Anda di halaman 1dari 5

GIGITAN

PENGENALAN

Haiwan dan serangga lazimnya tidak akan menyerang manusia kecuali ia diganggu atau tercedera. Gigitan dan sengatan ini boleh dikategorikan kepada beberapa tajuk iaitu gigitan haiwan dan manusia, patukan ular, kecederaan oleh hidupan air serta sengatan serangga seperti lebah, tebuan dan sebagainya. Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka gigitan bermaksud mencengkam dengan gigi antara satu sama lain ( m.s 371) manakala sengat pula bermaksud sejenis alat tajam yang terdapat pada beberapa jenis serangga dan binatang ( m.s 1166 ).

GIGITAN MANUSIA

Gigitan manusia biasanya berlaku apabila seseorang digigit dengan oleh orang lain. Biasanyakanak-kanak suka bertindak menggigit orang lain untuk menunjukkan kemarahan mereka. Gigitan manusia boleh menjadi lebih merbahaya berbanding dengan gigitan haiwan. Gigitanmanusia juga boleh menghancurkan tisutisu. Memukul gigi seseorang dengan penumbuk yang terdedah juga boleh mengakibatkan luka tergigit. Gigitan manusia yang mengakibatkan luka, kecederaan dan yang mengoyakkan kulit memerlukan rawatan pertolongan cemas yang sertamerta kerana terdapat risiko jangkitan kuman. Jangkitan ini disebabkan oleh beberapa bakteria yang terdapat dalam mulut manusia. Antaranya termasuklah streptococci, staphylococci, anaerobic organisms dan Eikenella corrodens.

MATLAMAT RAWATAN

Sesuatu rawatan yang diderikan adalah bertujuan :Untuk mencegah pendarahan. Untuk mengurangkan risiko jangkitan terhadap mangsa kecederaan dan pada diri sendiri. Untuk mendapatkan rawatan perubatan.

RAWATAN BAGI GIGITAN MANUSIA

Rawatan awal atau segera boleh mengelak berlakunya jangkitan. Seseorang yang mengalami gigitan manusia perlukan rawatan segera untuk mengelakkan kecederaan yang lebih parah :-

Pesakit gigitan tersebut perlulah ditenangkan dahulu. Pemberi pertolongan haruslah mengutamakan kebersihan dimana perlulah mencuci tangan sebelum memberikan rawatan. Sekiranya luka gigitan tersebut tidak berlaku pendarahan, cucilah kawasan tersebut dengan air dan sabun selama 3 hingga 5 minit. Sekiranya berlaku pendarahan di kawasan gigitan tersebut, berikan tekanan terus dengan menggunakan kain yang bersih dan kering serta tinggikan bahagian kecederaan tersebut. Rujuk kepada pakar. Bagi gigitan yang tidak serius, antibiotik tidak diperlukan, tetapi suntikan kancing gigi ( tetanus)adalah diperlukan. Sekiranya berlaku kecederaan pada lidah, doktor akan memastikan luka tersebut perlukan jahitan atau tidak bergantung kepada risiko jangkitan kuman. Sebarang gigitan manusia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja terutama sekali bila berlaku pendarahan. Sebaranggigitan manusia tersebut boleh menjadi lebih parah sekiranya:Bahagian gigitan menjadi bengkak, kemerah-merahan dan sakit, Gigitan pada muka terutamanya dekat bahagian mata, tangan pergelangan tangan dan sebagainya. Orang yang menggigit mempunyai penyakit berjangkit seperti HIV.

Oleh yang demikian, untuk mengelakkan berlakunya gigitan manusia, setiap kanak-kanak perlulah diingatkan supaya tidak menggigit orang lain. Di samping itu, jauhilah daripada bergaduh dengan orang lain kerana ia boleh mengakibatkan berlakunya pergaduhan.

GIGITAN BINATANG / HAIWAN

Semua mulut haiwan atau binatang mengandungi kuman. Gigitan dari gigi yang tajam danruncing boleh mengakibatkan luka berlubang atau luka terkoyak yang

membawa bakteria danmikroorganisma ( kuman ) yang lain jauh ke dalam tisu. Sebarang gigitan yang mengoyakkan kulit memerlukan rawatan pertolongan cemas yang serta merta kerana terdapat risiko jangkitan kuman. Anjing merupakan haiwan yang biasanya menggigit manusia berbanding dengan

kucing.Walaubagaimanapun, gigitan haiwan seperti ini boleh mengakibatkan jangkitan kuman yang boleh membawa penyakit merbahaya seperti rabies.

RAWATAN BAGI GIGITAN PERMUKAAN

Tiada rawatan yang sesuai untuk penyakit rabies. Kawasan gigitan hendaklah dibersihkan. Gunakan sarung tangan pakai buang jika ada. Cuci luka gigitan dengan air suam dan sabun bagimengurangkan risiko jangkitan kuman. Lap luka dengan kapas kesat yang bersih dan tutup luka dengan pembebat berpelekat ( plaster )atau pembebat steril yang kecil. Hantar mangsa ke hospital jika luka lebar dan dalam.

RAWATAN BAGI LUKA-LUKA YANG DALAM / SERIUS

Kawal pendarahan jika luka terlalu dalam dengan menggunakan tekanan terus dan mengangkat anggota yang cedera ke atas.Tutup luka dengan pad yang tidak berbulu atau pembalut steril dan kemudian balut luka dengan kemas untuk mengawal pendarahan. Hantar mangsa ke hospital secepat yang mungkin.

RABIES ( PENYAKIT ANJING GILA )

Risiko jangkitan yang paling serius akibat gigitan haiwan adalah penyakit Rabies iaitu penyakit anjing gila. Penyakit ini juga dikenali sebagi Hydrophobia. Penyakit virus yang merbahaya iniboleh menjangkiti manusia serta menyebabkan gangguan pada saraf dan membawa kematian. Jangkitan penyakit ini melibatkan haiwan jenis karnivor dan boleh menjangkiti haiwan lain atau manusia melalui gigitan. Selain dari anjing, binatang lain yang boleh membawa kepada penyakitini ialah tikus, kera, kelawar dan lain-lain. Penyakit rabies ini berpunca daripada virus yang dipindahkan kepada manusia menerusi gigitan haiwan atau binatang yang telah dijangkiti. Kuman ini merebak dalam air liur haiwan yang telah dijangkiti. Jika mangsa digigit ketika

berada di luar negara di mana risiko penyakit anjing gila (rabies ) adalah tinggi, maka mangsa hendaklah mendapatkan suntikan anti-rabies. Tetanus (kancing gigi ) juga merupakan risiko yang berpotensi akibat gigitan haiwan. Kemungkinan juga terdapat risiko yang rendah dari jangkitan virus hepatitis B atau C yang dipindahkan menerusi gigitan manusia - dan satu risiko yang lebih kecil ialah pemindahan virus HIV ( AIDS ). Penyakit anjing gila hanya boleh disahkan jika haiwan itu telah diperiksa dari segi perubatan.

TANDA-TANDA KLINIKAL

Tanda-tanda awal penyakit rabies pada haiwan ini ialah perubahan perlakuan dimana haiwan tersebut akan bertindak agresif dan cuba untuk membahayakan atau menggigit haiwan lain mahupun manusia. Terdapat dua peringkat untuk mengesan penyakit rabies pada haiwan iaitu silent form dan furious form. Pada silent form boleh kelihatan air liur haiwan meleleh terutamanya pada anjing dan seterusnya ketidakupayaan untuk menggigit. Pada furious form, haiwan yang dijangkiti akan bertindak ganas untuk menggigit.

SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA PENYAKIT RABIES

Bagi 1 hingga 4 hari pertama, pesakit tidak akan memberikan sebarang tanda spesifik. Biasanya pesakit akan mengalami demam, sakit kepala, kesakitan otot, hilang selera makan,muntah, nausea, batuk, sakit tekak dan rasa lemah seluruh badan. Pada peringkat awal, biasanya pesakit akan rasa dicucuk pada bahagian yang terkena gigitan. Selepas beberapa hari menunjukkan tanda-tanda seperti di atas, pesakit tersebut akan menunjukkan perubahan pada perlakuan pula. Pesakit akan berasa gelisah, akan berhalusinasi dan akan mula bertindak agresif. Kesan yang serius adalah pesakit akan mengalami kesukaran bercakap di mana menyebabkan lumpuh dan akhirnya berlaku kematian.

PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN

Mengawal kemasukan mikro organisma ( virus ) dalam kawasan tempat tinggal. Elakkan dari digigit binatang liar. Mengadakan quarantine. Ternakan yang disyaki berpenyakit hendaklah diasingkan. Jika digigit, terus berjumpa pegawai perubatan. Lakukan sampel dan pemeriksaan laboratorik terhadap haiwan yang di syaki dijangkiti.Menangkap anjing-anjing yang tidak bertuan / mengawal pergerakan anjing-anjing yangberpenyakit.2. Membuat suntikan vaksinImunisasi pasif dengan memberi serum anti rabies.Imunisasi boleh diberikan untuk mencegah dari terkena penyakit ini.

TETANUS

Tetanus juga dikenali sebagai kancing gigi. Kancing gigi adalah sejenis penyakitmerbahaya yang boleh membawa maut. Tanda-tanda penyakit ini adalah kekejangan otot yangmenyakitkan. Kancing gigi juga terjadi akibat luka yang dicemari oleh spora bakteria jenis Clostridium tetani. Kancing gigi merupakan sejenis penyakit berbahaya dan menjadi punc autama kematian di Asia dan Afrika. Clostridium tetani dijangkiti melalui manusia, kuda dan haiwan berdarah panas. Saluran usus, luka dan spora, tanah dan najis mangandungi bakteria ini. Risiko penyakit ini amat tinggi jika kecederaan berpunca daripada objek runcing dan tajam seperti jarum atau duri pokok yang tercemar yang berkemungkinan mencucuk spora jauh ke dalam kulit. Tanda-tanda seseorang itu mendapat kancing gigi ialah kelesuan,

ketegangan atau kekejangan, sukar mengunyah, otot semakin keras hingga terkancing gigi, susah tersenyum lebar, pengecutan otot yang kuat, kekejangan yang menyakitkan. Kancing gigi mengakibatkan keretakan ( ditulang-tulang panjang dan tulang belakang ), kerenggangan tendon, kesukaran makan, kegagalan jantung dan trombosis. Kancing gigi ini hanya boleh dicegah melaui vaksinasi.

Anda mungkin juga menyukai