Anda di halaman 1dari 9

1.

0 Pengenalan

Setiap manusia yang normal akan mengalami pertumbuhan dan perkembangan dari
segi aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti sejak mereka dilahirkan
sehinggalah menjadi remaja, dewasa dan tua. Sebagai seorang bakal guru, saya
perlu peka dan prihatin dengan perubahan perkembangan terhadap murid-murid
supaya mereka dapat mencapai pertumbuhan dan perkembangan dari pelbagai
aspek ke tahap yang maksimum.

Pertumbuhan ialah suatu peningkatan jumlah dan ukuran yang bersifat


kuantitatif, iaitu boleh diukur dan dibezakan dengan pandangan mata kasar manusia
(Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati dan Azlina, 2013). Menurut Mohd Sharani
(2007), pertumbuhan adalah suatu peningkatan ukuran badan yang dapat diukur
dengan meter (m) atau sentimeter (cm) untuk ketinggian badan serta kilogram (kg)
dan gram (g) bagi berat badan seseorang individu. Oleh itu, setiap kanak-kanak
mempunyai potensi genetik yang berbeza-beza bagi pertumbuhan mereka.
Manakala, perkembangan pula ditakrifkan sebagai perubahan kualitatif, iaitu
perubahan yang tidak dapat diukur secara kuantitatif, tetapi perubahan yang nyata
berlaku memperlihatkan sifat yang berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu
(Zainuddin, 2008). Contohnya, penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif atau
penguasaan kemahiran bersosial seorang kanak-kanak. Perkembangan merupakan
peningkatan penampilan dan potensi kanak-kanak secara berperingkat-peringkat
dan berterusan. Hasilnya dapat dilihat melalui perkaitan di antara proses
kematangan dan pembelajaran mengikut aturan semula jadi.

Di samping itu, ahli-ahli psikologi telah merumuskan teori-teori mengenai


pertumbuhan dan perkembangan. Pengetahuan mengenai teori-teori ini akan
membolehkan kita mengenali pengaruh sesuatu teori terhadap sesuatu rekabentuk
penyelidikan dan cadangan yang disyorkan untuk menangai kanak-kanak. Antara
beberapa utama yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi mengenai peringkat
perkembangan individu adalah teori perkembangan kognitif Jean Piaget, teori
perkembangan kognitif Lev Vygotsky, teori perkembangan Noam Chomsky, dan lain-
lain.

1
1.1 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget
Menurut Jean Piaget, kanak-kanak akan melalui peringkat-peringkat
perkembangan yang sama tetapi pada usia yang berbeza-beza. Beliau berpendapat
persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak
membina persekitarannya. Keadaan ini berlaku melalui pelbagai proses penerokaan,
manipulasi dan menilai persekitaran fizikalnya. Beliau telah memperkenalkan empat
konsep utama, iaitu skema, asimilasi, akomodasi, dan keseimbangan. Skema
merupakan struktur kognitif yang berubah untuk mengadaptasikan maklumat baharu.
Asimilasi pula bermaksud penerimaan maklumat baharu sebagai selaras dengan
skema sedia ada manakala akomodasi merupakan pengubahsuaian skema yang
ada bagi menerima maklumat baharu. Keseimbangan pula merupakan gabungan
proses asimilasi dan adaptasi yang membantu dalam keseimbangan terhadap
pengetahuan, kepercayaan dan pengalaman.

1.2 Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky


Teori perkembangan kognitif berkait rapat dengan konstruktivisme yang
bermaksud pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Vygotsky menekankan
konstruktivisme sosial di mana ilmu pengetahuan dibina berdasarkan kepada
interaksi sosial, alat budaya , dan aktiviti yang membentuk pembinaan dan
pembelajaran individu. Menurut Vygotsky, berkomunikasi dengan diri sendiri juga
boleh dijadikan salah satu perkembangan kanak-kanak yang bagus kerana dapat
mengawal tingkah lakunya sendiri. Malah, kanak-kanak yang sering bercakap
dengan diri sendiri lebih cekap dalam kemahiran sosial berbanding kanak-kanak
yang tidak bercakap sendiri.

1.3 Teori Perkembangan Noam Chomsky


Teori Transformasi-Generatif diperkenalkan oleh Noam Chomsky untuk
digunakan dalam Rancangan Pengajaran Harian. Chomsky berpendapat bahawa
kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang dikenali sebagai LAD
(LanguageAcquisition Devise). Menurut beliau, secara semula jadi, sewaktu dalam
lingkungan umur tiga tahun, kanak-kanak sudah boleh bercakap dengan
menggunakan tatabahasa transformasi-generatif. Tatabahasa transformasi-generatif
(iaitu kebolehan kanak-kanak membentuk dan memanipulasi ayat-ayat) tidak
dipelajarinya secara formal. Kebolehan itu dipelajari kanak-kanak melalui komunikasi
lisan dengan orang dewasa.

2
2.0 Kepentingan Pengetahuan Peringkat-peringkat Perkembangan Kanak-
kanak berdasarkan Teori-teori Perkembangan kepada Seseorang Guru

2.1 Guru dapat menetapkan matlamat yang spesifik semasa proses


pengajaran dan pembelajaran
Mengikut Teori Pelaziman Klasik Plavlov, minda manusia adalah seperti ‘kotak
hitam’ yang tidak boleh dibuka. Apa yang boleh diperhatikan hanyalah ransangan
yang masuk dan gerak balas yang keluar sebagai reaksi kepada ransangan. Oleh
itu, guru perlulah menetapkan objektif yang tepat dan jelas. Hal ini demikian kerana
matlamat akhir proses pengajaran dan pembelajaran yang jelas adalah penting untuk
murid-murid supaya mereka dapat memahami isi pelajaran yang telah dipelajari oleh
mereka. Contohnya, dalam mengajar makanan berkhasiat, guru perlu menyatakan
jenis-jenis makanan berkhasiat dan kepentingannya serta memberitahu murid-murid
mengenai keburukan makanan tidak berkhasiat.

Selain itu, guru juga harus memastikan matlamat yang dinyatakan adalah
realistik dan boleh dicapai. Ini adalah kerana, pada pendapat Pavlov, organisma
(manusia atau haiwan) tidak akan memberikan tindak balas kepada ransangan
dalam persekitaran yang tidak ada hubungan langsung dengan organisma. Oleh itu,
matlamat yang relistik dan boleh dicapai boleh mengelakkan murid-murid dalam
proses P&P dan murid-murid dapat memberikan respon semasa guru mengajar.
Sebagai contoh, guru yang mengajar dengan menggunakan alat bantu mengajar
yang menarik seperti menggunakan maujud akan menarik perhatian murid-murid.

2.2 Guru dapat mengembangkan kognitif murid-murid


Guru berperanan untuk memperkembang kognitif kanak-kanak untuk mencapai
satu tahap yang optimum. Dalam mengembangkan kognitif murid-murid, guru perlu
menguasai teori-teori perkembangan kanak-kanak yang dipelopori oleh Jean Piaget
(1896-1980) dan Lev Vygotsky (1934-1986) agar perkembangan kognitif tersebut
dapat dilakukan secara sistematik dan holistik. Dengan menguasai teori-teori ini,
guru dapat merancang pengalaman pembelajaran. Mok Soon Sang (2009)
mentakrifkan pengalaman pembelajaran sebagai suatu bentuk gerak balas atau
interaksi murid dengan alam sekeliling. Berdasarkan teori-teori tersebut,
perancangan pengalaman pembelajaran memerlukan penglibatan aktif dalam
kalangan murid ketika berlangsungnya aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Pengalaman pembelajaran seharusnya dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada

3
murid melalui pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Pengalaman pembelajaran menurut teori perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-
1980) ialah guru menyediakan peluang untuk kanak-kanak membuat penerokaan
dan penemuan konsep atau prinsip yang dipelajari dengan menggunakan daya
pemikiran . Dalam erti kata lain, guru mewujudkan pengalaman pembelajaran yang
dapat meningkatkan pengetahuan murid ialah dengan melaksanakan aktiviti
pembelajaran dan pengajaran secara hands-on.   Pengalaman pembelajaran
secara hands-on dapat meningkatkan minat murid untuk melibatkan diri dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dalam memperkembang daya kognitif mereka. Secara
ringkas, penguasaan terhadap teori-teori perkembangan kognitif tersebut membantu
guru untuk merancang pengalaman pembelajaran bagi meningkatkan daya kognitif
murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik.

2.3 Guru dapat membuat intervensi untuk mengatasi masalah


pembelajaran murid
Mok Soon Sang (2009) mentakrifkan intervensi dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran sebagai penglibatan individu yang mempunyai kemahiran dalam
bidang tertentu untuk meningkatkan daya kognitif murid. Berdasarkan prinsip teori
perkembangan kognitif Lev Vygotsky (1934-1986), seorang murid yang menghadapi
masalah dalam sesuatu perkara perlulah didekati oleh guru yang mempunyai
kemahiran dalam perkara tersebut. Sebagai contoh, sekiranya murid menghadapi
masalah dalam penggunaan bahasa yang betul, guru hendaklah membimbing murid
tersebut ataupun mendedahkan mereka dengan individu yang mahir dalam aspek
penggunaan bahasa agar murid dapat meningkatkan kemahiran berbahasa mereka.
Berdasarkan teori perkembangan kognitif Lev Vygotsky (1934-1980), tahap
perkembangan kanak-kanak dapat dipertingkat dengan bimbingan daripada pihak
yang lebih berkebolehan. Oleh yang demikian, Zon Perkembangan Proksimal (ZPP)
perkembangan kognitif murid tersebut akan mencapai tahap maksimum dan akan
bergerak ke satu aras yang lebih tinggi apabila murid mempelajari kemahiran yang
baharu. Tuntasnya, penguasaan terhadap teori perkembangan kognitif adalah
penting bagi guru untuk membuat intervensi dalam meningkatkan daya kognitif
murid.

2.4 Guru dapat menampilkan tingkah laku yang boleh diteladani


Teori Pembelajaran Sosial menekankan faktor sosial di mana manusia berfikir
dan bertingkah laku melalui pemerhatian dan meniru tingkah laku yang
menghasilkan ganjaran. Berdasarkan teori ini, pembelajaran berlaku melalui

4
pemerhatian dan peniruan. Oleh yang demikian, guru seharusnya menunjukkan
tingkah laku yang boleh dicontohi. Sebagai sorang guru, guru haruslah sentiasa
berpakaian kemas, berkelakuan baik, bersopan santun, berbudi bahasa, sentiasa
menepati masa, rajin, dan mempunyai sikap positif terhadap tugas-tugas yang
diamanahkan. Apabila guru bertingkah laku baik, murid akan meniru perlakuan baik
yang ditunjukkan oleh guru.

Murid-murid memerlukan model yang baik dan boleh ditiru dalam perkembangan
bahasa lisan dan pemupukan kelakuan yang bagus terutamanya dalam proses P&P.
Oleh itu, penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role
model kepada murid dan juga demonstrasi guru hendaklah jelas serta menarik
supaya murid dapat menirunya dengan cepat. Guru boleh mengajar nilai dan
peranan watak-watak yang penting melalui situasi main peranan dan simulasi. Murid
dapat meniru tingkah laku positif secara tidak langsung yang ditunjukkan watak-
watak dalam simulasi tersebut. Contohnya, dalam situasi main peranan ahli bomba
semasa menyelamatkan api, murid akan meniru perlakuan dan cara menyelamatkan
api. Dalam masa yang sama, guru juga boleh mengajar nilai-nilai mral seperti tolong-
menolong dan sanggup berkorban kepada murid-murid.

2.5 Guru dapat menjalankan aktiviti pengaran dan pembelajaran dengan lebih
sistematik 
Penguasaan terhadap teori-teori perkembangan kognitif guru membantu guru untuk
menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah dengan lebih
sistematik. Menurut Teori Perkembangan Kognitif Piaget (1896-1980), proses
pengajaran dan pembelajaran hendaklah disusun mengikut peringkat perkembangan
kognitif kanak-kanak.  Menurut Wong Kiet Wah et al (2013), proses pengajaran dan
pembelajaran seharusnya bermula daripada konkrit kepada abstrak, daripada dekat
kepada jauh, daripada pengalaman sedia ada kepada pengalaman baharu, daripada
kasar kepada halus mengikut perkembangan fizikal seseorang individu tersebut.
Shahbuddin Hashim (2003) menyatakan bahawa pembelajaran merupakan
perubahan bentuk tingkah laku seperti mana yang dinyatakan dalam teori
perkembangan kognitif Jean Piaget (1896-1980). Proses akomodasi digunakan
untuk pembelajaran yang baharu dan kompleks untuk mengubah struktur kognitif
individu tersebut agar mengasimilasi maklumat baharu ke dalam skema yang sedia
ada. Guru hendaklah menggalakkan murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana proses akodomasi
bertunjangkan kepada motivasi intrinsik individu. Guru tidak boleh melangkau

5
sesetengah topik dalam pembelajaran, sebaliknya perlu mengikut perancangan yang
telah ditetapkan iaitu mengikut kebolehan dan tahap murid itu sendiri. Perkara
tersebut disebabkan oleh, topik pembelajaran yang dirancang adalah mengikut aras
kesukaran yang rendah kepada yang tinggi. Penekanan terhadap konsep asas perlu
dilakukan oleh guru ketika melakukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah sebelum mengajarkan konsep yang lebih dalam bagi memudahkan
pemahaman murid-murid. Ringkasnya, penguasaan terhadap teori perkembangan
kognitif membantu guru untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran
secara lebih sistematik mengikut peringkat perkembangan kanak-kanak.

6
3.0 Kesimpulan
Pengetahuan mengenai teori pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak akan
memberi banyak faedah kepada guru, ibu bapa dan golongan professional untuk
membuat keputusan mengenai pembelajaran dan persepsi yang perlu ditegaskan.
Setiap satu teori mempunyai penegasannya yang tersendiri terhadap sesuatu
konsep yang dikemukakan. Oleh itu kita perlu mengenali kesemua teori agar kita
dapat mengetahui kesannya ke atas perkembangan kanak-kanak.

Selain itu, guru yang memiliki pengetahuan dan penguasaan teori pembelajaran
mampu menyumbang kepada pembelajaran yang efektif, menyeronokkan dan dapat
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Jadi, guru
hendaklah mengimplimentasikan teori-teori pembelajaran yang sesuai dalam proses
pengajaran supaya murid berminat dan berseronok untuk belajar mengenai
pengetahuan yang baharu.

7
4.0 Rujukan

Ab. Fatah Hasan. (1994). Penggunaan Minda yang Optimum dalam Pembelajaran.
Skudai: Penerbit UTM

Azizi Yahaya & Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk identiti remaja. Pahang,
PTS Professional Publishing.

Ee Ah Meng. (1997). Psikologi pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar


Bakti.

Jas Laile Suzana Jaafar. (2008). Pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan


remaja. Selangor: Arah Pendidikan.

Mok Soon Sang. (2008). Psikologi pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran.


Selangor: Penerbitan Multimedia.

Mohd Sharani Ahmad. (2007). Psikologi kanak-kanak: Cara mudah memahami


psikologi bayi dan kanak-kanak. Selangor: PTS Publications.

Rohaty Mohd. Majzub (1992). Psikologi Perkembangan Untuk Bakal Guru. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.

Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Haji Alias, Rashinawati Abd.
Rashid & Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Selangor:
Oxford Fajar.

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor
persekitaran sosial dan hubungannya dengan pembentukan jati
diri. Jurnal     Hadhari Special Edition, 155-172

Azizi Yahaya. (2005). Teori-teori kognitif. Dilayari pada 03.8.2017 dari


http://eprints.utm.my/6258/1/2.pdf

8
Fizi Apis. (2010). Teori perkembangan Arnold Gessel, Robert Havighurst dan
G. Stanley Hall. Dilayari pada 03.8.2017
dari http://welcometomyzonearea.blogspot.com/2010/03/teori-
perkembangan-arnold-gesell-robert.html

Mahani Razali. (2009). Perapatan (attachment) dan emosi kanak-kanak.


Dilayari pada 03.8.2017 dari
http://mahani-careandeducate.blogspot.com/2009/07/perapatan-
attachment dan-emosi-kanak.html

Mohd Fadzli Abu Bakar. (2005). Perkembangan emosi warisan dan


persekitaran.Dilayari pada 30.07.2014
dari http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf

Anda mungkin juga menyukai