Anda di halaman 1dari 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

KOTA BHARU, KELANTAN

PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN PASCASISWAZAH


PDPP (KDC)

AMBILAN OKTOBER 2020


SEMESTER 1 TAHUN 1
PDPP SAINS
TUGASAN 1
PENULISAN
NAMA PELAJAR : NUR IYLIANIS BT ISMAIL

ANGKA GILIRAN : 2020082400007

NO KAD PENGENALAN : 960605-03-5854

KUMPULAN : SAINS

KOD KURSUS : EDUP2093

NAMA KURSUS : PEDAGOGI

NAMA PENSYARAH : EN HALIM B.WAN IBRAHIM

TARIKH HANTAR : 28 FEBRUARI 2021


PENGAKUAN PELAJAR

NAMA: NUR IYLIANIS BT ISMAIL ANGKA GILIRAN: 2020082400007

KOD: EDUP2122 NAMA KURSUS: PEDAGOGI

SEMESTER/TAHUN : SEMESTER 1
AMBILAN : OKTOBER 2020
TAHUN 1

PROGRAM / KUMPULAN : PDPP SAINS TUGASAN : PENULISAN

PENSYARAH : EN HALIM B.WAN IBRAHIM

TARIKH MULA: 4 FEBRUARI 2021 TARIKH HANTAR : 28 FEBRUARI 2021

PENGAKUAN PELAJAR

Saya mengaku sudah menerima maklum balas tentang kerja kursus oleh pensyarah.

Tandatangan pelajar:

Tarikh : 28 Februari 2021


Kajian membuktikan bahawa pedagogi berasal daripada perkataan Latin yang membawa
maksud kaedah mengajar kanak-kanak. Konsep pedagogi telah berkembang dan digunakan
dalam konteks pengajaran di semua peringkat sekolah mahupun di peringkat universiti
mengikut denganperedaran masa dan pemantapan bidang Pendidikan. Pedagogi boleh
disimpulkan sebagai pengajaran dan pembelajaran yang bersifat seni dan juga sains dalam
penyampaian isi kandungan. Proses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan
adanya interkasi antara guru dan murid. Guru perlu mengaplikasikan strategi, kaedah,
Teknik dan aktiviti sebagai medium semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini
bertujuan untuk memudahkan murid-murid menerima dan memahami isi pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Justeru itu, kualiti seorang guru akan mempengaruhi kejayaan
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Pengetahuan yang dimilikki pada seseorang
guru berserta kaedah penyampaian mereka adalah sebagai integrasi dominan
untuk memastikan murid-murid memperolehi pembelajaran yang dinamik dan responsive
(Syukri et al., 2013). Kepentingan pedagogi pula ialah membantu guru memahami prinsip
pdp. Sehubungan itu, guru akan lebih mudah memilih kaedah pengajaran yang sesuai
mengikut tahap setiap pelajar. Guru juga dapat merancang pengajaran yang lebih berkesan
dengan mudah. Manakala penguasaan pedagogi guru memberi impak kepada peningkatan
potensi pelajar.

Terdapat enam konsep pedagogi yang perlu diikuti oleh seseorang guru antaranya
ialah kemahiran perancangan pengajaran, kemahiran strategi pengajaran, kemahiran
penggunaan bahan bantu mengajar, kemahiran pengurusan bilik darjah, kemahiran
penilaian pengajaran dan kemahiran penggayaan dan kemahiran. Melalui pemerhatian,
konsep pedagogi dari semasa ke samasa semakin kompleks. Maka, pengetahuan dan
pemahaman pedagogi seseorang guru perlu berkembang dan bersepadu. Pedagogi pada
abad ke-21pula perlu memberikan pertimbangan yang menyeluruh supaya dapat
menghasilkan pelajar yang mempunyai nilai yang tinggi mengikut kehendak semasa.
Pembelajaran abad ke-21 mengandungi empat ciri seperti komunikasi. Dalam komunikasi
akan berlaku berkongsi pemikiran, idea, soalan dan penyelesaian sesuatu masalah (Radin &
Yasin, 2018). Kedua ialah kolaborasi. Kolabrasi memainkan peranan penting untuk
bekerjasama mencapai matlamat menggunakan bakat, kepakaran dan kebijaksanaan. Ciri
yang ketiga, Pemikiran kritikal, menyelesaikan masalah dengan cara yang baru, serta
mengaitkan dengan pembelajaran merentasi subjek dan disiplin. Ciri yang keempat ialah
kreativiti. Kreativiti digunakan dalam menyelesaikan sesuatu perkara dengan mencuba
pendekatan baharu.
Pendekatan pembelajaran yang kreatif iaitu Heutagogi telah dipilih. Heutagogi ialah
merujuk kepada pembelajaran kendiri. Ciri-ciri Heutagogi antaranya ialah pelajar akan
mampu menyelesaikan masalah dengan mencari penyelesaian sendiri dengan
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi dan sebagainya (Kamrozzaman et al., 2019).
Pembelajaran tidak semestinya berterusan malah pelajar mesti bertanggungjawab terhadap
apa yang mereka pelajari dan berani menyahut cabaran juga merupakan ciri Heutagogi.
Selain itu, pelajar juga perlu fokus kepada pembelajaran dalam jangka masa panjang yang
memerlukan mereka untuk mecari jalan penyelesaian bagi masalah rumit. Manakala,
motivasi seseorang pelajar adalah bagaimana mereka belajar dan pelajar akan belajar untuk
menyesuaikan diri. Guru merupakan pembimbing pelajar dalam mengalakkan pembelajaran
secara kalaboratif dan meningkatakan semangat ingin tahu dalam diri setiap pelajar.

Kaedah dam Teknik pedagogi kotemporari yang dipilih ialah pembelajaran


berasakan inkuiri. Pengajaran dan pembelajaran (p&p) berasasakn inkuiri adalah
merupakan satu pendekatan yang mana murid dapat membentuk pengetahuan dan
kefahaman sendiri dengan menggunakan penyiasatan dan penerokaan berdasarkan
pengetahuan yang sedia ada (Mohamed & Jaafar, 2020). Pelbagai pendekatan yang boleh
digunakan untuk pelaksanaan pendekatan ini seperti penyiasatan saintifik, pembelajaran
berasakan masalah, pembelajaran berasaskan projek dan pembelajaran kolaboratif supaya
melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi dan berilmu. Proses p&p
inkuiri menekankan kepada learning by doing yang melibatkan murid, melaksanakan aktiviti
penyiasatan, penerokaan, penyoalan, berfikir secara kreatif dan penemuan ilmu yang baru.
Kemahiran inkuiri merupakan salah satu kemahiran belajar yang diberi penekanan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Justeru itu, murid dapat
meningkatkan minat dan keseronakan dalam pembelajaran seterusnya dapat
membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Dalam pada masa yang sama, inkuiri
membantu murid pemerolehan pelbagai kemahiran berfikir aras tinggi seperti kemahiran
teknologi maklumat, kemahiran saintifik, kemahiran insaniah kemahiran menyelesaikan
masalah serta kemahiran dalam membuat keputusan. Ia juga dapat meningkatkan
kemahiran murid dalam aspek komunikasi seperti membina soalan beraras tinggi untuk
mendapatkan jawapan dalam menyelesaikan masalah Ketika menjalankan aktiviti.
Penguasaan ini amat penting kerana penguasaan ini mampu menyediakan murid menjadi
sebagai pemain global bagi abad ke-21.

Berpusatkan murid merupakan ciri inkuiri. Dalam konteks ini, murid murid
menggunakan akal fikiran yang munasabah terhadap sesuatu isu,masalah atau
pengetahuan seiring dengan keadaan masa kini. Murid juga akan terdedah dengan
melakukan aktiviti meneroka, mengenalpasti, mencari dan menguji pengetahuan. Ciri yang
seterusnya, meransang minat dan sikap ingin tahu murid. Meransang minat dan sikap ingin
tahu murid bagi meneroka mencari maklumat, menyiasat terhadap situasi atau masalah
yang berlaku yang diberi oleh guru. Selain itu, mengemukakan soalan dan membuat
inferens dalam proses pencarian maklumat. Dalam pembelajaran berasakan inkuiri, ia
melibatkan proses kognitif, afektif dan psikomotor pada seseorang murid (Lahadisi et al.,
2014). Hal ini kerana, proses mental akan berkembang apabila melakukan aktiviti dalam
menyelesaikan masalah, membuat pemerhatian, membuat hipotesis, mengumpul data dan
akhirnya membuat kesimpulan terhadap pelbagai maklumat yang dapat dibuktikan.

Pelbagai model inkuiri boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran


(p&p) mengikut kesesuaian mata pelajaran yang berkaitan (Rohayani et al., 2018). Namun
begitu, model umum yangs esuai diadaptasi dengan semua mata pelajaran dalam kurikulum
kebangsaan adalah model pembelajaran 5E. 5E adalah merujuk kepada lima fasa
pembelajaran seperti pelibatan (Engagement), penerokaan (exploration), penerangan
(explanation), pengembangan (elaboration) dan penilaian (evaluation). Fasa pelibatan guru
memberi ransangan kepada murid untk menimbulkan rasa ingin tahu. Fasa yang kedua
ialah penerokaan, murid menjalankan aktiviti secara hands-on. Dalam pada masa yang
sama, murid dapat menjalankan penyiasatan secara terbimbing untuk menyelesaikan
persoalan dan dapat menjalankan penyiasatan bagi mengumpul idea baru. Fasa ketiga ialah
penerangan, murid membuat penerangan berdasarkan refleksi terhadap penyiasatan yang
telah dijalankan. Bagi fasa pengembangan, murid harus mengembangkan pemahaman
konsep mereka dengan mengaplikasikan kedalam situasi baharu, fasa yang keenam adalah
penilaian, penialian berlaku di setiap fasa bagi mengukur perkembangan setiap murid. Murid
juga digalakkan untuk menilai pemahaman dan kebolehan mereka.

Inkuiri mengandungi empat jenis. Antara jenis inkuiri ialah inkuiri pengesahan, inkuiri
berstruktur, inkuiri terbimbing dan inkuiri terbuka. Inkuiri pengesahan ialah murid
mengesahkan prinsip tertentu dengan menggunakan keputusan yang telah disiasat.
Manakala inkuiri berstrukturialah murid menjalankan penyelidikan mengikut langkah dan
persoalan yang telah disediakan oleh guru. Inkuiri terbimbing pula merujuk murid melakukan
penyelidikan berdasarkan persoalan yang telah disediakan oleh guru dan murid menentukan
sendiri pemilihan Langkah-langkah penerokaan. Inkuiri terbuka dalah murid melakukan
penyelidikan berpandukan soalan dan Langkah-langkah yang telah dibentuk dan ditentukan
sendiri oleh mereka mengikut topik tertentu. Inkuiri boleh dilaksanakan dengan pelbagai
pendekatan. Contohnya ialah membuat eksperimen, kajian lapangan dan carian maklumat.
Namun begitu, pembelajaran berasaskan projek digunakan untuk mengalakkan
pembelajaran secara mendalam. Pembelajaran berasakan projek (PBP) adalah sebagai p&p
yang mengaplikasi dan menghubungkaitkan pengetahuan, kemahira dan nilai yang dipelajari
untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Pelaksanan PBD akan dapat meningkatkan
kemahiran berfikir aras tinggi. Murid bukan sahaja dapat meningkatkan berfikir aras tinggi
malah dapat terlibat dalam prosesinkuiri secara berterusan serta dapat membina kemahiran
abad ke-21. Melalui PBP murid akan dapat belajar secara kolaboratif dan terlibat dlama
aktiviti penyelesaian masalah yang merangkumi menyiasat, membuat reka bentuk, menilai
serta membuat refleksi dan menyediakan laporan yang berfokuskan kepada persoalan dan
masalah yang sebenar. Antara langkah-langkah pelaksaan ialah menegenalpasti dan
mencari isu dan masalah. Seterusnya mengkaji masalah, memahami masalah, memberi
cadangan penyelesaian masalah., membuat pelan tindakan, melaksanakan pelan yang
dirancangkan perancangan dan yang terakhir membuat kesimpulan, menilai dan membuat
refleksi.

Inkuiri bagi subjek Sains dan Matematik merangkumi pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik yang memerlukan pendekatan untuk membantu murid memahami
konsep atau prinsip Sains dan Matematik dengan lebih faham. Justeru itu, kemahiran proses
Sains dan kemahiran Matematik perlu dikuasai oleh murid dengan lebih baik. Berdasarkan
pendekatan inkuiri, murid akan mendapat pemahaman yang lebih baik dan mampu
menguasai kemahiran proses Sains dan kemahiran Matematik tersebut (Siti et al., 2021).
Pendekatan inkuiri bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik diajalankan
melalui pelbagai cara seperti eksperimen, projek, penerokaan, dan pencarian maklumat,
penyelesaian masalah, simulasi, penggunaan teknologi, lawatan dan penggunaan sumber
luar. Melalui pendekatan inkuiri, murid bukan sahaja dapat memahami konsep, aplikas dan
kemahiran proses Sains dan Matematik dengan lebih berkesan tetapi mereka juga akan
dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi, berfikir, berkolaboratif, kreativiti, membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah.
LAMPIRAN

MODEL PEMBELAJARAN 5E
RUJUKAN

Kamrozzaman, N. A., Badusah, J., & Wan Mohammad, W. M. R. (2019). Heutagogy


Approach: Effectiveness of M-Learning For Lifelong Learning Education/ Pendekatan
Heutagogi :Keberkesanan M-Pembelajaran untuk Pendidikan Sepanjang Hayat.
Sains Humanika, 11(3). https://doi.org/10.11113/sh.v11n3.1496

Lahadisi, O., Tarbiyah, J., Sultan, S., & Kendari, Q. (2014). INKUIRI: SEBUAH STRATEGI
MENUJU PEMBELAJARAN BERMAKNA. Jurnal Al-Ta’dib, 7(2).
https://core.ac.uk/download/pdf/231136951.pdf

Mohamed, N. N., & Jaafar, A. N. M. (2020). Penggunaan modul pembelajaran inkuiri


berasaskan projek terhadap kanak-kanak berumur 4 tahun. Jurnal Pendidikan Awal
Kanak-Kanak Kebangsaan, 9, 73–90.
https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/4540

Radin, M., & Yasin, M. A.-M. (2018). Perlaksanaan Pendidikan Abad Ke-21 di Malaysia:
Satu Tinjauan Awal. Sains Humanika, 10(3-2). https://doi.org/10.11113/sh.v10n3-
2.1481

Rohayani, F., Tumbuh, J., Anak, K., & Dini, U. (2018). Model Pembelajaran Inkuiri untuk
Pendidikan Anak Usia Dini Model Pembelajaran Inkuiri untuk Pendidikan Anak Usia
Dini. 3(1). http://ejournal.uin-
suka.ac.id/tarbiyah/index.php/goldenage/article/download/2051/1574

Siti, M., Mahamood, R., Rosli, F., Pendidikan, U., & Kebangsaan Malaysia. (2021).
Pendekatan Inkuiri Penemuan dan Penerokaan Terbuka : Penerapan Pembelajaran
Matematik Berasaskan Stem di Peringkat Sekolah Rendah.
http://eprints.usm.my/41192/1/ART_106.pdf

Syukri, M., Halim, L., Mohd. Meerah, T. S., & Buang, N. A. (2013). Pengetahuan Pedagogi
Isi Kandungan Guru Sains Sekolah Rendah dalam Mengajarkan Pemikiran Sains
Keusahawanan: Satu Kajian Kes. Jurnal Teknologi, 63(2).
https://doi.org/10.11113/jt.v63.1999

Anda mungkin juga menyukai