin juga menyukai