Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dirangka untuk


meningkatkan kualiti modal insan dengan meletakkan sistem pendidikan pada tahap yang
lebih tinggi, efektif dan efisien. Sehubungan dengan itu, usaha yang berterusan perlu
dilakukan oleh semua pihak bagi memastikan pengurusan kepimpinan terhadap guru adalah
cemerlang kerana kejayaan dalam sistem pendidikan sesebuah negara dikaitkan dengan
kecemerlangan kepimpinan sekolah serta elemen profesionalisme guru. Pemimpin sekolah
perlu memastikan modal insan yang dilahirkan mempunyai keperibadian yang tinggi dan
mampu bersaing dalam peringkat global dengan menerapkan elemen tersebut. Faktor
utama untuk mencapai matlamat PPPM adalah bergantung kepada kualiti guru yang
merupakan agen perubahan kepada murid dengan membantu memproses ilmu
pengetahuan yang diterima kepada sesuatu yang bermakna. Tidak dapat dinafikan bahawa
guru individu yang paling penting dalam melakukan perubahan dan inovasi serta dalam
mencapai matlamat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Menurut Kamus Dewan (2005), profesion adalah satu bidang pekerjaan yang
khususnya memerlukan latihan yang khas, pendidikan, kecekapan, kemahiran yang tinggi
misalnya perubatan, perguruan dan sebagainya. Manakala profesion keguruan merujuk
kepada pekerjaan yang berkaitan dengan peranan tugas, tanggungjawab, sifat dan kualiti
guru. Ia juga merupakan suatu pekerjaan yang membawa bersama tanggungjawab, integriti
dan akauntabiliti terhadap pelajar dan masyarakat. Dalam perubahan sistem pendidikan
yang semakin mencabar ini, guru-guru seringkali berhadapan dengan isu dalam pendidikan
termasuklah tahap profesion dan profesionalisme yang dipertikaikan, desakan untuk
memenuhi standard antarbangsa serta kemampuan guru memanipulasi kepelbagaian
potensi murid. Oleh itu, guru perlulah menggiatkan lagi pembangunan profesionalisme
keguruan yang merujuk kepada aktiviti dan proses yang direka bentuk bagi
mengembangkan pengetahuan profesional, sikap dan kemahiran pendidik agar mereka
berupaya meningkatkan kualiti pembelajaran mereka.
2.0 ISU-ISU BERKAITAN PENDIDIKAN DAN PENYELESAIAN

Antara isu yang sering timbul adalah tahap profesion dan profesionalisme guru
yang sering dipertikaikan. Ini adalah berikutan daripada perubahan globalisasi kini yang
telah mencabar profesion keguruan. Banyak isu dan laporan dalam media massa yang telah
menjatuhkan martabat profesion keguruan. Oleh itu, guru perlulah meningkatkan tahap
profesionalisme keguruan melalui penglibatan dalam kursus peningkatan profesionalisme
keguruan yang dianjurkan oleh jabatan dan mana-mana badan yang berkaitan. Kemahiran
ikhtisas ini amat penting bagi semua guru kerana ia merupakan salah satu elemen yang
membantu guru untuk menyampaikan pengajaran kepada pelajar dengan lebih berkesan.
Seperti contoh, teknik pengajaran dalam bilik darjah yang menggunakan kaedah seperti
kajian ke atas keberkesanan aktiviti dalam bilik darjah serta menggunakan kaedah refleksi
untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran.

Selain itu, guru perlu aktif dalam membuat penyelidikan dan penulisan dalam
pendidikan yang mana bertujuan untuk mencari kelemahan atau masalah yang terdapat
dalam sistem pendidikan atau pengajaran seorang guru. Ia juga bertujuan untuk mengesan
keadaan dan masalah dalam amalan amalan pendidikan dan sosial. Contoh permasalahan
yang dapat dikenal pasti adalah seperti penggunaan bahan bantu mengajar, pengurusan
aktiviti berkumpulan dan lain-lain lagi. Guru juga digalakkan untuk mengikuti pembentangan
penyelidikan yang dianjurkan oleh mana-mana institusi pendidikan tempatan mahupun
antarabangsa untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan mengenai kaedah atau teknik
pembelajaran dan saling bertukar pandangan.

Seterusnya, guru juga hendaklah meningkatkan perkembangan kendiri masing-


masing melalui pembentukan konsep kendiri di mana ia akan mempengaruhi cara kerja
seseorang guru itu. Antara konsep kendiri yang perlu ada dalam diri seorang guru adalah
seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik yang akan
mendorong mereka untuk melaksanakan tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan lebih
bertanggungjawab. Hal ini akan akan meningkatkan kualiti pengajaran seorang guru menjadi
lebih berkesan dan efisien.

Dalam meniti arus zaman kemodenan ini, guru yang cemerlang juga perlu
melengkapkan diri dengan pebagai ilmu pengetahuan serta peka terhadap perkembangan
pendidikan terkini. Mereka juga perlu menguasai pelbagai kemahiran dan bersikap inovatif.
Menurut P. Kamalanathan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2016), teknologi pada masa
kini amat penting dalam pembelajaran dan pemudahcaraan. Tanpa teknologi sesuatu
pengurusan itu menjadi kurang bermakna.
Oleh itu, pihak pentadbir dan pendidik di sekolah diseru untuk melengkapkan diri
dengan peka terhadap perkembangan teknologi semasa selaras dengan amalan yang
berlaku di negara maju seperti Jepun, China dan Korea yang telah menggunakan teknologi
sebagai pengurusan pentadbiran mahupun dalam pembelajaran.

Isu lain yang juga hangat diperkatakan adalah berkaitan desakan untuk memenuhi
standard prestasi antarabangsa. Hal ini adalah kerana negara kita menunjukkan penurunan
pencapaian dalam keputusan Trends In International Mathematics and Science Study
(TIMSS) berbanding negara lain seperti Hong Kong, Singapura dan Korea Selatan. Keadaan
ini perlu diberikan perhatian utama kerana kualiti pendidikan adalah berkait rapat dengan
pertumbuhan ekonomi negara dalam jangka masa yang panjang. Sekiranya tiada usaha
tersebut, Malaysia akan menghadapi risiko ketinggalan dalam pendidikan dan kurang
bersaing pada masa hadapan. Oleh itu, aspirasi negara adalah untuk mempertingkatkan
pencapaian pelajar secara menyeluruh serta meningkatkan akses kepada pendidikan
berkualiti.

Bagi meningkatkan pencapaian pelajar terdapat beberapa perkara penting yang


perlu dititikberatkan iaitu, dengan memastikan guru mengenal pasti kanak-kanak yang tidak
berkemampuan dan memastikan setiap kanak-kanak tersebut mempunyai peluang untuk
berjaya dengan menyediakan bantuan yang sistematik. Seterusnya, KPM perlu membuat
pemilihan ke atas pemimpin sekolah termasuk juga pemilihan guru dengan pemilihan kriteria
yang mantap dan pengurusan prestasi berdasarkan pencapaian pelajar. Daya tarikan
keguruan juga perlu dipertingkatkan untuk menjadikan profesion keguruan lebih menarik dan
dapat merekrut individu berkebolehan, meningkatkan kualiti latihan amali, serta
meningkatkan prestasi pengurusan.

Untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti pula, terdapat penambahbaikan


dalam kurikulum sekolah yang telah dirangka oleh KPM bertunjangkan dunia kesenian dan
teknologi maklumat. Antaranya cara pengajaran dan pembelajaran dalam kelas akan
berubah. Sebagai contoh guru tidak bergantung sepenuhnya lagi kepada penggunaan buku
teks malah mereka akan mengeluar dan mengaplikasikan idea dalam pelbagai bentuk.
Pembelajaran juga lebih berpusatkan murid iaitu mereka digalakkan untuk memberikan idea
dan melakukan perbincangan dalam kumpulan untuk memantapkan lagi kemahiran
komunikasi. Selain itu, guru juga perlu menyediakan rancangan pengajaran harian mengikut
ketetapan peruntukan masa yang telah ditetapkan kerajaan supaya waktu pembelajaran
adalah selaras bagi murid-murid.
Di samping itu, permintaan prasarana dari pihak sekolah akan meningkat dan
bilangan prasarana akan mula bertambah berikutan pertambahan beberapa subjek yang
memerlukan penggunaan komputer dan makmal. Peranan guru adalah menggunakan
prasarana yang telah diberikan dengan semaksima dan sebaik mungkin supaya murid-murid
dapat belajar dalam suasana yang kondusif dan selesa untuk mencapai objektif
pembelajaran.

Isu yang terakhir adalah kemampuan guru untuk memanipulasi kepelbagaian


potensi murid. Setiap pelajar mempunyai sifat yang berbeza-beza dari segi perkembangan
afektif dan kognitif, kematangan sosial, minat, potensi dan lain-lain lagi. Oleh itu, guru
berperanan untuk memberi kefahaman kepada murid murid tentang mengapa mereka
berupaya atau tidak berupaya belajar dengan baik dan mencari jalan yang betul untuk
membantu mereka belajar dengan lebih baik. Atas kesedaran ini, guru-guru perlu
menyediakan pelbagai peluang pembelajaran yang akan menjamin pembelajaran yang
efektif termasuk penggunaan bahan-bahan yang berlainan dan bukan hanya berfokuskan
kepada satu teknik mengajar sahaja. Guru perlu memberikan perhatian kepada
kepelbagaian murid dan berusaha untuk mencungkil bakat dan potensi yang ada dalam diri
mereka mengikut kemampuan masing-masing. Maka perbincangan dan perkongsian
pengalaman perlu dilakukan antara badan- badan pendidikan, sekolah dan guru-guru.

3.0 KESIMPULAN

Secara rumusannya, sekiranya dilihat dari sudut yang lebih jauh dan meluas lagi,
isu dalam masyarakat berkaitan nilai-nilai yang lebih global serta isu dalam pendidikan
khususnya adalah semakin meningkat selari dengan peredaran masa dan ia perlu ditangani
oleh guru sendiri. Oleh itu, peningkatan dan perkembangan profesionalisme keguruan harus
menjadi proriti dan keutamaan dalam perancangan kerjaya guru. Kementerian Pendidikan
Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha untuk melahirkan guru yang berkualiti dan
memastikan mereka kekal berkualiti dalam sistem pendidikan negara sepanjang tempoh
perkhidmatan melalui pelbagai insiatif. Namun, tugas ini tidak hanya diserahkan kepada
pihak kerajaan semata-mata. Sebagai seorang guru yang profesional, adalah menjadi
keperluan bagi diri mereka untuk mengembang dan memajukan diri seiring dengan
perkembangan teknologi semasa dalam dunia semakin mencabar serta melengkapkan diri
dengan ilmu pedagogi abad ke-21. Pada akhirnya, pendidikan yang berkualiti akan mampu
membentuk modal insan yang kritid dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah,
berkeupayaan mencipta peluang baharu, mempunyai daya tahan serta berkebolehan
berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah.
RUJUKAN

Abdul Said Ambotang & Muliyati Timbang. (2017). Cabaran dalam meningkatkan

transformasi profesionalisme keguruan masa kini. Utusan Borneo (Sabah). Diakses

pada 27 Ogos. 2018, daripada https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-


borneo-sabah/20170705/281943132907494

Ahmad Nazri. (2015). Pendidikan abad ke-21 Isu dan Cabaran. Diakses pada 28

Ogos, 2018, daripada https://www.slideshare.net/hajimeTMasia/pendidikan-


abadke21isudancabaran

Norliza Ahmad. (2015). Kertas Konsep Pelajaran Bermakna. Diakses pada 28 Ogos,

2018, daripada https://www.slideshare.net/balladeza/kertas-konsep-pembelajaran-


bermakna

Noriati A. Rahid., Lee, K.C., Zulkifli Mahyudin. & Zakiah Noordin. (2016). Falsafah

dan Pendidikan di Malaysia. Selangor: Oxford Fajar.

Nurazwa Salleh. (2015). Kualiti Guru. Diakses pada 25 Ogos, 2018, daripada

https://www.slideshare.net/rzwlh/kualiti-guru-48695380

Shamsiah Md Nasir., Mahani Ibrahim & Anisah Hashim. (2017). Pengantar Pengajian

Profesional. Selangor: Oxford Fajar.

Anda mungkin juga menyukai