Buat ringkasan tentang Teori Pembelajaran Humanistik dan Teori Motivasi dan
Pembelajaran Perspektif Behaviouris
Teori Motivasi
Dari segi perspektif Behavior, motivasi mendorong perubahan tingkah laku akibat
interaksi pengalaman seseorang dengan persekitaran. Prionsip yang diamalkan
adalah memberi motivasi kepada murid dalam bentuk ganjaraan atau dendaan
luaran. Menurut Skinner, motivasi ekstrinsik dapat dikategorikan kepada dua jenis
iaitu:
1. Ganjaran: satu objek atau peristiwa yang diberi kepada murid hasil daripada
manifestasi sesuatu tingkah laku yang diingini. Contoh: Guru memberi token
ekonomi berbentuk bintang kepada murid-murid yang berjaya menyelesaikan
masalah pembelajaran dengan betul dalam masa yang diperuntukan. Murid akan
mengumpulkan bintang atau mata ganjaran bagi meraih ganjaran yang lebih besar.
2. Insentif; sesuatu objek atau peristiwa yang menggalakkan tingkah laku positif atau
menghindarkan tingkah laku yang tidak diingini. Contoh: guru memberi janji atau
jaminan kepada murid yang berjaya mengumpulkan sejumlah token ekonomi yang
ditetapkan.