Anda di halaman 1dari 2

Aplikasi Teori Konstruktivisme Dalam Perkhidmatan Bimbingan Kaunseling

Latar belakang teori Konsep/pandangan terhadap manusia

 Dipelopori oleh Lev Vygotsky, Jerome Bruner, Jean Piaget.


 Pelajar membina ilmu pengetahuan berdasarkan pengalaman.
 Pengetahuan datang dari interaksi individu dengan alam sekitar secara fizikal dan sosial.
 Konstruktisvisme berasaskan pandangan bahawa proses pembelajaran adalah aktif dan
dinamik serta berkembang sedikit demi sedikit sepanjang hayat seseorang individu.
 Seseorang individu akan membina atau “konstruk” ilmu pengetahuan dengan usaha sendiri
dan bukan menguasainya daripada orang lain.
 Teori ini menekankan pembinaan pengetahuan oleh murid.
 Murid dapat membina pengetahuan dengan menggunakan pengetahuan sedia ada mereka.
 Murid dapat mengaitkan pembelajaran baru dengan pembelajaran lama yang sedia ada.
 Kesimpulannya, teori kontrukstivisme adalah sebagai pembelajaran yang bersifat generatif, iaitu
tindakan mencipta makna dari apa yang dipelajari.
Matlamat Teori Konstruktivisme

 Mengembangkan kemampuan murid untuk menjadi pemikir.


 Membantu murid untuk mengembangkan pengertian dan pemahaman konsep secara lengkap
 Untuk menekan pada proses belajar bagaimana belajar itu sendiri.
 Membentuk Kefleksibelan kognitif
 Memupuk murid untuk menjana Pemikiran kritis
 Kritikan refeksi
Aplikasi teori
Lev vygotsky menyatakan bahasa terdapat dua perkara yang penting dalam membantu kanak-kanak
bagi mencapai tahap perkembangan yang optimum dalam pembelajaran iaitu :

 Scaffolding
 Zon perkembangan proksimal
Scaffolding

 Konsep Scaffolding amat berkait rapat dengan idea Zon Perkembangan Proksimal.
 Scaffolding adalah satu struktur sementara yang digunakan untuk menyokong bahan-bahan dalam
pembinaan atau pembaikan sesuatu bangunan.
 Secara umumnya, Scaffolding : mengubahsuai tahap sokongan yang diberikan.
 Perspektif pendidikan, ia merupakan hubung kait antara bantuan yang diberikan oleh guru
terhadap murid-murid.
 Scaffolding merupakan sejenis kaedah yang bermaksud bantuan atau bimbingan, petunjuk,
tatacara oleh orang dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu
bidang atau ilmu.
Zon Perkembangan Proksimal
ZPP : menerangkan mengenai bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh kanak-
kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya yang lebih
mahir.
ZPP bertujuan untuk menolong kanak-kanak berkembang dari tahap sosial kepada tahap peribadi.
• Terdapat dua tahap ZPP iaitu :
- Had bawah
- Zon perkembangan proksimal had atas

 HAD BAWAH (Tahap perkembangan sebenar) – Kanak-kanak dapat menyelesaikan


masalah secara sendiri tanpa bantuan. Pada peringkat ini, kemahiran kanak-kanak
dapat dicapai melalui pengetahuan sedia ada di dalam diri.Contohnya, kanak-kanak
sudah mahir menambah angka 1 hingga 100.
 HAD ATAS (Tahap perkembangan potensi) – Perkara yang boleh dilakukan oleh kanak
kanak dengan bimbingan orang dewasa. – Pada peringkat ini,kemahiran kanak-kanak
boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih mahir. Contohnya boleh membuat
angka 1 hingga 1000 sendiri.
Implikasi teori dalam BK

 Memberi galakan
 Galakan bercakap sendiri
 Memberi pujian yang jelas dan sistematik
 Arahan yang bermakna
 Kaitkan pembelajaran dengan pengalaman sebenar.

Anda mungkin juga menyukai