Anda di halaman 1dari 26

Apa itu Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC)?

PLC ditakrifkan sebagai sebuah sekolah di mana profesional (pentadbiran dan guru)
terus mencari dan berkongsi pembelajaran untuk meningkatkan keberkesanan
mereka untuk pelajar, dan bertindak atas apa yang mereka
pelajari. http://documents.tips/documents/komuniti-pembelajaran-profesional-
55c6122c36bdb.html
Dalam CIDS, konsep PLC ini diperluaskan lagi kepada golongan pelajar dan
golongan di luar sekolah berkonsepkan program sarana komuniti termasuk golongan
profesional, golongan  cendekiawan di pusat pengajian tinggi,  golongan industri,
korporat, agensi kerajaan dan swasta serta orang perseorangan untuk berperanan
sebagai Pakar Rujuk.  Pelajar di sekolah merupakan modal insan yang perlu
dibentuk secara bersama kerana pelajar inilah yang bakal menjadi penawaran aset
tenaga kerja ke pihak industri kelak.  Adalah diharapkan melalui program ini kedua-
dua belah pihak boleh berkolaborasi melalui input yang dikongsi bersama oleh guru
dan pelajar ketika berinteraksi dalam talian secara maya. Usaha  ini mampu
mempertingkatkan proses pembelajaran pelajar, terutamanya dalam isu
kebolehpasaran kerja untuk memenuhi kehendak dan keperluan industri.
Maklumat  tentang perkembangan yang berlaku dalam dunia pekerjaan dan
kaitannya dengan topik pembelajaran di bilik darjah, kejayaan-kejayaan dan
cabaran- cabaran yang dihadapi oleh industri boleh menimbulkan kesedaran dan
seterusnya memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk memberi komitmen
dengan penuh keyakinan ke arah mengejar cita-cita mereka.  Malah ianya juga
mampu memberi sumbangan bagi meningkatkan kualiti profesionalisme guru dan
kualiti pendidikan negara bagi melahirkan insan yang seimbang dan berprestasi
tinggi  serta cintakan negara.
CIDS mampu menjadi “hub” untuk menghubung antara para profesional di serata
dunia  dengan golongan pendidik secara kolaboratif  bagi membina generasi modal
insan yang berkualiti di masa hadapan. Ini merupakan satu tanggungjawab sosial
tanpa melibatkan kewangan (non financial CSR programme) untuk kepentingan
bersama.

Apa yang perlu dilakukan?


Pihak industri dan pihak-pihak lain boleh mendaftarkan pegawai atau kakitangn
sebagai  wakil untuk menjadi  pegawai sumber (resource person) dalam senarai 
PLC mengikut bidang dan kategori masing-masing. Mereka inilah nanti akan
berkolaborasi dengan guru –guru dalam menyelesaikan apa-apa isu yang berkaitan.
Guru-guru boleh berhubung dengan ahli-ahli dan golongan pakar yang tersenarai
dalam ruangan PLC dengan menjemput mereka mengambil bahagian dalam sesi
sembang video atau sidang video.
Anda boleh mencipta komuniti anda sendiri di institusi masing-masing bersama-
sama ahli seperti guru, murid , pentadbir atau ahli-ahli lain yang berkaitan untuk
memenuhi amalan pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah.
Usaha ini selari dengan usaha pihak KPM yang telahpun melaksanakan PLC di
sekolah-sekolah malah ia merupakan satu nilai tambah kepada guru-guru dalam
proses pelaksanaannya.
Bagaimana untuk menjadi ahli PLC?

 Anda boleh mendaftar secara sukarela mengikut bidang kepakaran anda.


 Dijemput oleh pengguna CIDS.

Apakah peranan ahli PLC?


Menyumbang kepakaran, pandangan dan nasihat dalam bidang tertentu melalui fitur
saluran komunikasi dalam model ini:

 Kaedah pembelajaran, strategi, atau inovasi dalam pembelajaran dan


pengajaran
 Pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan oleh pelajar untuk masa hadapan
dan peluang pasaran kerja yang amat mencabar.
 Perkongsian bahan digital dan bukan digital untuk meningkatkan keberkesanan
aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah.
 Informasi tentang produk, bidang pekerjaan atau peluang pekerjaan yang
berkaitan dengan prinsip-prinsip topik pembelajaran yang dipelajari di bilik
darjah. Ini mampu meninggalkan impak yang baik bagi memperkukuh,
memotivasi dan meransang pembelajaran di bilik darjah ke arah yang lebih
dinamik.
 Pelbagai bentuk bantuan dan maklumat untuk membantu guru meningkatkan
perkembangan profesionalisme secara berterusan dalam mencapai keperluan
pembelajaran Abad Ke-21 dan keperluan industri untuk pelajar agar mereka
mampu mewujudkan pelajar yang mempunyia ciri-ciri “personaliti global” di
pesada dunia.

Kami menjemput syarikat dan agensi untuk  menjadi rakan program CSR PLC ini.
Logo syarikat dan  agensi akan dipamerkan dalam laman ini. Untuk maklumat lanjut
sila hubungi:  CIDS@support team
Anda juga boleh berdaftar sebagai individu untuk menjadi ahli Pakar Rujuk dalam
PLC mengikut bidang kepakaran dan kemahiran masing-masing atau berdaftar
sebagai pelajar untuk berkomunikasi dan berkongsi pelbagai ilmu dan kemahiran
dengan rakan-rakan.

Apa Itu Professional Learning Community (PLC)

Dunia pendidikan dalam Abad ke-21 sering menekankan pembelajaran berpusatkan


murid dan guru akan berperanan sebagai fasilitator untuk membantu murid-murid
dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc)  bagi mencapai standard
pembelajaran yang digarisi.

Dalam mencapai usaha tersebut  satu konsep Komuniti Pembelajaran Profesional


atau dikenali sebagai Professional Learning Community (PLC) mula
diperkenalkan dan disebar luas ke sekolah-sekolah seluruh negara.  PLC
merupakan sebahagian daripada kualiti guru di bawah Bidang Keberhasilan Utama
Negara (NKRA) yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak pada Julai
2009 sebagai satu usaha untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran
(PdP) murid-murid khususnya bagi memenuhi keperluan dan kehendak negara ke
arah melahirkan generasi modal insan yang seimbang dan berprestasi tinggi serta
cintakan negara.

Hasrat utama konsep PLC bertumpu kepada perkongsian kemahiran dan


pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program
berfokus, mengerakkan sumber sedia ada di persekitaran dan berkongsi kepimpinan
dalam merealisasikan dasar pendidikan negara untuk membina modal insan
berkualiti di masa hadapan.

Perlaksanaan PLC yang berlaku secara santai ini bertindak sebagai satu medium
pengajaran melalui proses kolaborasi antara guru dengan pelbagai pihak dalam
menyelesaikan isu-isu berkaitan pengajaran dan dan pengajaran (PdP) di dalam bilik
darjah mahupun luar bilik darjah dalam memberi kepuasan dan minat yang
mendalam ke atas diri setiap murid-murid  secara keseluruhannya.

Usaha murni ini selari dengan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
sebagai satu nilai tambah kepada guru-guru dalam perlaksanaan program tersebut.
Namun begitu arahan wajib perlaksanan PLC daripada pihak atasan telah membuat
guru merasa terbeban dengan penambahan tugsan tersebut hingga menjadi punca
kepada hilangnya keseronokan dan nikmat dalam menjalankan tugasan di sekolah.

Selain itu, faktor kekurangan pengetahuan berkaitan PLC dan kekangan masa yang
melampau turut menjadi satu halangan kepada kelancaran perlaksanaannya di
peringkat sekolah.   Oleh itu, sewajarnya maklumat berkaitan PLC di sebarkan
secara meluas melalui taklimat dan seminar untuk mengelakkan dari berlakunya
keciciran maklumat dan  mesej dapat disampaikan  dengan tepat serta dapat
menggalakkan kesediaan guru-guru untuk menjalankan PLC di sekolah.

Program PLC merupakan satu pendekatan baru  dalam usaha memimpin pengurus


sekolah dan guru-guru untuk melakukan satu perubahan dalam PdPc dengan
matlamat meningkatkan prestasi dan pencapaian sekolah secara bersepadu.  PLC
adalah merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif
serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai
prestasi murid yang lebih baik.

Kerjasama dan semangat kesukarelaan setiap guru-guru mewujudkan budaya


pembelajaran melalui perlaksanakan PLC ini pasti membuahkan hasil yang baik
dan merealisasikan kualiti profesionalisme guru yang cemerlang.

Justeru itu, kewujudan program PLC ini wajar disambut baik oleh semua pihak
khususnya warga pendidik dalam hasrat untuk mencapai objektif program yang telah
digarisi dalam aspirasi pendidikan negara.  Perlaksanaan PLC adalah untuk menarik
penyertaan seluruh stake holder dan warga pendidik menjayakan NKRA dan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025).

Dalam merealisasikan aspirasi negara ini satu perubahan dalam kurikulum negara 
perlulah lebih bervariasi dan menarik dengan pelbagai pendekatan yang kreatif dan
inovaif serta mampu mengembangkan profesionalisme guru dan memberi kesan 
terhadap keberhasilan pencapaian murid selaras dengan objektif PPPM. 
Pembudayaan PLC sepenuhnya dalam PdPc menjadikan proses pembelajaran lebih
lancar dan dapat mengurangkan kebergantungan guru kepada arahan pihak atasan
serta mampu menjadi guru yang kreatif serta sentiasa mengamalkan amalan
pengajaran yang baik, lebih sistematik dan berinovasi dalam sesi PdPc mereka.
Perlaksanaan PLC yang berkesan dapat meningkatkan kualiti dan amalan
pengajaran dan pembelajaran (PdP) guru secara  keseluruhannya. Strategi
persediaan guru dalam perlaksanaan Pembelajaran Abad Ke-21 bertindak sebagai
satu mekanisme dalam merancang PdPc dengan lebih berkesan dan amat releven
dengan sistem pendidikan semasa yang lebih bersifat “pemusatan murid”.

Dalam strategi ini murid berperanan secara aktif dalam aktiviti PdPc sama ada
secara kumpulan ataupun individu dengan di pandu oleh guru melalui komunikasi
dua hala bagi mencapai objektif pembelajaran murid.  Di bawah strategi ini murid
lebih bertindak positif serta mampu menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif di
samping mewujudkan semangat bekerjasama antara satu sama lain berbanding
strategi pemusatan guru yang telah lama diamalkan.

Melalui program PLC yang bersifat positif  ini mewujudkan semangat kerja
berpasukan dalam menangani isu PdPc dan untuk berkongsi amalan PdPc yang
terbaik secara tidak langsung melalui bagaimana guru-guru dan murid-murid
mempamerkan cara berfikir, nilai dan kemahiran sedia ada selaras dengan
perubahan gelombang globalisasi pendidikan negara.

Dalam masa yang sama satu hubungan yang berkualiti dapat dibina melalui
penglibatan guru-guru dan murid-murid dalam program-program yang berfokus
untuk mengembangkan bakat yang kreatif dan berinovatif.  Perlaksanaan PLC
secara bersepadu juga menjadi satu simbol yang komprehensif dalam mencabar
dan memotivasikan guru untuk menzahirkan jati diri  sebagai pemimpin instruktional
di sekolah.

Mereka sentiasa peka dan berusaha membina iklim pembelajaran yang kondusif ke
arah memacu pencapaian akademik dan kecemerlangan sekolah.  Guru warga
mempelbagaikan strategi PLC di dalam bilik darjah seperti belajar secara berjalan,
bimbingan rakan sebaya guru atau pembimbing instruksi, belajar menggunakan
rancangan pengajaran harian dan sesi perkongsian guru.
Dengan hala tuju yang  jelas dalam perlaksanaan PLC pasti menghasilkan output
akhir yang mantap dan meningkatkan pencapaian murid dalam menyelesaikan
permasalahan pembelajaran dengan lebih berkesan.  Implikasi dari usaha
perlaksanaan PLC ini secara berterusan dengan mengerakkan sumber-sumber
sedia ada di persekitaran sudah pasti akan melonjakkan peningkatan dan kualiti
pencapaian akademik dan sahsiah murid yang cemerlang.

Sokongan dan usaha kerajaan untuk melakukan anjakan daripada sistem


pendidikan berasaskan peperiksaan kepada berorientasikan penaksiran juga telah
memudahkan perlaksanaan PLC secara menyeluruh.  Perubahan ini bertujuan untuk
melahirkan murid-murid yang lebih bersifat kompleks, kompetitif dan cemerlang
secara keseluruhan.  Namun begitu, komitmen guru yang komited, berbakat,
berkualiti dan dinamik adalah diperlukan termasuk sokongan pihak-pihak yang lain
khususnya ibu bapa dalam merealisasikan PLC ini dengan jayanya.

Kesimpulannya, PLC adalah satu pendekatan dalam perlaksanaan PdPc yang unik
di dalam bilik darjah untuk membangunkan dan menambahbaik pengajaran guru-
guru di sekolah.  Komitmen guru yang komited dan boleh bekerjasama secara
kolaboratif secara berterusan dalam membuat inkuiri dan kajian tindakan telah
memantapkan penghasilan PdPc yang kreatif dan penyampaian pendidikan yang
jelas untuk meningkatkan pencapaian murid-murid dalam kurikulum.

Justeru itu, strategi pemilihan pendekatan PLC yang berkesan seperti pengajaran


bersama guru, tunjuk cara dalam pengajaran, sistem sokongan rakan sekerja dan
perkongsian pintar antara pelbagai pihak secara kolaboratif telah memantapkan
usaha PLC di sekolah.

Oleh yang demikian, adalah menjadi tanggungjawab semua warga pendidik sentiasa
mentransformasikan amalan PLC dalam PdPc mereka serta mengambil peluang
melibatkan diri dalam pembelajaran mereka sendiri bagi mengalakkan rasa
kesepunyaan nilai dalam membangunkan murid-murid yang holistik serta bersedia
berkongsi idea bersama secara formal atau tidak formal dalam menjana “Kemahiran
Berfikir Aras Tinggi”.  Kejayaan mewujudkan komuniti pembelajaran profesional di
sekolah merupakan satu langkah bijak kepada pencapaian matlamat PPPM 2013-
2025. Insyaallah.
CONTOH PELAPORAN PLC
(Cara Buat Laporan Profesional Learning Community)

Ramai guru yang membuat perkongsian sesama guru secara kolaboratif tetapi tidak
tahu cara menyediakan pelaporan PLC.

Pelaporan PLC perlu dilaksanakan setelah selesai sesi strategi antara guru tersebut.
Laporan tersebut boleh dimasukan ke dalam LADAP. Oleh itu, pastikan anda
mendaftarkan di laman e-SPLKPM.

Kami akan kongsikan cara membuat pelaporan tersebut. Laporan adalah secara
ringkas namun memberikan impak kepada semua. Anda boleh merujuk contoh
pelaporan plc tersebut.

Apa itu Profesional Learning Community (PLC)?

PLC ialah singkatan kepada program professional learning communities. PLC


merupakan koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi
utama sebagai usaha menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah.

Hasrat utama konsep PLC bertumpu kepada perkongsian kemahiran dan


pengetahuan guru, membina hubungan yang berkualiti, merancang program
berfokus, mengerakkan sumber sedia ada di persekitaran dan berkongsi kepimpinan
dalam merealisasikan dasar pendidikan negara untuk membina modal insan
berkualiti di masa hadapan.

Strategi Pelaksanaan PLC


Terdapat 6 strategi utama yang menjadi fokus dalam PLC. Berikut adalah contoh
strategi yang boleh digunakan: 

1. Lesson Study
  Terdapat 3 fasa iaitu :
1. Pembinaan RPH melalui perbincangan guru dalam kumpulan (biasanya satu
panitia)
2. Pelaksanaan PdPc menggunakan RPH yang telah dibina bersama &
pemerhatian oleh ahli-ahli kumpulan Lesson Study
3. Refleksi PdPc dan penambahbaikan RPH
 
2. Peer Coaching
Melibatkan 2 orang guru, biasanya guru senior dan guru junior yang bertindak
selaku Coach dan Coachee. Ada 3 pendekatan yang boleh dipilih:
(i) Coachee mengajar, Coach menjadi pemerhati
(ii) Coach mengajar, Coachee menjadi pemerhati
(iii) Coach dan Coachee mengajar bersama. 

3. Teacher Sharing Session


Perbincangan biasanya dilakukan oleh sesama ahli panitia. Pastikan gambar sesi
tersebut diambil dan dibuat laporan.

4. Learning Walks
Para guru boleh berjalan sambil memerhatikan sesi pengajaran yang
dilaksanakan oleh guru lain.

5. Video Critiques
Video diambil semasa proses PdPc, kemudian ahli kumpulan PLC menonton
semula video tersebut. Sambil-sambil itu, ahli kumpulan menilai kaedah yang
digunakan serta membincangkan penambahbaikan terhadap kaedah PdPc sedia
ada. 

6. Data Analysis
Data Analysis biasanya melibatkan proses penilaian terhadap ujian/peperiksaan
melalui analisis item yang dibuat.

Artikel Lain : Cara Login SPLKPM

Contoh Borang Pelaporan PLC


Berikut dikongsikan borang laporan teacher sharing. Anda boleh ubahsuai dan
masukan data mengikut kesesuaian pengajaran anda.

Sesi Perkongsian Guru

Nama Ahli Kumpulan:

Tempat/Tarikh/Masa:
 

Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan


 

Interpretasi:  Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang


dibincangkan? Adakan perkongsian ini boleh memberi impak kepada
pembelajaran murid? Bagaimana?
 

 
 

Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh


memberi kesan kepada profesionalisme  saya?
 

                                     

Borang Laporan Learning Walks

 BORANG PEMERHATIAN LEARNING WALKS


FOKUS yang dipersetujui dan diperhati:
_____________________________________________________

Rumusan /
Aspek yang Bukti Kesimpulan
Tindakan
Bil. dipelajari/di Pemerhatian
seterusnya
perhati P&P
(Diisi oleh Ketua)

Pemerhatian  i. i. i.
1 ii. ii. ii.

iii. iii. iii.

iv. iv. iv.

v. v. v.

Pemerhatian  i. i. i.
2 ii. ii. ii.

iii. iii. iii.

iv. iv. iv.  

v. v. v.

Pemerhatian  i. i. i.
3 ii. ii. ii.

iii. iii. iii.

iv. iv. iv.

v. v. v.
Nama-nama ahli Walking    
Team: ………………….. …………….
i. ………………… ……………………
……
ii. Tandatangan Ketua (Lead Tandatangan
Walker) Penyelaras PLC
iii.
 NAMA :  
iv. …………………………………
………. NAMA :
……………………
v. ………………

PLC DI SEKOLAH
PLC - Komuniti Pembelajaran Profesional

     Tidak dinafikan pasti ramai guru terbeban dengan pelaksanaan program PLC di
sekolah. Ini kerana arahan melaksanakannya daripada pihak PPD/JPN dan pihak
Pengurusan Sekolah.Walaubagaimanapun kita sebagai Guru Abad 21 perlu
mengambil ini sebagai satu cabaran yang menyeronokkan , sentiasa berfikiran
positif  dan di samping itu kita juga  dapat berkongsi ilmu pedagogi , kaedah pdpc ,
strategik yang berkesan serta pelbagai pandangan bagi meningkatkan prestasi 
pelajar amnya. 

     Sepatutnya program PLC ini hendaklah dilakukan secara santai (enjoy) oleh para
guru kerana ia merupakan satu medium untuk para guru berkolaborasi dengan
rakan guru lain tentang Pengajaran dan Pembelajaran, demi mendapat kepuasan
hasil pengajaran kepada murid.

APA ITU PLC?

Professional Learning Community (PLC) merujuk kepada para pendidik


yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat
inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi yang lebih baik untuk pelajar-
pelajar mereka.

LATAR BELAKANG

PLC merupakan sebahagian daripada Kualiti Guru di bawah NKRA untuk


meningkatkan pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah-sekolah di
seluruh negara.

PLC merupakan salah satu usaha kolektif staf di sekolah dengan menumpukan
kepada 

 menggunakan kemahiran dan pengetahuan guru


 membina hubungan yang berkualiti
 mempunyai program yang sangat berfokus
 menggerakkan sumber-sumber sedia ada
 berkongsi kepimpinan

PRINSIP ARAS PLC


 memastikan pembelajaran murid
 budaya kolaborasi
 fokus kepada pencapaian

ENAM DIMENSI PLC


 Kongsi kepimpinan
 kongsi nilai dan visi
 pembelajaran kolektif dan aplikasi
 kongsi amalan peribadi
 struktur
 hubungan

STRATEGI PLC
PLC  berteraskan 5 strategi sebagai usaha menyokong dan memperbaiki
pencapaian murid dan sekolah.  5 strategi tersebut adalah seperti berikut:

Maklumat dan penerangan lanjut sila baca BUKUPANDUAN PLC

Borang-borang yang perlu diisi


   Lesson Study
   Peer Coaching
   Learning Walk
  Teacher Sharing Session 
  Video Critique
Fail Penyelaras PLC Sekolah
Fail Perlu dibuka untuk setiap tahun. Ini kerana kandungannya agak tebal.

Perkara-perkara yang perlu ada dalam Fail Penyelaras PLC Sekolah


1. Carta Organisasi
2. Surat Panggil dan Minit Mesyuarat
3. Perancangan Tahunan
4. Kitaran 1
     - Pelaporan PLC setiap Panitia
5. Kitaran 2
     - Pelaporan PLC setiap Panitia
6. Laporan PLC ke PPD
7. Lampiran
     - Tool kit (Borang)
     - Buku Panduan PLC

Antara Tugas Penyelaras PLC Sekolah


1. Mengadakan taklimat berkenaan PLC kepada guru.
2. Menghadiri mesyuarat yang dianjurkan oleh PPD/JPN
3. Mengadakan LADAP/LDP selepas menghadiri kursus/bengkel PLC
4. Menyebarluas maklumat terkini mengenai PLC
5. Berbincang dengan pihak Pengurusan Sekolah untuk mendapatkan rak khas
untuk Fail PLC sama ada di Bilik Guru / Bilik Gerakan / Pusat Sumber.
6. Mengarahkan setiap Panitia untuk mengumpul dan menyusun PLC-Lesson
Study yang telah dijalankan untuk rujukan guru. Satu Panitia-Satu Fail
untuk Lesson Study Sahaja.

Kenapa Lesson Study dititik beratkan?

Lesson study dijalankan untuk mencari method penyampaian dan sumber


pendidikan yang terbaik untuk topik-topik yang sukar difahami oleh murid. Tidak
semua topik perlu dijalankan lesson study hanya topik-topik kritikal sahaja. Untuk
masa hadapan, guru-guru yang baru mula mengajar akan mempunyai sumber
rujukan pantas untuk topik berkenaan. Tujuan kita sama iaitu melihat kejayaan murid
dan menyebarkan ilmu. Apabila topik-topik khas tersebut sudah lengkap, pihak
sekolah bolehlah menjilidkan buku berkenaan untuk disebarluaskan. Bukan Lesson
Study itu indah sebenarnya.

Tugas Guru Selepas PLC dijalankan

1.  Isi SPLG bahagian PLC. Setiap strategi PLC (Lesson Study, Peer


Coaching, Learning Walk, Teacher Sharing Session, Video Critique) yang telah
cikgu jalankan boleh didaftarkan sebagai tiga jam LDP.

APAKAH PLC
Apakah PLC | Apakah PLC? PLC yang dikenali sebagai Prefesional Learning
Community adalah perkongsian kemahiran dan pengetahuan guru melalui proses
kolaborasi antara guru dengan pelbagai pihak dalam menyelesaikan isu-isu
berkaitan proses pengajaran. PLC adalah merujuk kepada pada pendidik yang
komited secara kolaboratif serta berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian
tindakan untuk mencapai prestasi murid yang lebih baik. Kerjasama dan semangat
kesukarelaan setiap guru-guru mewujudkan budaya pembelajaran melalui
pelaksanaan PLC ini pasti membuahkan hasil yang baik dan merealisasikan kualiti
profesionalisme guru yang cemerlang. 

Ada pelbagai kaedah di dalam PLC ini. Terpulang kepada kumpulan guru tersebut
untuk menjalankannya. Paling mudah sudah tentu 'Teacher Sharing Sessions'
dimana sekumpulan guru berkongsi idea tentang sesuatu topik. Seperti sekarang
dimana semua rakyat Malaysia duduk di rumah, ramai di kalangan guru
menjalankan PLC untuk belajar benda baru iaitu Google Classroom. Tidak
terkecuali, CN dan juga rakan-rakan gigih berPLC belajar tentang kaedah
pembelajaran berkesan menggunakan Google Classroom. Memang menarik bila
berPLC menggunakan aplikasi Meet. 

Tahukah anda aktiviti PLC ini juga boleh direkodkan di dalam SPLKPM? Dalam
artikel ini CN telah berkongsi cara merekod PLC dalam SPLKPM. Okay, kali ini CN
ingin berkongsi tentang jenis PLC yang boleh dipraktiskan oleh rakan-rakan guru.

Jenis-jenis PLC atau Alat Kolaboratif PLC


1. PLC: Lesson Study

PLC Lesson Study


2. PLC: Teacher Sharing Session

PLC Teachers Sharing Sessions


3. PLC: Peer Coaching

PLC Peer Coaching


4. PLC: Video Critique

PLC Video Critique


5. PLC: Learning Walk

PLC Learning Walk


6. PLC: Book Club

PLC Book Club


7. PLC: Problem Solving Group

PLC Problem Solving Group


8. PLC: Teacher Study Group

PLC Teacher Study Group


9. PLC: Critical Friend Group

PLC Critical Friend Group

10. PLC: Horizontal & Vertical Team


PLC Horizontal & Vertical Team

11. PLC: Data Analisis


PLC Data Analisis

Anda mungkin juga menyukai