Anda di halaman 1dari 29

WILLIAM GLASSER

Teori ini menegaskan bahawa manusia mempunyai kebebasan, ada pilihan dan bertanggungjawab terhadap pilihan tersebut. Berorientasikan tingkahlaku menyeluruh yang melibatkan komponen , , dan . Menekankan aspek tingkahlaku dan pemikiran klien. Tugas kaunselor adalah bertindak secara , , dan . Mengikat kontrak dengan klien dalam usaha klien untuk mengubah tingkahlakunya. Menolak konsep sakit jiwa yang dipelapori oleh Psikoanalisis. Teori ini bermula ketika Teori Pemusatan Klien, Existensial dan Gestalt sedang berkembang pesat. Menegaskan bahawa kita boleh membuat kawalan hidup secara berkesan jika kita bersedia berusaha untuk membentuk destinasi kita.

Diasaskan oleh Beliau dilahirkan pada tahun 1925 di Cleveland, Ohio Pada tahun 1944 mendapat ijazah pertama dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Case Institute of Technology Pada tahun 1948 mendapat ijazah sarjana dalam bidang Clinical Psychology dari Case Western Reserve University Pada tahun 1953 mendapat ijazah dalam bidang perubatan di universiti yang sama. Pada tahun 1956, menjadi ketua psikiatris di Ventura Schools For Girls iaitu sebuah institut yang merawat gadis-gadis yang rosak akhlak atau moral selama 12 tahun dan telah mempraktikan konsep asal Realiti Terapi Pada tahun 1964 menulis manuskrip Reality Therapy: A Realistic Approach To Young Offender

Pada tahun 1966 menerbitkan buku Reality Therapy : A New Approach To Psychiatry. Pada tahun 1969 menerbitkan buku School Without Failure Buku-buku lain adalah seperti The Identity Society (1972), Positive Addiction (1976), Control Theory In The Classroom (1986), The Quality School Teachers (1988) dan Unhappy Teenegers: Away For Parents & Teachers To Reach Them (2002). Beliau telah membuka dan menubuhkan Institute untuk Control Theory, Reality Therapy dan Quality Management.

Membantu klien untuk mencapai kebebasan @ autonomi dalam menentukan matlamat hidup tanpa bergantung kepada orang lain. Membantu klien menerima realiti dan berusaha merancang strategi utuk mencapai matlamat hidupnya yang lebih realistik. Membantu klien untk bertindak atau bertingkah laku dengan penuh tanggungjawab secara realiti dalam mencapai matlamat hidupnya (Klien sendiri yang menentukan apa yang baik untuk dirinya). Membantu klien memperjelaskan apa yang mereka mahu dalam hidup dan membantu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri serta sokongan yang ada di sekeliling mereka dan halanganhalangan yang wujud agar klien lebih mantap dari segi psikologi dan lebih rasional dalam mengambil sesuatu tindakan.

Menurut Glasser, terdapat tiga andaian terhadap kejadian manusia berdasarkan terapi realiti. Antaranya ialah:Manusia berfungsi pada tahap atau keadaan kesedaran tanpa dipengaruhi oleh kuasa tidak sedar.

1.

2.

Individu mampu menentukan dirinya sendiri dan mengawal diri.

3.

Dalam diri manusia terdapat dorongan yang sihat.

DORONGAN

Merupakan suatu keperluan asas kepada manusia seperti makan, minum dan tidur

Rasa Kepunyaan (belonging) Kuasa (power) Kebebasan (freedom) Keseronokan (fun)

Terapi realiti menolak konsep sakit jiwa dan kerana itu ia tidak langsung memberikan perhatian atau fokus kepada dianogsis jiwa. Terapi realiti memberi fokus kepada tingkah laku dan tidak kepada perasaan dan sikap. Menumpukan perhatiannya kepada peristiwaperistiwa yang berlaku ke atas klien pada masa kini.

Terapi realiti juga menekankan aspek-aspek positif seperti potensi individu, kejayaan, kelebihan serta kualiti positif yang ada pada individu tersebut. Menggalakkan klien untuk meneliti dan menilai tingkah lakunya sama ada yang positif atau negatif. Terapi realiti tidak menekankan pemindahan (transferens).

Terapi realiti menekankan kepada aspek sedar personaliti dan tidak menekankan aspek tidak sedar.

Terapi realiti tidak menggunakan denda atau dera sebagai suatu alat untuk mengawal atau mengubah tingkah laku kerana yakin bahawa denda atau dera bukanlah alat yang berkesan untuk mengubah tingkah laku sendiri. Terapi realiti menekankan tanggungjawab yang bagi Glasser ditakrifkan sebagai kebolehan memenuhi keperluan seseorang dan melakukan tindakantindakan yang menyekat atau menghalang orang lain daripada kebolehan mereka memenuhi keperluan mereka sendiri.

Terapi realiti menekankan bahawa di dalam mempelajari tanggungjawab itu, individu hendaklah sentiasa menilai tingkah lakunya sendiri ataupun meminta orang lain menilainya.

Mewujudkan perhubungan yang terbuka, mesra, akrab dan jujur dengan klien Menumpukan kepada tindakan (apa yang dibuat oleh klien) lebih daripada fikiran dan perasaan klien Menumpukan kepada tingkah laku sekarang Mengenalpasti jurang di antara tindakan klien dengan keperluan- keperluan dan nilai-nilainya Membimbing klien untuk menilai diri sendiri tingkah lakunya dan membuat keputusan tentang tingkah laku yang harus diubah Memastikan klien bertanggungjawab dengan pilihan dan akibat pilihan itu

WDEP merupakan akronim strategi dalam realiti terapi yang digunakan oleh kaunselor dalam membant klien. Dalam konsep realiti terapi berasaskan WDEP seorang kaunselor boleh membantu klien berasaskan keperluan diri klien tersebut. = ants (Exploring wants, need & perceptions) = irection & Doing = valuation = lanning & Action

Melalui kemahiran menyoal oleh kaunselor, klien digalakkan untuk mengenalpasti, mentakrif serta menghalusi bagaimana untuk mereka memenuhi kehendak mereka. Contoh soalan: 1. Jika anda diberi peluang untuk menjadi seseorang, jenis orang bagaimanakah yang anda ingin jadi? 2. Adakah anda benar-benar ingin mengubah hidup anda?

Mengalakkan tingkahlaku semasa dan bukannya pengalaman masa lampau. Bentuk soalan adalah seperti: 1. Apakah yang sedang anda buat sekarang? 2. Apakah yang anda akan buat esok? Walaupun masalah klien berakar umbi daripada pengalaman masa lampau namun mereka perlu belajar untuk mengatasi masalah tersebut pada masa kini.

Kaunselor akan menggunakan soalan tertentu bagi menilai tingkahlaku klien sama ada ianya membantu klien ke arah yang lebih baik atau sebaliknya. Antara soalan-soalan tersebut ialah: 1. Adakah apa yang sedang anda lakukan sekarang membantu atau tidak? 2. Adakah apa yang sedang anda buat sekarang melanggar peraturan?

Apabila klien membuat keputusan untuk berubah, mereka lebih cenderung untuk meneroka tingkahlaku yang lebih baik dan merancang pelan tindakan bagi membuat perubahan tersebut.

Sekiranya pelan itu tidak berjaya, maka kaunselor dan klien boleh sentiasa merancang plan atau tindakan baru. Pelan dan tindakan tersebut juga boleh diubah mengikut kesesuaian dan keperluan klien tersebut.

KONFRONTASI Kaunselor akan mencabar klien tanpa membenarkan klien

memberikan alasan-alasan tertentu. Situasi ini dapat memberikan


respons kepada klien memikirkan tentang dirinya secara realistik MAIN PERANAN Kaunselor akan menggunakan komunikasi dalam main peranan bersama klien. Kaunselor akan memberikan penekanan pada di sini dan pada ketika ini dan elakkan daripada memberi penumpuan kepada peristiwa-peristiwa yang lampau dan perasaan perasaan yang tidak baik

PENGLIBATAN Kaunselor harus melibatkan diri dengan klien dalam

usaha mencari arah tuju kehidupan atau mencari


jalan yang baru bagi mencapai kehidupan klien yang lebih berjaya dan bermakna KELUCUAN Kaunselor akan bersikap lucu dan tidak terlalu serius

dengan tujuan untuk meringankan tekanan atau


bebanan yang dihadapi oleh klien

KONTRAK (PERJANJIAN) Sekiranya perlu perjanjian itu boleh dilakukan dalam bentuk tulisan dan ditandatangani oleh klien. Dalam perjanjian terdapat peraturan-peraturan tertentu maka dalam membuat peraturan tersebut klien melibatkan diri dengan kaunselor. Kaunselor juga perlu menyemak kemajuan klien dan berikan pujian mengikut situasi yang perlu. Sekiranya rancangan yang dirancang agak sukar dilaksanakan maka perlu buat rancangan yang baru. Bagi pihak klien, kegagalan rancangan tersebut tidak perlu dihukum atau didenda.

KETERLIBATAN Bina hubungan baik antara kaunselor dengan klien. Kaunselor mempunyai empati terhadap klien, mesra dan memberi perhatian kepada klien. FOKUS KEPADA TINGKAH LAKU SEMASA Menumpukan tingkah laku semasa klien. Tingkah laku lebih mudah diperbetulkan berbanding emosi.

MEMBANTU KLIEN MENILAI DAN MEMPERTIMBANGKAN TINGKAH LAKU MEREKA. Klien diberikan tanggunggjawab menilai tingkah laku sendiri. - klien kenal pasti apa tingkah laku yg dilakukan menjadi penyebab kepada masalah yg dihadapi. - klien menilai tingkah laku tersebut. - klien menentukan apa yg mesti dilakukan utk memulakan tingkah laku yg baru. Kaunselor sebagai peransang dan memberi panduan kepada klien.

MEMBUAT PELAN Membantu klien supaya lebih jelas dengan tindakan yang akan diambil. Membuat jadual tingkah laku atau kontrak. Sebagai peringatan atau simbolik kepada perubahan tingkah laku yang klien lakukan. KOMITMEN Memotivasi dan menggalak klien untuk langkah perubahan yang diambil.

TIDAK MENERIMA SEBARANG ALASAN Kaunselor tidak menerima sebarang alasan klien jika klien tidak dapat melaksanakan pelannya. Klien diminta membuat pelan atau komitmen yang baru. PENGHAPUSAN HUKUMAN Hukuman tidak tersenarai dlm teori ini. Glasser (1972) percaya bahawa hukuman memutuskan penglibatan klien untuk berjaya mengubah tingkah laku.

TIDAK BERPUTUS ASA Apabila kaunselor berputus asa, ia akan mempengaruhi penglibatan klien dalam sesi kaunseling yang dijalankan.

Kebaikan terapi ini ialah fokus dalam jangka pendek dan

menangani masalah tingkah laku secara sedar.


Celik akal dan kesedaran tidak mencukupi, penilaian

kendiri klien, pelan tindakan dan komitmen klien adalah faktor utama dalam sesi rawatan.
Kaunselor tidak menerima alasan klien dan mengelak

memberi hukuman serta menyalahkan klien.


Kedua-dua klien & kaunselor boleh mengukur tahap dan

bentuk perubahan.

Tidak memberi penekanan terhadap bahagian tidak sedar, kuasa masa lalu, kesan pengalaman trauma, nilai terapeutik mimpi dan faktor pemindahan. Cenderung memfokus kepada tingkah laku sahaja.

Secara keseluruhannya, Terapi Realiti melibatkan perubahan tingkah laku klien, kebolehan klien membuat keputusan dengan lebih baik, meningkatkan mutu kehidupan dan memberi kepuasan yang berkesan terhadap keperluan psikologikal klien.

Anda mungkin juga menyukai