Anda di halaman 1dari 12

1.

PENGENALAN
Sejarah mengenai alat-alat perkusi telah lama wujud. Manusia zaman
dahulu mengetuk dinding-dinding gua, bongkah-bongkah batu dan kayu
berongga secara tidak sengaja dan hasil bunyi dari ketukan dijadikan
sebagai isyarat atau suatu bentuk komunikasi bagi maksud tertentu. Cara
ketukan atau pola iramayang dimainkan juga digunakan bagi sesuatu
upacara adat kelompok kaum berkenaan. Lama kelamaan ianya menjadi
tradisi dan kebiasaan sebagai satubentuk kesenian dan kekal sebagai adat
dan seni budaya suku kaum tersebut.Permainan muzik perkusi adalah
asas kepada

permainan

muzik

yang

lebih

besar seperti orkestra

.Permainan perkusi memerlukan disiplin yang tinggi semasa persembahan


atau semasa latihan. Tanpa disiplin yang tinggi persembahan tidak
mungkin berjaya. Bentuk persembahan menyerupai sebuah orkestra
sebenar. Pemain berbaris mengikut kumpulan alat. Seorang konduktor
akan mengawal persembahan.Seorang pengiring (biasanya guru muzik)
akan memainkan melodi dengan piano atau satu instrumen atau
menggunakan rakaman audio. Permainan perkusi dimainkan mengikut
disiplin orkestra. Setiap alat dikumpulkan dalam satu kumpulan dan akan
bermain serentak.Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik
yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk
mengamalkan teknik yang betul memainkan sesuatu alat perkusi. Bagi
mencapai tujuan itu, guru perlu menunjukkan cara memegang dan
memainkannya

mengikut

teknik

yang

standard

agar

murid

dapat

membina biasaan yang baik dari awal lagi.Kanak-kanak mempunyai


keinginan untuk bermain alat muzik melebihi keinginan untuk belajar
muzik. Guru yang akan mengubah keinginan ini agar murid-murid dapat
belajar muzik dalam erti kata sebenarnya.
Selain itu, Perkusi ialah alatan muzik yang sering digunakan untuk
mengiringi nyanyian puisi, marhaban dan sebagainya. Sewaktu Nabi

Muhammad S.A.W tiba di Madinah, baginda telah disambut dengan


meriahnya oleh umat Islam dengan alunan nasyid dan selawat ke atas
baginda. Mereka bukan sahaja bernasyid malahan diiringi oleh alunan
kompang yang dimainkan oleh kaum Ansar.
Semasa peperangan, perkusi juga digunakan oleh umat Islam untuk
menaikkan semangat mereka. Gendang-gendang ini dimainkan oleh kaum
wanita. Ini menunjukkan bahawa wanita juga boleh terlibat di medan
peperangan. Sejarah-sejarah tersebut memperlihatkan bahawa gendang
atau

perkusi

mempunyai

perkaitan

yang

rapat

dengan

jiwa

dan

pergerakan fizikal kita. Semuanya bergantung kepada bagaimana cara


dan tujuan kita menggunakannya. Selagimana ia tidak bertentangan
dengan hukum syara maka gunalah ia sebaik-baiknya.
Perkusi secara definisinya adalah alat muzik yang boleh diketuk atau
dipalu atau digoncang atau digarik atau yang mempunyai dua atau lebih
ciri-ciri di atas. Ia merupakan alat muzik yang paling asas, digunakan oleh
manusia sejak 6000 tahun sebelum Masehi. Tidak hairanlah jika ia
dikatakan sebagai tulang belakang atau backbone kepada sesuatu
susunan muzik. Terdapat tiga jenis alat perkusi iaitu membranophone,
metalonophone dan idiophone. Membranophone adalah alat perkusi yang
menggunakan kulit atau apa-apa medium yang membentuk membran
untuk menghasilkan bunyi, seperti kompang, gendang jawa atau conga.
Metalonophone

pula

mengkhususkan

permainan

alat

perkusi

yang

berasaskan logam pejal yang sudah dilaraskan bunyinya mengikut notanota muzik yang tertentu seperti gamelan, caklempong, dan xylophone.
Alat perkusi yang boleh menghasilkan bunyinya sendiri tanpa
sebarang medium dipanggil idiophone. Ia mempunyai ciri-ciri yang
tersendiri untuk menghasilkan bunyi contohnya angklung, tambourine,
shaker dan cymbal. Namun jenis alat perkusi yang ingin di dalam kelas
perkusi ini ialah membranophone.

Menurut kamus Oxford, perkusi bermaksud alat muzik yang dimainkan


secara diketuk, dipukul atau dipalu. Tetapi definisi ini tidak mencukupi
bagi skop perkusi yang begitu besar. Sebenarnya perkusi bermaksud, alat
muzik

yang

dimainkan

secara

diketuk,

digoncang,

digosok

atau

digarikkan.

2.KATEGORI ALAT PERKUSI


Alat perkusi merupakan alatan muzik yang menghasilkan bunyi. Alat
perkusi terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

Alat Perkusi Berpic

Alat Perkusi Tidak Berpic

ALAT PERKUSI BERPIC


Alat perkusi berpic ialah alat perkusi yang boleh memainkan melodi
sesebuah lagu.
Contoh alat perkusi :
GLOCKENSPIEL
XYLOPHONE
ALAT PERKUSI TIDAK BERPIC
Alat perkusi tidak berpic pula ialah alat perkusi yang menghasilkan bunyi
satu ton sahaja.
Contoh alat perkusi :
LOCENG
TAMBORIN
REBANA
DRUM

KERINCING
3.CARA - CARA MEMAINKAN BEBERAPA ALAT PERKUSI
Kerincing
Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk
segitiga. Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada
bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk. Apabila diketuk,
ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.
Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di
tangan yang sebelah lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing
tidak menyentuh kerincing.
Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran
segitiganya dengan pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di
sebelah luar kerincing atau dalam kerincing.
Kastenet
Rupa bentuk Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini
mempunyai dua bahagian yang diikat dengan tali atau getah.
Cara memegang dan memainkan kastanet :
Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah
dan biarkan kastanet terletak di atas tapak tangan kiri @ kanan. Ketuk
kastanet dengan hujung jari tangan kanan
Tamborin
Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada
kayu atau plastik. Di sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang
menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua jenis tamborin iaitu
tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.
Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:

Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke


kanan.
Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau
kulit tamborin dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.
Loceng
Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang
pada bingkai. Bingkai berbentuk gelung diperbuat daripada plastik dan
loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut. Loceng-loceng
ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.
Cara memegang dan memainkan loceng :
Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian
yang tidak berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk
pergelangan tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam
loceng.

Tik Tok
Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai
pemegang dan sebatang pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak
lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian kanan tik-tok tidak sama
dengan bunyi daripada bahagian kiri.
Cara memegang dan memainkan tik-tok
Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan
kanan.
Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.
Permainan alat perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan
oleh setiap pelajar. Ia merupakan masa yang membolehkan pelajar
meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat muzik perkusi tentunya
mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa

kecuali. Di samping itu,permainan alat perkusi juga membantu membina


koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi
murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat
perkusi secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi,
disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh yang demikian,guru hendaklah
memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Antara
matlamatnya ialah :
1. Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm)
2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik dimana
kebanyakkan mereka tidak dapat peluang belajar bermain muzik secara
formal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali bunyi dan nilai bunyi
pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya
menghargai nilai seni bunyi.
3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik
dapat

menghayati

dan

menghargai

hasil

karya

muzik

seterusnya

menguji

ketajaman

memajukan diri mereka dalam muzik.


Antara

kelebihan

bermain

alat perkusi adalah

pendengaran.Contohnya seperti murid dapat mengenalpasti rangkai lagu,


imbangan bunyi,tekanan bunyi, bentuk irama seterusnya menjadi lebih
sensitif kepada bunyi dan sentuhan bunyi. Di samping itu, melalui
permainan alat perkusi juga menguatkan daya Ingatan di mana kanakkanak dapat menyerap tema malah keseluruhan lagu melalui latihan
muzikal. Selain itu, latihan mata juga dapat dilakukan melalui bermain
alat perkusi ini. Mata boleh dilatih untuk membaca dengan lancar malah
boleh lebih pantas dari sebutan

KLASIFIKASI ALAT PERKUSI


Dalam Tamadun China Purba , alat muzik diklasifikasikan mengikut bahan
utama yang digunakan dalam pembuatan alat muzik tersebut seperti
logam, batu, tanah,belulang, sutera, labu, buluh dan kayu. Dalam
Tamadun India Purba pula mengumpulkan alat muzik mengikut klasifikasi
gong/simbal, gendang, alat bertalidan alat yang ditiup. Manakala di dalam

Orkestra Barat terdapat 4 klasifikasi iaitu percussions, strings, brass dan


woodwind.
Bagi Klasifikasi Sachs
Hornbostel -klasifikasi alat muzik berdasarkan kitab catatan India purba
Natyasastra iaitu Idiofon, Kordafon, Membranofon dan Erofon.
1. Idiofon merupakan alat muzik yang dibuat daripada bahan logam,
kayu,buluh dan tempurung. Idiofon dimainkan dengan cara pukulan,
hentakan,goncangan dan ketukan. Contohnya, gong, saron, bonang ,
kenong ,angklung, gambang, kertuk dan lain-lain.
2. Erofon - contoh : serunai dan bangsi (caklempong), sakuhachi
(Jepun),nafiri (Nobat) dan lain-lain.
3. Kordafon ialah klasifikasi bagi alat muzik bertali. Contohnya gambus,
uds,koto, shamishen, sitar dan sharinggi.
4. Membranofon pula ialah klasifikasi alat muzik dari kulit yang diregang.
Contohnya ialah gendang, kompang, geduk, daiko, tabla dan gedombak

3.CARA MEMAINKAN ALAT PERKUSI


Kerincing

Ciri-ciri kerincing:
Kerincing diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga.
Pemegangnya merupakan seutas tali pendek yang diikat pada
bucunya.
Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk.
Apabila diketuk kerincing menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.
Cara memegang dan memainkan kerincing:
1. Pegang pada tali kerincing pada sebelah tangan dan pengetuk di
sebelah tangan lain.

2. Pastikan tangan yang memegang tali tidak menyentuh kerincing.


3. Kerincing boleh dimainkan dengan mengetuk pada besi berbentuk
segitiga dengan
pengetuk besi.
4. Ketukan boleh dibuat di dalam atau di sebelah luarnya.

Tamborin

Ciri-ciri tamborin
Tamborin adalah alat muzik perkusi yang dimainkan dengan
cara ditabuh dan digoyangkan.
Tamborin menghasilkan suara gemerincing yang
boleh digabungkan dengan suara tabuhan dari
bahagian membrannya.
Tamborin diperbuat daripada bingkai kayu bulat yang
dilengkapi dengan membran pelapisdari kulit lembu
atau plastikTamborin mempunyai
beberapa simbal atau kerincingan logam kecil
di sekeliling bingkainya yang akan
mengeluarkan bunyi bergemerincing bila alat muzik

ini digoyangkan.
Tamborin biasanya dimainkan dengan cara dipegang
secara menegak dan digoyang dengan salah satu

tangan disertai tabuhan pada membran kulit dengan


menggunakan tangan yang lain.
Cara memegang dan memainkan tamborin
1. Masukkan jari tengah tangan kanan ke dalam lubang yang terdapat
pada sisi tamborin.
2. Pegang secara menegak.
3. Goyangkan tamborin ke telapak tangan kiri mengikut rentak dan
irama.

Kastanet

Ciri-ciri
Kastenyet instrumen perkusi (idiophone), yang digunakan
dalam Moor, Uthmaniyah, muzikpurba Rom, Itali, Sepanyol dan
Portugis. Instrumen tersebut terdiri daripada sepasang
cengkerang cekung menyertai pada satu kelebihan oleh rentetan. M
ereka telah akan di tangan dan digunakan untuk menghasilkan klik
untuk aksen berirama atau bunyi yang sangat bagus atau suara
ketuk-ketuk yang terdiri daripada satu siri pesat klik. Mereka
tradisional yang dibuat daripada kayu keras, walaupun gentian
kaca menjadi semakin popular.
Dalam
amalan pemain biasanya menggunakan dua pasang kastenyet. Satu
pasangan yang dipegang di tangan masingmasing, dengan tali yang bercangkuk ke atas ibu jari dan
kastenyet berehat di tapak tangan dengan jari yang bengkok untuk

menyokong pihak yang satu lagi. Setiap


pasangan akan membuat bunyi padang yang sedikit berbeza.

Kayu Tik- Tok

Tik-Tok diberbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang


pengetuk. Tik-Tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi di bahagian
kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi di bahagian kirinya.
Cara memegang dan memainkan tik-tok:
Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pemegangnya dengan tangan
kanan.
Ketuk tik-tok pada bahagian kanan dan kirinya secara bergilir-gilir.
Drum

Drum ahli kumpulan perkusi instrumen muzik, yang secara


teknikalnya dikelaskan sebagaimembranophones. Gendang terdiri
daripada sekurang-kurangnya satu membran, yang dikenali sebagai kulit
di atas
dram atau kulit dram, yang diregangkan di atas cangkerangdan melanda,
sama ada secara langsung dengan tangan pemain, atau dengan tongkat
pemukul dram, untuk
menghasilkan bunyi. Terdapat biasanya "kepala resonans"
di bawahdram, ini biasanya ditala ke padang yang sedikit lebih
rendah daripada kulit di atas dramatas. Teknik-teknik lain telah digunakan
untuk menyebabkan gendang untuk membuatbunyi, seperti roll ibu
jari.Gendang adalah instrumen yang tertua dan yang paling manamana muzik di dunia, dan reka
bentuk asas kekal hampir tidak berubah selama beribu-ributahun.

Anda mungkin juga menyukai