Anda di halaman 1dari 2

Laporan Sesi Kaunseling

Nama Klien:
Imanina Binti Zuhan

Tarikh dan Masa Sesi Dijalankan:


12/12/2022
Jam 2 petang – 3 petang

No Telefon dan Alamat Perhubungan:


013-3549426
Taman Sri Setia (2),
Gong Badak,
21300 Kuala Terengganu

Subjektif

 Pada sesi ini, kaunselor hanya memulakan perbualan sosial dan sesi soal kenal di samping
bercerita tentang diri masing-masing.
 Berdasarkan cerita klien, bercerita tentang pengalaman baharunya sepanjang
pembelajaran secara bersemuka serta menduduki rumah sewa bersama rakan-rakan
baharunya.
 Pada mulanya, klien menceritakan kekecewaanya terhadap rakan serumahnya.
 Kemudiannya, perihal kekecewaan terhadap keluarganya terutamanya ayahnya. Klien
juga ada menyebut bahawasanya dia menghidap anxiety. Klien sekarang tidak senang
akan persekitarannya. Klien juga ada menyatakan pernah terdetik untuk berhenti belajar.
 Secara keseluruhan, perasaan klien semasa penceritaan ialah biasa sahaja berdasarkan
riak wajah klien. Ada yang senyum dan ada jugak yang sedikit kecewa.
 Berdasarkan cerita klien, pemikiran yang ditunjukkan oleh klien ialah beliau hanya
bercerita sahaja.
 Secara keseluruhan, nilai yang ditunjukkan klien ialah klien mudah mesra dengan keadaan
sekeliling sera sukar membuat keputusan sendiri.
 Kesedihan serta kekecewaan klien tidak ditunjukkan oleh klien secara lebih mendalam
krana klien hanya bercerita tentang kehidupan klien.
 Tuntasnya, klien menunjukkan perasaan yang agak teruja semasa dalam sesi kaunseling.

Objektif

 Tingkah laku klien yang dapat diperhatikan semasa sesi ialah pergerakan tangan dan
kepala yang sentiasa bergerak.
 Kekuatan masih tidak ditunjukkan kerana cerita klien hanya mengenai dirinya sahaja.

Penilaian

 Apa saya dapat nilai dan rumuskan pada sesi kaunseling yang pertama ini adalah saya
melihat bahawa klien merupakan seorang yang amat bersemangat dan kaunselor dapat
membina hubungan yang baik dengan klien.
 Klien juga menunjukkan kerjasama yang baik kepada kaunselor dan menanyakan
beberapa soalan kepada kaunselor sekiranya dirinya keliru berkenaan sesi kaunseling.
 Kaunselor yakin klien mampu bercerita mengenai isunya dengan sangat baik pada sesi
akan dating.

Perancangan

 Kaunselor perlu meneroka cerita klien dengan lebih mendalam untuk mengetahui perkara
yang dibimbangi klien.
 Kaunselor juga perlu membimbing klien dan matlamat kendiri.
 Sesi berikutnya akan dijalankan pada Tarikh 14 Disember 2022.

Nama Kaunselor:

Muhammad Irfan Bin Mohd Hasnan

Tandatangan Tarikh:

Disahkan 12 Disember 2022

Anda mungkin juga menyukai