Anda di halaman 1dari 14

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK: OLEH :

MENGATASI MASALAH BULI DALAM KALANGAN PELAJAR DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA MERBOK, KEDAH.

Hadawiah binti Junaidi Siti Aisyah binti Yusof Nik Haslildha binti Nik Hassan Rabiaton binti Ayob

L20072000065 L20072000342 L20072000229 L20072000037

ABSTRAK: Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengatasi masalah buli dalam kalangan pelajar di Maktab Rendah Sains MARA Merbok dengan cara mengenalpasti perlakuan-perlakuan yang dikategorikan sebagai buli. Kajian ini juga bertujuan untuk mendapat gambaran jelas berhubung faktor-faktor yang mempengaruhi pelajar dengan melibatkan diri dalam masalah buli. Di samping itu, kajian ini mengutarakan langkah-langkah bagi mengatasi masalah ini. Dalam kajian ini, penulis menggunakan kaedah pemerhatian dan pengedaran borang soal selidik kepada 100 orang pelajar Maktab Rendah Sains MARA Merbok, Kedah iaitu 50 orang pelajar lelaki dan 50 pelajar perempuan. Tinjauan awal telah dilakukan melalui pemerhatian dan soal selidik. Hasil kajian mendapati pertamanya, bilangan pelajar lelaki lebih ramai terlibat dalam masalah ini. Namun tidak dinafikan pelajar perempuan juga terlibat dalam masalah buli tetapi bilangannya adalah lebih sedikit daripada pelajar lelaki. Keduanya, beberapa jenis perlakuan buli dikenalpasti dan perlakuan yang melibatkan penderaan emosi yang lebih berpotensi mencetuskan masalah buli. Ketiga, terdapat tujuh faKtor utama yang menyebabkan berlakunya kes buli. Keempat, penulis juga mengenalpasti langkah yang bersesuaian dengan jiwa pelajar remaja untuk mengatasi masalah buli. Diharapkan dapatan kajian ini dapat memberi informasi yang berguna kepada Jawatankuasa Disiplin Pelajar 1

dan guru-guru Maktab Rendah Sains MARA Merbok dalam usaha mengatasi masalah buli. 1- REFLEKSI PEMERHATIAN YANG LALU. Selama pemerhatian saya terhadap perlakuan-perlakuan pelajar samaada pelajar lelaki atau perempuan di Maktab Rendah Sains MARA Merbok , Kedah saya dapati terdapat segelintir pelajar yang cenderung dalam melakukan perlakuan buli. Justeru itu, saya cuba mengetengahkan kajian ini bagi membantu pelajar-pelajar untuk membina sahsiah yang unggul. Saya memikirkan bahawa kajian ini penting dilaksanakan agar sahsiah pelajar dapat dibentuk dan dibendung dalam usaha membantu pelajarpelajar bermasalah.

2- ISU KEPRIHATINAN. Kajian yang dijalankan ini berfokuskan aspek mengenal pasti perlakuan para pelajar yang dapat dikategorikan sebagai masalah buli. Di samping itu, kajian ini juga dapat mengenalpasti faktor-faktor yang mengakibatkan masalah buli. Rasional kajian ini dijalankan memandangkan masalah ini seringkali berlaku dalam kalangan pelajar remaja. Masalah yang dihadapi oleh segelintir pelajar ini merupakan masalah kompleks dan perlu diatasi agar pelajar-pelajar tidak terjebak dalam masalah yang lebih rumit dan sekaligus tercicir dalam kecemerlangan akademik serta pembentukan sahsiah mulia.

3- OBJEKTIF KAJIAN Tujuan utama kajian tindakan ini ialah: 1. Menyelidik perlakuan-perlakuan yang dikategorikan sebagai buli oleh pelajar lelaki dan perempuan. 2. Membantu pihak pentadbiran sekolah dalam mengenalpasti faktorfaktor yang mengakibatkan berlakunya masalah ini. 2

3. Menyenaraikan langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini dan mengubah serta memperbaiki perlakuan pelajar. 4- KUMPULAN SASARAN Kumpulan sasaran yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 50 orang pelajar lelaki dan 50 orang pelajar perempuan secara rawak.

5- PELAKSANAAN KAJIAN 5.1iPemerhatian Untuk meninjau masalah kajian ini, kami telah membuat Tinjauan Masalah

pemerhatian melalui perlakuan pelajar terhadap aktiviti yang dijalankan iaitu dengan melakukan pemerhatian terhadap sikap pelajar khususnya tingkah laku atau sikap mereka sesama pelajar semasa bergaul sama ada di dalam bilik darjah, ketika bersukan mahupun di asrama. Kami juga membuat pemerhatian melalui respons pelajar kepada soalan-soalan yang diedarkan.

ii- Soal selidik Kami juga menggunakan kaedah tinjauan dengan soal selidik bagi membolehkan penulis mengetahui pendapat, sikap dan latar belakang masalah kajian. Kaedah ini kami lakukan dengan mengedarkan borang soal selidik terhadap 100 pelajar secara rawak iaitu dengan mensasarkan 50 orang pelajar lelaki dan 50 orang pelajar perempuan. Kaedah ini secara tidak langsung menjadi alat atau instrumen yang digunakan untuk mengukur tingkah laku responden dan membantu mendapatkan maklumat berkaitan masalah atau isu kajian seperti latar belakang responden, jenis-jenis perlakuan yang dikategorikan sebagai buli, 3

faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah ini dan langkah-langkah mengatasinya.

5.2-

Analisis tinjauan Masalah Sebelum kami membincangkan hasil kajian secara khusus dan

terperinci berdasarkan objektif kajian, latar belakang responden akan dijelaskan terlebih dahulu. 5.2.1- Ciri-ciri demografi responden Responden merupakan pelajar tingkatan 5 Maktab Rendah Sains MARA Merbok, Kedah. Subjek kajian ialah seramai 100 orang iaitu 50 orang lelaki dan 50 perempuan. Ciri-ciri demografi yang akan diterangkan adalah mengenai kawasan tempat tinggal, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan keluarga. Data-data tersebut akan dibentangkan dalam bentuk jadual berdasarkan bilangan dan peratusan responden.

Daripada borang soal selidik majoriti responden yang dikaji berasal dari kawasan bandar iaitu seramai 64% daripada bilangan responden manakala yang selebihnya iaitu seramai 36% lagi berasal dari luar bandar. Jadual 1: Tempat Kediaman Responden

Perkara Bandar Luar bandar Jumlah

Bilangan 64 36 100

Peratus 64% 36% 100

Latar belakang mengenai tempat kediaman responden dikaji bagi mengetahui tahap pergaulan pelajar dan pengaruh persekitaran terhadap sikap atau tingkah laku pelajar yang boleh mendorong kepada masalah buli. Latar belakang pelajar akan dikaji secara langsung dalam menghuraikan kaitan antara masalah buli dan tempat kediaman pelajar. Selain daripada itu, pekerjaan ibu bapa dan pendapatan keluarga juga turut dikaji bagi melihat perkaitan dengan masalah ini. Jadual 2: Perkara Kedua-dua ibu bapa bekerja Hanya salah seorang ibu bapa bekerja Jumlah 100 100 Status Ibu Bapa Bekerja Bilangan 83 17 Peratus 83% 17%

Jadual 3: Analisis Pekerjaan Ibu Responden Perkara Kerajaan Swasta Peniaga Lain-lain Bilangan 48 22 10 20 Peratus 48% 22% 10% 20%

Jadual 4: Analisis Pekerjaan Bapa Responden Perkara Kerajaan Swasta Peniaga Lain-lain 5 Bilangan 52 23 15 10 Peratus 52% 23% 15% 10%

Hasil daripada kajian mengenai pekerjaan ibu bapa responden didapati 83% daripada responden menyatakan ibu bapa mereka bekerja dan hanya 17% hanya salah seorang sama ada ibu atau bapa responden yang bekerja. Ini menyatakan bahawa majoriti daripada responden mempunyai kedua-dua ibu bapa yang bekerja. Oleh itu daripada kajian ini kita boleh simpulkan bahawa apabila kedua-dua ibu bapa responden bekerja, ini menyebabkan mereka tidak mempunyai masa yang panjang untuk menemani anak-anak dan bertanyakan masalah yang sedang dihadapi oleh anak mereka. Selain itu faktor ini boleh kita kaitkan dengan masalah seperti tekanan kerja ibu bapa yang akhirnya memberi impak kepada anak-anak sehingga anak-anak merasa tertekan kerana kurang perhatian daripada ibu bapa yang terlalu mementingkan kerja. Daripada borang soal selidik ini kita dapati lebih ramai ibu bapa responden yang bekerja dengan kerajaan berbanding dengan pekerjaan lain. Bagi ibu responden ia mewakili 48% daripada seratus orang responden dan 52% mewakili bapa responden. Dalam sektor swasta pula 23% bapa responden bekerja dalam sektor ini berbanding hanya 22% ibu responden. Manakala bagi ibu bapa yang terlibat dalam bidang perniagaan pula hanya melibatkan peratusan yang kecil dalam kalangan responden iaitu 10% bagi ibu responden dan 15% bagi bapa responden. Berbanding dengan sektor pekerjaan lain seperti petani, nelayan, menjahit, surirumah dan sebagainya ibu responden mewakili 20% dan bapa responden 10%. Oleh itu kajian mengenai pekerjaan ibu bapa responden ini wajar diteliti bagi melihat adakah masalah ini berpunca daripada rumah atau masalah pelajar itu sendiri. Di sini jelas apa yang boleh kita simpulkan bahawa faktor pekerjaan ibu bapa turut menyumbang dalam menularnya masalah ini dalam kalangan pelajar. Ini kerana faktor-faktor seperti kurangnya didikan, kasih sayang dan juga pendidikan agama yang 6

seharusnya diterapkan oleh ibu bapa yang bermula di rumah tidak lagi berlaku. Ini kerana ibu bapa lebih mementingkan wang ringgit dan meletakkan tanggungjawab serta kebergantungan penerapan nilai ini kepada pihak sekolah semata-mata. Oleh itu faktor pekerjaan ibu bapa itu sendiri menyebabkan anak-anak terbiar sehingga mereka melakukan perbuatan buli bagi mendapatkan perhatian. Selain itu daripada pekerjaan ibu bapa responden, pendapatan purata keluarga responden pada keseluruhannya dianggarkan seperti dalam jadual 5. Jadual 5: Pendapatan Keluarga Responden Perkara Bawah RM500 RM501-RM1000 RM1001-RM2000 RM20001-RM3000 RM3000 ke atas Bilangan 10 13 7 23 47 Peratus 10% 13% 7% 23% 47%

Pendapatan keseluruhan ibu bapa responden pada tahap yang agak tinggi iaitu dalam lingkungan RM3000 ke atas sebanyak 47%. Ini mungkin disebabkan majoriti daripada ibu bapa responden yang mempunyai pekerjaan yang berpendapatan lumayan seperti bekerja dalam sektor swasta dan juga berniaga. Selain itu 23% daripada ibu bapa responden berpendapatan sebanyak RM2001 hingga RM3000 manakala 7% lagi berpendapatan sekitar RM1001 hingga RM2000. Dalam pada itu terdapat juga ibu bapa responden yang

berpendapatan kurang daripada RM1000. Purata pendapatan RM501 hingga Rm1000 seramai 13% dan purata pendapatan yang paling rendah iaitu sekitar RM500 seramai 10%. 7

Kajian terhadap pendapatan ibu bapa responden ini menunjukkan pendapatan ibu bapa responden pada tahap yang tinggi dan hanya segelintir daripada pelajar yang ibu bapanya berpendapatan rendah. Persoalannya adakah pendapatan keluarga ini turut menjadi faktor yang mendorong berlakunya masalah buli. Ini kerana jika kita lihat kepada jenisjenis perbuatan buli yang dilakukan oleh pelajar antaranya ialah membuli rakan-rakan mereka dan memeras ugut untuk meminta wang. Ini mungkin disebabkan faktor pendapatan keluarga pelajar yang rendah menyebabkan pelajar tidak mempunyai wang saku yang mencukupi sehingga ada pelajar yang sebegini yang tertekan dan membuli rakan lain dengan tujuan melepaskan tekanan dan ada juga yang membuli untuk meminta wang. Oleh itu faktor ini perlu diambil berat dalam membendung masalah yang kian meruncing ini. Sehubungan itu juga, jika kita teliti secara mendalam ada juga kalangan pelajar yang terdiri daripada golongan ibu bapa yang berpendapatan tinggi melakukan perbuatan buli. Ini juga boleh kita kaitkan dengan cara didikan ibu bapa itu sendiri yang terlalu memanjakan anakanak mereka sehingga memberikan apa sahaja keperluan anak-anak sehingga anak-anak ini sudah terbiasa keperluannya sentiasa dipenuhi. Oleh itu apabila ada pelajar yang sebegini yang terpaksa menyesuaikan diri hidup di asrama ini memberikan tekanan kepada pelajar kerana mereka terpaksa berdikari dan tidak ada tempat mengadu bagi memenuhi segala kemahuan mereka. Oleh itu pelajar ini membuli rakan-rakan yang lain agar menuruti kemahuan mereka dengan menunjukkan kuasa atau ego dengan memaksa sebagainya. Dalam pada itu, daripada 100 orang responden yang dikaji seperti dalam jadual 6, 17 orang pelajar lelaki mengaku pernah dibuli oleh rakanrakan mereka dan dan 8 orang lagi mengaku tidak pernah dibuli. Manakala selebihnya 25 orang tidak pasti sama ada mereka pernah dibuli atau tidak. Bagi responden perempuan pula 4 orang responden mengatakan pernah 8 rakan-rakan mereka melakukan perkara-perkara seperti merosakkan harta peribadi, melakukan penderaan fizikal, menganiaya dan

dibuli dan 29 orang mengaku tidak pernah dibuli dan seramai 25 orang lagi responden perempuan memberikan jawapan tidak pasti. Daripada keterangan ini didapati di MRSM Merbok kejadian buli tidak begitu serius dan ia hanya melibatkan sejumlah kecil pelajar yang pernah dibuli yang melibatkan perbuatan buli seperti penderaan fizikal, penderaan emosi, memeras ugut, merosakkan harta benda peribadi, dianiayai atau difitnah dan dipaksa melakukan perkara-perkara di luar kemampuan. Walaupun perbuatan buli ini tidak serius dan hanya melibatkan segelintir pelajar namun perbuatan yang dilakukan agak berat yang dikhuatiri jika tidak dibendung dari peringkat awal akan menyebabkan masalah ini menjadi semakin runcing. Oleh itu beberapa cadangan pencegahan akan dikemukakan dalam laporan kajian bagi mengawal masalah ini.

Jadual 6:

Taburan responden yang menjadi mangsa buli dan mengikut Jantina.

Jantina

Pelaja r yang perna h dibuli

Perat us

Pelajar yang tidak pernah dibuli

Peratu s

Tida k past i

Perat us

Lelaki Perempu an Jumlah

17 4

17% 4%

8 21

8% 21%

25 25

25% 25%

21

21%

29

29%

50

50%

6- DAPATAN KAJIAN 6.1- Perlakuan yang dikategorikan sebagai buli. Berdasarkan soal selidik, kami mendapati terdapat enam

perlakuan yang sering dilakukan dan dikategorikan sebagai buli oleh 9

pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan yang diperoleh adalah seperti di dalam jadual berikut: Jadual 6.1Jenis-jenis perlakuan buli. Jumlah responden yang berpendapat sedemikian 4 17 4 harta benda 5 6 4 40 Peratus

Bil

Jenis-jenis perlakuan buli

1 2 3 4 5 6

Penderaan fizikal Penderaan emosi Memeras ugut Merosakkan peribadi

10 % 42.5 % 10 % 12.5 % 15 % 10 % 100 %

Dianiayai atau difitnah Dipaksa melakukan perkaraperkara di luar kemampuan. Jumlah

Daripada jadual 6.1, didapati kebanyakan pelajar mengatakan jenis perlakuan buli dalam kalangan pelajar adalah berbentuk penderaan emosi iaitu 42.5 peratus responden. Kebanyakan responden mengatakan semua sikap yang tidak beradab seperti memeras ugut, berkasar, menganiaya, merosakkan harta dan sebagainya adalah termasuk dalam perlakuan penderaan emosi. Responden yang lain lebih mengklafisikasikan jenis perlakuan buli dengan lebih terperinci lagi. Antaranya ialah sebanyak 15 peratus mengkategorikan sikap suka menganiayai atau memfitnah rakan dari perlakuan buli, 12.5 peratus responden menyatakan perlakuan merosakkan harta benda peribadi salah satu perlakuan buli. Manakala perlakuan yang melibatkan penderaan fizikal, memeras ugut dan dipaksa melakukan perkaraperkara di luar kemampuan masing-masing dinyatakan oleh 10 peratus 10

responden.

Hal

ini

menunjukkan

bahawa

kebanyakan

pelajar

berpendapat keenam-enam perlakuan ini termasuk dalam kategori perlakuan buli yang berlaku dalam kalangan pelajar sama ada pelajar perempuan ataupun lelaki.

6.2- Faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya masalah buli. Kami juga telah mengadakan soal selidik bagi mengenalpasti faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya masalah buli dalam kalangan pelajar khususnya pelajar Maktab Rendah Sains MARA Merbok. Keputusannya adalah seperti jadual berikut: Jadual 6.2Faktor-faktor berlakunya kes buli. Bilangan responden yang menyatakan sedemikian 19 24 17 25 8 25 25 143

Bi l 1 2 3 4 5 6 7

Faktor-faktor berlaku kes buli Dendam Kurang kasih sayang Kurang didikan agama Pengaruh rakan Keinginan untuk membuli Rasa diri lebih berkuasa/ego Tekanan Jumlah

Peratus

13.29 % 16.78 % 11.88 % 17.48 % 5.59 % 17.48 % 17.48 % 100 %

Dengan merujuk jadual di atas, kami mendapati kebanyakan responden mengkategorikan pengaruh rakan sebaya, rasa diri lebih berkuasa dan tekanan yang dialami adalah faktor yang utama iaitu sebanyak 17.48 peratus responden. Faktor yang kedua pula adalah berpunca dari kurangnya kasih sayang daripada keluarga yang 11

mendorong melibatkan diri dalam kes buli yang dipersetujui oleh sebanyak 16.78 peratus responden. Manakala faktor lain yang dinyatakan oleh responden ialah berpunca dari perasaan dendam iaitu sebanyak 13.29 peratus responden, kurang didikan agama sebanyak 11.88 peratus responden dan 5.59 peratus responden mengatakan keinginan untuk membuli juga turut menjadi faktor berlakunya kes buli.

6.3 - Langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini dan mengubah serta memperbaiki perlakuan pelajar Berikut ialah cadangan daripada pihak responden mengenai langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi masalah ini yang bersesuaian dengan jiwa pelajar. Jadual 6.3Bi l 1 2 3 4 5 Cara-cara mengatasi masalah buli. Bilangan responden 29 15 27 11 24 106 Peratus (%) 27.36 % 14.05 % 25.47 % 10.38 % 22.64 % 100%

Cara mengatasi masalah buli. Motivasi / ceramah Hukuman Kaunseling Didikan agama Ketatkan peraturan maktab Jumlah

Berdasarkan jadual di atas, menunjukkan beberapa cara-cara mengatasi masalah buli yang dicadangkan oleh responden. Seramai 27.36 peratus responden mencadangkan agar diadakan ceramah motivasi kepada pelajar sama ada yang terlibat dengan masalah buli atau tidak. Langkah kedua yang dicadangkan oleh 25.47 peratus responden ialah dengan memberi kaunseling kepada pelajar yang bermasalah. Manakala 22.64 peratus responden yang 12 lain pula

berpendapat peraturan maktab perlu diperketatkan lagi agar dapat membendung masalah di kalangan pelajar. 14.05 peratus responden pula mencadangkan agar diberi hukuman yang setimpal kepada pelajar yang bermasalah dengan kes buli dan hanya 10.38 sahaja berpendapat pelajar bermasalah perlu diberi didikan agama. Namun begitu, langkahlangkah perlu di ambil dengan bijaksana agar masalah buli dalam kalangan pelajar dapat diatasi.

6.4- Cadangan aktiviti yang akan dilakukan. Berdasarkan kajian yang dilakukan ini, terdapat beberapa aktiviti yang dirancang bagi membantu mengatasi masalah buli dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan di Maktab Rendah Sains MARA Merbok iaitu: 6.4.1Ceramah Agama. Pihak maktab seharusnya memperbanyakkan ceramah atau kuliah agama khususnya kuliah subuh, kuliah maghrib, kuliah jumaat dan sebagainya. Aktiviti ini seharusnya diisi dengan peringatan berkaitan agama dan tuntutan seorang pelajar muslim. Penglibatan pelajar secara menyeluruh ini juga secara tidak langsung akan dapat menjalinkan hubungan yang baik di antara pelajar khususnya pelajar senior dan junior.

6.4.2-

Sesi kaunseling berkelompok. Pihak kaunselor maktab juga seharusnya memainkan peranan penting dengan melaksanakan program-program yang berbentuk motivasi sama ada dalam kelompok yang kecil atau besar. Sesi kaunseling juga perlu menerapkan tentang Kenali Diri, cara berkomunikasi dan bersosial dan sebagainya.

13

6.4.3-

Program Usrah Para pelajar juga perlu diterapkan dalam program usrah iaitu perbincangan tentang sesuatu masalah atau isu dalam kelompok kecil yang terdiri daripada sekurang-kurangnya lima hingga sepuluh orang ahli. Kaedah ini membantu seorang pelajar menjadi ketua dan fasilitator yang baik sekaligus membina perhubungan persahabatan yang erat sesama ahli kumpulan. Ahli juga dapat lebih mengenali, bantu membantu antara satu sama lain.

6.4.4-

Kemaskini peraturan sedia ada. Pihak disiplin maktab juga perlu memainkan peranan dalam usaha mengatasi masalah buli iaitu dengan mengemaskini peraturan yang sedia ada dan memperelokkan perlaksanaannya. Pengendalian disiplin yang mantap dapat mendisiplinkan sikap pelajar.

7- CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Memandangkan cadangan aktiviti yang telah dilakukan di maktab ini menunjukkan prestasi yang memberangsangkan, maka kami mencadangkan agar dilakukan kajian terhadap pelaksanaan programprogram yang menunjukkan potensi dapat membendung masalah buli seperti kajian terhadap pelaksanaan ceramah agama, program motivasi, kaunseling dan sebagainya.

8- BIBLIOGRAFI 14

Anda mungkin juga menyukai