Anda di halaman 1dari 19

Alat Muzik

Muzik itu adalah nyanyian


para malaikat. Tidak dapat
dinafikan muzik memang
memiliki kekuatan luar biasa
yang membawa kesan
terhadap kejiwaan.
PERMAINAN ALAT MUZIK
Permainan alat muzik dapat memberi
latihan kepada kanak- kanak dalam
kordinasi mata dan tangan , pendengaran
dan psikomotor.
Bidang ini menggalakkan kanak- kanak
untuk meneroka dan mencuba bermain
pelbagai alat muzik termasuk pengunaan
anggota tubuh badan mereka.
Anggota tubuh badan seperti tangan , kaki
dan mulut merupakan alat muzik semula
jadi yang boleh di gunakan sebagai asas
pengajaran permainan alat muzik.
Manfaat muzik kepada
kanak- kanak
Mengoptimumkan perkembangan otak.
Meningkatkan kecerdasan pelbagai.
Meningkatakan ikatan emosi antara
orang dewasa dengan kanak- kanak.
Membangun keterampilan sosial dan
emosi kanak- kanak.
Meningkatkan perhatian terhadap tugas-
tugas dan kemampuan belajar.
Mengembangkan kontrol impulsif dan
perkembangan motor.
Menggalakkan kreativiti dan bakat.


Proses memainkan alat muzik
ciptaan sendiri
Tepuk tangan mengikut rentak.
Tepuk menggunakan meja, pen
(objek) atau tangan rakan.
Guna alat muzik tambahan seperti
bekas minuman, tin kosong, pasir,
botol, buluh dll.
Menyanyi lagu dengan iringan alat
muzik.
JENIS-JENIS ALAT MUZIK
i) Alat Muzik Tidak Berpic

Alat muzik tidak berpic adalah jenis
alat muzik yang tidak mempunyai pic
atau nada yang tertentu.
Ia sesuai digunakan sebagai alat
untuk memainkan irama , detik atau
sebagai mengiringi lagu atau sebagai
sound effect kepada sesuatu jalan
cerita.
Samb...
Cara bermain alat muzik tidak
berpic adalah pelbagai.

Ada jenis alat yang diketuk,
digoncang, dikikis atau digosok
tapi semua cara bermain ini
akan menghasilkan kualiti ton
yang berbeza-beza.
Contoh Alat Muzik
Tidak Berpic

gendang
marakas
loceng
kayu tik tok
kastenet
tamborin
kerincing

ii) Alat Muzik Berpic

Alat muzik berpic adalah jenis
alat muzik yang mempunyai pic
yang telah ditetapkan.
Jenis alat seperti ini sesuai
digunakan bagi memainkan
melodi lagu.
Contoh Alat Muzik Berpic adalah
seperti:
piano
keyboard
gitar
Teknik Permainan Alat Muzik
Tidak Berpic
i) Tamborin
Tamborin merupakan sebuah gendang
yang lazimnya diperbuat daripada
kayu atau plastik.
Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper
besi kecil yang menghasilkan bunyi
apabila digoncang atau diketuk.
Terdapat dua jenis tamborin iaitu
tamborin berkulit dan tamborin tanpa
kulit.
Cara memegang dan
memainkan tamborin
Lazimnya tamborin dimainkan
dengan dua cara iaitu:
Pegang tamborin dengan tangan
kanan dan goyangkan ke kiri dan
ke kanan.
Pegang tamborin dengan tangan
kiri. Ketuk tepi tamborin atau kulit
tamborin dengan hujung jari
tangan kanan.

ii) Kastenet

Kastanet diperbuat daripada kayu atau
plastik. Alat ini mempunyai dua
bahagian berbeza warna yang diikat
dengan tali atau getah.

Cara memegang dan memainkan kastanet
Lazimnya gelung tali atau getah kastanet
disarungkan pada jari tengah dan
biarkan kastanet terletak di atas tapak
tangan kiri.
Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan
kanan.

iii) Loceng

Loceng merupakan segugusan
loceng kecil yang dipasang pada
bingkai.
Bingkai berbentuk gelung diperbuat
daripada plastik dan loceng-loceng
logam kecil diikatkan pada bingkai
tersebut. Loceng-loceng ini akan
menghasilkan bunyi yang halus dan
nyaring apabila digoncang.
Cara memegang dan
memainkan loceng

Masukkan empat jari ke dalam
gelong loceng dan genggam
bahagian yang tidak berloceng.
Loceng menghasilkan bunyi apabila
ia digoncang.
Genggam pemegang loceng
dengan tangan kiri. Kemudian ketuk
pergelangan tangan kiri dengan
tangan kanan yang menggenggam
loceng.
iv) Kayu Tik-Tok


Tik-tok diperbuat daripada kayu.
Ia mempunyai pemegang dan
sebatang pengetuk.
Tik-tok menghasilkan bunyi yang
tidak lanjut.
Bunyi yang dihasilkan daripada
bahagian kanan tik-tok tidak sama
dengan bunyi daripada bahagian kiri.
Cara memegang dan
memainkan kayu tik-tok

Pegang kayu tik-tok dengan
tangan kiri dan pengetuknya
dengan tangan kanan.

Ketuk tik-tok pada bahagian kiri
dan kanannya secara bergilir-gilir.
v) Kerincing

Kerincing diperbuat daripada besi
dan berbentuk segitiga.
Pemegangnya merupakan seutas
tali pendek yang diikat pada
bucunya.
Kerincing mempunyai sebatang besi
pengetuk. Apabila diketuk, ia
menghasilkan bunyi lanjut yang
nyaring.
Cara memegang dan
memainkan kerincing
Pegang tali kerincing pada talinya
sebelah tangan dan pemukulnya di
tangan yang sebelah lagi.
Pastikan tangan yang memegang
tali kerincing tidak menyentuh
kerincing.
Kerincing boleh dimainkan dengan
cara mengetuk pada lingkaran
segitiganya dengan pengetuk
kerincing.
Ketukan boleh di sebelah luar
kerincing atau dalam kerincing.
Permainan Alat Perkusi
Jong Jong Inai
Old Mc Donald
Gelang Si Paku Gelang
Burung Kakak Tua
Air Pasang Pagi

Anda mungkin juga menyukai