Anda di halaman 1dari 7

NOTA: MOTIVASI DAN PEMBELAJARAN

Sumber: http://edup3033.aminteach.com/2017/04/19/motivasi-pembelajaran-dalam-pelbagai-
perspektif/

Apabila berhadapan dengan masalah, hidup bagaikan tiada indahnya. Oleh itu kita perlu
menyelesaikan masalah. Untuk menyelesaikan maslah tersebut, kita perlu bangkit dan
menyelesaikannya.  Sudah pasti ada satu dorongan yang mendesak  dari luar dan dari dalam
sendiri.  Robbin  and Judge (2007) mendefinisikan  motivasi  sebagai proses yang menjelaskan 
intensiti, araha dan usaha yang tekun untuk mencapai  sesuatu tujuan. Oleh itu proses
memotivasikan seseorang  seperti satu kuasa yang menggerakkan manusia untuk berjaya mencapai
matlam,at tertentu dalam hidup. Motivasi menjadi penggerak untuk berfikir dan kemudian bertindak
dengan cara yang sesuai. Individu yang bermotivasi sentiasa positif, meransang,mengarah dan
mengekekalkan  tingkah laku sehingga matlamatnya tercapai.

Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran , motivasi dianggap sebagai suatu unsur penting untuk
membolehkan murid melibatkan diri secara aktif di samping menjadikan proses pembelajaran dapat
berlangsung dalam keadaan bermakna, berfaedah dan menggembirakan (Kamaruddin Hj. Hussin,
1993).  Jika ada murid yang gagal menyiapkan tugasan kerana bosan untuk belajar, maka murid
perlui diberi motivasi dengan kaedah tertentu supaya tingkah laku dapat kembali positif untuk
bnelajar. Motivasi dan pembelajaran dalam bilik darjah sentiasa seiring bagi memastikan proses PnP 
yang dirancang dilaksanakan dirancang dilaksanakan dengan jayanya.

Jenis-Jenis Motivasi

Secara amnya terdapat dua jenis motivasi yang boleh digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah iaitu teknik motivasi intrinsik dan teknik motivasi ekstrinsik.

Motivasi Intrinsik

Motivasi intrinsik ialah  dorongan dan minat yang terdapat  dalam diri seseorang untuk melakukan
sesuatu tanpa mengambil kira  ganjarannya. Teknik motivasi intrinsik  berkait rapat dengan sifat
semula jadi seseorang murid dengan unsur sedia ada  dalam pembelajaran.  Murid yang belajar
tanpa diarah atai dikerah untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti pembelajaran dikatakan
mempunyaio motivasi intrinsik yang kuat.  Mereka lazimnya dapat menyiapkan aktiviti pembelajaran
tanpa bergantung  pada faktor luaran atau persekitaran . Sebaliknya mereka akan menggunakan
semua elemen  yang ada dipersekitaran untuk menyokong aktiviti pembelajan sehingga berjaya
mencapai kehendak tugasan yang ditetapkan. Hasil kajian lalu membuktikan bahawa murid yang
bermotibasi intrinsik lebih barjaya  berbanding murid yang bermotivasi  ekstrinsik. Olej itu, motivasi
intrinsik merupakan ganjaran semulajadi yang berasal daripada gerakan  dalaman individu itu sendiri.

Cara yang sesuai untuk memotivasikan murid  secara intrinsik adalah seperti berikut:

1. Rangsangkan murid untuk mencari pengetahuan.

2. Gunakan strategi-strategi seperti kejutan, keraguan, kekeliruan, dan konflik untuk


mengekekalkan  naluri ingin tahun.

3. Gunakan pelbagai medium persembahan seperti persembahan TMK, domontrasi dan main
peranan.

4. Minta murid menentukan matlamat sendiri.

5. Teknik permainan dan simulasi.


Motivasi Ekstrinsik

Motivasi ekstrinsik tercipta daripada faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan. Punca motivasi
wujud daripada persekitaran (Woolfolk,2006). Motivasi ekstrinsik ditakrifkan sebagai penggerak dari
luar yang mendoorong seseorang untuk melakukan sesuatu kerana ingin ganjaran nyata yang
disediakan. Pernakah anda membeli sesuatu barang yang sebenarnya anda tidak memerlukan
barang tersebut, namun anda membelinya  kerana teruja untuk mendapatkan ganjaran  sampingan
yang ditawarkan?

Dalam konteks pembelajaran, motivasi ekstrinsik merupakan galakan atau tarikan  yang diwujudkan
daripada persekitaran luar pembelajaran. Situasi ini membawa maksud motivasi ekstrinsik  berkait
dengan unsur luaran yang tidak semula jadi dengan pembelajaran. Ganjaran seperti pujian, hadiah,
markah, gred, wang dan penghargaan  diberikan kepada mereka yang berjaya melakukan sesuatu
tugasan atau aktiviti dengan cemerlang di samping pencapaian prestasi yang membrangsangkan.

Dalam keadaan tertentu, motivasi ekstrinsik merupakan bentuk motivasi yang paling sesuai untuk
pencapaian akademik atau tingkah laku yang produktif. Contohnya dalam mengalihkan murid ke arah
kejayaan pembelajaran dan tingkah laku positif di dalam bilik darjah.  Namun begitu, motivasi
ekstrinsik mengetepikan kebolehan murid untuk menyelesaikan tugas yang diberi berdasarkan 
kesanggupan dan kerelaan masing-masing. Manakala ganjaran dan dendaan pula diogunakan
seolah-olaj untuk mengawal motivasi murid untuk belajarn.

Motivasi Pembelajaran Dalam Pelbagai Perspektif

Perspektif Behavior

Dari segi perspektif Behavior, motivasi mendorong perubahan tingkah laku akibatinteraksi
pengalaman seseorang dengan persekitaran. Prionsip yang diamalkan adalah memberi motivasi 
kepada murid dalam bentuk  ganjaraan atau dendaan luaran. Menurut Skinner, motivasi ekstrinsik 
dapat dikategorikan kepada dua jenis iaitu:

1. Ganjaran: satu objek atau peristiwa yang diberi  kepada murid hasil  daripada manifestasi 
sesuatu tinfgkah laku yang diingini. Contoh:  Guru memberi token ekonomi berbentuk bintang
kepada murid-murid yang berjaya menyelesaikan masalah pembelajaran  dengan betul
dalam masa yang diperuntukan. Murid akan mengumpulkan bintang  atau mata ganjaran 
bagi meraih ganjaran yang lebih besar.

2. Insentif; sesuatu objek atau peristiwa  yang menggalakkan tingkah laku  positif atau
menghindarkan tingkah laku yang tidak diingini. Contoh: guru membgeri janji  atau jaminan
kepada murid  yang berjaya mengumpulkan  sejumlah token  ekonomi yang ditetapkan.

Apabila motivasi berdasarkan pendekatan Behavior di dalam bilik darjah adalah mengamalkan 
pemberian pengukukuhan secara konsisten dan sesuatu tingkah laku positif yang diperhatikan. Murid
diberi ganjaran seperti perhatian, kasih sayang, kata-kata pujian, hak-hak istimewa atau wang
sekiranya mereka memperolehi pencapaian cemerlang dalam aktiviti yang disertai. Pemberian
ganjaran adalah berdasarkan pencapaian yang sebenar dan kerana berlakunya peningkatan
kompentensi, nammun hal ini bukan sahaja untuk tujuan mengawal disiplin dalam bilik darjah sahaja.
Contohnya murid yang membuat latihan dengan mendapat semua jawapan yang betulakan diberi
bintang. Prinsip memberi ganjaran dan peneguhan  dapat mengekalkan  tingkah laku yang
dikehendaki berbanduing mendenda murid  yang bertingkah laku negatif.

Beberapa kaedah lain yang bolegh memotivasikan murid dari perspektif Behavioris adalah seperti
berikut:

1. Guru mengiktiraf fan memberi peneguhan kepada kejayaan murid serta membantu murid
menimbang nilai dan manfaat peribadi terhadap pembelajaran.
2. Insentif positif dalam pembelajaran diberikan dalam bentuk menghadiahi bintang, memberi
skor dan gred yang baik berdasarkan hasil kerja murid yang memuaskan.

3. Mempamer hasil kerja murid pada papan buletin.

4. Menganugerahkan sijil pencapaian

5. Memberi peluang kepada murid untuk mel;akukan aktiviti yang digemari seperti
membenarklan  murid bermain game yang diminati.

6. Memberi peluang kepada murid untuk mengikuti lawatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah
secara percuima.

Apabila guru ingin menggunakan peneguhan ekstrinsik dalam mengawal tingkah lakumurid-muridnya,
maka guru harus memastikan bahawa peneguhan tersebut sememangnya perlu dan sesuai , iaitu
apabila tel;ah dikenalpasti bahawa murid berkenaan tidak mempunyai keinginan intrinsik untuk
menguasai kemahiran akademik atau tiingkah laku yang baik. Peneguhan ekstrinsik yang berterusan
akan meningkatkan kemahiran dan kompentensi murid  bertambah baik sehingga murid mula
beranggapan  bahawa aktiviti tersebut memang sesuai untuk mereka. Oleh hal yang demikian, guru
harus konsisten memberi ganjaran kepada sesuatu tingkah laku  yang diharapkan kerana secara
tidak langsung usaha ini akan membentuk kebiasaan dalam diri murid untuk bertindak dengan cara
yang diharapkan.

Perspektif Kognitif

Ahli teori Kognitif seperti MaxWertheimer (1880-19430 Johd Piaget melihat pembelajaran sebagai
satu fenomena mental dalaman dan bukan perubahan tingkah laku luaran. Hal ini bermakna, apa-apa
yang dipelajari berkemungkinan dapat ditunjukkan melalui perubahan tingkah laku .

Andaian mereka tentang cara manusi belajar adalah seperti berikut:

1. Pembelajaran adalah satu proses dalamanseseorang yang mungkin menghasilkan


perubahan tingkah laku atau sebaliknya.

2. Proses-proses kognitif akan mempengaruhi hasil terhadap sesuatu yang dipelajari.

3. Seseorang dapat membuat andaian dan kesimpulan tentang proses kognitif seseorang
dengan memperhatikan cara manusia bertindak balas.

4. Manusia boleh memilih tentang apa-apa yang merekaakan proses dan pelajari.

5. Proses pembelajaran adalah rumitdan unik kepada sesetengah manusia.

Implementasi motivasi dari perspektif Kognitif dengan penekanan bahawa tingkah laku dipengaruhi
oleh dara manusia berfikir tentang diri mereka dan persekitaran. Bentuk tingkah laku yang dilakukan
oleh seseorang diterangkan berdasarkan empat pengaruh  yang berikut iaitu:

1. Keperluan untuk membina sesuatu asas pengetahuan yang teratur dan konsisten.

2. Harapan seseorang untuk menyempurnakan tugasan dengan jayanya.

3. Faktor-faktor yang mempengaruhi kepercayaan seseorang sama ada menghasilkan kejayaan


atau kegagalan.

4. Kepercayaan seseorang terhadap kebolehan kognitif.

Dari perspektif Kognitif, manusia dilahirkan dengan naluri ingin tahusecara intrinsik, bermotivasi, dan
suka meneroka untuk menyelesaikan masalah serta membantuk tingkah laku bagi menyesuaikan diri.
Justeru kaedah untuk memotivasikan murid dalam konteks  PnP ialah guru harus meransang naluri
ingin tahu murid dan menyokong kebolehan murid untuk berjaya.
Terdapat dua jenis teori Kognitif iaitu

2. Teori Atribusi Weiner

Teori Atribusi Weiner merupakan teori kontemporari yang berpengaruh terhadap implikasi motivasi
akademi, Weiner m,enegaskan bahawa murid aikan bermotivasi jika memperoleh sesuatu hasil yang
diingini. Penekanan tertumpu  kepada persepsi murid yang mempengaruhi  cara mereka mentafsirkan
kejayaan atau kegagalan hasil usaha sendiri dan turut mempengaruhi kecenderungan murid untuk
mengulangi tingkah laku yang sama.

Menurut Weiner, atribut atau kualiti karakter  seseorang wujud  dalam tiga dimensi iaitu:

1. Lokus; Lokasi sesuatu penyebab berada.

2. Satbiliti : penyebab boleh berubnah atau tidak berubah.

3. Kawalan : Sejauhmana murid bertanggung jawab atas kejayaan atau kegagalan mereka
dalam mengawal situasi pembelajaran yang dilalui.

Terdapat empat faktor yang mempengaruhi motivasi dalam pendidiklan  berasaskan perspektif 
kognitif iaitu:

1. Kebolehan

2. Usaha dengan lokusnyaada dalam diri murid

3. Nasib

4. Aras kesukaran sesuatu tugansnan dengan lokusnya di luar kawalan murid

Dalam peroses PnP, peranan guru diperlukan untuk meningkatkan motivasi murid.

Antaranya:

1. Guru perlu membantu murid untuk percaya bahawa mereka ialah kompenten. Kegagalan
hanya berlaku sekai sekala atau mungkin disebabkan oleh nasib dan usaha yang tidak
mencukupi.Justeru perkara ini tidak akan berlaku  pada masa hadapan.

2. Guru menggalakkan murid untuk berusaha  dan melipatgandakan usaha jika berjaya.

3. Guru memastikan murid berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh berjaya. Guru
perlu melakukan sesuatu agar murid tidak gagal beruilang kali supaya murid berasa tidak
kompenten.

4. Guru membantu murid untuk memahami bahawa tingkah laku mereka akan membawa
kepada kejayaan atau kegagalan.

5. Guru meransang konsep kendiri murid dan memfokus usaha sebagai faktor kejayaan.

2. Teori Ekspektasi x Nilai

Menurut Victor  H, Vroom, ” kita biasanya dimotivasi untuk melaklukan sesuatu berdasarkan apa-apa
yang kita anggap sebagai impak ke aatas tindakan kita. Kita akan mengkaji ganjaran yang timbul
hasil daripada tindakan yang kita ambil. Seterusnya kita bertindak mengikut cara yang akan
membawa kejayaan dan pemberian  ganjaran yang paling besar ”

Teori Ekspektasi x Nilai menjelaskan bahawa motivasi adalah gabungan antara dua elemen penting ,
iaitu nilai dan ekspetasi. Dengan perkataan lain, motivasi merupakan fungsi ekspetasi seseorang
untuk mencapai matlamat dan nilai yang diletakkan pada matlamat tersebut. Motivasi adalah hasil
harapan dan nilai. Jika keduia-dua elemen ini sifar, maka tidak akan wujud motivasi ke arah
pencapaian matlamat. Oleh itu guru perlu memastikah bahawa tugasan yang diberikan kepada murid
mampu dikuasai dan dikembang sehingga membolehkan murid mencapai kejayaan.
Dua konsep penting dalam teori motivasi oleh Victor adalah seperti berikut:

1. Nilai tugasan yang dipersepsikan atau dipersoalkan. Nilai ini berdasarkan kepercayaan
kognitif peribadi setiap individu termasuk matlamat, nilai, dan minat.

2. Ekspektasi , iaitu kepercayaan tentang kompetensi  peribadi dan kebolehan individu terhadap
tugasan.

Berdasarkan teori Ekspektasi x Nilai ,  seseorang guru perlu

 Meransang murid untuk menghargai nilaipendidikan sebagai satu cara untuk meningkatkan
taraaf hidup murid.

 Memberi semangat berkenaan nilai pendidikan dengan membawa model yang telah berjaya
untuk dikongsi kejayaan.

 Memberi penekanan kepada murid bahawa model yang berjaya kini ialah murid yang tidak
cemerlang pada masa dahulu.

 Memastikan tugasan penguasaan dan perkembangan yang membolehkan murid


memperolehi kejayaan.

Perspektif  Humanistik

Perspektif Humanistik menekankan bahawa manusia menginginkan kebebasan peribadi dalam


membuat pilihan dan memiliki kegigihan kendiri yang mendorong untuk melakukan tingkah laku
tertentu ke arah penyempurnaan kendiri. Pada dasarnya perspektif Humanistik menyakini9 bahawa
manusia dilahirkan dengan kecenderungan semulajadi dan ada keperluan untuk berusaha mencapai
potensi yang optimum.Kesedaran ini menunjukkan bahawa semua manusia mempunyai keinginan
dalaman untuk mencapai segala yang mereka inginkan.

Manusia dimotovasi untuk memuaskan diri dalam mencapai keperluan-keperluan daripada keperluan
asas sehingga krhierki  keperluan kesempurnaan  diri. Abraham Maslow (1908-1970) merupakan
salah seorang pelopor yang membuat kajian mengenai peranan keperluan dalam menentukan
motivasi. Menurut Hierarki Keperluan Maslow, keperluan merupakan desakan  yang memotivasikan
seseorang untuk bertindak terhadap sesuatu matlamat sama ada untuk memenuhi  keperluan
fisiologi, psikologi, emosi atau intelek. Perspektif Humanistik juga meninjau tentang ciri-ciri peribadi
seseorang seperti kompetensi kendiri, harga diri, kegigihan  kendiri, penmcapaian kendiri, dan
autonomi serta memberi penekanan terhadap individu yang mengawal secara dalaman tentang
proses hidup.

Dalam konteks pembelajaran, matlamat pendekatan Humanistik adalah untuk meransang


pengalaman murid supaya mereka dapat bertindak lebih terbuka terhadap pembelajaran berbanding
persekitaran. Justeru murid dapat mengawal diri sendiri dan tidak dipengaruhi oleh desakan luaran.
Strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk meningkatkan motivasi secara pendekatan
Humanistik  Humanistik dalam bilik darjah adalah seperti berikut:

1. Mengamalkan penerimaan positif nurid tanpa syarat seperti mengasingkan tingkah laku murid
daripada kebolehan dan bakat mereka.

2. Mewujudkan bilik darjah yamh selamat dan tersusun supaya murid-murid-murid percaya
bahawa mereka dapat belajar.

3. Memberi pertimbangan kepada pengalaman pengajaran dan pembelajaran daripada


perspektif murid-murid.

4. Membantu murid mencapai kejayaan  terutama dalam tugasan yang mencabar.

5. Memberi murid makenisme konkrit supaya mereka dapat melihat kemajuan masing-masing
dari masa ke semasa.
6. Mengurangkan persaingan dan mengelakkan wujudnya situasi-situasi murid dinai secara
kurang adil dalam kalangan rakan sebaya.

7. Menggalakkan murid mencari makna dalam pembelajaran secara aktif.

8. Menggalakkan murid menentukan matlamatnya sendiri.

Ahli-ahli teori Humanistik menyatakan bahawa akrab antara guru dan ibu bapa dengan murid
bpenting kerana keadaan ini akan mewujudkan motivasi instrinsik yang tinggi . Pengeliatan dan
sokongan yang tinggi dari persekitaran akan meningkatkan kompentensi , tanggungjawab dan
pencapaian murid. Secara tidak langsung, murid bermotivasi untuk melaksanakan tugas atau aktiviti
yang diberi sehingga mencapai kepuasan. Keperluan untuk menguasai kompentensi telah
mendorong murid untuk melibatkan diri dan meneroka  satu bidang secara efektif supaya berjaya
menguasai pelbagai aspek kehidupan  dengan berkesan.

Implikasi Motivasi terhadap PnP

Keberkesanan motivasi dalam pengajaran dan pembelajaran dari perspektif  Behavioris, Kognitif, dan
Humanistik banyak bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh guru dan suasana dalam bilik
darjah.

Peranan Guru

Pencapaian murid dalam pendidikan banyak bergantung kepada motivasi di dalam diri murid dan
usaha guru untuk memudahkan penerimaan ilmu semasa proses PnP . Guru yang bermotivasi tinggi
sentiasa mengharapkan muridnya berjaya . Guru menjadi pembantu murid dalam memperbaiki diri
dan menyelesaikan tugasan murid melalui bimbingan dan kriotikan. Suasana begini memberi peluang
kepada murid memperbaiki konsep kendiri dan mempertingkatkan tahap aspirasi serta motivasi
dengan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pembelajaran. Guru perlu lebih memberikan
perhatian kepada murid yang bermasalah dan berprestasi rendah dengan memberi peluang dan
masa untuk mereka menjawab soalan di samping mencari ruang untuk memuji mereka walaupun
pada pencapaian yang minima.

Guru sebagai pemimpin dalam bilik darjahperlu menggunbakan lebihan masa untuk memahami
keperluan murid dengan mendalami bidang psikologi kanak-kanak dan remaja. Hal ini bagi
memberikan bimbingan peribadi dan penilaiansecara telus kepada murid. Guru juga dituntut untuk
mempertingkatkan kemahiran potensi diri seperti menguasai pedagogi yang menyeronokkan dengan
menerapkan elemen-elemen seni muzik, seni visual, pegerakan kreatif, menyedia dan menggunakan
pelbagai bahan bantu mengajar yang menarik serta bermakna. Hal ini akan memberi inspirasi kepada
murid untuk menjadi insan yang berjaya dan berguna pada masa hadaapan.

Guru jyga dituntut agar bersifat penyayang antara semua ahli untuk memenuhi  keperluan kasih
sayang . Guru perlu memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan murid dan memberi motivasi
serta peneguhan yang sesuai supaya mereka berusaha bersungguh-sungguh dalam proses
pembelajaran.  Di samping itu, guru perlu merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan murid
dengan tujuan meningkatkan keupayaan mereka , meningkatkan peluang dalam memenuhi
keperluanpenyuburan diri murid iaitu memperolehi ilmu pengetahuan, menghasilkan karya atau
ciptaan estetik yang bermutu tinggi , dan menikmati kepuasa pencapaian diri dari aspek fisiologi,
psikol;ogi, emosi dan intelek.

Suasana dalam bilik darjah

Bilik darjah yang kondusif dari perspektif fizikal, sosial dan psikologi secara tidakl langsung dapat
memotivasikan murid untuk rajin datang ke sekolah, menyayangi guru dan menyayangi rakan sekelas
serta meransang minat untuk terus belajar. Keberkesanan aktiviti dalam bilik darjah juga sangat
bergantung kepada heraki keperluan manusia yang dapat dipenuhi dan keperluan asasa murid yang
telah dipenuhi.

Suasana bilik darjah yang kondusif adalah dengan mewujudkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang menyeronokkan, gembeira, harmonis dan selamat serta semua murid berpeluang melibatkan
diri secara aktif . Justeru penyediaan bilik darjah abad ke-21yang dicadangkan oleh pihak
kementerian seperti susun atur kerusi dan meja secara berkelompok, menyediakan ruang parking
lot untuk menyatakan persoalan, memberikan respons secara terus kepada pengajaran guru dengan
menggunakan  kad traffict light , dengan kelengkapan pelbagai media berteknologi seperti smart
board, sebenarnya memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan potensi diri dan
memotivasi diri dalam pembelajaran.

Kesediaan guru mentransformasikan  kaedah pengajarannya dapat mengembangkan lima kemahiran


yang perlu dikuasai oleh murid bagi memantapkan diri mereka menghadapi cabaran pada masa kini
dan pada masa hadapan. Murid akan termotivasi untuk menguasai ilmu kemahiran peneguhan
peribadi, iaitu kebolehan berfikir secara kritis dan kreatif, berkebolehan bekerja  secara koperatif dan
kolaboratif , berkomunikasi dengan jelas, menyerlahkan kreativiti  dalam hasil tugasan dan
memperteguh amalan pelbagai budaya dalam hubungan interpersonal.

Justeru, motivasi dalam pembelajaran dianggap sebagai penggerak utama kepada murid dalam
menjana tingkah laku positif terhadap tanggung jawab belajar, menstruktur pemikiran secara jelas,
memahami emosi kendiri dan emosi orang lain , membentuk krangka hala tuju  dan meneroka
minatserta kecenderungan murid untuk mencapai matlamat pembelajaran jangka pendek dan jangka
panjang.

Anda mungkin juga menyukai