Anda di halaman 1dari 4

Ayunan

-pola pergerakan ini memerlukan kekuatan dan daya tahan otot bahagian tangan
semasa melakukan ayunan
(A) Ayunan kaki pada skongan tangan

Letakkan tangan seluas bahu di atas palang imbangan.


Luruskan siku.
Rapatkan dan luruskan kaki.
Tegakkan badan.
Dari kedudukan sokongan tangan, ayunan kaku ke depan dan ke belakang.

(B) Gayut sambil ayun

Berdiri tegak di bawah palang, luruskan tangan ke atas.


Lompat dan pegang palang dengan selesa (penykong bantu ketika
melompat)
Mata pandang ke hadapan.
Ayunkan kaki ke hadapan dan ke belakang.
Berikan isyarat kepada penyokong untuk berhenti

Bergayut
Berkeblehan melakukan kemahiran gayut dan ayun dengan lakuan yang betul.
Aspek-aspek penting
1. Bergayut pada palang dengan kedua-dua belah tangan menggunakan
genggaman atas pada posisi badan lurus.
2. Bergayut pada palang dengan kedua-dua belah tangan lurus
menggunakan genggaman atas yang static dan lutut difleksikan.
3. Mengenal pasti posisi bergayut dengan genggaman atas.
4. Mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti.
5. Menerima cabaran dan berasa seronok semasa melakukan aktiviti.
Aktiviti 1: Timbang Garam
Alatan: Batang kayu, palang gayut tali, bola, tilam, dan marker.
1. Murid berpasangan yang sama saiz dan ketinggian.
2. Murid membelakangkan rakan sambil menggenggam atas pada bahagian
kayu menggunakan kedua-dua belah tangan.
3. Seorang mengangkat rakan dan mengimbang ketika rakan berada di atas
belakang badan.
4. Ulang beberapa kali dengan tukar peranan
Teknik yang betul :
1. Tangan yang memegang batang kayu dibuka seluas bahu.

2. Murid yang mengangkat rakan berdiri dengan lutut difleksi dan kaki
dibuka seluas bahu.
3. Punggung murid yang menjadi beban berada di atas bahagian pinggang
rakan dengan kaki lurus ke bawah.
Aktiviti 2: Gayut Kaki Lurus
1. Bergayut menggunakan genggaman atas dan badan lurus.
2. Ayun ke depan dan ke belakang beberapa kali dan mendarat di atas tilam.
Teknik yang betul :
1. Tangan dibuka seluas bahu, badan lurus semasa bergayut, dan berkait
rapat .
2. Jarak antara kaki dengan tilam tidak melebihi 0,5m
3. Guru berada di sisi murid yang sedang bergayut untuk menyokong.
Aktiviti 3 : Bergayut Kaki Fleksi
1. Bergayut pada palang dengan genggaman atas dan kaki fleksi
2. Bergerak dari satu hujung ke hujung dengan pergerakan sisi

Gayut secara songsang


ANSUR MAJU 1 : Dirian bahu
Murid mengawal imbangan badan secara songsang di atas tilam.
Guru perlu menyokong murid yang tidak mahir semasa melakukan dirian bahu.
ANSUR MAJU 2 : PUSH AND HOLD

Seorang pelajar berdiri, seorang pelajar membaring.Pelajar yang membaring


memegang kaki pelajar yang berdiri untuk mengangkat kaki setelah ditolak ke
depan oleh pelajar yang berdiri.

ANSUR MAJU 3

Gayut songsang dan imbang. Kaki dinaikkan secara beransur-ansur untuk


memudahkan lakuan
ANSUR MAJU 4
Gayut secara menegak. Kaki lurus ke atas.
ANSUR MAJU 5
Gayut songsang pelbagai bentuk. Murid boleh mencuba pelbagai bentuk badan
semasa songsang badan.Conthnya, kaki dibuka ke sisi atau depan dan belakang.
Video: https://www.youtube.com/watch?v=gw-mlJsUk74

Permainan Kecil
1. Murid dalam kumpulan kecil.
2. Setiap murid dalam kumpulan akan bergayut dan mengayunkan badan
sambil cuba menghantar bola yang dikepit di kaki melepasi garisan di
hadapan.
3. Kumpulan yang berjaya menghantar bola melepasi garisan paling banyak
dikira pemenang.

Anda mungkin juga menyukai