Anda di halaman 1dari 2

Konsep Sekolah Penyayang merupakan salah satu konsep yang penting dalam sistem pendidikan Malaysia.

Ia mempunyai hubungan yang cukup erat dengan cabaran ketujuh dalam Wawasan 2020, iaitu masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Konsep Sekolah Penyayang adalah konsep yang mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. Sekolah Penyayang juga mampu menjana generasi pelajar yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan mempunyai disiplin diri yang tinggi.

Sehubungan itu, konsep sekolah penyayang bermatlamat untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan mampu memenuhi kehendak pasaran kerjaya semasa. Konsep sekolah penyayang juga bermatlamat melahirkan individu yang baik dari segi amalan, sahsiah dan tingkah laku. 3.0 OBJEKTIF 3.1 Mewujudkan pengurusan, persekitaran sekolah, guru dan kakitangan sekolah, murid, ibu bapa serta komuniti yang saling bekerjsama ke arah mewujudkan sekolah dan masyarakat penyayang. 3.2 Menerapkan nilai-nilai positif dalam kalangan murid, guru dan seluruh warga sekolah. 3.3 Membantu menangani pelbagai masalah sosial dalam kalangan murid. 3.4 Meningkatkan perasaan kasih sayang dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah terhadap murid-murid di sekolah. 3.5 Mewujudkan perpaduan dalam kalangan seluruh warga sekolah. 4.0 KONSEP Sekolah Penyayang menekankan kepada beberapa konsep utama iaitu; 4.1 Mampu menyumbang ke arah melahirkan masyarakat penyayang. 4.2 Mampu menjana generasi yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan berdisiplin tinggi. 4.3 Mampu melahirkan para guru dan warga sekolah yang caring terhadap anak didik di sekolah dalam segala aspek. 4.4 Mampu meningkatkan jati diri dan amalan kepimpinan dalam kalangan guru dan kakitangan sekolah. 4.5 Mampu membina jati diri murid serta dapat mencungkil bakat kepimpinan dalam kalangan mereka. 4.6 Mampu melahirkan guru-guru yang first in, last out di sekolah-sekolah. 5.0 PELAKSANAAN

Sekolah Penyayang akan dilaksanakan berdasarkan 5 elemen utama iaitu persekitaran, pengurusan, guru dan staf (kakitangan sekolah), murid serta ibubapa (PIBG) dan komuniti setempat.

Anda mungkin juga menyukai