Anda di halaman 1dari 4

CRITICAL REVIEW

Ulasan Jurnal (1)

PERKEMBANGAN, CABARAN DAN APLIKASI CABARAN TEKNOLOGI


MAKLUMAT DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI MALAYSIA

PLG 525
NAMA: HAZWANI BINTI KHALIMI
NO KAD MATRIK:

S-PM0054/14

PENGENALAN
Kajian ini disediakan oleh Johan atau Eddy Luaran. Artikel ini bertajuk Perkembangan,
Cabaran dan Aplikasi Teknologi Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran di
Malaysia. Artikel ini dikeluarkan pada tahun 2013. Tujuan artikel ini adalah untuk
menyatakan perkembangan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam
bidang pendidikan di Malaysia. Pengulas memberi tumpuan kepada aplikasi teknologi
maklumat yang diguna pakai dalam pengajaran dan pembelajaran sebagai anjakan
paradigma dalam dunia pendidikan pada zaman kini. Seiring dengan wawasan Negara
2020, bidang pendidikan di Malaysia kini mengalami dinamik secara keseluruhannya.
Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia, untuk memastikan matlamat menjadi
negara membangun pada tahun 2020, Malaysia perlu mencapai 9 cabaran utama
dalam Wawasan 2020 yang merangkumi penggunaan teknologi maklumat yang mesti
diwujudkan bagi menghasilkan masyarakat yang bukan sahaja merupakan pengguna
kepada teknologi malah menjadi penyumbang kepada dunia sains dan teknologi pada
masa hadapan.

RUMUSAN
Apabila adanya sesuatu perkembangan, sudah tentulah adanya cabaran. Para guru
zaman kini perlu bersiap sedia mempelajari dan menjadikan teknologi maklumat
sebagai sahabat. Disebabkan itu jugalah wujudnya Sekolah Bestari yang menggunakan
teknologi maklumat sepenuhnya. Justeru itu, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

(PPIP) 2006-2010 telah dirancang dan dilaksanakan bagi merealisasikan satu system
pendidikan yang progresif, holistik, bermoral dan bertaraf dunia.

TINJAUAN
Pengulas sangat bersetuju dengan kertas kerja ini iaitu perlu adanya penekanan dalam
penggunaan teknologi maklumat bagi membentuk insan yang kreatif,inovatif dan
berfikiran kritis. Pengulas menyenarai program yang berkait rapat dengan program
pembestarian sekolah. Program pembestarian sekolah menyenaraikan program
kemudahan yang disediakan di sekolah bestari. Data yang digunakan adalah berbentuk
kuantitatif yang diperoleh dari statistik penggunaan komputer di sekolah dan ini
termasuklah kemahiran pengetahuan Teknologi Maklumat Guru.
Pengulas menyelitkan beberapa imej di dalam kertas kerja ini sebagai menguatkan lagi
sokongan beliau membantu menaikkan lagi kemahiran guru dalam menggunakan
hamparan elektronik terutamanya dalam penggunaan internet. Beberapa perubahan
penting telah berlaku dalam sistem pendidikan di rantau Asia dan guru-guru khususnya
dikehendaki mempertingkatkan kemahiran teknologi maklumat mereka. (Tan, 1999 dan
William, 2000). Artikel ini banyak menunjukkan perkara positif berkenaan penggunaan
teknologi maklumat di kalangan guru. Teknologi maklumat telah membantu mereka
dalam menyiapkan sesuatu tugasan. Mereka juga telah belajar cara menggunakan
Microsoft Word dan Microsoft Excel. Namun begitu, bagi guru yang telah berusia,
mereka berpendapat, penggunaan teknologi maklumat adalah sangat sukar dan
menyusahkan.

KESIMPULAN
Secara rasionalnya, artikel ini mendapati bidang pendidikan pada era kini memerlukan
guru dan murid mahir menggunakan komputer bagi meningkatkan taraf pendidikan
negara. Namun begitu, pengulas menyatakan bahawa kecanggihan yang ada hanya
merupakan alat bantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran tetapi ianya tidak
akan dapat menggantikan kedudukan guru sebagai pendidik yang mencorakkan anak
muridnya. Pendek kata, dinamik yang berlaku dalam dunia pendidikan di Malaysia pada
hari ini adalah untuk kecermerlangan generasi masa hadapan.

RUJUKAN
Johan Eddy Luaran. (2005). Kajian Terhadap Kemahiran dan Aras Keyakinan Guru
Terhadap Aplikasi Teknologi Maklumat (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di
Sekolah Menengah Daerah Kudat, Sabah.Tesis Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai