Anda di halaman 1dari 13

SUBJEK :

KSL6033 TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI

TAJUK:
KEMBARA HIDUP BERSAMA TEORI

PENSYARAH:
MOHD FAHRIZAL ASMY BIN MOHD ALI

NAMA:
NUR AINA NABIHAH BINTI AZHAR

NO MATRIK:
I20204733
ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN MENGENAI DIRI
1.1 GRAF KEHIDUPAN 1-2

2.0 PERISTIWA HIDUP DAN PERKAITAN DENGAN


TEORI

2.1 PERISTIWA HIDUP 1 3-4

2.2 PERISTIWA HIDUP 2 4–5

2.3 PERISTIWA HIDUP 3 5–7

2.4 PERISTIWA HIDUP 4 7–8

2.5 PERISTIWA HIDUP 5 9

3.0 KESIMPULAN ATAU REFLEKSI 10


4.0 SUMBER RUJUKAN 11
1.0 PENGENALAN MENGENAI DIRI

Nama saya Nur Aina Nabihah Binti Azhar berumur 22 tahun. Saya merupakan anak kedua
daripada tiga beradik dan merupakan anak tunggal perempuan dalam keluarga. Saya dibesarkan
dalam keluarga yang sederhana dan mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada ibubapa saya.
Saya berasal dari Perlis dan sekarang saya menetap di Perlis bersama ibu, abang dan adik lelaki
saya. Ibu saya berumur 52 tahun dan bekerja sebagai akautan di sebuah sekolah swasta di Perlis.
Seterusnya, abang saya berumur 27 tahun dan bekerja sebagai Jurutera Elektrik di Jabatan Kerja
Raya Perlis, manakala adik saya berumur 17 tahun dan masih bersekolah di Perlis. Bapa saya
seorang pesara tentera. Beliau telah meninggal dunia pada tahun 2016.

Saya memilih dan menggunakan Teknik Rasional Emotif Tingkah Laku (REBT). Teori ini sangat
dekat dengan peristiwa kehidupan diri saya sejak kecil sehingga sekarang. Teknik ataupun teori
REBT ini sangat mudah saya memahami sengala tanda tanya yang selalu mengganggu pemikiran
saya seperti “kenapa perkara ini berlaku” dan teori ini membantu saya untuk menjawab segala
persoalan “kenapa” setiap perkara itu terjadi dalam hidup saya. Teori ini juga sangat
mengembangkan pemikiran saya daripada tidak rasional kepada pemikiran yang sangat rasional
sehingga saya boleh membuat keputusan yang baik untuk diri saya selepas berlakunya beberapa
peristiwa dalam kehidupan yang saya akan jelaskan pada muka surat seterusnya. Teori ini juga
sangat membantu saya untuk menerima kelemahan dan juga pandangan dari orang lain.

1
1.1 GRAF KEHIDUPAN

Graf Kehidupan Persepsi Perasaan


10

0
12 TAHUN 15 TAHUN 17 TAHUN 22 TAHUN
-2

-4

-6

-8

-10

Graf Kehidupan Persepsi Perasaan

RAJAH 1

2
2.0 PERISTIWA HIDUP DAN PERKAITAN DENGAN TEORI

2.1 PERISTIWA HIDUP 1

Peristiwa kehidupan yang pertama saya adalah pada tahun 2011 ketika itu umur saya 12 tahun
saya telah melalui peristiwa yang sangat sedih dalam kehidupan saya kerana pada masa itu saya
mendapat keputusan UPSR yang kurang memuaskan seperti yang ibubapa saya kehendaki. Pada
masa ini saya berasa sangat kecewa dan sentiasa berfikiran tidak rasional seperti saya berfikiran
kenapa saya mendapat keputusan sebegini dan saya merasakan bahawa ibubapa saya tidak boleh
menerima dengan keputusan UPSR saya itu.

Hal ini berlaku disebabkan oleh saya terlalu mengikuti faktor sosial iaitu rakan-rakan seperti
mereka tidak belajar betul-betul dan banyak bermain sewaktu pembelajaran kerana terlalu yakin
dengan diri sendiri akan kebolehan diri saya. Pada masa ini saya terlalu ikutkan kata hati saya
seperti dalam teori REBT ini menyatakan bahawa manusia boleh menentukan sama ada untuk
bergembira atau sebagainya. Pada umur saya 12 tahun ini saya selalu memilih untuk bergembira
bersama rakan-rakan sehingga menyebabkan pemikiran saya tidak rasional dan terlalu banyak
mendapat kata-kata yang negatif dari rakan-rakan saya yang menyatakan bahawa UPSR ini
hanyalah penentu kepada sekolah mana kita akan pergi selepas umur 12 tahun ini, sebenarnya
tidak ia adalah penentu sama ada untuk terus gembira untuk ke sekolah yang berasrama penuh
ataupun untuk terus sedih dan meyalahkan diri kerana tidak dapat memasuki sekolah berasrama
penuh dan bersekolah di sekolah harian biasa.

Seterusnya selepas saya mendapat keputusan 1A 4B dalam peperiksaan UPSR saya rasa sangat
sedih dan terus menyalahkan diri saya kerana tidak fokus semasa di sekolah dan selalu ikutkan
kata negatif rakan-rakan saya. Setelah saya pulang ke rumah saya menunjukkan keputusan
peperiksaan tersebut kepada ibubapa saya, mereka gembira dengan keputusan saya walaupun tidak
memuaskan hati mereka.

3
Pemikiran saya yang sebelum ini tidak rasional dan selalu berfikir bahawa ibubapa saya tidak
boleh menerima keputusan saya bertukar kepada rasional. Hal ini dinyatakan dalam teori ini
bahawa manusia yang berfikiran tidak rasional akan menjadi rasional disebabkan oleh faktor
persekitaran seperti peristiwa saya ini iaitu faktor sosial kekeluargaan saya yang menyebabkan
pemikiran saya yang tidak rasional pada awalnya menjadikan pemikiran yang rasional untuk saya
menentukan personaliti saya dan tidak terus menyalahkan diri sendiri dalam segala hal yang
terjadi.

2.2 PERISTIWA HIDUP 2

Peristiwa kehidupan saya yang kedua adalah peristiwa yang sangat menarik dalam kehidupan
ketika saya berumur 15 tahun iaitu saya dapat mencapai keinginan ataupun impian saya untuk
memasuki bidang perakunan untuk merealisasikan keinginan ibubapa saya untuk meneruskan
pelajaran dalam aliran perakaun. Pada masa ini saya cuba untuk mengubah gangguan emosi saya
dan mencabar diri saya supaya saya dapat memasuki bidang perkaunan ini sehingga cabaran atau
kepercayaan tersebut menjadi sebati dalam diri saya.

Pandangan tentang sifat semula jadi manusia dalam teori ini adalah melalui peristiwa ini dapat
saya menyatakan bahawa dari segi faktor sosial, hubungan saya bersama keluarga saya sangat
rapat dan menyebabkan banyak perkara atau kata-kata yang positif seperti pujian sebagai contoh
saya dipuji oleh ibubapa saya pada masa ini mereka berkata kepada saya “Jika kakak meneruskan
belajar dalam aliran perkaunan kakak akan pandai matematik”. Hal ini dikatakan kerana saya
sangat menyukai matematik. Jadi di sini jelaslah bahawa hubungan seseorang dengan persekitaran
seperti kekeluargaan, rakan-rakan dan sebagainya sangat memainkan peranan penting untuk
seseorang individu itu menilai kendirinya.

Setelah saya memasuki aliran perakunan ini dan saya banyak masa bersama rakan-rakan saya
dan disini berlakunya sifat manusia mudah mendapat gangguan dari sudut kognitif saya.

4
Pada masa ini saya sudah mula seronok untuk belajar dalam aliran perakaunan ini tetapi
disebabkan oleh gangguan daripada rakan-rakan saya menyebabkan saya mudah menerima
penilaian yang negatif dan menganggap bahawa penilaian ini benar dan betul dan pada hakikatnya
bila saya berbalik kepada faktor sosial iaitu kekeluargaan saya sangat menyatakan bahawa segala
sifat yang negatif dibawa oleh rakan saya itu tidak benar akan terjadi pada diri saya. Hal ini
menyebabkan psikologi saya terganggu dan saya menetapkan hukuman terhadap diri saya iaitu
“saya mesti berjaya dalam aliran perakuanan ini walaupun banyak halangan yang berlaku terhadap
diri saya”. Jika saya tidak meletakkan hukuman ini menyebabkan saya tidak boleh menjadi orang
yang berjaya dan mengikut setiap kata negatif rakan saya itu. Hal ini hukuman terhadap diri yang
dinyatakan dalam teori ini adalah untuk memberikan satu semangat kepada diri kita untuk terus
berjaya dan terus maju ke hadapan bukan satu hukuman yang buruk untuk diri kita tetapi ianya
hukuman yang memberikan perkara yang positif kepada diri saya.

2.3 PERISTIWA HIDUP 3

Peristiwa kehidupan yang ketiga saya adalah kehilangan orang yang tersayang iaitu kematian
abah saya ketika saya berumur 17 tahun. Abah saya meninggal disebabkan oleh penyakit jantung
pada tahap yang terakhir. Ketika abah saya dikejarkan ke hospital dan dalam keadaan yang tenat
saya masih berada di asrama dan tidak mengetahui hal ini sehinggalah datang sepupu saya untuk
mengambil saya dan terus membawa saya ke hospital untuk berjumpa dengan abah saya buat kali
terakhir. Semasa saya sampai di hospital abah saya dalam keadaan tenat dan tidak sedarkan diri,
saya sempat berbisik ke telinganya untuk memohon maaf atas kesalahan yang pernah saya
lakukan, halalkan segalanya dan sebagainya, selepas beberapa minit abah saya dijemput ilahi. Saya
sangat sedih kerana tidak dapat berjumpa dengan abah saya dalam keadaan beliau yang masih
sedarkan diri. Kecewa sangat pada masa itu sehingga saya merasakan bahawa saya tidak mampu
untuk meneruskan kehidupan tanpa abah saya di sisi.

5
Pada malam itu juga jenazah abah saya dibawa pulang kerumah dan keesokkan hari dikebumikan
di tanah perkuburan islam yang berhampiran dengan rumah saya. Selepas pengebumian abah, saya
berasa sangat sunyi sepi dan merasakan kehilangan yang sangat besar dalam kehidupan saya ini.
Saya menangis hari-hari kerana kematian abah saya memberikan kesan yang sangat besar terhadap
diri saya kerana saya terlalu rapat dan selalu berkongsi masalah dengan arwah. Daripada peristiwa
ini menyebabkan diri saya sentiasa berfikiran tidak rasional dan sangat sedih sehingga merasakan
kehidupan saya tidak berguna lagi.

Setelah sebulan saya dalam keadaan yang sangat sedih dan menyebabkan airmata saya jatuh
setiap hari kerana mengenangkan kehidupan saya selepas ini. Setelah saya merasa penat untuk
menangis lagi maka terlahirnya satu kepercayaan dalam diri saya bahawa kematian itu pasti
berlaku dalam kehidupan ini dan semua orang akan kematian ini. Dalam teori ini boleh
diaplikasikan model ABC tentang peristiwa kehidupan yang kedua saya ini. Model A adalah
peristiwa yang mencetuskan kesedihan adalah disebabkan oleh kematian abah saya dalam sekelip
mata sahaja, tanpa diduga dan menyebabkan berlakunya Model C iaitu peristiwa ini sangat
memberi kesan terhadap emosi saya setiap hari sebagai contoh berlakunya kemurungan, yang
menyebabkan saya tidak bergaul dengan adik beradik dan sering berada keseorangan didalam bilik
sepanjang hari dan bila perlu sahaja saya akan keluar, hal ini kerana saya berasa sangat sedih dan
merasakan bahawa diri saya tidak punya sesiapa untuk saya mengadu dan sebagainya. Selepas itu
saya memilih dari segi kehidupan saya telah melakukan seperti yang ada dalam Model B iaitu
kepercayaan terhadap kematian itu yang membuatkan saya sedih dan bukan disebabkan kematian
abah saya itu membuatkan saya sedih tetapi disebabkan kepercayaan pemikiran yang dibawa setiap
hari membuatkan saya rasa sedih dan kecewa. Pemikiran saya adalah disebabkan oleh kehilangan
abah saya dan saya merasakan saya memerlukan lagi abah saya bersama saya yang bermaksud
kehilangan atau kematian ini tidak terfikir didalam pemikiran saya setiap hari.

6
Peristiwa ini memang menceritakan tentang kematian abah saya tetapi dalam pemikiran saya tidak
sepatutnya lagi untuk saya kehilangan abah saya kerana saya memerlukan lagi abah saya untuk
bersama saya walaupun hakikatnya saya perlu terima hal ini. Saya sangat memerlukan abah saya
dan niat saya untuk membantu dan memberikan kegembiraan kepadanya tidak tercapai.

2.4 PERISTIWA HIDUP 4

Peristiwa kehidupan yang keempat adalah saya gagal mendapat upu pada umur saya 18 tahun
dalam bidang yang saya minat iaitu bidang kaunseling. Saya mula untuk meminati bidang
kaunseling ini disebabkan oleh saya banyak membaca tentang kaunseling, dan saya dikelilingi oleh
saudara saya yang kebanyakkan menceburi dalam bidang kaunseling dan psikologi, menyebabkan
minat saya semakin menadalam dalam bidang ini dengan tujuan saya untuk membantu individu
yang mempunyai masalah. Pada masa ini ibu dan keluarga saya hanya mengikut apa bidang yang
saya minati tanpa memaksa saya untuk meneruskan bidang yang saya ambil semasa sekolah
menengah. Dalam hal ini boleh dikaitkan dengan padangan manusia dalam teori REBT iaitu
manusia boleh memilih untuk meneruskan kehidupan. Peristiwa ini menyebabkan saya tidak
mendapat kesempurnaan kendiri saya dan menyebabkan pada masa yang sama saya tidak
menyalahkan diri saya kerana saya mengambil bidang perakuan pada masa sekolah menengah.
Pada masa ini perkembangan personaliti dan saya boleh membuat keputusan yang terbaik untuk
diri saya.

Setelah beberapa minggu saya dapat melanjutkan pelajar di Kolej Universiti Islam perlis dalam
bidang harta pusaka. Dan walaupun dalam keadaan sedih dan kecewa kerana saya membuat rayuan
upu dalam bidang kaunseling tetapi tidak lulus saya juga perlu berjaya seperti orang lain dan saya
mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran di Perlis. Terdapat juga beberapa sebab saya
sambung di perlis kerana pada masa itu juga ibu saya tinggal berseorangan dirumah kerana adik
dan abang saya duduk berjauhan dan saya menemani ibu saya.

7
Setelah saya bersedih dan kecewa dengan diri saya ini saya percaya bahawa setiap perkara yang
berlaku ada hikmahnya seperti saya dapat menemai ibu saya dirumah. Menggunakan model ABC
dari teori ini Model A iaitu peristiwa yang mencetuskan kesedihan saya adalah saya tidak dapat
upu dan menyebabkan berlakunya Model C iaitu kesan terhadap emosi saya berasa sedih, kecewa
dan merasakan diri ini tidak pandai seperti orang lain dan tidak boleh memberikan yang terbaik
untuk diri saya. Saya memilih untuk meneruskan kehidupan saya seperti Model B iaitu
kepercayaan tentang peristiwa atau keadaan adalah saya yakin bahawa kesedihan dan kekecewaan
menyebabkan saya sering berfikir tentang tidak layak untuk memohon upu bukan kerana saya
tidak pandai tetapi saya meyakinkan diri saya bahawa Allah tidak memberikan kerana saya perlu
menjaga ibu saya dan menemani ibu saya buat sementara waktu. Ibu saya lebih memerlukan
kekuatan dari anaknya.

Dengan menggunakan model seterusnya iaitu DEF. Pendekatan model D adalah perdebatan
yang mencabar kepercayaan tidak rasional, iaitu saya telah mengenal pasti bahawa jika saya
belajar di KUIPs ini saya dapat menambah ilmu yang baru dalam kehidupan saya dan dapat
membantu manusia jika mempunyai masalah dalam harta pusaka, hal ini mempunyai persamaan
dengan kaunseling iaitu membantu individu yang mempunyai masalah juga. Pada tahap D ini saya
yakin dan percaya bahawa dengan pembelajaran ini juga saya boleh membantu individu dan saya
yakin saya akan dapat sambung dalam bidang kaunseling selepas ini dan saya mencabar diri saya
untuk teruskan sifat membantu manusia ini dalam pelbagai bidang. Seterusnya saya berjaya
membawa diri saya masuk ke tahap E iaitu pada masa ini saya boleh mengubah pemikiran yang
tidak rasional seperti menganggap diri ini tidak pandai kepada pemikiran yang rasional yang
meyakinkan bahawa diri saya ini boleh berjaya. Akhir sekali saya berjaya melangkah ke F iaitu
saya berjaya mencapai pemikiran yang lebih rasional iaitu saya yakin bahawa setiap yang berlaku
dalam diri ini ada hikmahnya setiap orang diuji dengan pelbagai ujian hidup. Saya juga
meyakinkan diri saya perlu menyedut ilmu yang pelbagai dalam diri saya untuk menjadi seorang
yang berjaya kerana lebih banyak ilmu yang kita ceburi dalam kehidupan ini akan memberikan
kesan positif terhadap diri kita dan boleh memberi ilmu kepada orang lain.

8
2.5 PERISTIWA HIDUP 5

Peritiwa kehidupan saya yang kelima adalah saya berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang
kaunseling pada usia saya 22 tahun di Universiti Sultan Azlan Shah. Saya bersyukur dan percaya
disebalik ujian yang Allah berikan dalam hidup ini ada hikmahnya dan meyakinkan saya dengan
setiap ujian ini ada hikmahnya adalah setelah saya diuji dengan pelbagai kesedihan dalam hidup
saya akhirnya saya mendapat kegembiraan. Pada masa ini saya bersyukur dengan segala impian
saya telah tercapai dan pada masa ini juga abang saya boleh menemani ibu saya kerana sudah
berkerja di Perlis. Saya juga yakin jika kita melakukan kebaikan kepada ibu dan keluarga pasti ada
manisnya jua. Saya juga perlu memainkan peranan yang sepenuhnya dalam bidang yang saya
minati ini untuk saya terus berjaya.

Dalam teori ini mengikut Teknik emotif iaitu main peranan adalah penting bagi saya untuk
memainkan peranan dalam diri saya sebagai seorang pelajar dalam bidang kaunseling dan perlu
menunjukkan tingkah laku yang rasional kepada individu lain dan juga saya perlu memainkan
peranan dan membuktikan kepada ibu dan keluarga saya bahawa saya mampu untuk meneruskan
pengajian saya ke peringkat kaunseling dan peringkat yang lebih tinggi. Setelah saya mendapat
keputusan untuk melanjutkan pengajian saya ke peringkat ijazah sarjana muda kaunseling ini saya
menggunakan dogman yang telah disenaraikan oleh Ellis iaitu tiga “mesti” yang pertama adalah
saya mesti melakukan yang terbaik dalam pelajaran saya supaya saya boleh mebuktikan kepada
ahli keluarga saya bahawa saya boleh buat yang terbaik dalam kehidupan saya. Seterusnya saya
mesti dapat layanan yang baik dari orang lain seperti orang yang lebih pandai dalam memahami
ilmu kaunseling ini untuk mengajar saya dan saya beranggapan jika tidak memberi kerjasama
mereka bukanlah orang yang baik. Selain itu, saya mesti dapat apa yang saya mahukan dalam
kehidupan saya seperti saya dapat melanjutkan pelajar dalam bidang kaunseling ini sekiranya saya
tidak dapat menyambung pengajian dalam bidang kaunseling ini saya merasakan diri ini sangat
kecewa dan sedih kerana tidak dapat mencapai keinginan saya.

9
3.0 KESIMPULAN ATAU REFLEKSI

Teori Rasional Emotif Tingkah laku ini sangat sesuai untuk manusia yang sering mempunyai
masalah dalam pemikiran serta seseorang individu yang suka memikirkan sesuatu sehingga
memberi kesan terhadap tingkah laku seseorang itu kerana teori ini memberikan tumpuan terhadap
pemikiran manusia. Ahli teori yakin bahawa pemikiran akan mempengaruhi kognitif seseorang
individu itu. Jika seseorang individu itu mengubah cara berfikir dari pemikiran tidak rasional
kepada pemikiran yang rasional maka akan berlaku juga perubahan terhadap tingkah laku mereka
itu. Teori ini juga memberikan galakan kepada manusia supaya manusia berfikiran bahawa mereka
sentiasa boleh melakukan sesuatu atau melawan sesuatu peristiwa yang menyebabkan pemikiran
mereka terganggu. Teori ini juga boleh digunakan oleh seorang kaunselor untuk memerhatikan
mengapa setiap perkara berlaku dalam diri seseorang dan punca terjadinya gangguan-gangguan ini
dalam kehidupan seseorang.

Daripada teroi REBT ini saya dapat mengenali diri saya dan saya dapat tahu bahawa setiap
perubahan terhadap peristiwa yang berlaku dalam kehidupan itu boleh diselesaikan melalui teori
ini dan saya dapat mengetahui juga bahawa pemikiran saya yang menyebabkan kognitif ataupun
tingkah laku saya berubah kearah yang lebih teruk sebagai contoh peristiwa yang sedih telah
memberikan kesan kepada pemikiran saya dan menyebabkan saya berfikiran tidak rasional dan
tidak dapat menerima pandangan dari orang lain. Seterusnya, dari teori ini juga saya dapat
mempelajari setiap yang berlaku dalam diri saya ini sangat memberikan kekuatan dan sangat
berkeyakinan untuk saya terus berjaya dan berkebolehan dalam melakukan sesuatu perkara dalam
kehidupan saya. Saya juga dapat mempelajari setiap perjalanan dalam hidup saya menggunakan
teori ini yang telah saya lakukan untuk meredakan keadaan sedih dan kecewa kepada keadaan yang
sangat baik dan membolehkan saya mendapat kejayaan dan mencapai keinginan saya untuk
meneruskan pelajaran sehingga kini. Teori ini sangat mudah untuk diaplikasikan dalam peristiwa
hidup saya kerana ianya sangat berkait rapat selepas saya memahami tentang diri dan lebih
memamhami selepas saya mengaplikasikan teori ini.

10
4.0 SUMBER RUJUKAN

1) Buku Teori Kaunseling Dan Psikoterapi. Melati Sumari, Ida Hartina Ahmed

Tharbe, Norfaezah Md Khalid, Azmawaty Mohamad Nor.

2) Aina Razlin Mohammad Roose, Kenali Teori REBT Semudah ABC, Teori &
Konsep Asas Terapi Rasional Emotif Tingkah Laku. Pusat Khidmat Maklumat
Akademik Universiti Malaysia Sarawak
https://ir.unimas.my/id/eprint/11011/1/Kenali%20REBT%20Semudah%20ABC%20;%20
Teori%20&nKonsep%20Asas%20Terapi%20Rasional%20%20Emotif%20Tingkah%20L
aku%20(24pgs).pdf
3) Marul Mazlinda, REBT THEORY Dr. Ellis https://dokumen.tips/education/teknik-
rebt.html

11

Anda mungkin juga menyukai