Anda di halaman 1dari 4

FAKULTI PEMBANGUNAN MANUSIA

JABATAN PENDIDIKAN KANAK-KANAK AWAL


PROGRAM PENGAJIAN SARJANA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
SEMESTER 1 SESI 2020/2022 (M201)

KOD KURSUS & NAMA:


KPP60704
PEMBELAJARAN DAN KOGNISI

PENULISAN KRITIKAL 1
(BUKU PUTIH)

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NO.MATRIK NAMA TANDATANGAN


1 M20201000103 DASHELAVATHY A/P
BASGARAN

NAMA PENSYARAH:
DR.SUPPIAH A/L NACHIAPPAN

TARIKH PENYERAHAN:

19 JUN 2021
Penulisan Kritikal 1

Bagaimanakah ilmu tentang Teori-teori Pemprosesn Informasi dapat mengaplikasi melalui pdp
dalam bilik darjah?(10markah)

Menurut Hayes (1994) menyatakan bahawa perkembangan kognisi telah memberi


pemahaman kepada ciri mental, iaitu memori yang menyimpan rakaman pengalaman dan
peristiwa sebagai khazanah pemikiran. Malah, perkembagan kognitif murid perlu dilakukan
mengikut kemampuan murid pada tahap tertentu seperti mana yang dinyatakan dalam teori
perkembangan kognitif yang dipelopori oleh Jean Piaget (1896-1980) dan Lev Vygotsky (1934-
1986). Teori perkembangan kognitif tersebut memainkan peranan penting kepada guru dalam
membantu murid untuk meningkatkan daya kognitif mereka melalui pendekatan yang
bersesuaian. Hal ini demikian kerana, daya kognitif murid adalah berbeza berdasarkan peringkat
dan tahap perkembangan tersebut. Dalam memperkembang daya kognitif pelajar, guru telah
mengaplikasikan teori perkembangan kognitif tersebut dalam merancang dan melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Perkara tersebut dilakukan bagi
memastikan setiap murid dapat mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah
ditetapkan oleh guru.

Teori perkembangan kognitif tersebut diaplikasikan oleh guru dalam memilih bahan
bantu mengajar yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kognitif murid. Menurut Ben-
Eliyahu dan Linnenbrink-Garcia (2013) menyatakan bahawa bahan pengajaran harus sesuai
dengan keupayaan murid dalam menaakul memahami isi pelajaran yang hendak disampaikan
oleh guru. Jeanne Ellis (2007), proses pengajaran dan pembelajaran sepatutnya bermula dengan
bahan konkrit dan barulah kepada abstrak. Berdasarkan pernyataan tersebut, guru menggunakan
bahan bantu mengajar konkrit untuk mengajar murid-murid pada perkingkat operasi konkrit.
Menurut Wong Kiet Wah et al (2013), murid-murid pada peringkat operasi konkrit masih belum
bersedia menyelesaikan masalah-masalah secara abstrak atau pembelajaran yang dilaksanakan
dalam bentuk hipotesis. Kebanyakan guru di sekolah rendah menggunaan bahan bantu mengajar
konkrit untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap topik pelajaran yang diajarkan oleh guru.
Oleh itu, guru mengamalkan beberapa contoh dan perbandingan untuk memudahkan pemahaman
murid-murid pada peringkat operasi konkrit terhadap sesuatu mata pelajaran. Murid yang berada
pada peringkat operasi formal mampu menyelesaikan masalah melibatkan proses kognitif yang
kompleks. Pemikiran mereka juga tidak lagi tertumpu kepada objek konkrit semata-mata, namun
dapat memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis. Pada peringkat operasi formal,
guru menggunaan bahan bantu mengajar dalam bentuk komunikasi media (Mohd Safarin Nordin
et al, 2008). Salah satu bentuk komunikasi media yang digunakan oleh guru untuk mengajar
ialah komputer. Guru yang mengajar murid pada peringkat operasi menggunakan komputer
untuk menyampaikan konsep yang abstrak bagi meningkatkan pengetahuan murid terhadap
konsep tertentu. Hal ini demikian kerana, murid pada peringkat operasi formal sudah mampu
memahami sesuatu konsep tanpa bantuan bahan bantu mengajar konkrit seperti mana yang
diperlukan oleh murid yang berada pada peringkat operasi konkrit. Ringkasnya, teori
perkembangan kognitif diaplikasikan oleh guru dalam konteks proses pengajaran dan
pembelajaran melalui pemilihan bahan bantu mengajar yang sesuai mengikut tahap
perkembangan kognitif murid agar murid dapat memahami konsep yang hendak disampaikan
oleh guru.

Umum sedia maklum, Teori Kognitif lebih menekankan pada belajar merupakan suatu
proses yang terjadi dalam akal fikiran manusia. Pada dasarnya belajar adalah suatu proses usaha
yang melibatkan aktiviti mental yang terjadi dalam diri manusia sebagai akibat dari proses
interaksi aktif dengan persekitarannya untuk memperoleh suatu perubahan dalam bentuk
pengetahuan, pemahaman, tingkah laku, keterampilan dan nilai sikap yang bersifat relative.
Sehubungan dengan itu, banyak pengaplikasian elemen Teori Kognitif yang dapat dikenalpasti di
dalam bilik darjah semasa sesuatu proses Pengajaran dan Pembelajaran.

Antaranya ialah guru lebih menekankan proses pembelajaran murid daripada hasil
pembelajaran semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran di dalam bilik darjah (Ee Ah
Meng,2002). Pernyataan ini merujuk kepada guru merancang aktiviti PdP yang bersifat
memberikan suseuatu nilai atau ilmu kepada murid-murid. Sebagai contoh, semasa guru
mengajar mata pelajaran teknologi Maklumat dan Komunikasi, guru lebih mementingkan
pemahaman murid itu sendiri dalam melaksanakan sesuatu aktiviti berbanding dengan hasil
bantuan orang lain. Ini menunjukkan guru tersebut mengaplikasikan prinsip Teori Kognitif.

Pengaplikasian Teori Kognitif di dalam bilik darjah yang kedua ialah guru mementingkan
aktiviti yang menggalakkan pemikiran murid secara kreatif dan kritis. Ini bermaksud guru
memberikan tugasan kepada murid yang bersifat KBAT, iaitu mencungkil Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi murid. Sebagai contoh, guru memberikan tugasan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi di mana murid perlu membina suatu pangkalan data. Ini membuktikan guru
melaksanakan elemen Teori Kognitif di dalam bilik darjah semasa proses PdP.

Akhir sekali pengaplikasian Teori Kognitif di dalam bilik darjah ialah guru mengenal
pasti aras pemikiran bagi murid-murid. Dengan adanya ilmu mengenai perkembangan kognitif
kanak-kanak, guru dapat merancang rancangan pengajaran dengan lebih berkesan. Ini adalah
kerana guru dapat mengenal pasti aras pemikiran bagi kanak-kanak dan membuat perancangan
yang teilti mengenai subjek yang ingin diajarkan kepada murid. Ini membolehkan proses
pembelajaran berlaku pada tahap yang betul dan proses pembelajaran optimum dapat dicapai.

Kesimpulannya, elemen Teori Kognitif adalah diaplikasikan di dalam bilik darjah.


Sehubungan dengan itu, guru perlulah membuat pelan perancangan yang sistematik dan efektif
dalam aktiviti PdP.

Anda mungkin juga menyukai