Anda di halaman 1dari 27

1.

0 Definisi Kebimbangan Tekanan ini akan menimbulkan rasa ketakutan apabila difikirkan secara mendalam dan berterusan tanpa berbuat sesuatu perkara bagi mengatasinya. Menurut Drever (1952) kebimbangan ialah perasaan takut yang kronik dan kompleks. Ia wujud dalam pelbagai jenis kecelaruan mental dan saraf. Manakala Jersid (1960) menyatakan, kebimbangan adalah tindak balas keseluruhan pada bahaya yang subjektif. Altrocchi (1980) menyatakan, ahli psikologi mentakrifkan kebimbangan sebagai perasaan yang dirasai oleh seseorang semasa ketiadaan sebarang bahaya luaran yang dikenal pasti dan ia hanya sebagai tindak balas terhadap bahaya dalaman yang tidak realistik. DSM-III pula mentakrifkan kebimbangan sebagai gangguan yang pradominan atau ia dialami jika individu cuba menguasai simptom-simptomnya. Sikap seseorang pada penyebab kecelaruan mempunyai implikasi yang ketara kepada seseorang itu menjalankan penyelidikan. Di samping itu, ia juga mempengaruhi tanggapan, bagaimana menguruskan kecelaruan ini bagi memulihkannya. Oleh itu, kebimbangan dapat dianggap sebagai satu petanda bahawa bahaya akan berlaku. Walau bagaimanapun, beberapa masalah psikologi kanak-kanak dan remaja timbul yang disebabkan kebimbangan tidak menunjukkan ia berkaitan dengan bahaya secara fizikal. Bambers (1979) menjelaskan dua konsep yang memainkan peranan penting dalam bidamg psikologi klinikal iaitu kebimbangan dan ketakutan. Walau bagaimanapun, maksud sebenar kedua-dua istilah ini serta arah fenomena yang ditunjukkan oleh istilah-istilah ini masih tidak jelas. Bambers (1979) menerangkan bahawa terdapat kesukaran bagi mendapatkan maksud sebenar konsep ketakutan dan kebimbangan ini. Beliau menjelaskan terdapat kecenderungan di kalangan ahli psikologi menggunakan dua pendekatan yang berbeza bagi mentakrifkan ketakutan dan kebimbangan. Pendekatan yang pertama adalan memberikan makna yang sama antara ketakutan dan kebimbangan manakal pendekatan yang kedua adalah membezakan erti kebimbangan dan ketakutan. Wolpe (1958) menyatakan, perkataan kebimbangan digunakan seerti dengan perkataan ketakutan. Namun begitu, sememangnya kebimbangan dan ketakutan itu merupakan suatu perasaan yang sinonim dan seiring dialami oleh pesakit. Walau bagaimanapun, ketakutan dan kebimbangan seseorang merupakan suatu yang subjektif. Ada kemungkinan tidak perlu dibimbangkan bagi diri orang lain tetapi sesuatu yang amat menakutkan bagi diri pesakit.

Oleh itu, kebimbangan dapat dianggap sebagai masalah psikologi yang kronik dan memerlukan rawatan yang tepat supaya sebarang bahaya dapat dihindarkan. Bukan sahaja saraf dan fizikal perlu dipulihkan malah perawat juga memerlukan kemahiran psikologi untuk memulihkan emosi dan mental pesakit. Kebimbangan Berdasarkan Teori Psikoanalisis Sebahagiannya telah diperbincangkan di atas mengenai kebimbangan yang dilahirkan dari kebanjiran libido akibat desakan id bagi memenuhi instinct. Risiko daripada itu melahirkan kebimbangan seperti yang berikut iaitu: Kebimbangan Realiti Kebimbangan realiti adalah disebabkan ancaman yang wujud dari dunia luar. Sebagai contoh, kanak-kanak yang sering dimarahi oleh ibu atau bapa yang garang. Akibat daripada itu, seorang kanak-kanak itu akan berasa terlalu bimbang dan menyebabkan fizikalnya gementar jika mereka berada berdekatam, suara yang hampir tidak terkeluar antara jelas atau tidak, mata melihat tepat dalam keadaan postur (kedudukan badan) tegak dan tidak bergerak (kaku). Menurut Freud (1977) apabila tenaga libido dipendamkan, ia bertukar menjadi kebimbangan dan akan muncul sebagai kebimbangan bebas atau sebagai satu simptom kebimbangan. Misalnya, kanak-kanak menjadi bimbang apabila ibunya tidak bersamanya kerana kanak-kanak itu tidak dapat menyalurkan libido (perasaan) kepada ibunya dan libido itu wujud sebagai satu kebimbangan. Jika kebimbangan objektif adalah tindak balas kepada ancaman luar, maka kebimbangan neurotik adalah pelarian daripada desakan libido itu sendiri. Pengalaman kebimbangan neurotik membuatkan ego yang berperanan memproses ancaman ini akan cuba lari daripada desakan libido ini dan menjadikan ancaman dalaman ini sebagai yang datang dari luar dan dengan sendirinya tidak melibatkan ego untuk berbuat sesuatu.

Kebimbangan Neurotik Kebimbangan neurotik terhasil disebabkan takut instinct tidak dapat dikawal yang mendorong individu melakukan sesuatu di mana dia akan dihukum. Sebagai contoh, jika tidak melakukan yang terbaik maka gaji akan dipotong. Teori kebimbangan yang berpusatkan kepada peranan libido, tidak dapat menghuraikan kebimbangan jenis fobia. Freud (1977) mendapati bagi jenis-jenis kebimbangan yang lain, ego lebih berperanan jika dibandingkan dengan id yang bertukar menjadi libido. Ego mengamati bahaya dan dengan sendirinya akan meninggalkan kesan kebimbangan. Ini bererti, bukan pemendapan libido yang menjadi punca kebimbangan tetapi kebimbangan telah wujud sedia ada apabila diamati oleh ego tadi dan ini bermakna kebimbangan adalah punca pemendapan. Freud (1977) menjelaskan lagi, fenomena kebimbangan adalah ciri semula jadi sesuatu organisma itu. Ia adalah sebahagian daripada naluri semula jadi untuk keselamatan kendiri dan diwarisi secara genetik. Kebimbangan objektif dialami secara semula jadi tetapi kebimbangan yang spesifik adalah dipelajari. Beliau menyatakan kebimbangan adalah berpunca daripada renjatan emosi dan takutkan kembiri (fear of castration). Menurut Freud (1977) kebimbangan perlu dilihat sama ada berbentuk objektif ataupun neurotik. Kebimbangan objektif atau kebimbangan biasa adalah tindak balas pada ancaman luar seperti kematian, melahirkan anak ataupun menghadiri temu bual. Kebimbangan ini adalah reaksi semula jadi dan ia adalah rasional dan berfungsi mempertahankan kendiri. Kesediaan yang timbul secara automatik ini adalah satu fungsi penting kerana melindungi individu daripada ancaman yang mendadak. Kebimbangan objektif sebegini sebenarnya tidak menimbulkan masalah psikologi. Misalnya, seseorang yang akan memberi ucapan di khalayak ramai akan merasa bimbang memikirkan persembahan dan sambutan yang akan diperolehnya. Kebimbangan sebegini berbentuk objektif dan mendorongnya membuat persediaan supaya apa yang akan dicakapkan nanti akan mendapat sambutan. Bahkan kebimbangan sedemikian baik untuk persediaan. Jika tidak, seseorang itu tidak mengambil berat akan persembahannya. Kebimbangan akan menjadi masalah jika seseorang yang akan mengalami jenis kebimbangan objektif yang fungsinya adalah untuk bertindak balas secara automatik pada ancaman, memberikan tumpuan berlebihan pada ancaman itu. Menurut Freud (1977) lagi, persediaan menghadapi kebimbangan adalah punca utama bagi menimbulkan kebimbangan
3

neurotik. Kebimbangan ini meningkat kerana jumlah kebimbangan yang dialaminya tidak setara dengan ancaman yang dihadapinya. Terdapat penjelasan berkaitan kecelaruan kebimbangan daripada sudut pembelajaran dan teori kognitif.

Kebimbangan Moral Kebimbangan moral adalah disebabkan perasaan bersalah jika melakukan perlanggaran kod moral. Kebiasaannya berlaku kepada mereka yang mempunyai super ego yang tinggi. Sebagai contoh, mereka yang berpegang kuat kepada kitab suci dan mempunyai kepercayaan yang tinggi dengan apa yang termaktub di dalamnya, maka akan berasa salah jika melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang dipelajari. Mungkin mereka akan mengalami kompulsif-obsesif. Situasi ini boleh membawa sehingga membunuh diri.

2.0 Jenis-jenis Kebimbangan Terdapat lapan jenis kebimbangan iaitu agorafobia, kecelaruan panik, kebimbangan umum, fobia khusus, fobia sosial, kecelaruan kompulsif-obsesif, kecelaruan tekanan post-trauma dan kecelaruan tekanan akut. Agorafobia Kecelaruan agorafobia merupakan satu jenis kebimbangan dan ketakutan yang melampau ketika berada di tempat awam atau situasi di mana sukar untuk melarikan diri atau tidak mendapat bantuan. Contohnya, seseorang yang manghadapi kecelaruan ini akan sentiasa berasa takut ketika dia berada di kawasan yang sibuk dengan orang ramai seperti kawasan pasar. Kecelaruan ini kebanyakkannya berlaku sejak lewat kanak-kanak ataupun awal remaja. Kebimbangan panik Kebimbangan panik adalah berasa panik secara berulang-ulang atau berasa panik secara tidak dapat dijangkakan. Terdapat komponen fizikal yang kuat pada kebimbangan panik ini jika dibandingkan dengan kebimbangan jenis-jenis lain. Kecelaruan panik biasanya melibatkan reaksi yang disertai oleh simptom fizikal seperti jantung berdebar-debar, pernafasan menjadi cepat, kesukaran bernafas, tubuh badan menjadi lemah atau akan berasa pening. Ini juga disertai dengan perasaan mahu melepaskan diri daripada sesuatu suasana yang dianggap bahaya. Ini juga disertai dengan fikiran yang hilang kawalan atau mempunyai perasaan akan mati. Individu yang mengalami pengalaman panik selalunya berwaspada pada perubahan kadar denyutan jantungnya. Seseorang yang diserang kebimbangan ini juga selalunya percaya dia akan mendapat serangan jantung walaupun sebenarnya tiada masalah dengan keadaan jantungnya. Kebimbangan umum Kebimbangan umum merupakan kebimbangan normal yang dihadapi oleh orang awam dalam kehidupan seharian mereka. Kecelaruan jenis ini sering dikaitkan dengan ciri-ciri seperti bimbang terhadap suasana kehidupan kewangan, anak-anak dan hubungan sosial. Kanak-kanak yang menghidap kecelaruan ini selalunya bimbang pada prestasi akademik, sukan dan aspek-aspek sosial, persekolahan dan sebagainya. Seseorang yang diserang kecelaruan ini akan mudah berasa letih, sukar menumpukan
5

perhatian, fikiran menjadi buntu, otot-otot menjadi tegang dan akan mengalami gangguan tidur. Keadaan ini akan melibatkan perasaan resah, bimbang dan gangguan fizikal yang kemudiannya menyebabkan gangguan emosi seperti ketegangan. Fobia khusus Ketakutan yang melampau dan tidak terkawal terhadap objek tertentu atau keadaan seperti takut pada serangga, haiwan, darah, ketinggian, kilat, laut, takut memandu di atas jambatan atau berada di kawasan yang tertutup dan juga takut pada kebisingan yang kuat. Fobia sosial Kebimbangan yang melampau dan tidak terkawal mengenai takut penelitian, penghinaan dan malu dalam persekitaran sosial seperti makan di restoran atau membuat persembahan. Fobia ini boleh bermula daripada zaman kanak-kanak yang dilaporkan sebagai seorang yang pemalu. Kebimbangann kompulsif-obsesif Mengganggu pemikiran yang tidak masuk akal atau imej seperti berasa mahu membunuh seseorang atau berfikir bahawa kanak-kanak itu akan tercedera. Selain itu, seseorang yang menghadapi kebimbangan ini juga akan mempunyai tingkah laku yand berulangan seperti membasuh tangan atau sentiasa memeriksa pintu berkunci atau tidak. Keadaan ini akan mendatangkan bahaya kepada orang lain atau pasangannya. Kebimbangan tekanan post-trauma Kebimbangan melampau yang dialami oleh pesakit apabila dia ingat semula peristiwa traumatik yang disebabkan oleh rangsangan yang dikaitkan dengan trauma yang telah berlaku pada suatu jangka masa yang panjang.Kebimbangan jenis ini biasanya berlaku akibat peristiwa bencana atau peperangan.Seseorang individu yang menghadapi kebimbangan ini akan mengalami gangguan ingatan, mimpi yang mengerikan dan sentiasa berasa keseorangan apabila berada dalam suasana yang menyebabkan trauma ini.

Kebimbangan tekanan akut Gejala yang hampir sama seperti dalam gangguan tekanan post-trauma. Kebimbangan ini adalah perasaan takut yang tinggi selepas mengalami suasana atau peristiwa yang mengejutkan bagi satu jangka masa pendek sahaja.

3.0 Gejala-gejala Kebimbangan Terdapat tiga jenis gejala kebimbangan. Pertama ialah dari segi psikologi. Kedua pula adalah dari segi fizikal. Gangguan tidur juga merupakan salah satu gejala kebimbangan iaitu yang ketiga. Contohnya, seseorang itu akan bermimpi buruk ketika tidur sekiranya dia manghadapi kebimbangan. Psikologi Gejala psikologi meliputi seseorang yang tidak dapat mengawal emosinya dan tidak ada motivasi diri. Contohnya, perasaan gugup atau gementar, menghadapi fikiran yang merunsingkan, keresahan, peka terhadap bunyi, berasa tidak selesa, mempunyai daya tumpu yang lemah dan cepat marah. Fizikal Gejala fizikal adalah kecemasan yang dapat dirasakan dengan ketegangan di otot dan kelelahan, terutamanya di otot-otot dada, leher dan punggung. Selain itu, pesakit juga akan berasa pening, sakit kepala, menghadapi degupan jantung yang kuat, gangguan usus, ketakcernaan, berasa susah untuk bernafas, kencing secara kerap, keadaan sejuk dan panas secara mendadak, najis yang cair, menghadapi kekebasan pada bahagian tangan dan kaki serta ketidakselesaan pada bahagian dada. Gangguan tidur Gejala yang ketiga ialah seseorang pesakit itu akan menghadapi gangguan tidur. Contohnya insomnia dan bermimpi buruk. Gejala ini selalunya disalah takrif oleh orang sebagai bukti adanya penyakit fizikal yang serius seperti penyakit jantung dan barah. Keadaan ini akan menyebabkan kebimbangan untuk bertambah lagi.

4.0 Punca-punca kebimbangan Berdasarkan kajian, terdapat beberapa punca yang menyebabkan seseorang itu menghidap penyakit kebimbangan. Punca-punca ini boleh dijelaskan melalui dua teori, iaitu teori kuno dan teori tingkah laku moden. Kedua-dua teori ini masing-masing menyatakan punca yang berlainan. Teori kuno Dari segi teori kuno, punca yang dipercayai menyebabkan penyakit kebimbangan termasuk Tuhan dan syaitan, empat humors, dan kuasa rohani. Manusia awal terikat kuat dengan sebab dan akibat. Mereka percaya bahawa Tuhan bertanggungjawab atas segala kegembiraan dan kedugaan manusia. Mereka juga percaya segala kedugaan yang dihadapi merupakan hukum yang dijatuhkan oleh Tuhan. Oleh itu, mereka yakin Tuhan dan syaitan adalah punca kepada penyakit kebimbangan ini. Selain itu, orang Yunani purba percaya bahawa Tuhan mempengaruhi emosi dan kesihatan manusia. Atas sebab itu, mereka telah membangunkan sebuah sekolah perubatan untuk mengaji teori humors. Teori ini dikaji dengan memerhatikan tubuh badan serta tingkah laku manusia. Mengikut Hippocrates, iaitu orang yang membantu mambangunkan teori humors, menyatakan empat cecair humors sentiasa mengalir ke seluruh badan. Beliau telah menamakan empat cecair itu sebagai darah, kahak, choler (hempedu kuning), dan hempedu hitam. Penyakit atau keuzuran adalah hasil daripada ketidakseimbangan dalam humors. Terlebih mana-mana satu humor akan

menyebabkan gangguan emosi dan fizikal. Teori ini dapat mengenal pasti empat asas perangai emosi manusia, yang bersamaan dengan empat humors: sanguine (emosi,gembira), yang berkait dengan darah; apatis (lambat untuk bertindak balas), berkaitan dengan kahak; tersinggung (marah), yang berkaitan dengan hempedu kuning; dan melankolik (sedih), yang berkaitan dengan hempedu hitam. Oleh itu, empat humors juga adalah punca kepada penyakit kebimbangan berdasarkan teori kuno. Seterusnya, keresahan, kemurungan dan lain-lain keadaan yang sama dilihat sebagai dilawati oleh roh jahat dan biasanya mereka yang dilanda ini adalah mereka yang berdosa. Mereka yang mengalami kesakitan sering dipersalahkan kerana keadaan mereka. Rohani yang sakit, seperti kekurangan iman dilihat sebagai agen yang menyebabkan orang berasa cemas atau tertekan.
9

Kepercayaan ini mempunyai kecenderungan malang yang menyebabkan penghidap penyakit ini dipulaukan dan dizalimi. Oleh itu, kuasa rohani adalah salah satu punca bagi penyakit kebimbangan yang tergolong dalam teori kuno. Teori tingkah laku moden Dari segi teori tingkah laku moden, punca yang dipercayai menyebabkan penyakit kebimbangan termasuk otak kimia, genetik dan pengalaman hidup. Neurotransmitter tertentu digunakan oleh otak sebagai isyarat antara sel-sel. Badan akan menghasilkan neurotransmitter seperti yang diperlukan dan kemudian menghapuskannya apabila fungsinya telah dilaksanakan. Kajian juga telah mandapati bahawa neurotransmitters berkait rapat dengan tahap emosi seseorang. Secara tidak langsung, neurotransmitters memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perasaaan seseorang seperti keresahan dan kemurungan. Kemudian, teori ini juga menyatakan terdapat satu lagi bahan semula jadi di dalam otak yang berfungsi dengan cara yang bertentangan yang berpotensi meningkatkan kebimbangan. Bahan ini yang tidak dikenali mungkin akan dikeluarkan oleh otak apabila kewaspadaan seseorang itu bertambah, terutamanya dalam tempoh keibubapaan bagi mereka yang baru menjadi ibu bapa. Penyelidik spekulasi menyatakan bahawa hasilan andaian kimia yang tidak perlu ini kadang-kadang menyebabkan kebimbangan kronik. Oleh itu, otak kimia merupakan punca kepada penyakit kebimbangan dan tergolong dalam teori tingkah laku moden. Peristiwa-peristiwa atau pengalaman hidup yang tertekan boleh mencetuskan gangguan kebimbangan. Gejala-gejala kebimbangan akan berlanjutan untuk tempoh yang lama walaupun selepas keadaan yang tertekan itu telah berakhir. Kebarangkalian seseorang menghidapi penyakit kebimbangan adalah lebih besar jika salah seorang daripada ibu bapa atau adik beradiknya mempunyai keadaan tersebut. Oleh itu, pembentukan genetik dan pengalaman hidup akan menentukan sama ada seseorang itu akan menghidapi gangguan kebimbangan ataupun tidak. Selain punca yang dikemukakan oleh dua teori di atas, terdapat juga puncapunca lain yang boleh menyebabkan seseorang menghidapi penyakit kebimbangan. Gejala seperti keresahan dan kebimbangan boleh diketahui melalui sumber yang sedia ada. Penyakit, kesihatan, ubat-ubatan dan keterlaluan pemakanan boleh menyebabkan keresahan. Gangguan kardiovaskular, masalah neurologi, hipoglisemia, sindrom
10

premenstrual, menopaus, tiroid dan gangguan kelenjar lain, masalah pernafasan, dan disfungsi sistem imun boleh menghasilkan gejala kebimbangan seperti mendapat ketagihan alkohol dan dadah. Preskripsi dan ubat-ubatan yang dibeli di kaunter seperti ubat sejuk, pil diet (pil kurus badan), ubat-ubatan asma, steroid dan juga beberapa antidepresan (ubat kemurungan) boleh membawa kepada kebimbangan bagi sesetengah orang. Keterlaluan pemakanan seperti kafein yang berlebihan atau produk kafein seperti guarana dan mate boleh menyebabkan keresahan seperti mendapat alkohol dalam pelbagai bentuk. Seterusnya, faktor alam sekitar juga memainkan peranan. Selalunya agak sukar untuk kita mengenal pasti punca sebenar gangguan kebimbangan. Pesakit selalunya lebih lemah terhadap satu kombinasi tekanan seperti trauma daripada peristiwaperistiwa penderaan, penganiayaan atau kematian seseorang yang tersayang, tekanan dalam hubungan peribadi, perkahwinan, persahabatan, penceraian, tekanan di tempat kerja, tekanan di sekolah, tekanan kewangan, tekanan daripada bencana alam, dan kekurangan oksigen di kawasan altitud tinggi. Persekitaran-persekitaran ini berkemungkinan membawa kepada penyakit kebimbangan. Justeru itu, terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan penyaki kebimbangan. Punca sebenar perlu dikenal pasti dahulu sebelum rawatan diberi supaya rawatan tersebut sesuai atau menepati punca penyakit.

11

5.0 Kesan-kesan Kebimbangan Gangguan kebimbangan yang berlarutan akan memberikan kesan-kesan negatif kepada pesakit yang mengalaminya. Antara kesannya ialah kebolehan tenaga fungsian akan berkurangan. Dalam kes-kes yang teruk ini, ia boleh membawa kepada keadaan ketidakmampuan yang menyeluruh di mana seseorang itu tidak boleh lagi bersekolah atau bekerja. Kesan yang lebih teruk ialah pesakit berniat untuk bunuh diri akibat tidak dapat menahan penyakit ini. Penyalahgunaan bahan seperti dadah juga merupakan satu kesan yang sering berlaku kepada pesakit apabila pesakit lebih cenderung mencuba untuk mengubati diri sendiri dengan mengambil sedatif atau alkohol. Langkah yang penting ialah untuk mendapatkan rawatan bagi mengenal pasti gejala-gejala yang dialami. Ramai pesakit akan terus sengsara menghadapi gejalagejala tersebut kerana mereka takut hendak berjumpa dengan ahli perubatan atau ahli profesional berkenaan masalah mereka. Ini kerana mereka takut akan dianggap sebagai gila. Pada hakikatnya, kebanyakan orang yang mengalami kebimbangan atau ketakutan jarang sekali menghidapi penyakit mental yang teruk. Ini kerana masalah mereka selalunya boleh dikurangkan atau mereka akan mendapat kelegaan melalui rawatan.

12

6.0 Rawatan Kebimbangan Kebimbangan boleh disebabkan oleh keadaan yang berbeza jadi terdapat pelbagai jenis rawatan untuk mengatasi kebimbangan dan semua pesakit akan mendapat rawatan yang berbeza walaupun mereka menghadapi masalah yang sama. Hal ini menyebabkan doktor untuk meneliti dalam membuat penilaian. Mereka perlu mengetahui sejarah perubatan pesakit, terutamanya sejarah perubatan ahli keluarga terdekat untuk menentukan jika mana-mana syarat tersebut berkaitan dengan kebimbangan yang dialami oleh keluarga. Doktor boleh menjalankan perundingan dengan pesakit dan keluarga pesakit. Sebahagian daripada proses ini biasanya terdiri daripada beberapa soal selidik, jawapan pendek dan doktor boleh menubuhkan HAMA yang merupakan soal selidik dengan skala terbina dalam penilaian. Pesakit boleh memilih penarafan bagi setiap topik yang sesuai untuk menggambarkan diri mereka supaya doktor boleh menentukan perasaan semasa pesakit untuk mendiagnosis gangguan keresahan yang sedang dialami oleh pesakit. Apabila doktor dapat mengumpul kesemua data dan menilai data itu, mereka akan mempunyai semua fakta yang berkaitan untuk membuat diagnosis yang terbaik untuk pesakit. Pada masa ini, pasukan perubatan akan bekerja dengan pesakit untuk menentukan kursus rawatan yang terbaik dan paling sesuai untuk pesakit. Oleh itu, perundingan dan penilaian adalah sangat penting. Psikoterapi merupakan salah satu rawatan untuk mengatasi gangguan mental dengan menggunakan psikiatri, psikologi atau kedua-duanya. Psikoterapi melibatkan komunikasi lisan. Psikoterapi hanya berkesan untuk mendapatkan pengurangan segera gejala. Psikoterapi bukan satu jenis rawatan tetap. Ini termasuk terapi seni, terapi tingkah laku, terapi kognitif dan terapi kognitif-tingkah laku. Terapi seni Seni terapi membantu orang-orang yang mempunyai kesukaran untuk menyatakandiri dalam perkataan. Seni terapi termasuk lukisan, drama, muzik, puisi dan juga tarian. Jenis terapi ini boleh membantu orang ramai menghadapi pengalaman traumatik tertentu. Ini adalah benar terutamanya kanak-kanak yang telah mengalami trauma dengan keganasan keluarga. Selain itu, kanak-kanak yang berumur kecil mungkin tidak mempunyai perbendaharaan kata yang mencukupi untuk meluahkan perasaan mereka. Ini bukan
13

sahaja membantu kanak-kanak meluahkan perasaan mereka tetapi juga memberi gambaran yang lebih jelas tentang jenis trauma yang kanak-kanak itu mengalami. Terapi tingkah laku Terapi tingkah laku membantu pesakit berubah daripada perubahan yang tidak diingini, yang tidak sihat ataupun tingkah laku yang tidak sesuai. Ini biasanya melibatkan bantuan atau ganjaran untuk tingkah laku yang positif dan penyahpekaan. Proses penyahpekaan melibatkan pendedahan diri kepada tempat, objek atau peristiwa yang menyebabkan kebimbangan atau ketakutan dan mengatasi semua perasaan ini. Terapi kognitif Terapi kognitif dapat menawarkan penyelesaian untuk apa jua masalah yang dihadapi pesakit tetapi terapi jenis ini tidak sesuai diuruskan dengan masalah, isu-isu atau konflik daripada pengalaman orang itu. Tujuan terapi kognitif adalah untuk mengubah corak yang tidak sesuai dan pemikiran yang terganggu. Jenis terapi ini bertujuan untuk mengubah cara pesakit melihat dirinya. Ini seterusnya membantu pesakit mengubah tingkah laku yang tidak sesuai. Terapi kognitif-tingkah laku Terapi kognitif-tingkah laku adalah gabungan terapi kognitif dan terapi tingkah laku. Jenis terapi ini adalah berdasarkan fikiran sendiri, bukannya situasi atau tindakan lain yang menentukan cara mereka berfikir dan berkelakuan. Sebagai contoh apabila kerja yang membawa tekanan yang banyak kepada seseorang, orang tersebut boleh belajar untuk mengubah cara dia berfikir dan bertindak dalam persekitaran kerja, dan mula bertindak dengan cara yang lebih positif. Rawatan yang lain adalah mengambil ubat apabila gejala kebimbangan mencapai ke suatu tahap yang serius yang mengganggu dan membawa masalah kepada kehidupan seharian pesakit. Jenis dadah yang digunakan termasuklah benzodiazepine and antihistamin. Kumpulan dadah ini bertindak dalam badan dengan cara yang berbeza untuk merawat gejala-gejala gangguan keresahan yang dihadapi oleh pesakit. Doktor menghadkan penggunaan dadah jenis benzodiazepine hanya untuk keskes kebimbangan yang paling teruk. Benzodiazepine berfungsi dengan menekan bahagian otak untuk mengawal aktiviti otak tetapi benzodiazepine juga akan
14

membawa kesan sampingan. Contohnya, jika diambil lebih lama untuk beberapa minggu, pesakit boleh menjadi kedua-dua fizikal dan psikologi bergantung kepada dadah. Oleh kerana bahayanya, pesakit menjadi ketagihan kepada benzodiazepine. Ramai doktor tidak menggalak pesakit untuk mengambil benzodiazepine lebih lama daripada empat minggu dan hanya menggunakan dadah ini untk kes-kes yang paling teruk. Satu lagi ubat yang kadang-kadang digunakan untuk merawat gangguan keresahan adalah antihistamin. Ini biasanya dikaitkan dengan rawatan alahan. Antihistamin berfungsi lebih cepat. Bagaimanapun,antihistamin mempunyai beberapa kesan sampingan dan masalah lain yang berpotensi juga. Kesan sampingan termasuk badan berasa lemah, kerap membuang air kecil dan denyutan jantung. Rawatan yang seterusnya merupakan terapi alternatif yang telah terbukti berjaya dalam melegakan keresahan. Tetapi alternatif ini termasuk aroma terapi dan diet Terapi aroma Terapi aroma juga memberi manfaat kepada sesetengah orang dengan mengurangkan keresahan. Menurut pakar terapi aroma, dengan menggunakan bahan-bahan wangi tertentu dalam losyen boleh meningkatkan mood dan kesihatan dan keseluruhannya apabila kita tarik nafas. Pengamal percaya bahawa orang-orang yang mempunyai gangguan keresahan adalah sensitif kepada perubahan dalam badan mereka sendiri yang menimbulkan kebimbangan. Mereka percaya bahawa penggunaan produk-produk ini boleh meningkatkab kesan-kesan berfaedah dengan membantu pesakit berehat. Beberapa kajian telah menentukan bahawa kebimbangan juga boleh dilegakan dengan membuat pelarasan dalam diet. Menurut penyelidikan, perangsang, garam, pengawet, hormon dalam daging dan gula-gula bertapis boleh meningkatkan kebimbangan. Antara masalah buruk pemakanan adalah perangsangan seperti kopi, teh dan alkohol. Bahan ini boleh mengganggu tidur dan meningkatkan ketakutan dan kebimbangan. Ini dilakukan dengan mengurangkan vitamin dan mineral semula jadi dalam badan yang membantu menjaga perasaan. Garam boleh menyebabkan masalah dalam diet juga. Ini mengambil kalsium daripada badan. Kalsium adalah penting dalam fungsi sistem saraf pusat. Selain itu, garam boleh menyebabkan peningkatan dalam tekanan darah yang meletakkan tekanan pada arteri dan jantung.
15

Senaman Senaman adalah baik untuk kesihatan mental. Senaman boleh mengurangkan tekanan dan kebimbangan pada masa yang sama mewujudkan rasa kesejahteraan. Senaman termasuk berjalan, berjoging, berbasikal, bermain tenis, senamrobik, berenang dan sebagainya. Senaman juga boleh mengurangkan ketegangan otot. Ini merupakan satu kesan daripada tekanan dan kebimbangan. Selain itu, senaman juga boleh mengurangkan bahan kimia dalam badan yang boleh menyebabkan peningkatan tekanan.

16

7.0 Langkah-langkah mengatasi Seperti yang diketahui, segala penyakit dapat diatasi dengan pengambilan ubat-ubatan dari hospital. Walaubagaimanapun terdapat juga kaedah-kaedah lain yang digunakan bagi mengatasi simptom ini berulang kembali. Antara langkah-langkah untuk mengatasi simptom ini adalah : Dari Perspektif Islam

Mengamalkan bacaan al Quran terutama ayat-ayat ruqyah Seperti mana yang telah dikongsikan oleh seorang doktor iaitu Dr. Zubaidi HJ Ahmad yang merupakan seorang pegawai perubatan senior di Kumpulan

Perubatan Penawar Sdn Bhd. Menurutnya, ramai pesakit mendapat manfaat yang besar dengan mengamalkan ayat-ayat Ruqyah. Menurut beliau lagi, terdapat seorang suami yang telah kematian isteri tidak dapat menerima kenyataan dan berasa amat sedih atas pemergian isterinya itu sehingga terpaksa berhenti kerja. Kesedihan yang dialami menyebabkan pesakit tidak makan dan minum serta banyak menghabiskan masa dengan termenung dan tidur. Pelbagai nasihat telah diberikan oleh ahli keluarga namun dia seolah-olah hilang inspirasi untuk hidup. Dr Zubaidi memberikan ubat anxiolytic selama dua minggu. Ketika pesakit datang semula bersama ibunya, lelaki ini sudah mula makan dan melakukan aktiviti rutinnya. Buku susunan ayat-ayat Ruqyah yang dibeli di kedai buku agama dihulurkan kepada pesakit. Selama 40 hari yang diamalkan selepas maghrib, banyak perubahan positif yang dapat dilihat pada diri pesakit. Beliau tidak menolak kebaikan ubat-ubatan moden, malahan

menyatakan bahawa ubatan-ubatan ini sesuai diberikan ketika seorang pesakit diserang panic attack atau nervous breakdown atau anxiety disorder yang tidak terkawal. Ubat-ubatan ini akan memberikan kelegaan serta-merta serta pesakit akan merasa tenang dan damai. Bagi mengelakkan kejadian berulang, pesakit harus menjalani psychotheraphy dan membaca ayat-ayat Ruqyah.

Selain itu, solat dan kaedah zikir ditengah malam akan memberikan rasa selesa dan rasa percaya diri lebih dalam menghadapi masalah. Rasa cemas
17

akan turun. Tindakan bunuh diri dilarang dalam Islam, apabila iman semakin kuat maka dorongan bunuh diri pada simptom kemurungan akan hilang. Kaedah zikir (berupa Asmaul Husna) juga berkesan menyembuhkan insomnia.

Sabar Kesabaran tidak dapat menyembuhkan penyakit, tetapi ianya akan membantu penyakit sembuh. Kebanyakan pesakit yang dapat dilihat tidak sabar dan sentiasa merungut akan terus menderita kesakitan berbanding dengan pesakit yang bersabar dan redha. Jika kita percaya kepada konsep penyakit dan kesakitan yang dihadapi, nescaya tiada pesakit yang akan merungut terhadap ujian Allah ini. Allah memberikan ujian sakit, ketakutan dan kebimbangan ini sebagai tanda kita layak menerima ujian, yang kelak akan diberikan ganjaran besar jika kita tabah menghadapinya. Ujian yang berupa kesakitan dan kebimbangan ini adalah ujian yang mampu kita hadapi. Jika dibandingkan dengan pesakit lain yang diuji dengan ujian yang lebih berat iaitu kanser dan kematian mengejut, tentu kita akan bersyukur. Sifat sabar ini amat perlu disemai dan dibajai dalam diri setiap Muslim kerana kehidupan ini pada hakikatnya adalah medan perjuangan dan penuh ujian yang menuntut pengorbanan dan kesabaran yang bukan sedikit. Maka, sesiapa yang dapat menghadapinya dengan sabar dan tenang bermakna lulus dalam ujian itu dan terus diuji Allah sehingga menjadi Muslim yang benar-benar bertakwa kepada-Nya. Adakalanya kita berasakan dugaan yang Allah berikan kepada kita amat berat. Namun banyaklah bersabar dan terima dengan redha. Yang paling penting, janganlah mudah berputusa asa untuk mendapatkan rawatan yang betul dan sempurna. Allah melarang kita berputus asa dengan musibah yang menimpa dan jadikan ia sebagai suatu titik perubahan untuk kita lebih dekat dengan Allah.

18

Berusaha Dan Berserah. Bertawakallah kepada Tuhan setelah kita berusaha dengan sehabis baik. Selain itu perbanyakkan melakukan perbuatan mahmudah (baik) dan menjauhkan perbuatan mazmumah (jahat) serta tambahkan amalan-amalan sunat seperti puasa, sembahyang, zikir dan sebagainya. Jangan biarkan hidup anda terus tertekan. Berusaha mendapatkan jalan keluar bagi setiap masalah.

Dari perspektif umum

Fahami Punca Selidik punca yang menyebabkan ianya terjadi kepada anda. Cari masalah dalam diri satu persatu. Berbincang dengan ahli keluarga tentang apa yang terjadi pada diri. Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang dilakukan yang menyebabkan emosi cepat berubah.

Intervensi kognitif Kecemasan timbul akibat ketidakupayaan dalam menghadapi permasalahan, fikiran-fikiran negatif secara terus-menerus berkembang dalam fikiran. Caranya ialah dengan melakukan campur tangan fikiran negatif dengan fikiran positif, saranan diri dengan hal yang positif, singkirkan fikiran-fikiran yang tidak realistik. Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi lebih besar. Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu yang sesuai. Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih berkesan kerana ia boleh menyelesaikan pertelingkahan dan masalah. Bila badan dan minda dapat merasakan keselesaan maka fikiranfikiran positif yang lebih konstruktif dapat muncul. Idea-idea kreatif dapat dikembangkan dalam menyelesaikan permasalahan.

Menangis Titisan air mata dapat menjadi teman dan menceritakan seribu masalah. Menangis merupakan amalan yang sihat dan dapat melapangkan

tekanan minda dan jiwa. Wanita lebih mudah menzahirkan emosinya melalui tangisan berbanding lelaki yang lebih kerap memendam perasaan dan menganggap menangis adalah sesuatu yang mengaibkan.

19

Ketawa Dapatkan masa untuk duduk bersama sahabat handai yang pandai berjenaka dan berhiburlah bersama mereka. Ketawa membantu meningkatkan keupayan pernafasan dan denyutan jantung, kegiatan otot-otot dan suhu badan juga dapat diaktifkan. Proses ketawa boleh membantu membuang toksid di dalam badan dan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.

Bersenam Atau Beriadah Bersenam tidak hanya mencergaskan fizikal, bahkan mental juga

lapang setelah berpeluh. Ketegangan jasmani dapat dielakkan dengan kerana peredaran darah berjalan lancar kerana otot-otot digerakkan. Bersenam juga boleh membakar lemak yang boleh membawa penyakit di dalam badan.

Berurut. Berurut boleh membantu melancarkan perjalanan darah dan urat

yang tegang serta keras dapat dikendurkan. Dapatkan mereka yang mahir dan bertauliah dalam teknik pengurutan. Selepas berurut anda akan merasakan kelegaan pada tubuh badan. Berurut walau kadangkala sedikit sakit, mampu menghilangkan ketegangan akibat bebanan stress.

Refleksologi Atau Akupuntur. Melalui refleksologi kaki, punca penyakit dapat dikenalpasti. Akupuntur dapat melegakan kesakitan dan membantu menghilangkan tekanan yang ditanggung.

Pendekatan keluarga Sokongan (keluarga merupakan cara yang berkesan mengurangkan gangguan emosi. Jangan ragu untuk menceritakan permasalahan yang dihadapi bersamasama ahli keluarga. Ceritakan masalah yang dihadapi secara tenang, katakan bahawa pada saat ini anda sangat memerlukan sokongan ahli keluarga yang lain. Mereka akan berusaha bersama-sama anda untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik.

20

Luahkan Pada Sahabat Karib. Mungkin anda melihat masalah itu terlalu berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat karib anda. Luahkan kepada sahabat anda mengenai perasaan anda kerana ia dapat mengurangkan bebanan yang berada didalam kepala. Kemungkinan masalah anda akan selesai dengan pendapat dan pandangan sahabat anda itu.

Curahkan Perasaan Dalam Diari. Bila anda merasa tertekan akibat marah, sedih, kecewa dan sebagainya, selain daripada meluahkan kepada keluarga mahupun rakan-rakan tulislah segalagalanya di dalam diari. Tidak perlu mencatatkan secara terperinci perasaan anda. Cukup sekadar sedikit catatan. Simpan diari di tempat rahsia anda. Kebiasaanya kita akan tertawa apabila membaca semula catatan kita itu di lain masa kerana selalunya ianya terlalu remeh tidak seperti apa yang digambarkan didalam diari.

Tahu Had Kemampuan. Tahu bila bermula dan sepatutnya berhenti serta jangan terlalu

memaksa diri. Jangan terlalu membuang masa kepada perkara yang anda tidak lagi mampu ditanggung. Serahkan sesuatu urusan itu kepada orang yang lebih layak atau mahir melakukannya supaya anda tidak terus-terusan tertekan.

Bersantai Setelah berusaha keras melakukan rutin, anda perlu mencari sedikit ketenangan seperti berekreasi di taman, berkelah di sungai atau di mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk memanjakan diri

dan minda. Lakukan juga kegiatan yang tidak terlalu membebankan minda dan memberikan keseronokan. Bersantai bersama keluarga juga amat digalakkan kerana selain dapat meluangkan masa bersama keluarga ianya merupakan terapi yang berkesan untuk mengurangkan bebanan di dalam fikiran.

21

Ambil Mudah. Biar sebesar mana dugaan yang diterima anggaplah ia sesuatu yang mudah dan jangan terlalu membebankan fikiran. Dalam aspek pekerjaan, jika boleh dan sesuai bawalah tugasan yang tidak boleh diselesaikan itu pada keesokkan harinya. Jangan terlalu membebankan masalah anda sehingga hidup jadi tak keruan dan sukar tidur atau kurang selera makan dan sebagainya.

Terima Keadaan Seadanya. Jangan mengharapkan sesuatu keadaan berubah mengikut

kehendak kita kerana tidak semua yang kita ingini akan menjadi kenyataan. Dalam keadaan ini ada baiknya jangan terlalu mengharap sesuatu yang terlampau hebat supaya anda tidak merasa terlalu kecewa jika tidak memperolehinya. Terima keadaan seadanya serta berbahagia dan menghargai apa yang ada tanpa membandingkan dengan apa yang orang lain dapat.

Kawalan pernafasan yang baik Rasa cemas membuat peringkat pernafasan semakin cepat, hal ini disebabkan otak "bekerja" memutuskan fight or flight ketika respon stres diterima oleh otak. Akibatnya bekalan oksigen untuk rangkaian tubuh semakin meningkat, ketidakseimbangan jumlah oksigen dan karbondiosida di dalam otak membuat tubuh gementar, kesulitan bernafas, tubuh menjadi lemah dan gangguan visual. Ambil dalam-dalam sehingga memenuhi paru-paru, lepaskan dengan perlahanlahan akan membuat tubuh jadi selesa, mengawal pernafasan juga dapat mengelakkan srangan panik.

Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat. Bersikap terbuka dalam semua perkara dengan membuka minda dan anda sedia menerima sesuatu bencana. Sedar dan mensyukuri bahawa segala yang berlaku adalah ketentuan dari Allah Taala dan ada hikmah disebaliknya. Gunakan kelebihan fikiran yang dikurniakan Tuhan untuk mengatasi masalah

22

mendatang. Amalkan gaya hidup sihat dengan mengambil makanan seimbang dan hidup secara teratur serta terurus dan jangan melakukan kegiatan yang tidak sihat dan merosakkan diri dan kehidupan.

23

8.0 Kesimpulan Anxiety atau boleh dipanggil sebagai kebimbangan ialah penyakit yang bermula apabila seseorang itu mengalami stress. Penyakit ini mempunyai gejala-gejalanya yang tersendiri yang menentukan jenis dan tahap penyakit yang dialami oleh pesakit. Kaedah rawatan juga bergantung kepada tahap penyakit dan ia mungkin mempunyai kesan-kesan sampingan kepada pesakit terutamanya daripada ubat-ubatan yang diambil. Sekiranya digunakan berlebihan, mungkin akan membawa kemudaratan kepada pesakit. Oleh itu, pesakit perlu mengikut nasihat doktor yang merawat. Rawatan moden juga memberi ketabahan dan keinginan kepada pesakit untuk sembuh dengan memudahkan rawatan. Pesakit juga boleh mengambil langkah-langkah mengatasinya untuk mengelakkan penyakit ini. Selain itu, sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan serta nasihat dan pandangan doktor amat diperlukan untuk pesakit sembuh.

Rujukan 1. White, J.(2000). Treating anxiety and stress. New York: John Wiley & Sons Inc.

24

2. Portman, M.E.(2009). Generalized anxiety disorder across the lifespan. New York: Springer. 3. Grauds, C.(1999). Kava and anxiety. Bratman, S., & Kroll, D (Eds.). New York: Prima. 4. Barlow, D.H.(2002). Anxiety and its disorders: The nature and treatment of anxiety and panic (2nd Edition). New York: The Guilford Press. 5. Emmelkamp,P.,Bouman,T.K.&Scholing,A.(1989). Anxiety disorders: A practitioners guide. Toronto: John Wiley & Sons Inc. 6. Wyborny,S.(2009).Anxiety disorders : Diseases & disorders. New York : Gale, Cengage Learning. 7. Vimala Veeraraghavan,&Shalini Singh.(2002). Anxiety disorders : Psychological assessment and treatment. London : Sage Publications. 8. Hina,P. , & Hina, S.(2010). Anxiety disorders : Perspectives on diseases and (1st Edition). New York : Gale, Cengage Learning. 9. Davey,G. ,Cavanagh, K. , & Jones, F.(2012). Managing anxiety with CBT for dummies. England : John Wiley & Sons Inc. 10. Andrews,G.,Crino,R.,&Hunt,C.(1994). The treatment of anxiety disorders.Sydney, Australia : Cambrige University Press. 11. Altrocchi. J. (1980). Abnormal behavior. United Stated of America : Harcourt Brace Jovanovisch Inc 12. America Psychiatric Association , (1994). DSM-IV . USA : Washington D.C. 13. Arkers H.R. dan Garske (1982). Psychological theories and motivations. California : Brooks/Cole Publishing Company. 14. Azizi Yahya et.al, (2006) . Punca dan rawatan kecelaruan tingkah laku. Pahang : PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd. 15. Bambers. J.H. (1979). The fear of adolescents. Academic Press: London. 16. Drever. J. (1952). Dictionary of psychology. Harmondsworth, Penguin Books, Middlesex. 17. Jersild. A.T. (1960). Child psychology. (5th Ed). Englewood Cliff: NY: Prentice-Hall. 18. Harian Metro, Khamis, 14 Jun 2012 hal. 12A. 19. Kamarudidin Hj Hussin et.al. (2004). Pedagogi asas pendidikan. Kuala Lumpur : Affluent Master Sdn. Bhd. 20. Nevide et.al, (2000). Abnormal pshychology. (4th ed.). New Jersey: Prentice Hall. 21. Rapee. R.M. (1991). Generalized anxiety disorder: A review of clinical features and
25

disorders.

theoretical concept. Clinical Psychology Review. 11, 419-440. 22. Rosenham dan Seligmen et.al. (1995). Learned helplessrness.New York : Oxford Universiti Press. 23. Sabariah Siron,(2005). Teori kaunseling & psikoterapi. Selangor : Prentice Hall. 24. Sarafino, E.P.(1996). Principles of behaviour change. United Stated of America : John Wiley and Sons Inc 25. Spielberger, C. (1979). Understanding Stress & Anxiety. London: Harper & Row Publishers. 26. T. Marimuthu, (1990). Pengenalan Sosiologi Pendidikan. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn Bhd 27. Yonkers K.A.et.al, (1998). Is the course of panic disorder the same in women and men? American Journal of Psychiatry, 155, 596-602. 28. Wolpe.J. (1958). Psychotheraphy by reciprocal inhibition. Stanford, CA: Stanford University Press. 29. Zimbardo. P.G. dan. Weber .A.L, (1997). Psychology. United States of America: Longman 30. Dr. Zubaidi. Rawatan terbaik untuk "Anxiety Disorder" . Diambil pada Mac 25, 2013, daripada http://drzubaidi.com/blog/?p=1261 31. Apa itu Psikoterapi? Diambil pada Mac 26, 2013 daripada

http://www.psikoterapis.com/?en_apa-itu-psikoterapi-%2C6 32. Cara Mengatasi Dan Anxiety Disorder Panic Attacks. Diambill pada Mac 26 2013 daripada http://id.prmob.net/kegelisahan/serangan-panik/stres-221322.html 33. Sebuah Pengantar Psikoterapi. Diambil pada Mac 26 2013.

http://belajarpsikologi.com/sebuah-pengantar-psikoterapi/ 34. Gangguan kecemasan (anxiety disorder). Diambil pada Mac 26, 2013.

http://kusabar.blogspot.com/2012/08/gangguan-kecemasan-anxiety-disorder.html 35. 'Anxiety Disorders', Gangguan Rasa Cemas Berlebihan. Diambil Pada Mac 26, 2013 daripada http://www.tnol.co.id/psikologi-kesehatan/12179-anxiety-disorders-gangguan-rasacemas.html

26

27

Anda mungkin juga menyukai