Anda di halaman 1dari 20

ALAT MUZIK TIDAK

BERPIC
PENGENALAN
Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan
amat sesuai untuk murid sekolah rendah. Permainan alat
perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi
nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang
dipelajari. Di samping itu, permainan alat perkusi juga
membantu membina koordinasi gerakan anggota badan mur
id. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka
kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi secara
ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi,
disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian, guru
hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan
alat perkusi. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut
teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik.
Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul
memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi mencapai tujuan itu,
guru perlu menunjukkan cara memegang dan memainkannya
mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina
biasaan yang baik dari awal lagi.
TEKNIK MEMAINKAN KASTANET

Rupa bentuk Kastanet diperbuat daripada kayu


atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian
yang diikat dengan tali atau getah.
Cara memegang dan memainkan kastanet :
Lazimnya gelung tali atau getah kastanet
disarungkan pada jari tengah dan biarkan
kastanet terletak di atas tapak tangan kiri @
kanan. Ketuk kastanet dengan hujung jari
tangan kanan @ kiri.

ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC
Alat muzik yang tergolong dalam
permainan muzik perkusi adalah :
Diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang
Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja.
Biasanya dalan keluarga membranofon
dan Ideofon.
Mudah dipelajari dan diiringi oleh satu
alat muzik utama sahaja seperti piano,
melodian atau lain-lain yang biasanya
dimainkan oleh guru pengiring serta
rakaman audio.
CARA MEMEGANG
KASTANET
CARA MEMAINKAN
KASTANET
TEKNIK MEMAINKAN TAMBORIN

Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya


diperbuat daripada kayu atau plastik. Di sekelilingnya
terdapat
ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila
digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu tamborin
berkulit
dan tamborin tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:


Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan
ke kiri dan ke kanan.

Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi


tamborin atau kulit tamborin dengan hujung jari tangan
kanan @ kiri.
CARA MEMEGANG
TAMBORIN
CARA MEMAINKAN
TAMBORIN
TEKNIK MEMAINKAN KAYU TIK TOK

Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat


daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan
sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan
bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan
daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama
dengan bunyi daripada bahagian kiri.
Cara memegang dan memainkan tik-tok
Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan
pengetuknya dengan tangan kanan.
Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya
secara bergilir-gilir.

CARA MEMEGANG KAYU TIK


TOK
CARA MEMAINKAN KAYU TIK
TOK
TEKNIK MEMAINKAN
KERINCING
Kerincing lazimnya diperbuat dar ipada besi dan berbentuk
segitiga.
Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat
pada bucunya.
Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila
diketuk, ia
menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

i) Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan
pemukulnya ditangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan
yang memegang talikerincing tidak menyentuh ker incing.
ii) Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada
lingkaransegitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan
boleh di sebelah luarkerincing atau dalam kerincing.
CARA MEMGANG KERINCING
CARA MEMAINKAN
KERINCING
TEKNIK MEMAINKAN
LOCENG
Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil
yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung
diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil
diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng ini akan
menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila
digoncang.

Cara memegang dan memainkan loceng :


Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam
bahagian yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi
apabila ia digoncang.
Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan.
Kemudian ketuk pergelangan tangan kiri dengan tangan
kanan yang menggenggam loceng.
CARA MEMEGANG LOCENG
CARA MEMAINKAN BEBERAPA PERKUSI
PERSEMBAHAN PERKUSI

Anda mungkin juga menyukai