Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Demi mempersiapkan diri sebagai manusia, manusia harus melalui proses


pembelajaran. Berbeza dengan haiwan, manusia perlu menjalani proses pembelajaran
untuk mencapai ke arah tersebut. Haiwan adalah sebaliknya, ketika ia dilahirkan ia sudah
dilengkapi dengan kepandaian-kepandaian untuk hidup. Itik sebagai contoh apabila baru
menetas dari telur, setelah beberapa waktu, tanpa perlu belajar lagi, akan sudah mampu
untuk berenang.
Demikian juga pada anak-anak burung, tanpa perlu belajar mereka kemudian akan
mampu untuk terbang. Anak burung ini juga tahu apa yang harus mereka makan dan apa
yang harus mereka tolak jika diberikan makanan yang bukan makanan burung. Keadaan ini
berbeza dan berlainan daripada kehidupan manusia. Manusia lahir sebelum mampu untuk
berbuat banyak perkara. Manusia perlu belajar untuk berjalan, perlu belajar untuk makan,
perlu belajar untuk mengenal perkara baik dan buruk dan sebagainya. Oleh kerana itulah,
manusia boleh dapat dianggap sebagai mahkluk yang akan sentiasa berkembang oleh
kerana perlunya manusia kepada proses pembelajaran ini. Haiwan pula akibat daripada
kejadiannya yang sudah dipersiapkan oleh alam, akan jauh ketinggalan di belakang
kewujudan manusia.
Oleh yang demikian, kehidupan manusia dapat didefinisikan sebagai satu proses
perubahan yang berterusan. Daripada bayi, ke dewasa dan seterusnya sehingga ke akhir
hayat manusia akan sentiasa berubah hasil daripada pelbagai faktor antaranya seperti yang
dinyatakan di atas iaitu faktor pembelajaran. Dengan pembelajaran, manusia mampu
mendapatkan autonomi terhadap dirinya sekaligus mampu memiliki autoriti terhadap alam
supaya dapat dikawal dibawah pemikirannya.

1.TEORI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Perbezaan Individu.
Setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza di antara satu sama lain.
Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaan individu ini adalah dari segi
ketidaksamaan aspek perkembangan secara fizikal, mental, sosial, emosi di
kalangan individu. Oleh demikian, guru-guru perlu memahami perkara ini di
kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam
kelas.
Menurut pandangan Tang (1993), perbezaan individu adalah satu hakikat
yang tidak boleh dinafikan dan perkara ini sering diabaikan apabila manusia
mengambil tindakan untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Sebagai seorang
guru, adalah betapa penting untuk mengetahui dan mengambil perhatian
terhadap wujudnya perbezaan individu dengan mengetahui setiap murid adalah
berbeza dari aspek budaya, latar belakang keluarga, tahap sosioekonomi dan
lain-lain lagi. Perbezaan individu ini akan membawa kesan kepada gaya dan
corak pembelajaran mereka. Demi mencapai objektif pengajaran dan
pembelajaran, guru berperanan memahami dan mengenali setiap jenis murid di
dalam kelas, impaknya murid dapat mencapai kejayaan daripada hasil
pembelajaran mereka di sekolah.
Pembelajaran ialah perkembangan yang melibatkan latihan dan usaha.
Seseorang kanak-kanak belajar menggunakan potensi yang diperolehi melalui
pembelajaran ( Hurlock, 1978).
Perbezaan antara individu boleh dilihat daripada beberapa aspek iaitu:

Kognitif kebolehan individu menyelesaikan masalah, berbahasa, berfikir


secara logik, menaakul dan mengira.

Fizikal perbezaan dari segi paras rupa, berat, ketinggian, jantina dan
rambut.

Sosial kemahiran berinteraksi, bergantung sama ada individu tersebut


bersifat introvet atau ekstrovet.

Emosi kebolehan, mengenali, mengawal dan mengurus perasaan serta


sikap sabar dan toleransi terhadap orang lain.

Kecerdasan kecerdasan boleh didefinisikan sebagai kebolehan


mendapat pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan menyesuaikan diri
dengan kehidupan di dunia ini.
TEORI PEMBELAJARAN JEAN PIAGET
Teori pembelajaran Piaget lebih menekankan kepada konsep perkembangan,
pertumbuhan kecerdasan yang dipengaruhi oleh lingkugan sosial dan
kematangan. Ahli psikologis yang berasal dari Switzerland menyatakan bahawa
semua kanak-kanak mempunyai kecenderungan yang berbeza mengikut

keupayaan dan kebolehan masing-masing. Menurut Piaget ada 4 tahap


perkembangan yang akan dilalui oleh semua kanak-kanak.
1)
Tahap sensorimotor iaitu dari lahir sehingga berumur 2 tahun di mana
kanak-kanak akan memerhati dan
melalui pengalaman akan mempelajari
sesuatu yang dilihat, dirasa dan disentuh.Pada peringkat ini kanak-kanak akan
menggunakan deria motor untuk memahami dan berinteraksi dengan
persekitaran. Pada tahap ini juga tiada konsep pengekalan kerana kebolehan
mental sangat terhad kepada objek yang dapat dilihat sahaja.
2)
Tahap pra-operasi iaitu dari 2 tahun hingga 7 tahun di mana kanak-kanak mula
menggunakan kecekapan kemahiran motor kasar dan halus untuk meneroka
sesuatu yang baru. Pada peringkat ini kanak-kanak mula memahami simbol dan
keupayaan berbahasa yang sangat terhad untuk mengambarkan sesuatu
konsep. Perkembangan kognitif akan menjadi lebih pesat apabila kanak-kanak
mula fasih bertutur.
3)
Tahap operasi konkrit iaitu dari 7 tahun hingga 11 tahun di mana kanakkanak mula menggunakan pengetahuan dan akal fikiran untuk mempelajari
sesuatu yang konkrit. Kebanyakannya pada tahap ini kanak-kanak memerlukan
objek dan peristiwa-peristiwa sebelum dapat menyelesaikan beberapa masalah.
Pada peringkat ini juga kanak-kanak sudah boleh mempelajari lebih daripada
satu perkara dalam satu masa. Namun demikian keupayaan berfikir secara logik
masih terbatas kepada konkrit sahaja.
4)
Tahap operasi formal iaitu berumur 11 tahun ke atas yang akan lebih
mempelajari sesuatu yang lebih abstrak.( dari konkrit ke abstrak).Ini adalah
peringkat perkembangan kognitif yang paling penting di mana kanak-kanak
akan berusaha menyelesaikan masalah yang konkrit dan abstrak. Penglibatan
kanak-kanak yang lebih aktif akan menggalakan perkembangan pemikiran dan
membuat penaakulan.
Merujuk kepada tahap-tahap perkembangan di atas,
Piaget telah
menunjukkan semua kanak-kanak cuba mengadaptasikannya mengikut kepada
pengalaman dan kesesuaian keadaan. Adaptasi dan keseimbangan adalah saling
berkait dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Urutan setiap tahap
tersebut tidak dapat diubah dan saling berkaitan secara tidak langsung.Menurut
Piaget proses perubahan tingkahlaku individu untuk mengadaptasikan diri dalam
alam sekitar adalah sebenarnya proses pembelajaran. Proses asilimasi di mana
semua pengalaman lalu akan akan dikaitkan dengan pengalaman yang baru
untuk menghasilkan sesuatu yang lebih baru. Pengalaman yang baru tersebut
pula dinamakan akomodasi iaitu satu proses yang merubah struktur kogniti.
TEORI PEMBELAJARAN LEV VYGOTSKY.
Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di
dunia barat pada tahun 1960an. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada
interaksi antara aspek internal dan eksternal dalam pembelajaran . Menurut
Vygotsky sistem sosial sangat penting dalam perkembangan kognitif kanakkanak. Mereka akan berinteraksi dan berkolaborasi untuk mengembangkan
sesuatu yang baru.
Vygotsky menekan bahawa perkembangan kognitif
seseorang kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh sosial dan budaya . Teori beliau
juga ada menyebut mengenai scaffolding iaitu memberikan sejumlah besar
bantuan pada tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan
3

tersebut dan memberikan kesempatan kepada kanak-kanak mengerjakan


sendiri. Bantuan yang diberi adalah seperti peringatan, petunjuk dan dorongan
sehingga kanak-kanak tersebut boleh
melakukannya. Dalam teori ini
menyatakan potensi murid dapat dikembangkan melalui usaha dan pengalaman
sendiri dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak
akan boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.

KONSEP KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY


Merujuk kepada gambarajah di atas , Vygotsky telah menerangkan mengenai
konsep scaffolding . Kanak kanak mempunyai had perkembangan individu
yang berbeza. Setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran dengan
bantuan rakan dan guru sehingga berjaya menguasai dengan sendiri. Proses ini
akan berulang-ulang berkali-kali sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan
untuk melakukannya sendiri walaupun masih mengharapkan bimbingan daripada
orang lain. Pada peringkat ini kanak-kanak akan menunjukkan kebolehan
menyelesaikan masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri. Pada satu
peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar
tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masing-masing.

IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY TERHADAP PENGAJARAN


DAN PEMBELAJARAN.
1.
Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat
berinteraksi antara satu sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid
akan diminta membuat satu uji kaji mengenai tumbuhan dalam kumpulan.
Mereka akan berbincang dan mengeluarkan pendapat masing-masing dengan
menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mencapai satu keputusan.
2.
Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam pembelajaran
merupakan satu interaksi pengalaman yang berkesan. Contohnya ada
sekumpulan murid dalam ujikaji sains seperti diatas memerlukan bantuan guru
untuk memberi idea dan menggerakkan mereka dalam aktiviti tersebut sehingga
mencapai satu keputusan.
3.
Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan
sedia ada digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti
seperti di atas juga, murid akan cuba menggunakan pengalaman masing-masing
untuk di adaptasikan dalam ujikaji sains tersebut. Semasa proses ini berlansung
pelbagai percubaan yang berulangkali dilakukan sehingga objektif dapat dicapai.

Pendekatan sosio-budaya
Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) Vygotsky telah
memerhati dan mengkaji peranan budaya dan komunikasi interpersonal kepada
perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau berpendapat bahawa perkembangan
pembelajaran berlaku dalam konteks sosial iaitu melalui persekitaran dunia
kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang dewasa yang berinteraksi dengan
mereka sejak mereka dilahirkan.
Menurut Dr.Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) lagi, melalui
interaksi dengan orang dewasa di sekeliling mereka, kanak-kanak akan dapat
menguasai tabiat dan peraturan budaya, gaya bahasa, penulisan serta simbolsimbol budaya. Interaksi ini mendorong perkembangan kognitif mereka dengan
memberi makna membina atau konstruk pengetahuan.
Ini dapat dijelaskan apabila kanak-kanak banyak berinteraksi
dengan orang sekeliling mereka, mereka akan dapat mengenali budaya mereka
dengan mendalam. Sebagai contoh, kanak-kanak berbangsa Melayu mendapat
pengetahuan tentang cara makan budaya Melayu dengan menggunakan tangan
kerana mereka telah melihat perlakuan itu digayakan oleh ahli keluarga mereka.
Mereka akan memahami keadaan itu dan menghormati budaya tersebut.
Manakala bagi bangsa Cina pula, kanak-kanak berbangsa Cina telah mengetahui
cara makan mereka menggunakan perlatan yang dipanggil chopstik atau
penyepit sejak mereka lahir kerana mereka memerhatikan keadaan tersebut
pada awal kehidupan mereka melalui perlakuan ahli keluarga mereka.
Vygotsky menekankan peranan orang dewasa dan kanak-kanak
dalam perkembangan seorang individu. Menurut Vygotsky kanak-kanak lahir
dengan kemampuan untuk memahami dunia luar dan memusatkan perhatian
terhadap sesuatu perkara. Namun demikian, mereka tidak banyak memiliki
fungsi mental yang bertahap tinggi seperti kemahiran berfikir tinggi dan
kemahiran menyelesaikan masalah.
Secara keseluruhannya boleh dirangkumkan bahawa pendekatan
sosio-budaya ialah hasil gabungan antara pendekatan behaviorisme dan
pendekatan kognitivisme. Oleh itu, pendekatan ini mengambil kira penekanan
ahli behaviorisme ke atas kesan atau hasil sesuatu tingkahlaku dan minat ahli
kognitif ke atas impak hasil daripada kepercayaan serta harapan murid itu.
Pendekatan ini boleh dikaitkan dengan teori efikasi kendiri dalam memotivasikan
murid. Pendekatan ini juga mementingkan penglibatan manusia dalam aktiviti
atau bertingkah laku agar dapat mengekalkan identiti dan hubungan
interpersonal dalam suatu masyarakat.
Kesimpulannya, faktor pengalaman dan faktor sosio-budaya akan
mempengaruhi perbezaan individu tersebut. Dengan pendedahan kepada keduadua faktor ini perkembangan kanak-kanak akan lebih simbang dan menyeluruh.

B.
Sekiranya anda adalah guru kepada murid tersebut, cadangkan
bagaimana anda dapat menangani perbezaan individu murid untuk
membantu mereka mencapai perkembangan yang seimbang dan
menyeluruh.

Menurut Dunn dan Dunn (1982), terdapatnya unsur-unsur daripada


lima rangsangan yang mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang individu
iaitu, emosi, fisiologi, persekitaran, sosial dan psikologi. Unsur-unsur tersebut
merupakan faktor-faktor yang memainkan peranan penting dalam pembentukan
pelbagai jenis gaya pembelajaran murid.
Pertama ialah rangsangan emosi adalah berkait rapat dengan perasaan
jiwa seseorang. Terdapat dua unsur utama iaitu dua aspek iaitu motif dan
insentif. Insentif ialah galakan yang mendesak seorang individu supaya bertindak
untuk mendapat ganjaran. Manakala motif ialah unsur yang lebih penting
daripada insentif untuk merangsang murid dalam pembelajaran. Motif yang
berasal daripada dalaman seorang dapat menggerakkan individu untuk
mencapai pembelajaran sempurna.
Konsep motivasi juga dapat dijelaskan berdasarkan ciri-ciri individu atau
sifat/perangai. Sebagai contohnya, ada pelajar yang bertindak melakukan
sesuatu disebabkan keinginan yang tinggi untuk berjaya tetapi ada pula yang
bertindak disebabkan takut untuk gagal, mungkin juga mereka bertindak kerana
minat yang sangat mendalam dalam perkara itu, dan mungkin pula semata-mata
disebabkan rasa bertanggungjawab kepada kedua ibubapa yang menaruh
harapan begitu tinggi terhadap mereka.
Ada pula ahli Psikologi yang berpendapat bahawa konsep motivasi
dirujukkan kepada keadaan diri seseorang buat masa itu sahaja. Sebagai contoh,
semua pensyarah yang mengikuti kelas psikologi berusaha memberi sepenuh
perhatian terhadap kuliah hari itu kerana mereka tahu apa yang diajar penting
untuk ujian kenaikan pangkat. Pada dasarnya, motivasi yang terbentuk pada
sesuatu ketika itu adalah gabungan antara traits(sifat/perangai) diri dan
keperluan pada masa itu. Persoalan yang boleh diajukan kepada diri sendiri:
Adakah saya berada dalam bilik kuliah hari ini disebabkan saya menghargai ilmu,
atau adakah kerana saya perlu menduduki ujian? Satu kesimpulan boleh dibuat
bahawa motivasi bergantung kepada dua faktor, iaitu faktor dalaman dan faktor
luaran yang masing-masing dikenali sebagai motivasi intrinsik dan motivasi
ekstrinsik.
Kedua, rangsangan fisiologi. Unsur-unsur yang terkandung dalam
rangsangan fisiologi ini ialah persepsi, pemakanan, waktu tertentu dan mobiliti.
Menurut Atan Long (1988), pembelajaran merupakan satu proses yang bermula
dengan rangsangan yang diterima oleh pancaindera. Persepsi pancaindera
6

merujuk kepada penggunaan kesemua lima pancaindera sewaktu memproses


dan mengingat maklumat oleh setiap individu. Model Dunn dan Dunn
mendedahkan keperluan variasi cara belajar. Dalam Model Dunn dan Dunn
menekankan pembelajaran menggunakan kaedah untuk mengingat informasi
iaitu secara visual dengan pembelajaran melalui pemerhatian, pendengaran
dengan pembelajaran dalam keadaan yang ada suara latar belakang, persepsi
taktual dengan pembelajaran melalui sentuhan dan persepsi kinestetik dengan
pembelajaran melalui melakukan aktiviti fizikan dan gerak kerja.
Ketiga, rangsangan persekitaran merangkumi empat unsur yang utama
iaitu cahaya. Kadar terangnya cahaya merupakan faktor penting yang
mempengaruhi gaya pembelajaran setiap individu. Misalnya, ada yang suka
belajar dengan lampu terang benderang dan ada yang suka belajar dengan
cahaya yang sederhana terang sahaja. Secara amnya, tidak ramai orang suka
belajar di bawah cahaya yang malap atau terlalu terang.Kedua, jenis bunyi pula
menghasilkan gaya pembelajaran yang beraneka jenis. Misalnya, terdapat
pelajar yang suka belajar dengan bunyi muzik atau di tempat yang ada siaran
radio atau televisyen. Sebaliknya, terdapat pelajar yang hanya boleh
menumpukan perhatian terhadap pembelajarannya dalam keadaan yang senyap
sunyi dan tenteram.. Ketiga, keadaan suhu . Biasanya, suhu yang sejuk dan
nyaman dapat mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran. Ramai pelajar
tidak suka belajar di bawah cuaca panas tanpa atau berhawa dingin. Akhir
sekali, reka bentuk tempat belajar. Misalnya susunan meja-kerusi dalam bilik
darjah yang selesa juga boleh mempertingkatkan keberkesanan pembelajaran.
Keselesaan tempat duduk dapat mengurangkan keletihan pelajar dalam
sepanjang masa persekolahan. Maka, ramai pelajar suka belajar di tempat duduk
yang sesuai dengan gaya duduk tersendiri.
Keempat ialah rangsangan sosial mengandungi empat unsur iaitu
perseorangan, berpasangan, rakan sebaya atau berkumpulan dan orang
dewasa. Unsur perseorangan ini terdapat pelajar yang suka bersendiri, jadi gaya
pembelajarannya juga perseorangan iaitu dia suka belajar diri sendiri dan tidak
berharap orang lain berdamping dan ganggunya semasa belajar. Manakala
keadaan ini berlainan dengan unsur berpasangan. Individu yang suka belajar
berpasangan adalah individu yang mempunyai pasangan karib yang sentiasa
belajar bersama dengannya boleh memperolehi lebih banyak kemajuan melalui
interaksi dua hala. Pembelajaran dalam bentuk kumpulan biasaanya melebihi
daripada dua orang rakan sebaya yang banyak melibatkan perbincangan,
sumbangan dan perkongsian idea tentang pembelajaran mereka. Selain itu,
orang dewasa juga boleh mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang pelajar,
khasnya orang dewasa yang disanjungi. Pelajar yang suka belajar dengan orang
dewasa yang disanjung akan bersempat mengemukakan soalan-soalan tentang
masalah yang dihadapi semasa belajar. Bimbingan orang dewasa, misalnya ibu
bapa bukan sahaja dapat membantunya menyelesaikan masalah masalah

pembelajaran yang dihadapinya tetapi juga dapat meningkatkan semangat serta


keyakinannya terhadap pembelajaran.
Rangsangan yang kelima ialah rangsangan psikologi yang terdiri daripada
elemen-elemen yang berikut seperti analitikal dan global, impulsif dan refleksif
serta dominan otak kiri dan dominan otak kanan .Pelajar yang mempunyai gaya
pembelajaran analitik ialah pelajar yang suka belajar sesuatu dengan secara
teliti. Mereka suka menganalisa fakta dan isi pelajaran secara terperinci. Gaya
pembelajaran global pula merujuk kepada pelajar yangsuka belajar sesuatu
dengan keseluruhan dengan mengamati aspek-aspek atau perkara secara
menyeluruh atau holistik. Murid yang impulsif pelajar belajar bergantung
kepada angin atau moodnya. Angin yang baik mendorong pelajar belajar dengan
bersungguh-sungguh. Jika sebaliknya yang berlaku, dia akan berangan-angan
dan tidak memberi tumpuan. Sebaliknya dengan murid reflektif, mereka suka
belajar dengan cara berfikir. Pelajar ini lebih suka menggunakan kemahiran
berfikir untuk membuat kajian, membentuk hipotesis, menganalisis, mentafsir
dan membuat kesimpulan.
Kesimpulannya, guru-guru perlu mengaplikasikan rasangan-rasangan
tersebut kedalam proses pengajaran dan pembelajaran
supaya dapat
menangani masalah tersebut dan dapat membantu murid mencapai
perkembangan yang seimbang.
Otak manusia terbahagi kepada dua bahagian iaitu otak kiri dan otak
kanan. Fungsi otak yang berbeza akan mempengaruhi gaya pembelajaran setiap
individu. Otak kiri akan mengawal tindakan manusia dari aspek bahasa,
matematik, logik, dan analisis. Manakala otak kanan berfungsi dalam aspek
ruang, lukisan, corak holistik, rentak dan irama. Sementara itu, kategori murid
juga diambil kira untuk menentukan gaya pembelajaran seseorang individu
seperti murid-murid global, murid-murid auditori, murid-murid visual dan
sebagainya.
Menurut Murforn dan Honey (1986), terdapat empat gaya pembelajaran
iaitu gaya pembelajaran secara aktivis, reflektif, teoris dan pragmatis.
Pertama, gaya pembelajaran aktivis ini menekankan individu ini suka orang yang
melibatkan diri secara aktif an agresif dalam aktiviti pembelajarannya. Mereka
bersikap tidak sabar dan mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Dengan
motivasi intrinsik yang kuat maka mereka sering mengambil inisiatif
menyelesaikan masalah dengan menggunakan kemahiran berfikir secara kritis
dan kreatif. Melalui aktiviti P&P, mereka suka mencari pengalaman baru melalui
pembelajaran mereka. Golongan ini kreatif dan dapat mewujudkan idea serta
jalan penyelesaian yang menarik dalam situasi-situasi pengajaran dan
pembelajaran yang ditimbulkan oleh guru. Kelemahan mereka adalah sering
mengambil sesuatu tindakan tanpa berfikir dengan lebih mendalam. Pelajar
yang tergolong dalam kumpulan ini biasanya melibatkan diri dalam latihan
8

amali, permainan, sukan dan aktivti kokurikulum. Oleh itu, strategi pengajaran
dan pembelajaran yang sesuai digunakan ailah kaedah inkuiri penemuan,
kaedah
projek,
penyelesaian
masalah,
kerja
praktik,
perbincangan,
sumbangsaran, buzz, simulasi dan main peranan.
Kedua, gaya pembelajaran reflektif merujukkan individu ini orang yang
suka memerhati, memikir dan membuat refleksi kendiri terhadap apa yang
dipersepsikan dalam alam sekitar. Mereka mempunyai idea sendiri, memerhati,
menyoal siasat mentafsir, menilai serta membuat refleksi kendiri dengan
kemahiran berfikir. Guru seharusnya mengajar dengan menunjukkan segala
contoh yang mempunyai sifat kebenaran, sebab murid yang suka belajar
dengan gaya ini adalah mereka suka berfikir perkara alam sekitar, mencari
hakikat sebenar serta mereka suka menafsir dan menilaikan perkara, prinsip,
keputusan atau projek. Gaya pembelajaran ini adalah mendorong murid menjadi
seorang pendengar yang baik, bersikap berhati-hati dan berfikir dengan teliti
untuk melaksanakan sesuatu perkara.
Ketiga, gaya pembelajaran teoris dengan gaya pembelajaran yang suka
menggunakan prinsip dan teori membuat kesimpulan. Menurut kajian Honey
dan Mumford (1992), murid teoris menggunakan fikirannya yang logik dan
rasional dalam membuat sesuatu keputusan. Gaya pembelajaran ini mempunyai
ciri-ciri seperti berikut berfikir secara rasional dan logikal, bersikap disiplin dan
kurang kreatif. Gaya pembelajaran ini adalah lebih kepada pembelajaran
hipotesis, menguji hipotesis dan membuat kesimpulan melalui bukti yang dicari.
Juterus, murid-murid yang suka gayapembelajaran ini adalah sentiasa suka
mengesan sebab dan akibat sesuatu perkara. Mereka lebih cenderung ke arah
ketepatan dan kesempurnaan. Sebaliknya mereka rasa kurang senang dengan
perkara yang tiada ketentuan dan tidak teratur.
Keempat, gaya pembelajaran pragmatis adalah pelajar yang bersifat
praktikal dan mementingkan hakikat yang sebenar daripada teori, hukum atau
prinsip yang sedia ada. Murid ini bersifat praktikal dan ekspresif, mementingkan
hakikat sebenar dan hanya percaya kepada perkara yang dilihat. Sementara itu,
dalam aktiviti P&P, murid ini suka membuat perbandingan terhadap perkara
yang dibelajari. Golongan pelajar di bawah gaya pembelajaran pragmatis
menggunakan bahan-bahan konkrit untuk menjalankan aktviti pembelajaran.
Oleh itu gaya pembelajaran yang sesuai digunakan untuk golongan pelajar ini
ialah kaedah kerja praktik, strategi pemusatan bahan termasuk bahan elektronik,
carta dan gambar rajah serta kaedah deduksi yang melibatkan aplikasinya.
Selain daripada empat gaya pembelajaran ini, Slavin (1994) juga
memperkenalkan
dua
jenis gaya pembelajaran
iaitu gaya pembelajaran
bergantung dan gaya pembelajaran yang tidak bergantung. Murid yang
memegang gaya pembelajaran bergantung ini adalah lebih berfokus kepada
9

bidang kognitif dalam semua pola dan menerima secara keseluruhan. Murid ini
suka dibimbing oleh orang yang disanjungi. Mereka bergantung kepada motivasi
dan pengajaran guru. Sementara itu, mereka mempersepsi sesuatu situasi atau
pola secara menyeluruh. Kelemahan mereka ialah tidak dapat menentukan
objektif pembelajaran dan bersikap menurut perintah dengan belajar tanpa
menyoal.
Manakala bagi murid yang belajar dengan gaya pembelajaran tidak
bergantung ini adalah mementingkan analisis bahagian-bahagian pola atau
corak secara terperinci. Murid ini suka mengamati perkara secara analitik,
menentukan objektif pembelajaran sendiri dan kurang sensitif terhadap
pandangan orang lain. Justeru, mereka mempunyai motivasi intrinsik yang kuat
dan dapat mengurus pembelajaran sendiri. Semasa pembelajaran, mereka suka
berfikir secara kritis dan kreatif serta membelajari sesuatu dengan inisiatif
sendiri tanpa bergantung kepada orang lain.
Kesimpulannya, kefahaman tentang gaya pembelajaran amat penting
untuk seseorang pendidik dan murid. Ini disebabkan gayapembelajaran yang
sedia ada pada murid dapat mendorong seseorang pendidik merancangkan
pendekatan P&P yang berkesan.
Guru perlu mempelbagaikan teknik,
pendekatan pengajaran, bahan dan aktiviti yang disediakan mengikut aras
aspirasi murid. Justeru, guru berperanan sebagai kaunselor atau pembimbing
dengan sentiasa memberikan sokongan dan memotivasikan murid. Murid adalah
berperanan mengenalpasti gaya pembelajaran masing-masing melalui sesi
temubual dengan pihak sekolah terutamanya kaunselor atau guru darjah. Murid
juga perlu diberikan pengetahuan tentang kepentingan gaya pembelajaran
terhadap pembelajaran mereka.

BIBLIOGRAFI
Abdul Aziz Shukur, Ramlah Jantan, Suppiah Nachiappan. (2007). Psikologi
Pendidikan. Kuala
Lumpur. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Amir Awang. (1984). Pengantar Bimbingan dan Kaunseling di Malaysia. Pulau
Pinang.
Penerbitan USM.
Azlia Abu Bakar. (2005). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam, Selangor.
Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Consult G.E. Partidge. (2010) Genetic Philosophy of Education. Selangor.
Selangor
Cetak Publication Sdn. Bhd.

10

Mohd. Amin H.A. Shariff. (2003). Perkembangan Kanak-kanak. Kuala Lumpur.


Dawana
Sdn. Bhd.
Mohd Salleh Lebar. (1994), Asas Psikologi Perkembangan. Kuala Lumpur : Utusan
Publication.
Mok Soon Sang. (2012). Perkembangan Kanak-kanak. Ipoh, Perak. Penerbitan
Multimedia
Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2012). Prinsip Teras Pengajaran & Pembelajaran. Puchong,
Selangor.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2006). Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran-Pembelajaran.
Puchong,
Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2007). Pengurusan Bimbingan dan Kaunseling. Puchong,
Selangor.
Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Noriati A. Rashid, Lee Keok Cheong, Zulkifli Mahyuddin et sl.(2012) Falsafah &
Pendidikan
Malaysia. Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn Bhd
Wong Kiet Wah, Khairuddin Ahmad, Maridah Hj. Alias et al. (2013) Perkembangan
KanakKanak.Kuala Lumpur : Oxford Fajar Sdn Bhd.

Suresh Vadiveloo. Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak. Dilayari pada


27 Ogos 2015
di URL http://dpli-sls.blogspot.com/
Tiada pengarang. Isu-Isu Berkaitan Teori Piaget . Retrived on 18 Ogos 2015 , from
http://teoripiaget.blogspot.com/ .
Tiada Nama Pengarang. Teori Lev Vygotsky. Dilayari pada 27 Ogos 2015 di URL
http://notapismpks.blogspot.com/2011/06/pkk-teori-lev-vygotsky.html
Tiada Nama Pengarang. Psikologi Perkembangan Kanak-kanak. Dilayari pada 27
Ogos
2015 di URL http://rujuknota.blogspot.com/2009/07/psikologiperkembangan-teori.html
Tiada pengarang (2012). Perbezaan Individu. Retrived on 17 Ogos 2015, from
http://insaniah-gurudpli2012.blogspot.com/2012/08/perbezaanindividu.html

11

Anda mungkin juga menyukai