Anda di halaman 1dari 2

NAMA : KANNAN A/L RAGURAMAN

UNIT : BAHASA TAMIL (SJKT)

TAJUK PERBINCANGAN : APAKAH IMPLIKASI SETIAP TEORI DAN MODEL TERHADAP


PDPC ?
NOTA

TEORI PEMBELAJARAN LEV VYGOTSKY.

Lev Vygotsky adalah seorang ahli psikologis, dan karyanya sangat terkenal di dunia barat
pada tahun 1960an. Teori Vygotsky lebih menekankan kepada interaksi antara aspek
internal dan eksternal dalam pembelajaran . Menurut Vygotsky sistem sosial sangat penting
dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. Mereka akan berinteraksi dan berkolaborasi
untuk mengembangkan sesuatu yang baru. Vygotsky menekan bahawa perkembangan
kognitif seseorang kanak-kanak sangat dipengaruhi oleh sosial dan budaya. Teori beliau
juga ada menyebut mengenai “scaffolding” iaitu memberikan sejumlah besar bantuan pada
tahap awal pembelajaran dan kemudian mengurangi bantuan tersebut dan memberikan
kesempatan kepada kanak-kanak mengerjakan sendiri. Bantuan yang diberi adalah seperti
peringatan, petunjuk dan dorongan sehingga kanak-kanak tersebut boleh melakukannya.
Dalam teori ini menyatakan potensi murid dapat dikembangkan melalui usaha dan
pengalaman sendiri dalam proses pembelajaran, sehingga ke satu peringkat kanak-kanak
akan boleh melakukannya sendiri tanpa bantuan orang lain.

KONSEP KONSTRUKTIVISME VYGOTSKY

Merujuk kepada gambarajah di atas, Vygotsky telah menerangkan mengenai konsep


“scaffolding” . Kanak –kanak mempunyai had perkembangan individu yang berbeza. Setiap
kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran dengan bantuan rakan dan guru sehingga
berjaya menguasai dengan sendiri. Proses ini akan berulang-ulang berkali-kali sehingga
kanak-kanak mempunyai keyakinan untuk melakukannya sendiri walaupun masih
mengharapkan bimbingan daripada orang lain. Pada peringkat ini kanak-kanak akan
menunjukkan kebolehan menyelesaikan masalah melebihi daripada kebolehan diri sendiri.
Pada satu peringkat dimana kanak-kanak berjaya melakukan aktiviti-aktiviti yang sukar
tanpa bantuan orang lain berdasarkan pengalaman masing-masing.
IMPLIKASI TEORI PEMBELAJARAN VYGOTSKY TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN.

1. Pembelajaran dijalankan secara koperatif supaya murid-murid dapat berinteraksi antara


satu sama lain. Contoh dalam mata pelajaran sains, murid akan diminta membuat satu uji
kaji mengenai tumbuhan dalam kumpulan. Mereka akan berbincang dan mengeluarkan
pendapat masing-masing dengan menggunakan pengetahuan sedia ada untuk mencapai
satu keputusan.

2. Konsep bantu sepenuhnya dan cuba sendiri dalam pembelajaran merupakan satu
interaksi pengalaman yang berkesan. Contohnya ada sekumpulan murid dalam ujikaji sains
seperti diatas memerlukan bantuan guru untuk memberi idea dan menggerakkan mereka
dalam aktiviti tersebut sehingga mencapai satu keputusan.

3. Perkembangan kognitif murid akan lebih teransang sekiranya pengetahuan sedia ada
digunakan dalam proses pembelajaran. Contohnya dalam aktiviti seperti di atas juga, murid
akan cuba menggunakan pengalaman masing-masing untuk di adaptasikan dalam ujikaji
sains tersebut. Semasa proses ini berlansung pelbagai percubaan yang berulangkali
dilakukan sehingga objektif dapat dicapai.

Anda mungkin juga menyukai