Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KONSEP

APAKAH KERTAS KONSEP?


Kertas konsep merupakan langkah awal sebelum melaksanakan sebuah kertas cadangan
terhadap suatu penyelidikan. Lazimnya sebuah kertas konsep hanya berkisar tentang
pemikiran terhadap sesuatu idea. Kertas konsep boleh mengandungi idea awal tentang suatu
permasalahan, punca permasalahan berlaku dan juga cadangan untuk menyelesaikan masalah
tersebut.

Kertas ini dikatakan sebagai ‘kertas cadangan mini’ kerana bentuk penerangannya
adalah ringkas dan padat tentang suatu isu. Selain itu, kertas ini kebiasaannya ditulis dalam 8
hingga 15 helai muka surat. Kertas konsep berbeza daripada kertas cadangan penyelidikan
dari segi perincian penjelasan idea. Kertas konsep adalah ringkas manakala kertas cadangan
lebih terperinci.

APAKAH KRITERIA KERTAS KONSEP?

1) TAJUK

Tajuk seharusnya mampu menarik perhatian pembaca dan tidak perlu panjang.

2) ABSTRAK

Dalam bahagian abstrak, penulis akan mengemukakan latar belakang, isu yang ingin
diutarakan, pernyataan masalah, tujuan dan juga harapan penulis.

3) PENGENALAN

Bahagian pengenalan akan mengemukakan mukadimah kepada isu dan diikuti dengan
permasalahan dan cadangan. Penulis akan menerangkan secara lanjut tentang konsep idea
yang ingin dibincangkan berdasarkan pemikiran sendiri dan juga berpandukan kajian-kajian
lepas. Bergantung kepada kehendak individu, cadangan atau kerangka konsep juga akan
diselitkan sebagai langkah penambahbaikan.

4) KESIMPULAN
Kesimpulan akan memberikan rumusan secara ringkas kepada pembaca tentang isu dan
penyelesaian serta harapan terhadap kertas konsep tersebut.

5) RUJUKAN

Bahagian rujukan adalah sumber bagi idea yang dikemukakan atau dipetik dari kajian lepas
dan jumlahnya tidak terhad. Namun, semua rujukan harus ditulis mengikut format tertentu.

KERTAS KONSEP YANG DIRUJUK


Kriteria-kriteria kertas konsep yang dijelaskan dibuat berdasarkan beberapa contoh kertas
konsep yang diperolehi. Berikut merupakan kertas-kertas konsep yang dirujuk:-

Adanan Mad Junoh & Hairunneezam Mohd Noor. 2012. Kerangka integriti kepimpinan Islam:
pengajaran daripada model kepimpinan Rasulullah SAW. Prosiding International
Conference on Islamic Leadership-2. hlm 133-141.
Faridah Mariani binti Johari, Widad Othman, Hairul Nizam Ismail & Zainudin Isa. 2014. Isu
dan cabaran pelaksanaan pendidikan asas vokasional (PAV) di skeolah menengah harian,
Malaysia. Proceedings of Professional Development in Education. Indonesia: Park Hotel
Bandung. Hlm 98-106.
Hamdan Said & Nasrudin Talib. 2000. Cabaran era globalisasi ke atas warga pendidikan di
Malaysia. Jurnal Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia 6: 35-46.
Ibrahim bin Ahmad. 2003.  Profesion Keguruan Pilihan Terakhir? : Suatu Tinjauan. Seminar
Memperkasakan Sistem Pendidikan. Johor Bahru: Puteri Pan Pasific. hlm 546-553.
(Unpublished)
Mohamad Sattar Rasul, Md Yusof Ismail, Napsiah Ismail, Muhammad Rashid Najuddin &
Rose Aminah Abdul Rauf. 2009. Peranan institusi pendidikan teknikal dalam pemupukan
kemahiran ‘employability’ pelajar. Jurnal Teknologi 50(E): 113-127.
Nur Izwani Azmi & Mohamad Hisyam Mohd. Hashim. 2012.  Penerapan pembelajaran
sepanjang hayat melalui pelaksanaan pendidikan asas vokasional.  Persidangan
Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal
dan Vokasional CiETVET 2012. Negeri Sembilan: Politeknik Nilai. 25-26 September.
Rohayu Roddin & Noor Sharipah Sultan Sidi. 2013. Pembinaan keupayaan dalam
pelancongan orang asli: satu kajian kes dalam komuniti Mah Meri. Proceedings of the
International Conference on Social Science Research. Malaysia: Penang. hlm 656-664.
Rossyahida Abd Rahman & Mohamad Hisyam Mohd. Hashim. 2012.  Teknologi mudah alih
dalam pembelajaran kolaboratif. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi
Dalam Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional CiETVET 2012. Negeri
Sembilan: Politeknik Nilai. 25-26 September.
Sam Mukhtar Chaniago, Jamaludin Badusah & Mohamed Amin Embi. 2011. Masalah
pengajaran kemahiran Bahasa di sekolah di Indonesia. Jurnal Pendidikan Bahasa
Melayu 1(1): 109-122.
Shamul Kamarudin. 2011. Kepentingan pendekatan kepercayaan dan keyakinan kepada tuhan
melalui PTV. Journal of Edupres 1: 249-257.

Anda mungkin juga menyukai