Anda di halaman 1dari 6

Pentaksiran

-proses mendapatkan maklumat


-membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.
-Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:
i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor

Pengujian
-satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang sistematik.
-tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas pengajaran
-Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan
untuk mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.
-Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada
secara lisan atau bertulis.

Penilaian
-satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif.
-satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan
membuat pertimbangan menilai.
-memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar
seorang guru dan keberkesanan sesebuah kurikulum.

Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah


 mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada
pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
 menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah
dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
 membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya
atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
 menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam
pencapaian mereka.
 membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka.
 membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka

Taksonomi Bloom
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:
1. Domain Kognitif melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual,
seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan berfikir.
2. Domain Afektif melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek perasaan
dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri.
3. Domain Psikomotor mengenai perilaku-perilaku yang menekankan aspek
keterampilan motor seperti tulisan tangan,berenang, dan mengoperasi mesin.

Domain Kognitif
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri
dari dua tahap iaitu:
i. Pengetahuan
ii. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual

Pengetahuan
Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi,
fakta-fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.

Pemahaman
Kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual , diagram,
arahan, peraturan, dan sebagainya.

Aplikasi
Pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan, prosedur, metodologi ,
rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar.

Analisis
Seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh dan
mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang lebih
kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta
membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah scenario yang rumit.

Sintesis
Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau
pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali
data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk
penyelesaian yang diharapkan..

Penilaian
Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian,
gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang
sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.

Persepsi Persediaan
Domain
Penyesuaian Psikomotor Penciptaan

Respons Terpimpin Mekanisme


Respon Tampak yang Kompleks
Penerimaan Tanggapan
Domain
Penghargaan David Pengorganisasian
Krathwohl
Perwatakan Berdasarkan Nilai-nilai

Definisi / Konsep Jadual Spesifikasi Ujian ( JSU)


 Kandungan Ujian tentang topik-topik pelajaran.
 Aras Kemahiran yang mengikut taksonomi objektif pendidikan.
 Pemberatan (%) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan lama masa
mengajar dan kepentingan sesuatu kemahiran itu diajar.
 Bentuk ujian sama ada berbentuk objektif, esei, amali, kertas kursus dan
lain-lain.
 Bilangan item yang mengikut bentuk, kandungan dan aras kemahiran.
 Kepayahan atau kesukaran item yang berada dalam lingkungan 20 % - 80%.

Kepentingan JSU
 Mengelakkan daripada membina ujian secara sembarangan.
 Menjamin kesahan isi kandungan sesuatu ujian.
 Menimbulkan rasa kepentingan topik-topik dan aras-aras kemahiran.
 Menentukan perseimbangan antara topik-topik dengan aras-aras kemahiran
yang diuji.

Langkah-langkah Membina JSU


Langkah 1: Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
Langkah II: Tentukan soalan yang akan dibina itu
a. soalan objektif (30 soalan)
b. 1 markah bagi 1 item
c. jumlah soalan bagi setiap topik dikira = Jumlah masa X Jumlah soalan
Jumlah Masa keseluruhan
Langkah III: Tentukan model aras kesukaran item

Biasanya JPU menggunakan taksonomi objektif pendidikan Bloom


Tiga domain: kognitif, afektif, dan psikomotor

Domain Kognitif
6. Penilaian Sukar
5. Sintesis
4. Analisis
3. Penggunaan
2. Kefahaman
1. Pengetahuan Mudah

Langkah IV: Apakah jenis ujian yang akan diuji?


 Ujian objektif
 Ujian struktur
 Ujian esei, dan lain-lain.

Langkah V:
 Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen (objektif, struktur, esei)
 Penentuan aras kesukaran soalan (soalan mudah – soalan sukar)
 Pemarkahan

Langkah VI
 Nyatakan mata pelajaran
 Nyatakan tingkatan
 Susunan nombor soalan mengikut tajuk

Jenis-jenis Ujian
1. Ujian Objektif
Item ujian jenis objektif ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu
jawapan yang betul atau yang paling baik. Antara item ujian ini termasuklah item
jawapan pendek, item jenis padanan, item jenis aneka pilihan dan kloz.

Item Respons Bebas


i. Jenis soalan:
contoh:
a) Apakah lawan bagi perkataan rajin? ( malas)
b) Apakah makna simpulan bahasa kaki ayam? (tidak memakai kasut)

ii. Item Melengkapkan Penyataan


contoh:
a) Kita mesti _______bermain sekarang kerana hujan sudah turun.
b) Saya terpaksa ________ adik saya kerana emak saya bekerja.

Item Respons Tetap ( Item Objektif Jenis Pilihan)


Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan betul atau paling
tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Item-item itu
ialah format salah-betul, padanan, dan aneka pilihan.

Item Salah - Betul


Item ini dikenali sebagai Item Dua Pilihan iaitu item yang mengandungi
penyataan yang perlu ditandakan dengan dua pilihan sahaja iaitu: betul (B) atau
salah (S). Ada ketika guru menggunakan setuju (S) atau tidak setuju (TS)
pada penyataan atau ya (Y) atau tidak (T) pada soalan.

Item Padanan
Item Padanan atau Suaian biasanya mengandungi dua kumpulan
objek/ perkara yang berkaitan. Pelajar dikehendaki memilih jawapannya dengan
memadankan objek/ perkara yang berkaitan di sebelah kiri dengan objek/
perkara di sebelah kanan.
Item Aneka Pilihan
Item aneka pilihan adalah daripada golongan item jawapan tetap kerana
diberikan tindak balas terbatas. Jenis item aneka pilihan adalah seperti yang
berikut.
a. Item aneka pilihan berbentuk soalan
b. Jenis jawapan terbaik
c. Analogi

Teknik Kloz
-alat menguji kefahaman bacaan.
-memerlukan prosedur tertentu dari segi pembinaan ujian, pentadbiran dan
pemarkahan.
-pelajar diminta mengisi tempat kosong yang telah sengaja dikosongkan oleh
guru/ penguji dalam sesuatu keratan bacaan.
-pelajar diminta melihat dan membaca keratan itu secara keseluruhannya dan
mencuba mengisi tempat yang dikosongkan dengan perkataan yang paling
sesuai menurut makna keseluruhan teks.

Soalan Subjektif
Soalan jenis subjektif terbahagi kepada beberapa pecahan seperti berikut:-
 Item Jenis Struktur
 Item Jenis Esei
 Pembinaan Ujian

Prinsip-prinsip Asas Pengujian dan Penilaian


Antara prinsip dasar yang harus dijadikan garis panduan dalam
pembinaan sesuatu instrumen penilaian dan pengujian ialah:
i. Penilaian dan Pengujian Mestilah Bersifat “Kesahan” (validity)
a. Kesahan Isi
b. Kesahan Ramalan
c. Kesahan Serentak
d. Kesahan Gagasan

ii. Kebolehpercayaan Ujian


Kebolehpercayaan merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan
dan ketekalan skor bagi menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang
diuji.

Ujian Formatif
-Ujian Formatif adalah bahan atau alat ujian yang dibina oleh guru untuk menguji
sesuatu kemahiran atau subkemahiran bahasa yang diajar.
-Skop pengajaran dan pembelajaran ujian tersebut agak terhad dan tidak luas.
-Memperbaiki lagi mutu proses pengajaran dan pembelajaran.
-Mengesan kelemahan dan pembelajaran murid secara serta-merta.
-Dijalankan dalam bentuk pemerhatian atau satu siri ujian yang pendek.

Ujian Sumatif
-Proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat
pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid.
-Skop pengajaran dan pembelajaran yang berbentuk Ujian Sumatif diasaskan dan
dibina secara luas dan melibatkan kesemua kemahiran dan aspek bahasa.

-ujian bakat bertujuan mengesan bakat seseorang dalam menguasai bahasa asing.
-ujian Pencapaian bertujuan untuk menentukan setakat manakah murid-murid
telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah dipelajari.
-ujian Kefasihan bertujuan untuk menentukan setakat manakah seseorang telah
mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
-ujian Kemajuan merupakan ujian yang menentukan kemajuan murid dari
semasa ke semasa di sepanjang pembelajaran mereka.

Penilaian Melalui Porfolio


guru untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka
masa yang dipersetujui bersama. Rekod anekdot dan lain-lain bukti
pembelajaran digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.
Portfolio berbentuk dokumentasi yang berstruktur. Ia memerlukan perancangan,
pelaksanaan dan penilaian yang teliti. Proses pembelajaran dijalankan secara
kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran
secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal
hingga ke akhir.

Anda mungkin juga menyukai