Anda di halaman 1dari 3

KEBIMBANGAN

Kebimbangan adalah keadaan perasaan yang bercirikan perasaan bimbang yang melampau
disertai dengan simptom somatik seperti ketegangan fizikal.
Pada masa yang sama seseorang itu juga mengalami kecemasan atau kekhuatiran akibat
daripada jangkaan bahawa kemungkinan suatu malapetaka atau kecelakaan akan berlaku.
Kebimbangan boleh digambarkan melalui 3 aspek iaitu:
-perasaan yang kurang menyenangkan
-tingkah laku yang menunjukkan keadaan cemas,bimbang,gelisah dan gugup
-tindak balas fisiologi seperti peningkatan kadar denyutan jantung dan ketegangan otot.

FAKTOR PENYEBAB KEBIMBANGAN


Pengaruh Genetik
Pengaruh Neurobiologi
Pengaruh Psikologi
Pengaruh Sosial

FAKTOR PENYEBAB KEBIMBANGAN


PENGARUH GENETIK
-Seseorang berkemungkinan akan mendapat kebimbangan jika dalam masa yang sama
wujud tekanan psikologi dan sosial.
-Gangguan pada sistem saraf semenjak lahir ataupun kemalangan.

PENGARUH NEUROBIOLOGI
Bahagian otak yang banyak dikaitkan dengan kebimbangan adalah sistem limbik.
Litar otak dalam sistem limbik yang dikenali sebagai sistem penghalang tingkah laku akan
diaktifkan apabila menerima isyarat tentang perubahan fisiologi badan yang menandakan
kemungkinan wujudnya bahaya dalam situasi tersebut.

PENGARUH PSIKOLOGI
Menurut Freud, kebimbangan merupakan reaksi psikik terhadap keadaan sekeliling yang
berbahaya.
Reaksi psikik ini menyebabkan pengaktifan semula ketakutan yang pernah dialami sewaktu
zaman kanak-kanak.

PENGARUH SOSIAL
Faktor yang mencetuskan kecenderungan biologi untuk mengalami kebimbangan adalah
kejadian harian yang mengakibatkan tekanan.
Kebanyakan kejadian harian berbentuk masalah interpersonal seperti masalah perkahwinan,
penceraian, masalah dengan rakan sekerja, kematian orang yang disayangi dan
sebagainya.

JENIS KEBIMBANGAN
1. Agorafobia
2. Kecelaruan panik tanpa agorafobia
3. Kecelaruan panik dengan agorafobia
4. Kecelaruan kebimbangan umum
5. Fobia khusus
6. Fobia sosial
7. Kecelaruan obsesif-kompulsif 

JENIS KEBIMBANGAN
Agorafobia
Kecelaruan jenis ini melibatkan ketakutan pada suasana atau tempat yang mungkin
memalukannya bagi melepaskan diri apabila memerlukan pertolongan semasa berlakunya
serangan panik.Sebagai contoh individu yang menghidap kecelaruan ini selalunya berasa
takut berada berada di tempat awam, kawasan kota yang sesak dengan orang ramai,
melintasi jambatan atau makan di restoran. 
Kecelaruan Panik
Kecelaruan panik melibatkan reaksi yang disertai oleh simptom
fizikal seperti jantung berdebar-debar, pernafasan menjadi cepat, kesukaran bernafas, tubuh
badan lemah atau pening. Serangan panik biasanya disertai dengan perasaan mahu
melepaskan diri daripada suasana yang dianggap bahaya.
Disertai dengan fikiran hilang kawalan atau berasa akan mati. Individu yang mengalami
pengalaman
panik selalunya berwaspada pada perubahan kadar denyutan jantungnya. Seseorang yang 
diserang kecelaruan ini juga selalunya percaya dia mendapat serangan jantung walaupun
sebenarnya tiada masalah dengan jantungnya.

Kecelaruan Kebimbangan Umum

 Kebimbangan umum merupakan kebimbangan normal yang dihadapi oleh orang awam
dalam kehidupan seharian mereka. Rapee (1991) menyatakan kecelaruan jenis ini dikaitkan
dengan ciri-ciri seperti bimbang pada suasana kehidupan kewangan dan hubungan sosial.
 Salah satu ciri yang berkait dengan kebimbangan adalah mudah letih, sukar
menumpukan perhatian, fikiran menjadi buntu, otot-otot menjadi tegang dan mengalami
gangguan tidur. Kebimbangan umum ini melibatkan perasaan resah, bimbang dan
gangguan fizikal yang kemudiannya menyebabkan gangguan emosi seperti ketegangan.

Kebimbangan Fobia Khusus


DSM-IV (APA, 1994) menjelaskan fobia khusus kepada 4 kumpulan iaitu:
1. Jenis fobia binatang binatang. Iaitu takut pada serangga atau binatang.
2. Jenis fobia persekitaran. iaitu takut pada ketinggian, kilat ataupun laut.
3. Jenis fobia darah seperti suntikan dan kecederaan. Ia adalah ketakutan yang mempunyai
hubungan kekeluargaan yang kuat merujuk kepada fobia yang dicetuskan akibat melihat
darah,menerima suntikan atau prosedur perubatan lain.
4. Jenis fobia suasana iaitu ketakutan yang disebabkan pendedahan pada suasana yang
khusus seperti takut memandu di atas jambatan ataupun melalui terowong, takut menaiki
kapal terbang ataupun takut berada di kawasan yang tertutup.

Kebimbangan Fobia Sosial

Individu yang mengalami fobia sosial selalunya mempunyai ketakutan yang tinggi pada
suasana sosial  yang menyebabkan dia menjauhi orang ramai ataupun bersama dengan
mereka dalam keadaan tertekan.

 Oleh itu, menurut Woody (1996), individu itu akan memiliki perasaan sentiasa takut
melakukan sesuatu perdebatan yang mungkin memalukannya. Dia juga berasa ada
beriburibu mata memberikan tumpuan kepadanya dan selalu sensitif pada perawakan diri
melalui cara berinteraksinya dengan orang lain serta bimbang orang lain memberi penilaian
negatif terhadap dirinya.

Kebimbangan Kecelaruan Obsesif-Kompulsif 

Menurut Nevid (2011) obsesif ialah pemikiran atau idea yang kelihatan melampaui
kemampuan individu bagi mengawalnya.

Ini bermakna bahawa ia adalah perasaan takut yang berkait


rapat dengan kepercayaan, bayangan dan fikiran yang tidak logik dan rasional. 

Obsesif boleh menyebabkan gangguan hidup dalam keraguan dan imej mental yang


kurang menyenangkan.

Individu yang obsesif menurutnya lagi boleh mendatangkan bahaya kepada orang lain atau 
pasangannya.Kompulsif pula adalah tingkah laku yang berulang seperti berulang kali
membasuh tangan atausentiasa memeriksa pintu berkunci.

Kompulsif terbahagi kepada dua kategori iaitu ritual memeriksa dan ritual membersih.
Kompulsif sentiasa diiringi oleh obsesif apabila ia muncul sebagai melepaskan kebimbangan
yang ditimbulkan oleh pemikiran obsesif.

Anda mungkin juga menyukai