Anda di halaman 1dari 8

PLG 515 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

PUSAT PENGAJIAN ILMU PENDIDIKAN

PLG 515 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Prof. Dr. Hazri bin Jamil (HJ)

TUGASAN : KRITIKAN JURNAL

Mugiliswary a/p Murugaya


S-PM 0010/19
860730 -35 - 5728

1
PLG 515 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN M/S

1.0 Ulasan Kritis Artikel 3-4

2.0 Teori Modal Insan dalam konteks pendidikan di Malaysia 4-6

3.0 Rumusan 7

4.0 Rujukan 8

Mohd Fauzi Hamat

2
PLG 515 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Mohd Khairul Naim Che Nordin

TINJAUAN KEPENTINGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN DI


MALAYSIA
(Review on the Importance of Human Capital Development in Malaysia)

Jurnal Al-Tamaddun Bil. 7(1) 2012, 75-89

1.0 Ulasan Kritis Artikel


Artikel ini membincangkan secara umum konsep pembangunan modal insan
dan kepentingannya dalam pembangunan negara pada masa kini dan akan
datang. Selain itu, penyelidik juga menyentuh kepentingan pembangunan modal
insan yang seimbang berteraskan pembangunan Islam dan huraian tentang
keperluan model pembangunan tersebut dalam aspek pembangunan negara hari
ini untuk melahirkan murid-murid yang lebih berohani.
Isu utama yang dibincangkan oleh para penyelidik dalam artikel ini adalah
kepentingan modal insan di Malaysia daripada perspektif Islam. Menurut
Baharom Mohamad dan Mohamad Johdi Salleh (2009), penyelesaian kepada
keruntuhan akhlak ini tidak lain dan tidak bukan adalah dengan kembali menghayati
ajaran Islam yang sebenar, iaitu bersumberkan Al-Quran dan As-Sunnah dan kembali
mencontohi keupayaan dan kegemilangan kepimpinan Islam terdahulu, khususnya
Rasulullah S.A.W. dan para khalifah. Hal ini bersangkut paut juga apabila penyelidik
dalam artikel ini juga berpendapat bahawa pembangunan modal insan menurut
perspektif Barat gagal mencerminkan pembangunan yang bersepadu dan menyeluruh.
Di mana, ia berbalik kepada konsep pembangunan neoliberal Barat yang berunsurkan
material sepenuhnya. Saya bersetuju dengan idea pengkaji bahawa konsep Barat
hanya mengutamakan keuntungan kerana menurut Norain Mat Lazim dan Nooriah
Yusof (2012) Teori Modal Insan (Human Capital) merupakan pengetahuan dan
kemahiran adalah elemen modal yang terhasil daripada pelaburan yang disengajakan.
Tambahan pula, mengikut teori tersebut wujud hubungan antara peningkatan
pelaburan modal insan dengan peningkatan pendapatan pekerja. Manakala, menurut
Ab Aziz Yusof dan Mutiara Dwi Sari (2017), Teori Modal Insan dari perpektif Islam
adalah tidak hanya menumpukan pada aspek material semata-mata tetapi juga
menumpukan pada aspek spiritual.
Menurut para penulis artikel ini juga, pembangunan modal insan wajar
melahirkan manusia yang memiliki ilmu pengetahuan dan nilai moral yang tinggi

3
PLG 515 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

serta memiliki kemahiran-kemahiran tertentu yang boleh dimanfaatkan dalam bidang


pekerjaan dan kehidupan sehari hari secara berkesan dan berkualiti. Tuntasnya, pada
pandangan saya Teori Modal Insan dalam pendidikan dapat dipraktikkan dengan
perancangan yang cukup komprehensif dalam menentukan hala tuju negara
pada masa hadapan menerusi anak murid kita kerana semua agama di negara
kita mengutamakan modal insan yang terbaik.

2.0 Teori Modal Insan dalam konteks pendidikan di Malaysia


Theodore W. Schultz yang memperkenalkan teori modal insan. Menurut Schultz
(1971) pengetahuan dan kemahiran adalah elemen modal yang terhasil daripada
pelaburan yang disengajakan. Contoh yang jelas adalah peningkatan hasil ekonomi di
negara-negara Barat merupakan implikasi positif daripada pelaburan dalam modal
insan. Dengan kata lain, wujud hubungan antara peningkatan pelaburan modal insan
dan peningkatan pendapatan pekerja. Jadi, negara-negara maju yang melabur dalam
pendidikan, kesihatan dan latihan dalam jangka panjang akan menguatkan struktur
ekonomi dan meningkatkan taraf hidup masyarakat mereka. Tetapi mengikut
mengikut penulis artikel modal insan yang dibangunkan secara sempurna harus
bukan sekadar dilaburkan untuk kepentingan ekonomi dan pasaran industri
semata-mata, tetapi ia perlu lebih jauh dari itu, iaitu manusia harus
dibangunkan dengan kerohanian yang luhur bagi mewujudkan pembangunan
yang benar-benar seimbang.
Manakala, Teori Pembangunan Modal Insan mengikut model R.E.LUCAS (1990)
& R.A.SOLOW (1999) menjelaskan pendidikan, kesihatan dan teknologi sebagai
komponen utama dalam pembangunan modal insan. Tambahan pula, model ini juga
menerangkan sesebuah negara hanya akan mencapai pertumbuhan yang kekal
menerusi inovasi dan pendidikan yang berteknologi tinggi. Manakala, Model R.M.
Solow(1999), melihat kesan penggabungan teknologi dan pendidikan terhadap
keseluruhan masyarakat sebagai satu unit yang menyeluruh.
Pada pandangan saya, modal insan sangat penting dalam konteks pendidikan di
Malaysia seperti mana ditekankan dalam artikel yang saya pilih kerana untuk
membangunkan modal insan, kita perlu memberi ilmu pengetahuan yang secukupnya,
kita haruslah mendidik anak murid menjadi bangsa yang berpekerti mulia,
mempunyai hemah yang tinggi, berjiwa besar, cinta akan negara dan mempunyai
kekuatan jasmani serta kekuatan rohani. Menurut Marzita (2006) pendidikan

4
PLG 515 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

memainkan peranan yang penting dalam membangunkan modal insan yang


mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, keperibadian mulia,
berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju untuk
abad ke-21. Saya juga berpendapat berdasarkan teori modal insan yang dipelopori
oleh Schultz bahawa, tidak dapat kita nafikan modal insan merupakan satu-satunya
jawapan untuk mengisi kelompongan - kelompongan nilai murni dalam kalangan
rakyat Malaysia tatkala ini. Walaupun sistem pendidikan kita mengutamakan
pembangunan modal insan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPIM), kejadian rasuah, pecah amanah, gangguan seksual dan jenayah lain terjadi
kerana ketiadaan modal insan dalam segenap lapisan masyarakat sejak dari bangku
sekolah lagi. Mengikut pengkaji artikel ini juga kajian yang dilakukan oleh
Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor menunjukkan dari 30 siri seminar
motivasi yang dikendalikan di Lembah Klang, 25% hingga 30% murid sekolah
menengah mengaku telah melakukan hubungan seks sejak masuk sekolah menengah.
Kajian yang sama mendedahkan 60% hingga 70% murid sekolah rendah berumur 9
hingga 12 tahun mengetahui mengenai seks dan berminat untuk mengetahui lebih
lanjut melalui bahan-bahan lucah.
Berdasarkan Teori Modal Insan oleh Schultz saya berpendapat bahawa sistem
pendidikan kita masih mengutamakan sistem merit bukannya kerohanian, akhlak dan
sahsiah yang terpuji. Penyelidik artikel ini juga memberikan data-data yang
menunjukkan fakta ini adalah benar. Bukan hendak menuding, di manakah kedudukan
modal insan di Malaysia yang menjadi subjek utama untuk ditekankan di peringkat
atasan. Apabila kita merenung kembali, sistem pendidikan sekarang yang kebanyakan
menekankan tentang praktikal bekerja semata-mata, di manakah nilai-nilai murni
yang sepatutnya diterapkan dalam kalangan murid tidak kira di peringkat sekolah
mahupun universiti. Jika kita meneruskan pelajaran di universiti, berapakah
banyakkah agaknya jam kredit wajib diambil hanya untuk meningkatkan modal insan
dalam kalangan pelajar universiti. Malahan, persoalan modal insan dalam konteks
pembudayaan ilmu dapat dikesan dalam Falsafah Pendidikan di Malaysia iaitu suatu
usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

5
PLG 515 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap


keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Persoalannya
adakah ini tercapai?
Pada perspektif saya, modal insan ataupun sumber manusia (human resource)
yang menjadi pemacu kepada kemajuan dan pembangunan sesebuah tamadun yang
wujud di dunia perlu dititikberatkan dalam kaca mata pembudayaan ilmu. Penulis
artikel ini juga berpandangan sebegitu dengan menyatakan pembangunan yang
kontang dari unsur rohani bahkan menafikan idea agama yang merupakan asas
kehidupan merupakan pembangunan yang berunsur ‘kebinatangan’ (animal). Perkara
ini begitu penting terutamanya apabila disentuh siapakah pewaris khazanah dan
amanah negara? Sudah pasti akan terbayang di mata bahawa pewaris terbaik yang
paling hampir untuk menerajui negara ialah golongan murid sekolah di seluruh
negara. Golongan ini perlu diasuh dan diberi latihan mencukupi bagi memantapkan
elemen-elemen sumber manusia yang diselitkan dengan kerohanian sudah tentunya.
Sekiranya pembentukan ini terbantut, sudah pasti harapan menggunung terhadap
mereka akan turut hancur. Mereka perlu diberi kefahaman yang jelas berkaitan ilmu
dan maklumat. Manusia yang berkualiti ialah mereka yang memiliki ilmu dan nilai
ilmu yang berkualiti. Ilmu dapat memandu murid-murid berfikir dan bertindak. Tiada
ilmu modal insan, maka tiadalah ketamadunan yang didambakan selama ini. Mereka
sudah pasti tidak akan dapat mengubah kualiti hidup mereka kepada yang lebih baik.
Menurut Schultz antara lima kategori yang boleh difokuskan untuk meningkatkan
keupayaan manusia seterusnya melahirkan modal insan adalah penyediaan pendidikan
formal di peringkat rendah, menengah dan tinggi. Dalam konteks memberikan
pendidikan kepada murid sekolah, mereka merupakan antara entiti terpenting dalam
sesebuah negara yang memerlukan pengganti berkualiti. Begitu juga apabila disentuh
berkaitan sekolah, murid-murid dan sekolah sepersis irama dan lagu yang tidak akan
dapat dipisahkan. Sekolah merupakan institusi pendidikan yang kaya dengan
khazanah keilmuan dan sarat dengan pembudayaan ilmu seperti membaca, menulis,
berfikir, berhujah dan seumpamanya.

3.0 Rumusan

6
PLG 515 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Pada pandangan saya, secara holistiknya sistem pendidikan negara perlu dikaji
semula dengan mengambil kira pendapat keseluruhan kerajaan, pensyarah, pelajar,
ulama’ dan sebagainya kerana pada pendapat saya pembangunan modal insan yang
dipraktikkan di negara kita masih mempunyai sentuhan Barat. Menurut penyelidik
dalam artikel ini juga berpendapat pembangunan modal insan menurut perspektif
Barat gagal mencerminkan pembangunan yang bersepadu dan menyeluruh. Menurut
Abdul Rasid Jamian (2011), murid-murid sekolah merupakan aset negara pada masa
hadapan bagi meneruskan kesinambungan bangsa dalam memajukan negara
menjelang Wawasan 2020. Oleh itu, kerajaan juga perlu mengkaji sebaiknya tentang
satu platform yang boleh mengira tentang keberkesanan sistem pendidikan negara
dalam melahirkan modal insan yang cemerlang dan tidak memfokus pendidikan untuk
melahirkan pelajar yang hanya terbaik dalam akademiknya. Hal ini disebabkan, modal
insan tidak seharusnya dilihat dari sudut latihan, kemahiran, kepakaran, profesional,
kelebihan maklumat dan sebagainya malah harus mempunyai ciri-ciri pembangunan
ke atas insan yang menerapkan sifat-sifat amanah, jujur, berakhlak mulia, progresif,
cergas dan bertamadun.

Siapalah kita tanpa ilmu. ilmu ibarat cahaya yang menerangi kegelapan malam.
Kegelapan atau kemalapan lambang kejahilan yang menjadi musuh masyarakat,
negara dan agama. Harapan menggembleng sepenuhnya modal insan atau sumber
manusia tentu tidak kesampaian jika elemen keilmuan diabaikan dan tidak menjadi
sebagai faktor utama dalam membina tamadun kemanusiaan yang berasaskan nilai-
nilai murni. Tanpa ilmu, menurut Imam Ghazali, manusia dalam keadaan tanpa
pakaian. Manusia sebegini sepatutnya harus malu dengan sikap sendiri. Sikap tidak
mementingkan modal insan, bahkan yang lebih teruk, bersikap endah tidak endah
dengan budaya keilmuan.

Rujukan

7
PLG 515 PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

Ab Aziz Yusof, Mutiara Dwi Sari (2017), Universiti College Bestari (UCB),
Terengganu. Pembangunan Modal Insan daripada Perspektif Islam : Impak
kepada Pengurus. Malaysian Journal of Social and Humanities (M) - SSH,
Volume 2, Issue 1, (page 40-53), 2017.

Abdul Rasid Jamian (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis


Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan
Bahasa Melayu. ISSN : 2180-4812, Vol.1, Bil 1 (Mei 2011) : 1-12

Baharom Mohamad dan Mohamad Johdi Salleh (2009), Pembangunan Modal Insan
Sebagai Satu Pelaburan Penting Dalam Konteks Pembinaan Negara. Prosiding
Seminar Pembangunan Modal Insan 2009, Tema: Kecemerlangan Modal Insan.
Pada: 23 – 24 Mac 2009. Tempat: Pusat Sumber Pendidikan Negeri, Pengkalan
Chepa, Kota Bharu Kelantan

Mohd Fauzi Hamat, Mohd Khairul Naim Che Nordin. (2012). Tinjauan Kepentingan
Pembangunan Modal Insan di Malaysia. Jurnal Al-Tamaddun, Bil 7 (1), 2012,
75-89

Norain Mat Lazim, Noriah Yusof (2012), Universiti Pembangunan Modal Insan dan
Penumpuan Ruang Komuniti Berpendidikan Tinggi di Malaysia : Suatu Ulasan
Kritis. Journal of Social Sciences and Humanities. ISSN : 1823 - 884x, Vol 7,
Number 2, 308-327, 2012.

Schultz, Theodore W. (1971), Investment in Human Capital: The Role of


Education and of Research, New York: The Free Press.

Anda mungkin juga menyukai