Anda di halaman 1dari 18

SABK MADRASAH ALATTAS ALARABIAH JOHOR

KM 23 JALAN KOTA TINGGI 81800 ULU TIRAM, JOHOR.

KERTAS KERJA
KELAB AQSA SYARIF
MADRASAH ALATTAS ALARABIAH
JOHOR
TAHUN: 2019

0
1.0 LOGO, MOTO DAN LAGU

1. Masjid : Melambangkan Islam sebagai pegangan.


2. Kuning : Melambangkan kebahagian dunia akhirat sebagai tujuan.
3. Merah : Melambangkan kekuatan dan keberanian.
4. Biru : Melambangkan keyakinan dalam mencapai kejayaan.
5. AQSA : Melambangkan matlamat penubuhan kelab.

MOTO : “MEMPERKASA UMMAH MEMBEBASKAN AL-AQSA

LAGU : PALESTINA TERCINTA (SHOUTUL HAROKAH)

Untukmu jiwa-jiwa kami


Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta
Untukmu jiwa-jiwa kami
Untukmu darah kami
Untukmu jiwa dan darah kami
Wahai Al-Aqsho tercinta
Kami akan berjuang
Demi kebangkitan Islam
Kami rela berkorban
Demi Islam yang mulia

1
2.0 VISI DAN MISI
VISI

Menjadi sebuah kelab yang dapat menanam rasa kasih dan empati dalam diri pelajar serta
menonjolkan jati diri muslim yang hebat, minda yang kreatif dan berkepimpinan.

MISI
Memupuk rasa berkepentingan dan kefahaman dalam mengetahui isu-isu semasa umat
sejagat serta mewujudkan rasa bermasyarakat dalam diri.

3.0 TAJUK

Kertas Kerja Penubuhan Kelab Aqsa Syarif Madrasah Alattas Alarabiah.

4.0 PENDAHULUAN / LATAR BELAKANG


Tanggal 15 Mei 1948 merupakan peristiwa hitam bagi rakyat Palestin dan umat manusia
amnya kerana pada tarikh ini, dengan rasminya tertubuh Negara Haram Israel. Peristiwa ini
dikenali sebagai Nakhbah Palestin yang merujuk kepada penubuhan negara haram
Israel. Nakhbah sendiri bermaksud “malapetaka atau bencana besar”. Peristiwa ini bermula
dengan terlaksanaya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Zionis ke atas tanah
dan penduduk asal negara Palestin secara sistematik dengan bantuan PBB dan British.

Kepentingan bumi Palestin yang di dalamnya terdapat masjid al-Aqsa telah


dinyatakan di dalam al-Quran mengenai nabi-nabi yang pernah tinggal mendiami bumi
Palestin seperti Nabi Ibrahim, Lut, Ismail, Ishak, Yaaqub, Yusuf, Salih, Daud, Sulaiman, Isa
dan Nabi lain lagi. Selain itu, nabi yang terakhir, Nabi Muhammad SAW , seperti yang
disebutkan di dalam surah Al-Isra’ mengenai penghormatan yang amat mulia diberikan oleh
Allah SWT dengan pengembaraannya ke bumi suci ini dan persinggahannya pada waktu
malam Israknya di masjid Al-Aqsa dalam peristiwa Israk dan Mikraj .

Aqsa Syarif ialah sebuah pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang
memperjuangkan isu Palestin khususnya dan umat islam sejagat amnya. Selain itu , Aqsa
Syarif juga merupakan entiti yang berusaha menyampaikan segala maklumat kepada
masyarakat Malaysia berkaitan kekejaman dan penindasan yang berlaku di bumi Palestin.
Bukan itu sahaja, Aqsa Syerif juga aktif dalam membantu menyalurkan bantuan
kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

Oleh yang demikian, penubuhan Kelab Aqsa Syarif di sekolah diharapkan mampu
membantu murid lebih cakna akan isu umat Islam dunia yang kritikal seterusnya memahami

2
peranan sebagai individu pelajar muslim yang akan memimpin diri, keluarga, masyarakat
dan negara suatu hari nanti.

Contoh kegiatan yang dijalankan oleh Kelab Aqsa Syarif adalah seperti yang berikut:

a. Menjalin kerjasama antara pihak sekolah dengan (NGO) Aqsa Syarif serta persatuan
komuniti dan masyarakat setempat dalam menjalankan aktiviti-aktiviti yang menfokuskan
kepada penyebaran isu-isu terkini tentang Palestin dalam kalangan pelajar sekolah serta
masyarakat setempat.
b. Menggalakkan ahli kelab untuk mengkaji dan mencari maklumat tentang sejarah
penjajahan Palestin, isu semasa kemudian menyebarluaskan kepada rakan-rakan
sekolah serta masyarakat setempat..

c. Mendedahkan dan menjalankan pelbagai jenis aktiviti yang menjurus kepada


penghayatan menjadi individu muslim yang boleh menyumbang kepada sekolah,
keluarga, masyarakat, agama dan negara.

Sehubungan dengan itu Madrasah Alattas Alarabiah telah memandang matlamat


kewujudan kelab ini dan pelaksanaannya dapat membantu pihak sekolah melahirkan
generasi yang lebih bersemangat patriotisme sekaligus mengambil peluang ini untuk
menubuhkan Kelab Aqsa Syarif. Justeru, satu surat rasmi memohon kebenaran
pengarah (NGO) Aqsa Syarif telah dibuat dan dihantar sebagai langkah permulaan bagi
menubuhkan kelab ini di sekolah. Selain itu, satu jawatankuasa penubuhan kelab yang
terdiri daripada guru-guru Madrasah Alattas Alarabiah juga telah ditubuhkan bagi
menjayakan penubuhan kelab ini di samping menjadi penggerak kepada kelab ini
sekiranya berjaya ditubuhkan pada masa akan datang..

5.0 MATLAMAT

5.1 Menjadi wadah menyalurkan semua maklumat berkaitan masjid al-Aqsa khasnya dan
Palestin umumnya

5.2 Menerapkan rasa nilai cinta dan kasih terhadap semua umat Islam dan alam sekitar
amnya, dan Palestin khasnya.

5.3 Membentuk jati diri yang berketerampilan, berkepimpinan dan kreatif serta berdaya saing
untuk menempuh cabaran dunia masa kini.

5.4 Memantapkan jiwa dan roh Islam dalam diri setiap pelajar.

6.0 OBJEKTIF

6.1 Menyampaikan maklumat mengenai isu masjid Al-Aqsa dan Palestin kepada murid
supaya mereka cakna dan mengambil berat isu umat.

3
6.2 Menyubur dan mempertingkatkan kesedaran tentang kepentingan mempertahankan
Palestin dan Masjid al-Aqsa kepada umat Islam.

6.3 Menjadikan isu dan peristiwa di Palestin sebagai satu iktibar untuk masyarakat yang
mempunyai jati diri, setia, berani, bersatu padu, berwawasan, bermaruah, bersikap terbuka
dan beretika sejajar dengan wawasan negara.

6.4 Melahirkan para pelajar yang berupaya untuk menyumbang idea-idea yang bernas dan
mampu menjadi ikon kepimpinan pelajar Islam.

6.5 Memberi pendedahan dan pengalaman dalam misi-misi kebajikan masyarakat bagi
membina modal insan yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi.

7.0 RASIONAL

Rasional penubuhan Kelab Aqsa Syarif Madrasah Alattas Alarabiah adalah untuk
melahirkan ikon muslim Negara yang cakna akan isu umat dan sentiasa berusaha membaiki
diri menjadi individu Muslim yang baik untuk kesejahteraan keluarga, agama dan Nega

4
8.0 JAWATANKUASA

8.1 JAWATANKUASA PENAJA

Penaung : Tuan Hj. Saiful bin Bahari


(Pengerusi PIBG SABK Alattas Alarabiah)
Naib : Puan Huzaimah binti Hussin
(Pengetua SABK Alattas Alarabiah)
Penasihat : Puan Nur Hanisah binti Jamil
Setiausaha : Puan Nur Nasihah Al-Sakinah binti Abd. Manan
Bendahari : Siti Amaliahtun Shaleha binti Shaleh
AJK : Encik Zaiem bin Mohamad
: Puan Aisyah binti Mohd Ali
: Cik Tengku Farhah binti Tengku Abd Rashid
: Cik Nor Farhana binti Basar

8.2 JAWATAN KUASA INDUK

Penaung : Prof. Dr. Hafidzi Mohd Noor


(Pengerusi Kelab Aqsa Syarif)
Naib Penaung : Puan Huzaimah binti Hussin
(Pengetua SABK Alattas Alarabiah)
Pengerusi : En. Abdul Muiz bin Rosli
(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)
Setiausaha : Nur Hanisah binti Jamil
Bendahari : Siti Amaliahtun Shaleha binti Shaleh
Penyelaras : Encik Zaiem bin Mohamad
Fasilitator : Cik Tengku Farhah binti Tengku Abd Rashid
: Puan Aisyah binti Mohd Ali
: Cik Nor Farhana binti Basar
AJK : Ahli kelab terdiri daripada murid

9.0 KUMPULAN SASARAN


9.1 Jumlah peserta : 30 orang (Senarai Peserta adalah seperti Lampiran C)

9.2 Jumlah fasilitator : 3 orang guru

5
10.0 PERLEMBAGAAN KELAB AQSA SYARIF

PERATURAN 1 : KEAHLIAN

10.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini.

10.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan.

10.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan
akan mengambil bahagian dengan aktif bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

PERATURAN 2 : GURU PENASIHAT

10.4 Guru Penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

10.5 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan pelaksanaan
sesuatu aktiviti.

10.6 Guru Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

PERATURAN 3 : AHLI JAWATANKUASA

10.7 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

10.8 Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak
dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa.

10.9 Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian.

10.10 Pemilihan jawatankuasa seara undian adalah dalam kalangan pelajar.

10.11 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan
mesyuarat.

10.12 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat
perletakan jawatan kepada Guru Penasihat.

6
10.13 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-
 Pengerusi
 Naib Pengerusi
 Setiausaha
 Penolong Setiausaha
 Bendahari
 Penolong Bendahari
 Ahli Jawatankuasa(bilangan bergantung keperluan)

PERATURAN 4 : KEHADIRAN/PENYERTAAN

10.14 Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan
sepanjang tahun.

10.15 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki menulis
surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam penilaian kokurikulum
boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 5 : AKTIVITI

10.16 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli
jawatankuasa.

10.17 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan kepada
pengetahuan ahli.

PERATURAN 6 : PERATURAN-PERATURAN

10.20 Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

10.21 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

10.22 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

7
PERATURAN 7 : TINDAKAN DISIPLIN

10.23 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi
peraturan yang ditetapkan.

10.24 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

10.25 Amaran lisan

10.26 Amaran bertulis

10.27 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat persatuan secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah
muktamad.

PERATURAN 8 : PINDAAN PERLEMBAG AAN

10.28 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

10.29 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru
Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

10.31 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan
membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

10.32 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh
Pengetua/Guru Besar.

PERATURAN 9 : PEMBUBARAN PERSATUAN

10.33 Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

10.34 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung
Tergempar.

8
PERATURAN 10 : HAL-HAL LAIN

10.35 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yangdijalankan.

10.36 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

11.0 PEKELILING BERKAITAN KOKURIKULUM PERSATUAN

Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No. 94,
Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Kokurikulum
Kebangsaan) telah memberi takrif Kokurikulum ialah Kegiatan kokurikulum di sekolah
kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:

1. Penyertaan dalam sukan dan permainan


2. Penyertaan dalam persatuan dan kelab
3. Penyertaan dalam pasukan pakaian seragam
4. Lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Pendidikan

“Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur
kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan
sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan
mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.”
Subperaturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 yang
diterbitkan sebagai PU (A) 531/97.

9
12.0 PERANCANGAN DAN PERLAKSANAAN AKTIVITI KELAB AQSA SYARIF

Minggu Program Aktiviti Objektif Catatan Nilai


Mesyuarat 1. Memilih dan  Memilih ahli Mencatat minit -Keadilan
Agong melantik AJK jawatankuasa kelab mesyuarat -
Tahunan 2. Membincangkan  Membentang laporan Kebebasan
agenda tahunan kelab bersuara
1 sepanjang  Membentang penyata
tahun kewangan
 Menerima dan melulus
resolusi
Mengetahui 1. Mengkaji  Mengetahui sebab -Mengkaji Berpenget
sejarah sejarah penubuhan kelab sejarah ahuan luas
penubuhan penubuhan  Menambah -Yakin diri
2 Aqsa Syarif Aqsa Syarif pengetahuan am -Membentang
2. Membuat  Meningkatkan hasil dapatan
pembentangan keyakinan diri dalam
hasil kajian pembentangan
Uji Minda 1. Kuiz bertulis /  Menguji minda  Bahan -Mematuhi
Ujian Lisan - Soalan undang-
diberikan - Alat Tulis undang
3
kepada ahli kuiz
kelab -Berani
2. Perbincangan mencuba
Kempen 1. Ceramah Al-  Mengetahui isu terkini  Penceramah Empati
“Selamatkan Aqsa Al-Aqsa  LCD & Semangat
Al-Aqsa” 2. Kuiz  Memahami isu Al-Aqsa Projector Prihatin
4 3. Doa “Qunut dan peranan kita  Kertas kerja
Nazilah” sebagai umat islam program
 Menghayati perjuangan  Soalan
pejuang Al-Aqsa  Hadiah Kuiz
Pertandingan 1. Persembahan  Menghayati  Latihan Berani
/ Flashmob di penderitaan rakyat  Bahan- Bersunggu
Persembahan tapak Gaza bahan h-sungguh
5
Flashmob perhimpunan  Melahirkan perasaan flashmobs Kreatif
empati buat saudara
seagama di Gaza
Pertandingan 1. Pertandingan  Mempamerkan rasa  Bahan Kritis
Cintai Al-Aqsa Cipta cinta kepada Al-Aqsa - Kertas Kreatif
bertemakan Sajak/Puisi  Menyemai kecaknaan - Alat tulis Kasih-
Palestin 2. Pertandingan tentang al-Aqsa - Alatan sayang
6. Deklamasi  Memahami bahawa isu melukis
Sajak/Puisi Al-Aqsa bukan bersifat  Hadiah
3. Pertandingan bermusim  Promosi
Melukis Poster pertandinga
n

10
13.0 SUMBER KEWANGAN DAN ANGGARAN KOS PENUBUHAN

BIl. Perkara Anggaran Kos Catatan

1. Program dan aktiviti tahunan Sumber pelbagai


RM 2000.00
2. Baju Kelab Kutipan yuran
RM 25 x 30 helai = RM 750.00 daripada pelajar
3. Button badge kelab RM 2.00 x 30 pelajar = RM PIBG
60.00
4. Sijil perlantikan Permohonan kepada
6 keping stor sekolah
5. Sijil penyertaan Permohonan kepada
30 keping stor sekolah

JUMLAH RM 2810.00

SUMBER KEWANGAN

Bil. Perkara Jumlah


Sumbangan Individu dari jawatankuasa
1. RM 600.00 RM 610.00
penaja
2. Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) RM 500.00 RM 500.00
3. Sumbangan Sekolah RM 1000.00 RM 800.00
4. Bayaran Yuran Ahli RM 30 x 30 pelajar RM 900.00

JUMLAH KESELURUHAN RM 2810.00

11
14.0 PENUTUP

Diharapkan agar segala perancangan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
Semoga segala ilmu, pelajaran dan sumbangan yang kami sampaikan di dalam Kelab Aqsa
Sherif ini akan dipraktikkan dalam kehidupan seharian pelajar demi untuk melahirkan modal
insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dari pelbagai segi. Oleh itu, kerjasama daripada
semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

12
PENGESAHAN KERTAS KERJA

PERKARA TANDATANGAN / ULASAN


Disediakan oleh :

(NUR HANISAH BINTI JAMIL)


Jawatankuasa Penaja,
Kelab Aqsa Syarif,
SABK Madrasah Alattas Alarabiah
Tarikh : ………………

Disokong oleh :

(ABDUL MUIZ BIN ROSLI)


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Tarikh : ………………

*DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN


Kelulusan oleh :
Ulasan :
(PUAN HUZAIMAH BINTI HUSSIN)
PENGETUA,
SABK Madrasah Alattas Alarabiah
Tarikh : ……………….

13
LAMPIRAN A

MADRASAH ALATTAS ALARABIAH


TEL :078224859 FAKS : 07825018
KM 23 JALAN KOTA TINGGI
81800 ULU TIRAM JOHOT
EMEL : maaj@gmail.com

Rujukan Kami : JFT1000/P(P)/2019(25)

Rujukan Tuan :

Tarikh : 11 JANUARI 2019

Kepada:
Puan Huzaimah Binti Husin
Pengetua,
Madrasah Alattas Alarabiah

Tuan/Puan,
MEMOHON KEBENARAN MENUBUHKAN PERGERAKAN KELAB AQSA SYARIF

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Penubuhan Kelab Aqsa Syarif telah diilhamkan daripada (NGO) Aqsa Syarif Malaysia.
Sebuah badan bukan kerajaan yang sentiasa cakna dan peduli tentang isu Negara Palestin yang
terdapat di dalamnya masjid al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam. Selain itu, rakyat Palestin yang
merupakan saudara Islam yang ditindas oleh regim zionis turut menjadi fokus utama Aqsa
Syarif. Semoga penubuhan kelab Aqsa Syarif di peringkat sekolah menjadi satu medium
menyampaikan bulletin-buletin terkini dan semasa mengenai Negara Palestin,

3. Bagi mencapai hasrat diatas, dengan sukacita ingin membuat permohonan menubuhkan
PERGERAKAN KELAB AQSA SYARIF sebagai salah satu kelab bagi sekolah SABK
Madrasah Alattas Alarabiah, Johor,

4. Bersama surat ini, turut disertakan kertas kerja penubuhan Kelab Aqsa Syarif bagi
penerangan hala tuju kelab.

5. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan berhubung perkara ini amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
(NUR HANISAH BINTI JAMIL)
Jawatankuasa Penaja,
SABK Madrasah Alattas Alarabiah

14
LAMPIRAN B

SABK MADRASAH ALATTAS ALARABIAH


KM 23 JALAN KOTA TINGGI
81800 ULU TIRAM
JOHOR
EMEL : maaj@gmail.com

Rujukan Kami : :JFT1000/P(P)/2019(26)


Rujukan Tuan :
Tarikh : 12 JANUARI 2019
Kepada:
PROF. DR. HAFIDZI MOHD NOOR,
PENGERUSI
KELAB AQSA SYARIF (NGO)

Tuan/Puan,
MEMOHON KEBENARAN MENUBUHKAN PERGERAKAN KELAB AQSA SYARIF

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita ingin membuat permohonan menubuhkan PERGERAKAN KELAB AQSA


SYARIF sebagai salah satu kelab bagi SABK Madrasah Alattas Alarabiah.

3. Bersama surat ini, turut disertakan kertas kerja penubuhan Kelab Aqsa Syarif bagi
penerangan hala tuju kelab.

4. Kesudian pihak Tuan/Puan menerima penubuhan kelab untuk bergerak di bawah


naungan NGO Aqsa Syarif dan MyCare dijangka akan memberikan impak yang besar dalam
memantapkan lagi matlamat penubuhan kelab.

5. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak Tuan/Puan berhubung perkara ini amat
dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,

……………………………………..
(NUR HANISAH BINTI JAMIL)
Jawatankuasa Penaja,
SABK Madrasah Alattas Alarabiah

15
LAMPIRAN C

SENARAI AHLI KELAB AQSA SYARIF

BIL TING NAMA


1 6 AB Azhad Nuruddin Bin Yusli
2 6 AB Mohamad Farhan Bin Khairulanuar
3 6 AB Muhammad Afiqhakim Bin Hj Mohamed Idris
4 5 AB Muhammad Adib Syamal Bin Norzaidi
5 5 AB Muhammad Haziq Zikri Bin Mohd Taufik
6 4 AB Abdul Halim Harraz Bin Mohamad Fauzi
7 4 AB Muhammad Ammar Faris Bin Hasbullah
8 4 AB Muhammad Danish Zahin Bin Rafizal
9 3 AB Muhammad Aqeel Bin Azman
10 3 AB Muhammad Hafidzi Bin Hamim
11 3 AB Amirul Nazmie Bin Abdul Aziz
12 3 AB Akmal Danial Bin Muhamad Yusri
13 3 AB Ameer Safwan Bin Khairul Anuar
14 3 AB Muhammad Danish Bin Hashim
15 3 AB Azim Bin Sulaiman
16 3 AB Abdul Khaliq Bin Abdul Kadir
17 3 AB Muhammad Hamdi Bin Mohd Rashid
18 3 AB Muhammad Farhan Bin Sakri
19 2 AB Ahmad Huffaz Abrar Bin Asri
20 2 AB Harish Hannan Bin Hishamuddin
21 6 SK Nurulain Syafiah Binti Mohd Rahim
22 6 SK Nur Emyza Syazreen Binti Norazlan
23 5 SK Aina Najwa Binti Azman
24 5 SK Nur Aina Nazihah Binti Mohd Yusof
25 5 SK Fatimah Azzahra Binti Hamdan
26 5 SK Nurliyana Amira Binti Mohd Sahiri
27 4 SK Nurin Irdina Bt Norhasbullah
28 4 SK Wardina Faqihah Binti Abd Rashid
29 2 SK Nur Aina Hanis Binti Samsul Bhari
30 2 SK Nurauni Syahirah Binti Md Yazid

16
17

Anda mungkin juga menyukai