Anda di halaman 1dari 5

PERPADUAN

Aspirasi sistem pendidikan yang keempat adalah perpaduan. Menurut Kamus Dewan
Edisi Keempat perpaduan ditakrifkan sebagai penggabungan, perihal berpadu atau bergabung
menjadi satu atau sepakat. Mengikut Institut Tadbiran Awam Negara (1980), konesp
perpaduan adalah merupakan satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan
negara secara menyeluruh melalui iedalogi negara supaya setiap anggota masyarakat dapat
membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu perasaan kebangsaan bersama dalam
kalangan mereka. Mohd. Yassin (2006) pula mengatakan perpaduan merujuk kepada satu
bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempuyai latar belakang sosial, budaya dan
bahasa yang berbeza, di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus tetapi dapat
diterima oleh majoriti semua golongan kaum di negara ini. Terdapat beberapa proses yang
dikaitkan dengan konsep perpaduan seperti proses asimilasi, amalgamasi, pluralisme dan
akomodasi.

a) Asimilasi – proses perpaduan satu hala yang akan menghasilkan kelompok dengan
satu budaya, satu bahasa dan satu agama iaitu percantuman dan penyatuan antara
kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan
kebudayaan dengan identiti yang sama. Contohnya etnik Cina di Kelantan serta
baba dan nyoya asimilasi berlaku dalam konteks budaya.

b) Amalgamasi – proses perpaduan yang melibatkan percantuman biologi


(perkahwinan campur) yang akan membentuk kelompok baru dengan budaya
baru.

c) Pluralisme – proses perpaduan yang membenarkan setiap kelompok yang terlibat


mengekalkan budaya masing-masing di samping membentuk perpaduan.

d) Akomodasi – proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta


menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan
budaya masing-masing.

Daripada empat konsep perpaduan di atas akomodasi adalah yang sangat meluas diamalkan
di Malaysia. Ini kerana masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai etnik. Dan setiap
etnik bebas mengamalkan budaya mereka masing-masing dalam keadaan yang harmoni.
Sekaligus membentuk perpaduan dikalangan mereka. Menurut titah Sultan Ibrahim Sultan
Iskandar (Harian Metro, Julai 2019) semangat perpaduan perlu bermula dari sekolah seiring
dengan usaha memupuk nilai-nilai keharmonian antara kaum. Ini selari dengan hasil kajian
yang telah kami lakukan iaitu sebanyak 84.6% daripada 156 responden bersetuju bahawa
perpaduan bermula dari sekolah. Ini kerana di sekolah murid bergaul dengan murid murid
lain yang datang dari pelbagai latar belakang. Pergaulan ini akan mewujudkan kemesraan
antara mereka dan ini akan menimbulkan rasa saling menghormati. Secara tidak langsung
semangat perpaduan dikalangan mereka dapat disemai.

Perpaduan ini amat penting untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di


sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan
keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan
dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. Dan ini dibuktikan oleh pendapat Tun
Abdul Razak iaitu;

“Perpaduan dan integrasi penting supaya tenaga negara dapat disalurkan untuk memajukan
negara daripada digunakan untuk menyelesaikan masalah yang wujud daripada
kepelbagaian tersebut”

Selain itu, perpaduan juga secara tidak langsung dapat mengukuhkan ekonomi sesebuah
negara. Ini dapat dilihat dengan kemasukan pelabur asing yang melabur di negara kita. Ia
adalah kerana kestabilan politik dan perancangan kerajaan yang mesra pelabur. Perpaduan
kaum ini juga mampu meningkatkan imej Malaysia di mata dunia.

Namun demikian, walaupun kita mengetahui peri pentingnya perpaduan terdapat


beberapa kajian yang membuktikan bahawa masalah perpaduan di kalangan masyarakat di
negara ini masih wujud. Ini dapat dilihat hasil daripada kajian Nur Ayuni Nusaibah Husin
dan Amir Hasan Dawi (2019), menujukkan tahap hubungan antara kaum berada pada tahap
yang tidak mesra atau tidak rapat. Ini adalah berdasarkan kajian yang dijalankan ke atas
pelajar dan guru di sebuah sekolah yang melibatkan kaum Melayu dan Cina. Hubungan tidak
mesra ini dapat dilihat semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran apabila murid tidak
melibatkan diri secara bersama untuk melakukan aktiviti contohnya semasa kelas Pendidikan
Jasmani. Begitu juga semasa berada dalam kelas mereka lebih suka duduk secara
berkelompok mengikut kaum masing-masing. Selain itu, dalam aktiviti lain contohnya
membuat persembahan pelajar Cina dilihat tidak berminat untuk melihat persembahan yang
dilakukan oleh pelajar Melayu seperti bersajak, berpantun dan berceramah. Dalam aktiviti
badan beruniform pula, pelajar Cina dan Melayu duduk berasingan dalam kumpulan mereka.
Dan jika ada pemilihan Ahli Jawatankuasa (AJK), pelajar Cina dilihat hanya mengundi rakan
yang terdiri daripada kaum mereka sahaja walaupun tidak pernah berinteraksi dengan
individu tersebut.

Terdapat beberapa isu yang dikenalpasti menjadi punca hubungan kaum menjadi
renggang antaranya iaitu penguasaan Bahasa Melayu yang lemah terutama di Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina (SJKC). Penguasaan bahasa yang lemah ini menyebabkan para pelajar
kurang berinterkasi sesama mereka. Hal ini menyebabkan jurang antara pelajar Cina dan
Melayu kian meruncing. Ini selari dengan pendapat Zulkifli Hamid (2011) yang mengatakan
bahawa faktor bahasa menjadi penghalang ke arah perpaduan yang berbilang kaum di
sekolah.

Isu-isu ini menyebabkan beberapa implikasi terhadap negara antaranya keharmonian


negara akan terjejas. Ini kerana masyarakat tidak lagi mempunyai matlamat yang serupa
untuk dikongsi bersama. Ia secara tidak langsung menyebabkan keamanan, kesepakatan dan
dedikasi dalam masyarakat tidak dapat dicapai dengan jayanya. Selain itu pertumbuhan
ekonomi dan kestabilan politik turut terjejas. Menurut Joesph Stiglitz, bekas Ketua Ahli
Ekonomi, Bank Dunia (1997-2000) beliau berpendapat bahawa perpaduan kaum di Malaysia
adalah kunci kejayaan Malaysia dapat bertahan hingga kini dalam mengatasi sebarang
masalah terutama semasa berlakunya kegawatan ekonomi pada tahun 1997-1998. Implikasi
seterusnya adalah kesan terhadap sistem pendidikan. Sekiranya perpaduan tidak dapat dicapai
maka secara tidak langsung akan menjejaskan sistem pendidikan di Malaysia. Seperti yang
kita ketahui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyediakan pelan untuk
membangunkan pendidikan yang berkualiti dan bertarap dunia di samping mengembangkan
potensi individu untuk memenuhi aspirasi negara. Namun jika wujudnya masalah perpaduan,
ketidaksamaan matlamat dan pendapat dalam masyarakat akan menjejaskan pembangunan
pendidikan dalam negara.

Oleh itu, adalah sangat penting untuk kita menjaga dan memelihara perpaduan yang
kita kecapi sekarang. Namun kita mengetahui bahawa terdapat banyak cabaran yang harus
ditempuhi. Antaranya adalah kewujudan sistem pendidikan Pengkelasan kaum mengikut jenis
pekerjaan ini menyebabkan kurangnya tahap interaksi masyarakat yang berbeza. Sistem
persekolahan yang pelbagai aliran hanya akan menambahkan lagi jurang perpaduan kaum.
Dengan erti kata lain akan merenggangkan lagi hubungan antara kaum. Contohnya sekolah
cina dan tamil akan mengasingkan pelajar Cina dan India. Cabaran lain adalah sektor
ekonomi yang berbeza disebabkan dasar pecah dan perintah semasa pemerintahan Inggeris.
Dasar ini telah memberikan implikasi yang buruk terhadap perpaduan kaum di Malaysia.
yang terdiri pelbagai rumpun etnik yang berbeza. Selain itu, dalam dunia digital sekarang
laman sosial juga adalah salah satu cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum. Ini kerana,
ia telah dijadikan oleh mereka yanag tidak bertanggungjawab sebagai wadah penyebaran
fitnah dan menyentuh sensitive perkauman dan ianya semakin berleluasa. Jika ia tidak
dibendung dengan bijak maka peristiwa berdarah 13 Mei 1969 mungkin akan berulang
kembali.

Oleh yang demikian, bagi memastikan perpaduan kaum di negara ini terus terjamin
maka kerajaan telah merangka beberapa program antaranya iaitu menganjurkan majlis rumah
terbuka peringkat kebangsaan untuk manyambut perayaan kaum utama di negara ini.
Interaksi kaum dalam majlis sebegini dapat memperkasakan hubungan antara mereka.
Penubuhan sekolah wawasan juga adalah salah satu cara mengekalkan perpaduan. Ini kerana
penempatan tiga jenis sekolah secara bersama akan mempercepatkan perpaduan melalui
aktiviti berkumpulan sekolah. Selain itu, penerapan nilai budaya dan warisan seperti
berkongsi budaya dengan kaum lain akan menimbulkan rasa hormat antara satu sama lain dan
seterusnya mengeratkan lagi perpaduan kaum di negara ini. Begitu juga dengan penerapan
semangat jati diri dalam setiap diri masyarakat adalah sangat penting untuk terus menjamin
perpaduan. Ini kerana, jati diri melambangkan keperibadiaan sesorang individu. Rakyat yang
mempunyai jati diri yang kuat adalah rakyat yang sayangkan negaranya.

Sebagai kesimpulan perpaduan sangat penting dalam negara bagi menjamin


kedamaian di kalangan rakyat. Sebarang kesangsian, kecurigaan dan ketidakpuasan hati yang
diterjemahkanaa secara berlebihan hanya akan mewujudkan ketidakstabilan dan
persengketaan. Ini hanya akan merugikan negara dan segala usaha yang diambil selama ini
adalah sia-sia. Oekh itu, kita perlu berganding bahu untuk menjaga dan memelihara
keharmonian yang kita kecapi sekarang.

Anda mungkin juga menyukai