Anda di halaman 1dari 10

PERMAINAN ALAT PERKUSI

Mengikut Suk. Pel. Muzik KBSRdan KBSMPendidikan Muzikdapatdiasaskanpada


empataspekberikut:
• Persepsi Estetik(bahasamuzik)
• Pengalaman Muzikal
• Ekspresi Kreatif
Penghargaanestetik di dalampengajarandanpembelajaranpermainanalatperkusi
kesemuaaspekiniadalahberhubungkait. Padaasasnyamuriddilatih
teknikkonvensionalsepertiberikut:
• Postur–
berdiri atau duduk dalam keadaan yang selesa- memegang
alat perkusi mengikut kesesuaian

• Caramemainkan-
memainkan alat perkusi mengikut cara konvensional-
memainkan alat perkusi mengikut kreaviti seseorang
berikut adalahbeberapacarayangbolehdijadikanpanduanketikamembuatskor
permainanalatperkusi:
a.mengikut detik lagu berdasarkan tempo cepat, lambat, sederhana.
b.mengikut corak irama lagu yang diajar. Perlu diberi perhatian juga
untuk memainkanalatperkusiyangagakberatsepertidramuntukmenunjukkan
tekanan(accentedbeat) dalamcorakiramalagutersebut
c.mengikut suatu corak irama yang ditentukan Ini berdasarkan
kreaviti seseorang(lebihkepadamengimprovisasicorakirama).
d.mengikut rentak lagu seperti rentak masri, waltz, jazzrock, inang, mac dan
lain-lain lagi.
e.Gabungjalin kesemua aktiviti di atas(a-d) untuk permainan alat perkusi
yanglebihbanyak(lebihdari 2 jenisalat) dalamsatuskorperkusi.

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Alat Perkusi


Kemahiran Memainkan Alat Perkusi
Dalam permainan alat perkusi, murid-murid diberikan peluang belajar membaca skor perkusi yang
terancang. Mereka belajar :

 Menunggu giliran mengikut skor.


 Menyebut menepuk dan mengetuk bersama-sama.
 Memainkan alat dan berhenti mengikut arahan.
 Mula dan berhenti bersama-sama mengikut skor muzik.
 Merasai situasi bermain seperti sebuah orkestra yang penuh dengan peraturan dan disiplin.

Cara yang betul untuk memegang dan memainkan alat-alat perkusi adalah penting bagi menghasilkan
bunyi yang estetik. Murid perlu dilatih mengamalkan teknik memainkan alat-alat perkusi yang betul.

Kerincing
Rupa bentuk Kerincing lazimnya diperbuat daripada besi dan berbentuk segitiga. Pemegangnya
merupakan seutas tali pendek yang diikat pada bucunya. Kerincing mempunyai sebatang besi pengetuk.
Apabila diketuk, ia menghasilkan bunyi lanjut yang nyaring.

1. Pegang tali kerincing pada talinya sebelah tangan dan pemukulnya di tangan yang sebelah
lagi. Pastikan tangan yang memegang tali kerincing tidak menyentuh kerincing.
2. Kerincing boleh dimainkan dengan cara mengetuk pada lingkaran segitiganya dengan
pengetuk kerincing. Ketukan boleh dilakukan juga di sebelah luar kerincing atau dalam
kerincing.
Cara memegang dan teknik memainkan loceng
Rupa bentuk Loceng merupakan segugusan loceng kecil yang dipasang pada bingkai. Bingkai berbentuk
gelung diperbuat daripada plastik dan loceng-loceng logam kecil diikatkan pada bingkai tersebut.
Loceng- loceng ini akan menghasilkan bunyi yang halus dan nyaring apabila digoncang.

Cara memegang dan memainkan loceng :

1. Masukkan empat jari ke dalam gelong loceng dan genggam bahagian yang tidak
berloceng. Loceng menghasilkan bunyi apabila ia digoncang.
2. Genggam pemegang loceng dengan tangan kiri @ kanan. Kemudian ketuk pergelangan
tangan kiri dengan tangan kanan yang menggenggam loceng.
Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tik Tok
Rupa bentuk Tik-tok lazimnya diperbuat daripada kayu. Ia mempunyai pemegang dan sebatang
pengetuk. Tik-tok menghasilkan bunyi yang tidak lanjut. Bunyi yang dihasilkan daripada bahagian
kanan tik-tok tidak sama dengan bunyi daripada bahagian kiri.
Cara memegang dan memainkan tik-tok

1. Pegang tik-tok dengan tangan kiri dan pengetuknya dengan tangan kanan.
2. Ketuk tik-tok pada bahagian kiri dan kanannya secara bergilir-gilir.

Cara Memegang dan Teknik Memainkan Tamborin


Tamborin merupakan sebuah gelung yang lazimnya diperbuat daripada kayu atau plastik. Di
sekelilingnya terdapat ceper-ceper besi kecil yang menghasilkan bunyi apabila digoncang. Terdapat dua
jenis tamborin iaitu tamborin berkulit dan tamborin tanpa kulit.

Lazimnya tamborin dimainkan dengan dua cara iaitu:

1. Pegang tamborin dengan tangan kanan dan goyangkan ke kiri dan ke kanan.
2. Pegang tamborin dengan tangan kiri @ kanan. Ketuk tepi tamborin atau kulit tamborin
dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.
Cara Memegang dan Teknik Memainkan Kastenet
Rupa bentuk Kastanet diperbuat daripada kayu atau plastik. Alat ini mempunyai dua bahagian yang diikat
dengan tali atau getah.
Cara memegang dan memainkan kastanet :
Lazimnya gelung tali atau getah kastanet disarungkan pada jari tengah dan biarkan kastanet terletak di
atas tapak tangan kiri @ kanan. Ketuk kastanet dengan hujung jari tangan kanan @ kiri.
Alat Perkusi Tidak Berpic
Alat muzik yang tergolong dalam permainan muzik perkusi adalah :

 Diketuk, dipalu, digeselkan, digoncang


 Setiap alat menghasilkan satu ton sahaja.
 Biasanya dalan keluarga “membranofon” dan “Ideofon”.
 Mudah dipelajari dan diiringi oleh satu alat muzik utama sahaja seperti piano, melodian atau
lain- lain yang biasanya dimainkan oleh guru pengiring serta rakaman audio.
“ ”' ” _““ - lv r un\ fJe s

IJ ‹um ñelAr I Sn ar el

Ta m6ori n
\ (Tann uo ur ine]

Marohos

Xas
tenet
Keri ncing
] Tr ian gIa )

fi Loceng Kay u Tik Tok


(R ñg B 9I1} {Ton e s BI at h )
Alat Perkusi Berpic
Semua jenis bunyi terhasil daripada getaran. Gelombang getaran diukur menggunakan unit
ukuran Hertz, iaitu bilangan getaran lengkap setiap satu saat. Pic ialah standard getaran yang telah
ditetapkan oleh ahli muzik terhadap bunyi daripada getaran yang stabil. Contohnya pic A mempunyai
ukuran sebanyak 440Hz. Ukuran ini hanya boleh didapati daripada getaran bunyi yang stabil sahaja.
Getaran yang tidak stabil tidak boleh dikukur unit Hznya.
Oleh kerana ciri-ciri getaran alat perkusi yang terhasil ada yang stabil dan ada yang tidak stabil, maka
alat perkusi juga turut dibahagikan kepada alat muzik perkusi berpic dan alat muzik tidak berpic. Getaran
yang stabil menghasilkan bunyi pic manakala getaran yang tidak stabil menghasilkan bunyi tanpa pic.
Alat perkusi berpic boleh menghasilkan sekurang-kurangnya 2 not dalam pic yang tepat dan
standard. Alat-alat ini boleh memainkan melodi atau lagu.
Contohnya: vibraphone, xylophone, marimba, gambang, slentem, caleste, tubular bells, glokenspiel,
angklung dan timpani.
Matlamat Bermain Alat Perkusi
Permainan perkusi pastinya menjadi aktiviti yang dinanti-nantikan oleh setiap pelajar. Ia merupakan
masa yang membolehkan pelajar meluahkan perasaannya disamping berhibur. Alat muzik perkusi
tentunya mudah dimainkan dan semua pelajar dapat mengambil bahagian tanpa kecuali. Di samping itu,
permainan alat perkusi juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam
permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka. Seterusnya permainan alat perkusi
secara ensembel memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab. Oleh
yang demikian, guru hendaklah memastikan semua murid berpeluang memainkan alat perkusi. Antara
matlamatnya ialah :

1. Menyemai rasa cintakan irama. (Cultivating a feeling for rhythm)


2. Membantu kanak-kanak mengetahui dan menghargai muzik dimana kebanyakkan mereka tidak
dapat peluang belajar bermain muzik secara formal. Kanak-kanak dilatih untuk mengenali bunyi
dan nilai bunyi pastinya akan sedar betapa kreatifnya pencipta lagu dan seterusnya
menghargai nilai seni bunyi.
3. Membolehkan kanak-kanak melalui latihan aural dan membaca muzik dapat menghayati
dan menghargai hasil karya muzik seterusnya memajukan diri mereka dalam muzik.

Apakah yang boleh dicapai melalui pembelajaran Perkusi?


Pendengaran;
dapat mengenalpasti rangkai lagu, imbangan bunyi, tekanan bunyi, bentuk irama seterusnya menjadi
lebih sensitif kepada bunyi dan sentuhan bunyi.
Daya Ingatan;
Kanak-kanak dapat menyerap tema malah keseluruhan lagu melalui latihan muzikal.
Mata;
Mata boleh dilatih untuk membaca dengan lancar malah boleh lebih pantas dari sebutan.

Anda mungkin juga menyukai