Anda di halaman 1dari 4

SUBJEK :

MPU3112 HUBUNGAN ETNIK

TAJUK:
KESIMPULAN TEORI DAN PEMIKIRAN MENGENAI HUBUNGAN ETNIK

PENSYARAH:
EN MOHD NOR AZREN KAMARUDIN

NAMA AHLI KUMPULAN


NUR AINA NABIHAH BINTI AZHAR (I20204733)
NUR DUROHTUL SUHADA BINTI MOHD ANNUAR (I20204717)
KESIMPULAN

Kerajaan berusaha untuk menambah penglibatan orang-orang Melayu dalam industri dan
perdangan untuk memupuk hubungan etnik antara kaum di Malaysia. Antara usaha kerajaan
adalah untuk memberikan peluang kepada orang lain yang bumiputera dan orang melayu dari
segi hak milik pengurusan sekurang-kurangnya 30%. Seterunya, di negara kita perkembangan
industri juga telah memberi peluang kepada pelbagai etnik di Malaysia, hal ini dapat
mengeratkan lagi hubungan antara etnik di Malaysia kerana dapat berinteraksi antara etnik di
industri masing-masing kerana kebanyakkan industri akan membawa masuk pekerja dari
pelbagai etnik di Malaysia. Tetapi apa yang boleh diperkatakan interaksi dalam bidang industri
tidak mampu untuk mengikis sikap perkauman di Malaysia. Malahan, jika peluang ini digunakan
sebaik-baiknya maka akan bertambah pola hubungan etnik di negara kita berbanding sebelum ini
dan jika tidak digunakan peluang ini sia-sia sahaja seperti yang dikatakan oleh Williams, R.
(1964:11). Dari kajian yang telah dilakukan jika tidak berlakunya penghijrahan orang Cina dan
India ke Tanah Melayu dan bermastautin maka tidaklah kita berbincang tentang hubungan etnik.
Etnik dalam bidang sosiologi membawa maksud persamaan dari segi budaya, agama, bahasa dan
nilai hidup. Apa yang kita boleh terapkan dalam diri bahawa peluang untuk kita berinteraksi
dengan etnik yang lain amat tipis jika kita hanya berada dirumah sahaja dan tidak membuka
minda kita dengan baik.. Selain itu, untuk kefahaman etnik di Malaysia perlu dibezakan dari
istilah ras. Ras dikenali sebagai pentingkan ciri-ciri dan sifat-sifat semula jadi manusia seperti
bentuk badan, warna dan bentuk rambut, bentuk muka, tengkorak, hidung, mata dan warna mata
dan warna kulit. Hal ini dapat dikaji melalui masyarakat yang membezakan warna kulit diantara
hitam dan putih. Malaysia juga menggunakan pendekatan asimilasi dan akodomasi untuk
memupuk dan mewujudkan nilai bersama bagi seperti melalui penggubalan Rukun Negara dan
pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan tiap-tiap etnik bebas untuk mengamalkan cara
hidup mereka secara aman. Apabila wujudnya dua orang di sesuatu tempat maka wujudlah
peluang untuk berinteraksi. Walaupun bukan semua jenis hubungan dapat mewujudkan
perpaduan tetapi hubungan sama status yang mendalam boleh mewujudkan persefahaman dan
saling menghormati di antara ahli-ahli kumpulan etnik yang berbeza di Malaysia. Perbezaan
antara umur seperti orang tua dan orang muda tidaklah menjadi signifikan. Tahap Pendidikan
adalah tahap yang paling besar untuk tingkatkan interaksi antara etnik di Malaysia kerana seperti
yang kita tahu para pelajar datangnya dari negara yang berbeza dan dari kaum, agama yang
berbeza. Jadi di sini dapat kita lihat bahawa Pendidikan sangat cenderung untuk terus
berinteraksi dengan etnik yang lain. Selain itu, kebanyakkan yang mempunyai peluang untuk
berinteraksi adalah golongan yang bekerjaya, berstatus tinggi dan berpendapatan tinggi
berbanding dengan mereka yang berdudukan rendah. Disebabkan itu Wiliams (1964: 163)
menyatakan bahawa tidak semestinya orang yang mempunyai peluang berinteraksi tinggi itu
belum tentu ia berinteraksi dengan etnik lain tinggi. Ini bermaksud seseorang individu itu
mempunyai hak untuk sama ada untuk mewujudkan interaksi ataupun tidak Seterusnya terdapat
kajian-kajian yang dijalankan juga menyatakan bahawa interaksi antara etnik di Malaysia boleh
mengurangkan atau menambahkan lagi prejudis dan ketegangan antara kaum. Allport (1954:280)
menyatakan bahawa interaksi itu juga bergantung kepada situasi atau keadaan dimana interaksi
itu berlaku. Seterusnya tinggal berdekatan juga adalah peluang kita untuk berinteraksi dan juga
jangka masa kita berada di sesuatu tempat itu untuk berinteraksi.
Pendekatan yang digunakan dalam kajian ini ialah pendekatan yang dinamakan sebagai
contact hypothesis atau interaction hypothesis, suatu pendekatan yang sama dengan pendekatan
situational yang dikemukakan oleh Allport. Hasil dari kajian yang dijalankan mengenai interaksi
di antara kumoulan etnik menunjukkan bahwa interaksi yang wujud boleh mengurangkan atau
menambahkan lagi prejudis dan ketegangan antara kaum. Tiga kumpulan pembolehubah didapati
yang akan mempemngaruhi situasi interaksi dan seterusnya ke atas hubungan antara kumpulan.
Pembolehubah tersebut ialah pertama peluang berinteraksi. Kedua, sifat kumpulan yang
berinteraksi. Ketiga sifat individu yang berinteraksi. Peluang interaksi untuk pelbagai kempulan
berada dalam situasi interaksi seperti ketika menonton pertandingan bola sepak di stadium tentu
berbeza dari situasi di tempat kerja. Situasi di tempat kerja menyediakan lebih banyak peluang
interaksi antara kumpulan etnik, berbanding dengan keadaan di stadium. Di samping peluang
yang disediakan oleh sesuatu interaksi, penghalang kepada interaksi juga boleh wujud dari
situasi itu sendiri. Kedua , sifat kumpulan yang berinteraksi ini dapat dilihat melalui status
kumpulan secara relatif dan terdapat kajian yang menunjukkan bahawa rasa permusuhan dapat
dikurangkan walaupun interaksi di antara kumpulan itu bukannya berasaskan hubungan sama
status. Faktor kerjasama dan faktor persaingan juga berada di bawah sifat kumpulan yang
berinteraksi. Faktor persaingan yang melibatkan frustrasi,konflik dan acaman yang akan
menyebabkan wujudnya permusuhan. Seterusnya, hubungan yang mesra dan hubungan sambil
lalu dan rol sokongan institusional. Interaksi yang mesra dan bersifat sambil lalu akan
mendatangkan kesan yang berbeza terhadap perubahan sikap. Di bawah perkara rol sokongan
institusional pula, keberkesanan interaksi antara etnik boleh meningkat jika mendapat sokongan
institusional seperti dari undang-undang, adat resam dan lain-lain. Di samping itu, sikap individu
yang berinteraksi boleh di bahagikan kepada dua iaitu pertama faktor personaliti dan kedua
kekuatan sikap awal. Personaliti individu yang berinteraksi memainkan peranan yang besar
untuk menentukan hasil dari situasi interaksi (Amir,1976). Kekuatan sikap awal pula ialah sikap
seseorang individu sebelum sesuatu interaksi dijalankan.
Di samping bertujuan membaiki kedudukan ekonomi orang Melayu, Dasar Ekonomi
Baru juga diharapkan dapat membaiki keadaan hubungan etnik menerusi perkembangan industri.
Peluang interaksi boleh berperanan mendorong berlakunya interaksi di tempat kerja, peluang
interaksi itu haruslah wujud dalam persekitaran yang selesa dan tenteram tanpa terikat dengan
apa-apa tekanan. Seterusnya kajian ini menunjukkan bahawa perkembangan industri hanya
memberi sedikit kesan ke atas hubungan di antara etnik. Hasil dari pelbagai etnik bekerja di
tempat yang sama hanya mampu menambahkan interaksi di antara mereka tetapi tidak dapat
mengikis perasaan perkauman pekerja. Kekuatan sikap awal seseorang atau juga kekuatan sikap
perkauman pekerja sebelumia berinteraksi dengan etnik lain akan mempengaruhi sesuatu situasi
interaksi. Maka jelaslah bahawa kekuatan sikap perkauman pekerja telah terbentuk sedemikian
rupa hingga sukar untuk berubah walaupun mereka kerap berinteraksi dengan etnik lain.

Anda mungkin juga menyukai