Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 diperkenalkan pada


tahun 2012 dengan menggariskan sebelas anjakan utama bagi mentrasformasikan sistem
pendidikan dapat membangunkan modal insan bertaraf dunia yang merupakan prasyarat
untuk membawa Malaysia ke persaingan ekonomi global abad ke- 21. Antara objektif utama
PPIM ialah memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia dengan
memberi tumpuan terhadap akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti),
merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), mengukuhkan perpaduan dalam kalangan murid,
serta mengoptimumkan kecekapan sistem. Bagi memastikan objektif ini dicapai, inti pati
pelan ini adalah meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme guru melalui pelaksanaan
Komuniti Pembelajaran Profesional (KPP).

KPP dilihat mampu melestarikan guru berkualiti dan meningkatkan profesionalisme


guru supaya dapat meningkatkan pembelajaran pelajar. Di bawah PLC terdapat elemen
kritikal dan setiap elemen kritikal mempunyai strategi PLC yang tersendiri. Penulisan ini
akan memfokus kepada penggunaan salah satu strategi PLC dalam Penswastaan Amalan
(De-Privatization of Practice), iaitu Sesi Perkongsian Guru (Teacher Sharing Session) untuk
mereka cipta satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sejarah yang berkesan.

2.0 KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

Komuniti Pembelajaran Profesional merujuk kepada usaha para pendidik yang


komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian
tindakan bagi mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker
& Many, 2006). Selain itu, KPP juga ditakrifkan sebagai pasukan sekolah yang sering
berkolaborasi ke arah penambahbaikan secara berterusan dalam memenuhi keperluan
murid melalui perkongsian visi yang berfokuskan kurikulum (Reichstetter, 2006).

Anda mungkin juga menyukai