Anda di halaman 1dari 61

UNIT 4 PENGLIBATAN IBUBAPA

pengenalan
Penglibatan ibu bapa merupakan satu
komponen prasekolah yang penting. Ibu bapa
sebagai pendidik utama danpertama
memainkan peranan kritikal dalam
memperkayakan pertumbuhan mental dan
emosi kanak-kanak atau sebaliknya, Pemah
diperkatakan banyak faedahnya jika ibu bapa
melibatkan diri dengan pendidikan anak-anak di
tadika.

Bab ini membincangkan rasional penglibatan
ibu bapa dan cara-cara serta membina
perhubungan mental dengan ibu bapa, sebab-
sebab ibu bapa gagal melibatkan diri di tadika
dan aktiviti untuk penglibatan ibu bapa di
tadika.
Sebab-sebab penglibatan
ibubapa
Pembelajaran kanak-kanak tadika melibatkan
bukan sahaja guru-guru di tadika tetapi juga
melibat ' kan ibu bapa di rumah. Pembelajaran
adalah gabungan dan sokongan sosialisasi di
rumah dan diteruskan sekolah. Wujud
kesinambungan atau kontinuiti di antara kcdua
pendidikan, iaitu di rumah dan di tadika. Nilai-
nilai sosialisasi mulia diterapkan di rumah
. Ibu bapa adalah pengasas pendidikan kanak-
kanak tadika dan berhak mengetahui
perkembangan mereka dengan lebih dekat dan
langsung.
Kajian-kajian pendidikan prasekolah tentang
penglibatan ibu bapa banyak menunjukkan
bahawa penglibatan dan interaksi ibu bapa
dengan kanak-kanak perlu untuk pertumbuhan
kanak-kanak.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Klaus dan
Gray (1968), didapati ibu bapa yang melibatkan
diri dengan program tadika meluangkan lebih
banyak masa. membaca bersama anak-anak
mereka. Manakala ibu bapa. yang tidak
melibatkan diri, lebih banyak menghabiskan
masa melalui pengalaman-pengalaman yang
bersifat bukan pendidikan. seperti menonton
televisyen, membersihkan rumah, bermain
permainan dan sebagainya.
. Kajian menunjukkan ibu bapa yang melibatkan
diri lebih berminat dalam pencapaian
anak-anak mereka berbanding dengan ibu
bapa yang tidak melibatkan diri. Program
pendidikan ibu bapa di Universiti Boston
meningkatkan esteem kendiri ibu bapa. Bittner,
Rochwell dan Matthews (1968), melaporkan
kanak-kanak yang ibu bapa mereka melibatkan
diri secara aktif dapat mengekalkan pencapaian
mereka di tadika
Menurut Schaefer (1972), hasil. daripada
interaksi ibu bapa di rumah dengan program
tadika adalah seperti berikut:
1 . Ibu bapa mempunyai pengaruh yang
terbesar ke atas pencapaian intelek anak-anak.
2. Program yang mengajar ibu bapa kemahiran
pendidikan merupakan pengayaan dan
pelengkap kepada pendidikan prasekolah. Uvie
Bronfenbrenner (1974), telah mencadangkan
penglibatan ibu bapa adalah sebab utama
untuk meningkatkan kecerdasan kanak-kanak.
Bronfenbrenner menyatakan bahawa
Keluarga merupakan sistem yang paling
berkesan untuk membentuk serta mengekalkan
pertumbuhan kanak-kanak. Penglibatan ibu
bapa amatlah kritikal untuk sukses atau
kejayaan mana-mana program intervensi.
Tanpa penglibatan ibu bapa, sebarang kesan
intervensi sekurang-kurang dalam bidang
kognitif akan hilang apabila sesebuah program
itu berakhir. Penglibatan ibu bapa dalam
pendidikan boleh meneguhkan kesan-kesan
program tersebut apabila program sedang
dilaksanakan dan membantu mengekalkan
kejayaannya selepas program itu berakhir.


3. Memberi fokus kepada pendidikan akademik
kanak-kanak tadika tanpa mendidik ibu bapa
mereka, tidak akan menyelesaikan masalah
pembelajaran kanak-kanak tadika.
4. Meningkatkan rasa kepunyaan kepada
sesebuah tadika. Ibu bapa membantu
merendahkan atau mengurangkan nisbah
kanak-kanak dengan individu dewasa. Mereka
boleh membantu menggubal sesebuah
kurikulum tadika dan boleh menunjukkan bakat
mereka di tadika.


5. Melibatkan ibu bapa juga bererti memberi
pendidikan kepada mereka. Beberapa
prinsip pendidikan boleh didedahkan kepada
ibu bapa seperti prinsip-prinsip membina
perhubungan yang positif dengan
anak-anak, memodelkan tingkah laku yang
sesuai, mengatasi masalah tingkah laku dan
memaksimumkan potensi kanak-kanak.
Feenay Chirstensen dan Moravich (1983),
bersetuju dengan pendapat di atas dan
menegaskan manfaat penglibatan ibu bapa.
Menurut mereka penglibatan ibu bapa di tadika
dapat dilihat dari tiga sudut, iaitu dari sudut ibu
bapa, guru, kanak-kanak dan guru-guru.



Dari kacamata ibubapa
Apabila ibu bapa melibatkan diri di tadika
mereka akan mendapat faedah-faedah yang
berikut:
1. Berpeluang mempelajari cara atau
kaedah guru membina pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak.
2. Memperoleh pengetahuan, pemahaman
dan celik akal tentang makna kurikulum dan
aktiviti kurikulum yang boleh dilaksanakan di
rumah

3. Memperoleh kecekapan dan rasa kepunyaan
kepada tadika.
4. Membentuk perhubungan dengan ibu
bapa yang lain, dan dari tentang kanak-kanak.



1. Apabila ibu bapa melibatkan diri di tadika
kanak-kanak mempunyai peluang untuk
melihat ibu bapa memainkan peranan yang
berbeza bukan sahaja
sebagai ibu bapa tetapi sebagai guru.
2. Memesrakan diri dengan individu
dewasa yang mempunyai kemahuan,
perasaan,
sahsiah dan cara berhubung.

3. Mendapat lebih banyak perhatian individu
kerana guru sekarang dalam pembacaan lebih
bebas melaksanakan kerja dengan individu
kanak-kanak dan kumpulan kecil.
4. Mengalami kurikulum yang lebih
merangsangkan.


Dari kacamata guru
1. Apabila ibubapa melibatkan diri
ditadika,guru-guru mempunyai keluargaan
dikatakan peluang meluaskan program tadika
kerana adanya pertolongan dan
sumbangan dari ibu bapa.
2. Boleh belajar daripada pengetahuan dan
kefahaman ibu bapa.
3.Mempunyai peluang memerhatikan
perhubungan di antara. Ibu bapa dan
kanak-kanak.


4. Mempunyai peluang membentuk
perhubungan yang lebih ber makna dengan
ibu bapa
secara perseorangan.

5.Membantu meningkatkan kecekapan ibu
bapa. dan memberi peluang berkembang.

6.Mempunyai peluang bergaul dengan ibu bapa
yang belum terlibat atau masih segan
melibatkan diri.


MEMBINA PERHUBUNGAN IBU
BAPA DENGAN TADIKA

Pengetahuan Tentang Perkembangan
Kanak-kanak
Pengetahuan guru tentang pertumbuhan
kanak-kanak boleh mempengaruhi
perkembangannya dengan kanak-kanak serta
perhubungan dengan ibu bapa.'Guru perlu
menyampaikan secara jelas aspek-aspek teori
kanak-kanak untuk mempertingkatkan fikiran
ibu bapa tentang anak mereka dan program
tadika yang disajikan.
Guru perlu mengetahui, misalnya, proses
pembacaan dan stail pembelajaran
kanak-kanak untuk meyakinkan ibu bapa yang
risau akan pencapaian anak mereka dalam
pembacaan dan menekankan kescdiaan
membaca.

Keperluan dan Masalah lbu Bapa
Seseorang guru prasekolah perlu menyedari
dan peka tentang keperluan dan masalah ibu
bapa. Guru perlu memahami ibu bapa
mempunyai tugas di pejabat atau di rumah.
lbu bapa juga mempunyai tugas yang
semakin kompleks, iaitu tidak lagi tertumpu
pada
menyediakan keperluan fizikal atau jasmani
anak-anak semata-mata.
Fungsi kekeluargaan dikatakan semakin rumit
kerana kekurangan keluarga memberi bantuan
tambahan untuk menjaga anak -anak. lbu bapa
pula semakin keliru dengan wujudnya nilai-nilai
yang menarik dan bertentangan yang
disebarkan oleh media massa. Tugas menjadi
lebih selesa untuk bekerjasama dengan guru.


Membina Perhubungan yang Positif

Guru tadika perlu mempunyai kemahiran
bergaul dengan ibu bapa. Guru perlu
mendengar secara aktif untuk memahami
perasaan dan perkataan yang dilafazkan oleh
ibu bapa. Guru sewajamya membina
perhubungan dengan keluarga kanak-kanak;
memahami masalah dan minat mereka dan
bertindak menjadi perantaraan di antara
kanak-kanak tadika dengan masyarakat.
Misalnya, jika kanak-kanak memerlukan
perkhidmatan kesihatan, guru bolehlah
mengambil langkah atau inisiatif menghubungi
pihak yang berkenaan.

Cara Guru Berinteraksi dengan Ibu Bapa
1 . Guru terlebih dahulu mestilah memperoleh
maklumat ibu bapa kanak-kanak.
Maklumat yang penting termasuk minat mereka
untuk melibatkan diri, keperluan dan masalah
ibu bapa, masa mereka yang terhad dan aktiviti
yang mereka gemari.

2. Pada awal penggal sebelum tadika dibuka
sediakan ibu bapa dengan
maklumat
tentang penglibatan mereka. Guru perlu ber-
tanya pada ibu bapa tentang anak mereka,
jenis program yang mereka inginkan dan
falsafah program tadika di mana guru itu
berada.
3. Apabila ibu bapa telah menunjukkan
persetujuan menghantar anak mereka ke
tadika bolehlah guru mengadakan pertemuan
dan berbincang tentang falsafah tadika dengan
menggunakan bahasa yang mudah difahami
oleh ibu bapa.

4. Beritahu ibu bapa kemajuan anak mereka
dari semasa ke semasa melalui
Berita Tadika. Cara-cara lain juga boleh
dilakukan seperti melalui panggilan telefon,
piknik, lawatan ke sekolah, perjumpaan guru
dan ibu bapa. Libatkan ibu bapa dalam
majhs-majlis social tadika dan dalam penulisan
Berita Tadika agar mereka berasa sebagai
sebahagian daripada tadika.

5. Guru juga perlu. menegur sapa apabila ibu
bapa melawat tadika, menghantar atau
menjemput anak mereka. Adakan peti atau
kotak cadangan dan papan kenyataan untuk
mendapatkan pandangan yang membina dari
ibu bapa dan guru juga berkomu nikasi
dengan mereka. Adakan suatu sudut interaksi
ibu bapa dengan guru-guru.
6. Guru bersedia menghadapi dan
mengendalikan kerisauan ibu bapa tentang
anak mereka.Ibu bapa boleh menunjukkan
keberkesanan dengan keadaan di tadika. Boleh
jadi anak mereka kurang memahami sesuatu
tindakan guru
. Oleh itu, guru perlu menjelaskan bagaimana
kanak-kanak tadika belajar, misalnya
(a) melalui permainan, kanak-kanak juga
belajar melalui permerhatian dan lakonan;
(b) kanak-kanak belajar dari tahap mudah
kepada yang rumit;

(c) kanak-kanak belajar dari peringht maujud
kepada abstrak dan simbolik.


7. Pertemuan dengan ibu bapa pada akhir dan
permulaan penggal membolehkan guru dan ibu
bapa membincangkan isu-isu berkaitan dengan
anak mereka. Petua-petua mengadakan
pertemuan melibatkan perkara-perkara berikut:


(a) rancangkan terlebih dahulu sebab-sebab
anda mengadakan pertemuan. Apakah objektif
pertemuan? Apakah yang anda peroleh?
Senaraikan perkara-perkara utama yang anda
akan bincangkan;

(b) lapangkan masa untuk mengenali ibu bapa.
Tujuannya adalah untuk membina kemesraan
atau rapport. dengan ibu bapa supaya mereka
ada keyakinan terhadap anda;

(c) rancangkan pertemuan di satu Persekitaran
yang senyap dan tidak diganggu untuk interaksi
yang berkesan;

(d) sediakan contoh atau sampel kerja
kanak-kanak di bawah pengawasan anda
seperti rekod-rekod dan kerja tangan mereka;

(e) matlamat pertemuan adalah membentuk
perhubungan dengan ibu bapa supaya dapat
membantu anak mereka menjadi lebih cekap
dan berjaya. Gunakan masa pertemuan untuk
menyetujui madamat dan langkah yang perlu
diambil oleh ibu bapa dan guru bersama;
f) elakkan diri daripada mewujudkan iklim yang
mengancam ibu bapa. Anggaplah ibu bapa
sebagai individu dewasa yang dihormad;
(g) teknik perbincangan dalam perkhidmatan
perlulah.mudah.Guru tidak boleh mengajar,
sebaliknya bertanya dan mengadakan
perbincangan dan menentukan ahli-ahli selesa


Daripada. pertemuan yang diadakan itu, guru
boleh belajar bagaimana ibu bapa mengajar
dan mendidik anak mereka, apakah yang
dimahukan oleh ibu bapa, aspirasi dan
kekuatiran ibu bapa. Guru boleh mempelajari
perbezaan individu yang wujud antara ibu bapa.
juga. guru boleh membuat resolusi yang
realistik atau rasional. tentang perbezaan di
antara mereka. Ibubapa juga. menjadi lebih
pakar atau berkeupayaan membincangkan isu
kanak-kanak dan mereka bertambah
menghormati diri mereka sendiri, gunakan
bahasa yang sejajar dengan.
pemahaman-pemahaman ibu bapa. Janganlah
bercakap secara autoritatif seolaholah anda
lebih mengetahui anaknya daripada mereka;
tegaskan. aspek positif dan. aspek baik anak
mereka. Bincangkan kemahiran atau
kebolehan. anak mereka; juga kemahiran yang
anda cuba ajarkan dan masalah yang
(d&hihadapi oleh anak mereka dan
langkah-langkah yang anda akan ambil supaya
tercapai objektif pembelajaran tersebut; beri
peluang ibu bapa bercakap.
Guru tidak akan dapat memahami mereka jika
guru menguasai perbualan. Guru perlu lebih
mendengar. Pendengaran yang aktif
mempunyai ciri-ciri berikut:gunakan
perhubungan contact mata;gunakan
pergerakan tangan. untuk menandakan.
sesuatu;tidak mencelah;tidak berdebat;
jelaskan semula idea-idea dan masalah ibu
bapa; elakkan agar perbualan tidak
menyimpang dari fokus atau isi yang
ditekankan;jangan mengakhiri sesuatu sesi
pertemuan secara negatif, iaitu ibu bapa tidak
mengetahui bagaimana menyelesaikan
masalah atau kecewa;tiap-tiap pertemuan perlu
ada aktiviti susulan atau pertemuan selanjutnya

Tetapkan tarikh-tarikh pertemuan dan
perbincangan selanjutnya;teruskan komunikasi
melalui telefon dan tidak berbual terlalu singkat.
Tunjukkan kesediaan. anda berbual agak lama
dan. tegaskan aspek positif perbualan.

Mengendalikan lbu Bapa yang Bersendirian
Ada di kalangan ibu yang tidak bersuami
kerana bercerai atau berpisah. Oleh itu guru
perlu memikirkan pertimbangan berikut:
, Jangan menganggap mereka bermasalah.
Anggaplah mereka sebagai individu yang boleh
bekerjasama dengan baik.
2. Jangan menganggap anak-anak daripada
rumahtangga yang berpecah belah tidak akan
mencapai prestasi yang tinggi berbanding.
dengan kanak-kanak yang tinggal bersama ibu
bapa mereka.


3. Ibu bapa yang bersendirian mempunyai
tanggungjawab yang lebih rumit dan masa yang
terbatas. Tentukan:
(a) perjumpaan dilakukan menurut masa yang
dijadualkan;
(b) sediakan senarai untuk membincangkan
kemahiran, tingkah laku dan pencapaian
kanak-kanak;
(c) adakan bahan atau contoh untuk
menggambarkan sesuatu perkara;
(d) menyediakan atau membuat cadangan
spesifik atau khusus untuk tiap-tiap ibu bapa;

(e) pertemuan diakhiri mengikut jadual
masanya; gambarkan kepada ibu bapa
bagaimana mereka boleh membantu anak
mereka di rumah, misalnya, kanak-kanak boleh
belajar mengikut arahan sambil membantu ibu
bapa membuat sesuatu tugasan di rumah;

(f) cuba ziarahi mereka untuk mengctahui
keadaan persekitaran rumah mereka. Dengan
cara ini anda lebih bersedia dan berhati-hati
apabila memohon sesuatu daripada ibu bapa
mereka;

(g) anda perlu peka kepada keperluan dan
keupayaan keluarga dari ibu atau bapa yang
bersendirian, dan fikirkan pertimbangan ini
ketika merancang program penglibatan ibu
bapa.





KEGAGALAN
IBUBAPAMELIBATKAN DIRI
DI TADIKA
Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan
ibu bapa gagal melibatkan diri di tadika.
1. Ada ibu bapa yang berminat tentang
kemajuan dan kebajikan anak mereka tetapi
mereka tidak dapat menghadiri mesyuarat atau
per)umpaan di tadika kerana tidak ada
pembantu rumah yang boleh menjaga anak
mereka apabila mereka hadir di tadika.

2.Ada ibu bapa yang berasa letih selepas
bertungkus-lumus di pcjabat atau tempat kerja.
3. Ada ibu bapa yang merasakan rendah diri
kerana wujud perbezaan status sosioekonomi,
kelulusan akademik dan budaya di antara diri
mereka dengan ibu bapa lain di tadika.

4. Ada ibu bapa yang berpendidikan tinggi
yang menganggap aktiviti di tadika bukanlah
pcrkara-perkara baru. yang belum mereka
ketahui dan kerana itu menganggap aktiviti itu
membosankan.
5. Ada ibu bapa yang menganggap bahawa
pertemuan atau perjumpaan di tadika tidak
dilaksanakan dengan menarik atau
merangsangkan. Kadangkala ucapan atau
perbincangan terIalu panjang dan tidak wujud
komunikasi dua hala.
Topik yang diperbincangkan mestilah bermakna
dan bukan dipilih kerana guru memikirkan ia
baik untuk ibu bapa. Topik mestilah dipilih
berasaskan minat dan pengetahuan ibu bapa.



AKTIVITI TADIKA YANG BOLEH
MELIBATKAN IBU BAPA

Aktiviti-aktiviti tadika yang boleh melibatkan ibu
bapa adalah seperti berikut:
1. Mengadakan bengkel atau woksyop yang
bertujuan memperkenalkan ibu bapa kepada
dasar, peraturan dan program tadika.
Kebanyakan ibu bapa ingin mengetahui apa
yang berlaku di sekolah dan boleh menjalankan
peranan mereka dengan baik jika tugas mereka
diperlukan.
2. Aktiviti sosial seperti malam mcsra
keluarga, makan malam, potluck dan konsert
boleh mendekatkan ibu bapa dan komuniti
dengan tadika.

3. Kelas pendidikan ibu bapa (dewasa) yang
mendidik ibu bapa mengenai pelbagai topik
pendidikan seperti perkembangan
kanak-kanak, disiplin, modifikasi tingkah laku
dan kemahiran kerja tangan.
4.Program Latihan
Tujuan program latihan adalah untuk memberi
ibu bapa kemahiran sebagai pembantu guru
dan sebagai sponsor kelab dan aktiviti tadika.

5.Perkhidmatan Sokongan

Tujuan perkhidmatan sokongan adalah untuk
mendapatkan sumbangan ibu bapa berkongsi
kenderaan dan menjaga bayi atau kanak-kanak
lain supaya ibu bapa lain dapat hadir di tadika.

CARA2 LAIN IBUBPA
MELIBATKAN DIRI
Ibu bapa boleh melibatkan diri menjadi
sukarelawan sebagai pembantu guru, menaip
surat pekeliling dan tutor. Ibu bapa bolch
menunjukkan atau memberi demontrasi tentang
hobi dan bakat mereka.
Ibu bapa boleh juga menjadi ahli kumpulan
penasihat yang memberi dorongan kepada
interaksi tadika dan ibu bapa. Pada masa Hari
Penyampaian Sijil dan Hari Sukan Tahunan
mereka boleh menyumbangkan idea-idea dan
tenaga serta kuih-muih untuk tadika.


Sesi Perbincangan

Sesi perbincangan boleh melibatkan aktiviti
demonstrasi seperti 'permainan rumah ketika
hari hujan','masalah kanak-kanak yang inginkan
alat permainan yang serupa' dan pelbagai
masalah lain yang dirakamkan ke dalam video.



Pemerhatian

Ibu bapa boleh dipelawa memerhati di tadika
walaupun anak mereka tidak ada masalah
pembelajaran. Ibu bapa digalakkan melawat
dan memerhati di tadika. Lawatan ke tadika
menandakan ibu bapa adalah diterima dengan
baik; memberikan peranan kepada ibu bapa
dan mereka boleh memberikan maklumat
tentang tingkah laku guru dan pelaksanaan
program.

Penglibatan Bapa di Tadika

Bapa juga boleh melibatkan diri dalam program
di tadika walaupun mereka memerlukan
galakan yang lebih tegas. Cubalah galakkan ibu
bapa memberi sumbangan membetulkan pagar
tadika yang runtuh atau membetulkan alat-alat
permainan yang perlu dibaiki. Bapa juga boleh
membaca kepada kanak-kanak tadika.


TOPIK PERBINCANGAN YANG
DIGALAKKAN DI ANTARA IBU
BAPA-GURU
Berikut adalah topik-topik perbincangan yang
boleh diadakan antara
ibu bapa dan guru:
Pemakanan dan perancangan menu
Keselamatan dan kesihatan di rumah
Membuat alat-alat permainan yang tidak mahal
Memperolch kemudahan perkhidmatan sosial
yang percuma atau murah
Disiplin kanak-kanak


Permainan kanak-kanak

Keperluan kanak-kanak bergeliga
Pengabaian kanak-kanak Penyeliaan dan
pembacaan Kreativiti kanak-kanak
Kanak-kanak hiperaktif Penceraian dan
kesannya



PERBINCANGAN

1 . Perhatikan sebuah program tadika yang ada
penglibatan ibu bapa. Gambarkan jenis dan
jumlah komunikasi ibu bapa dengan guru, dan
penglibatan ibu bapa dalam bilik darjah.
Apakah nilai-nilai dan sikap guru-guru tentang
penglibatan ibu bapa?

2. Cuba hadiri suatu pertemuan di mana
wujud interaksi ibu bapa dan guru. Apakah
maklumat kanak-kanak yang disampaikan
melalui pertemuan tersebut?


3. Cuba tulis sebuah artikel atau. makalah
mencrangkan sesuatu aktiviti tadika. Dengan
menggunakan bahasa yang mudah terangkan
bagaimana ibu bapa boleh melaksanakan
aktiviti tersebut di rumah. Bincangkan dengan
ibu bapa untuk mendapat reaksi mereka.
4. Cuba renungkan perasaan dan sikap anda
tentang kanak-kanak yang berbeza dengan ibu
bapa? Adakah anda berasa selesa berinteraksi
dengan ibu bapa sebagaimana dengan
kanak-kanak? Adakah anda mempunyai
kemahiran bekerja dengan ibu bapa?

5. Cuba karangkan dialog atau perbualan di
antara guru dan ibu bapa tentang kanak-kanak
yang enggan bersekolah atau tidak selesa
dengan aktiviti sekolah, atau yang menghadapi
masalah tingkah laku.

Anda mungkin juga menyukai