Anda di halaman 1dari 7

Teori Pembelajaran

Behaviouris
Thorndike
Kumpulan 3
1. Yamunah
2. Danushiyah
3. Aiman
4. Mariah
PENGENALAN

● Mengikut Thorndike, pembelajaran merupakan suatu rangkaian yang terikat iatu


pembentukan dan pengukuhan rangkaian saraf di antara situasi dengan gerak
balas.Ransangan mempengaruhi organism maka itu sesuatu gerak balas bolak
dijangkakan berlaku. Menurut Thorndike, belajar adalah proses interaksi antara
stimulus dan respon.
● Belajar adalah proses interaksi antara stimulus dan respon. Stimulus adalah apa
yang merangsang terjadinya aktiviti belajar seperti fikiran, perasaan, atau hal-hal
lain yang dapat dikesan melalui pancaindera.
● Aliran behaviorisme sangat mengutamakan pengukuran,
● Teori Thorndike ini disebut pula dengan teori koneksionisme.
HUKUM PEMBELAJARAN
- Merujuk kepada keupayaan seseorang individu di dalam kendirinya untuk memulakan sesuatu
aktiviti pembelajaran.
- Menurut Thorndike, terdapat 3 keadaan yang berlaku dalam proses pembelajaran iaitu
HUKUM ● Pelajar yang bersedia untuk belajar akan menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan
KESEDIAAN memuaskan
● Pelajar yang bersedia untuk belajar tetapi tidak dapat melakukannya akan menghasilkan
perasaan kecewa atau kesakitan
● Pelajar yang tidak bersedia untuk belajar akan menghasilkan pembelajaran yang tidak berkesan.

- Menyatakan bahawa semakin banyak latihan tertentu yang dijalankan, semakin bertambah
HUKUM kukuh ikatan atau asosiasi gerak balas yang tertentu dengan ransangan yang berkaitan
LATIHAN
- Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika latihan, aplikasi serta
aktiviti pengukuhan diberikan kerap kali

- Pertalian antara ransangan dan gerak balas akan bertambah kukuh jika mendapat kesan
pengalaman yang menyeronokkan dan gerak balas akan diulang
HUKUM
KESAN - Manakala jika kesan pengalaman itu menyakitkan, gerak balas tersebut akan lenyap
Eksperimen “Cuba Jaya” Thorndike yang
dilakukan ke atas kucing
EKSPERIMEN CUBA JAYA

Thorndike mengurung seekor Perhatikan tindakan (proses cuba


kucing yang lapar dalam Puzzle jaya) untuk keluar hinggalah haiwan
box yang mempunyai kunci. itu tertekan kunci dan pintu terbuka.

Kesimpulan : Organisme itu telah Masa yang diambil oleh kucing itu
mempelajari gerak balas yang untuk membuka pintu puzzle box
betul untuk menyelesaikan dicatat.
masalah yang dihadapi.

Perhubungan ini berlaku berdasarkan bilangan kali latihan, keadaan kesediaan individu
dan keberkesanan latihan.
IMPLIKASI TEORI THORNDIKE TERHADAP PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
- Implikasi yang pertama ialah guru perlu menyediakan pelbagai bahan pengajaran dan
pembelajaran yang kreatif dan menarik agar proses pembelajaran yang berkesan boleh
berlaku. Contohnya dengan menggunakan ICT dan juga audio atau video yang menarik agar
murid dapat menjalani proses pembelajaran dengan berkesan.

- Implikasi yang kedua ialah konsep hukum kesediaan boleh diperluas untuk digunakan di
dalam bilik darjah. Seseorang murid perlu bersedia dari segi mental, minat dan sikap
serta psikomotor sebelum sesi pembelajaran berlangsung. Hal ini demikian kerana
sekiranya murid tersebut dipaksa belajar, maka pembelajaran tidak akan efektif dan
berkesan.

- Implikasi yang ketiga ialah latihan dan pengulangan akan meningkatkan keberkesanan
pembelajaran. Selain itu, latihan juga boleh meningkatkan kemahiran dan ingatan murid.
Contohnya dengan memberi latih tubi, kuiz atau soal jawab yang kerap kepada murid.

Anda mungkin juga menyukai