Anda di halaman 1dari 4

Model Brammer

Menurut Brammer ( 1999), menyatakan bahawa proses kaunseling mempunyi lapan peringkat, iaitu tiga fasa. Fasa pertama ialah sebelum proses kunseling iaitu peringkat pra persediaan, fasa kedua pula ialah semasa proses kaunseling ( peringkat penyediaan, kemasukan, penetapan/penjelasan, menstruktur perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan oerancangan ) manakala fasa ketiga ialah selepas proses kaunseling iaitu peringkat penamatan. Fasa 1: Dalam peringkat ini, perkara-perkara yang perlu dititik beratkan oleh kaunselor adalah mengkaji latar belakang klien. Segala maklumat peribadi klien harus dikumpul secara teratur dan sistematik untuk memudahkan kaunselor tersebut memhami persoalan sebenar kliennya. Ditahap ini kaunselor tersebut perlu membentuk hubungan yang baik dengan klien dan seterusnya member pertolongan. Pada awal sesi, kaunselor tersebut haruslah menjadikan klien lebih selesa sepanjang sesi tersebut. Kaunselor tersebut perlu menyatakan tujuan pertemuan dengan jelas dan menunjukkan perlakuan yang sentiasa pihatin dan sedia membantu klien. Dua komponen penting yang perlu diambil kira dalam tahap ini ialah: 1.Tempat sesi kaunseling dijalankan Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor haruslah memikirkan dan menyediakan tempat serta menentukan masa yang sesuia untuk berbincang bagi mengelakkan sebarang gangguan semasa sesi berlangsung. Tempat yang selesa dan menarik akan menggalakkan klien tersebut merasa selesa untuk menghadiri sesi kaunseling dan seterusnya sesi tersebut dapat dijalankan dengan jayanya. 2. Tahap kemampuan kaunselor dengan klien Sebelum memulakan sesi kaunseling, kaunselor perlu mengambil kira tahap kemampuan sama ada dirinya mahupun klien. Sebagai contoh, kaunselor yanag kelihatan letih akan menimbulkan rasa kurang yakin klien terhadap kaunselor. Selain itu, kaunselor harus peka pada tahap kemampuan klien. Klien juga mungkin kelihatan lemah ataupun tidak member kerjasama semasa sesi berlangsung. Dengan ini, tahap kemampuan kedua-dua pihak ini harus dititik beratkan sebelum memulakan sesi agar proses kaunseling dapat diajalankan dengan lancar. Apabila kaunselor denagn klien masing-masing bersedia untuk memulakan sesi, persetujuan antara kedua-dua pihak adalah diperlukan bagi memulakan proses kaunseling. Seperti yang dikatakan oleh Brammer pada tahun 1973, menganggap persetujuan ini adalah sebagai satu kontrak antara kaunselor dengan klien serta sebagai

tanda persetujuan untuk memulakan sesuatu proses kaunseling. Persetujuan antara kontrak ini, akan berubah paa bila-bila masa mengikut kehendak dan keadaan klien itu sendiri. Fasa 2 : semasa proses kaunseling Setelah memastikan peringkat pra persediaan berjalan dengan lancar, perkhidmatan kaunselor boleh memasuki fasa kedua iaitu, semasa proses kaunseling. Dalam fasa ini, beberapa peringkat terlibat iaitu peringkat penyediaan dan kemasukan, penetapan, penstrukturan, perhubungan, penerokaan, pengukuhan dan perancangan. 1. Peringkat penyediaan dan kemasukan Di tahap ini, temubual secara minima antara kaunselor dank lien akan berlaku. Sewaktu memulakan temubual, seseorang kaunselor itu hendaklah menggunakan soalan-soalan yang menakutkan serta mempamerkan perlakuan seperti ingin membantu. Umpamanya perbuatan pertentangan mata dan kedudukan tubuh badan kaunselor tersebut hendaklah disesuaikan. Jarak kedudukan antara kaunselor dank lien juga perlu diberi perhatian bagi memudahkan proses komunikasi. Tambahan daripada itu, keadaan tempat juga merupakan satu perkara penting dalam permulaan hun=bungan anatara klien dan kaunselor. Ini amat penting kerana suasana bilik yang tenang akan memberangsangakan serta menggalakkan klien untuk meluahkan perasaannya. 2. Peringkat penetapan/penjelasan

Pada peringkat ini kaunselor akan cuba mendapatkan gambaran yang jelas tentang persoalan serta permasalahan yang dihadapi oleh klien serta menentukan matlamat kaunseling yang diperlukan mengikut kehendak klien. Biasanya dua cara boleh digunakan iaitu: i. Jika klien mudah bercakap dan meluahkan perasaan kaunselor akan terus mendorong klien untuk terus bercerita ii. Jika klien tersebut sukar untuk bercerita, maka kaunselor hendaklah bijak mengemukakan soalan-soalan yang terbuka agar menggalakkan klien tersebut untuk bercerita. Kaunselor hendaklah mengelakkan pendekatan soal selidik kepada klien kerana ini akan menyebabkan klien terasa terancam dan takut. Kaunselor haruslah mahir menggunakan pendekatan psikologi yang boleh menimbulkan suasana selesa, kasih sayang, hormat dan terbuka. Kaunselor juga hendaklah menunjukkan sifat-sifat seorang pendengar yang baik dan kritikal serta membantu kllien jika menghadapi keadaan tersekat-sekat sewaktu meluahkan pengalaman dan perasaan. Kaunselor juga harus menggalakkan klien untuk

menghurai dan menentukan penyataannya tentang bentuk dan jenis pertolongna yang dikehendaki. Di tahap ini kaunselor juga harus mengamati dan menentukan siapa yang sedang menghadapi permasalah tersebuat iaitu sama ada diri klien itu sendiri ataupun melibatkan diri orang lain. Kaunselor juga harus mencungkil kehendak sebenar kllien dan menetapkan matlamat sebenar klien. 3. Peringkat penstrukturan

Diperingkat ini kaunselor dank lien akan menetakan sama ada hubungan mereka ini boleh diteruskan atau tidak. Kaunselor harus menilai dirinya sendiri sama ada beliau berkemahiran membantu klien, memenuhi hahrapan, berasa selesa dengan klien tersebut dan selanjutnya perlu atau tidak mengadakan kontrak kaunseling dengan klien. Bagi pihak klien perlu memnetukan sama ada kaunselor tersebut boleh dipercayai atau tidak dan bersediakah klien melibatkan diri serta menerima syarat-syarat yang dikenakan oleh kaunselor. Tahap penstruturan ini kaan menentukan sifat, batasana dan matlamat perhubungan menolong. Kontrak kaunseling kan dibuat pada peringkat ini iaitu persetujuan antara kaunselor dank klien bagi berusaha mencapai matalamat yang ditentukan serta bertanggungjawab untuk menepatinya. Dengan adanya kontrak ini, klien akan berasa lebih komited menjalankan sesuatu tindakan untuk mencapai matlamatmatlamat yang telah ditetapkan 4. Peringkat perhubungan

Dalam peringkat ini, matlamat utama kaunseling adalah untuk mengeratkan perhubungan antara kaunselor dan klien. Perhubungan yang terbina dengan baik melalui keyakinan dan rasa selamat yang dirasai oleh klien semasa sesi kaunseling. Pada peringkat ini kaunselor harus mewujudkan suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan serta menunjukkan kemesraan. 5. Peringkat penerokaan Pada peringkat ini kaunselor akan semakin mengenali klien terutama dari segi pendirian, matlamat dan juga strategi yang bakal diambil untuk membantu klien. Antara langkahlangkah yang boleh diambil oleh kaunselor ialah mengeratkan hubungan agar perasaan yakin, percaya dan selamat timbul dipihak klien. Yang kedua menggalakkan klien meneroka masalah dan perasaannya abgi mencapai kesedaran kendiri. Ketiga, kaunselor boleh memutuskan asama ada akan meneruskan hubungan sesi kauseling ini atau menghentikannya atas sebab-sebab tertentu. Keempat pula, kaunselor boleh member panduan kepada klien tentang kemahiran-kemahiran yang perlu bagi mencapai matlamatnya.

6. Peringkat perancangan

Peringkat perancangan merupakan satu peringkat ketetapan dan kata muktamad kepada rancangan tindakan yang khusus. Kaunselor seboleh-bolehnya harus menolong klien merancang strategi-strategi yang hrus diambil termasuk langkah-langkah pelaksanaan strategi tersebut. Peringkat ini merupakan peringkat memperjelaskan matlamat yang diharapkan oleh klien dan menyesuaikan tindakanya yang bakal diambil.

Fasa 3 : peringkat penamatan Peringkat ini merupakan tahap pencapaian keputusan. Diperingkat ini juga hasil atau pencapaian klien akan dirumuskan, jika msih terdapat matlamat-matlamat yang tidak dicapai, maka sebab-sebabnya harus dikenalpasti. Dapat dirimuskan bahawa peringkat penamatan ini merupakan peringkat penilaian kaunselor terhadap keberkesanan strategi atau teknik yang telah diaplikasikan kepada klien. Sebaliknya jika ia tidak berkesan mungkin sesi dan tindakan susulan akan diteruskan. Walaupun proses kaunseling telah ditamatkan ini tidak bererti hubungan antara kedua-duanya akan terputus. Sebaliknya kaunselr harus mengikuti perkembangan klien yang dibantunya.

Anda mungkin juga menyukai