Anda di halaman 1dari 27

APAKAH PENULISAN

AKADEMIK?
KULIAH 2

2/20/14 kuliah 1: pengenalan PA 1


Penulisan Akademik

• Defnisi Penulisan :
• perihal atau kegiatan dan sebagainya tentang aktiviti menulis (mengarang ) atau
hasil daraipada menulis (mengarang) - Kamus Dewan Bahasa - 2005
• Definisi Akademik:
1. Mengenai atau berkaitan dengan akademi (pusat pengajian tinggi) atau
2. Bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi atau mendalam) –
Kamus Dewan Bahasa - 2005

2/20/14 2
Definisi Penulisan Akademik

• American Psychology Association 2001


Satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan sesuatu idea,
konsep, kajian yang melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber
yang ada autoriti/betul/ ilmiah seperti buku, jurnal, dan majalah dalam
penulisan yang dikaji.
• Zamri dan Yahya 2017
• Penulisan yang dijalankan secara akademik dan sainstifik yang ditulis secara
teratur dan teliti sesuatu persoalan yang dikaji.
• Tujuan PA adalah untuk menyampaikan pengetahuan yang telah diselidiki
kepada ahli akademik/pembaca dalam bentuk yang ditetapkan.
• Tulisan/artikel tersebut pula digunakan sebagai sumber rujukan kepada ahli
akademik lain dan juga para pelajar.

2/20/14 3
Definisi Penulisan Akademik

• University of Leeds:
• Satu bentuk penulisan yang ditulis secara jelas, tepat, berstruktur dan
disokong dengan bukti (sumber rujukan/ data).
• Tujuan PA adalah untuk membantu pembaca memahami apa yang ditulis
dalam artikel tersebut.
• Sternglass 1977: Mengenal pasti 4 tujuan menulis dalam kursus-kursus
universiti, iaitu untuk:
• Mendapat pengetahuan secara sedar
• Membantu mengingati fakta
• Menganalisis konsep
• Membina pengetahuan baharu

2/20/14 4
Perbezaan Penulisan Akademik dengan Bukan
Penulisan Akademik
1. PA berbentuk sainstifik dan ilmiah, manakala bukan PA berbentuk sains
fiksyen/cereka/karya kreatif.
2. PA ditulis bersumber rujukan/ada data, manakala bukan PA lebih kepada kreatif
penulis (ada kisah benar/ada cerita imaginasi penulis)
3. PA ditulis dalam situasi formal, manakala bukan PA ditulis di luar situasi formal.
4. PA menjadi sumber rujukan kepada ahli akademik, pelajar dan pembaca dalam
bidang, manakala bukan PA dibaca oleh sesiapa sahaja.
5. PA ditulis dalam pelbagai bentuk – tesis, kertas kerja, buku, jurnal, tugasan ilmiah
dan lain-lain yang bersifat akademik dan ilmiah, manakala bukan PA juga ditulis
dalam pelbagai bentuk - novel, puisi, drama dan sebagainya.
6. PA berpaksikan nilai etika, manakala bukan PA tidak terikat dengan nilai etika –
bebas berkarya.
7. PA menggunakan laras bahasa yang formal, manakala bukan PA tidak terikat
dengan hukum tatabahasa.

2/20/14 5
Ciri dan Kriteria Penulisan Akademik

Ismail 2002 menyenaraikan 7 ciri PA:


1. Penyampaian yang rapat dengan pembaca – fokus kepada sasaran pembaca
2. Berdasarkan maklumat yang ditetapkan /dalam bidang
3. Membantu kefahaman pembaca tentang isu/tajuk/perkara yang dibincangkan
4. Mendatangkan gerak balas kepada pembaca dan pengukuran keberkesanan
pembaca
5. Kepercayaan dan gerak balas pembaca terhadap mesej yang dibaca
6. Menimbulkan gerak balas bermotivasi kepada pembaca
7. Mewujukdan komunikasi penulis dengan pembaca

2/20/14 6
Ciri dan Kriteria Penulisan Akademik
University of Leeds menyenarikan 4 ciri PA:
1. Dirancang dan fokus – PA ditulis untuk menjawab soalan kajian dan membantu
pemahaman pembaca
2. Berstruktur – PA ditulis secara koherens/berututan, ditulis secara
logik/emperikal/sainstifik dan disokong bersama fakta dan data.
3. Pembuktian – PA ditulis dalam bidang yang dikaji, disokong dengan
fakta/pendapat/ada sumber rujukan yang betul/tepat.
4. Bentuk formal dan gaya - PA ditulis dengan bentuk yang formal/ditetapkan
dengan menggunakan laras bahasa yang tepat dan jelas.

2/20/14 7
Ciri dan Kriteria Penulisan Akademik
Kraf 1981 menyenarikan 11 ciri PA:
1. Menyampaikan fakta secara sainstifik
2. Penulisannya cermat, tepat, benar an tidak membuat andaian
3. Tidak ditulis untuk memenuhi kehendak golongan tertentu
4. Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat
prejudis
5. Bersifat sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.
6. Tidak bersifat emosional
7. Setiap idea/hujah/pendapat disokong dengan bukti/sumber
8. Ditulis dengan jujurdan hanya mengemukakan kebenaran/tidak ada unsur
prejudis/menimbul keraguan
9. Tidak bersifat argumentatif, sebaliknya fakta yang ditemui akan mengupasnya
10. Tidak bersifat persuasif – tidak mempengaruhi pembaca sebaliknya fakta yang
ditemui ditulis yang akan mempengaruhi pembaca
11. Tidak memutar belit fakta atau cuba melebih-lebihkan sesuatu perkara yang
penulis ada kepentingan

2/20/14 8
Penulisan Akademik yang Kreatif
1. PA merupakan proses mental:
• Penulis membuat taakulan/sintesis bahan yang dibaca
• Memerlukan daya kreativiti penulis
• Penulis mempunyai gaya kognitif dan gaya bahasa yang tinggi

2. PA merupakan proses sainstifik:


• Ada sumber data
• Ada sumber rujukan
• Guna laras bahasa ilmiah
• Mengutamakan kejujuran/etika

3. PA merupakan proses kreativiti:


• Penulis perlu ada kemampuan untuk menulis
• Penulis memiliki pelbagai strategi untuk menulis
• Penulis perlu banyak membaca

2/20/14 9
Jenis-Jenis Penulisan Akademik
Zamri dan Yahya 2017 menyenarikan 6 jenis PA:
1. Artikel ilmiah
2. Kertas konsep berbentuk idea/pendapat
3. Kertas konsep berbentuk kajian
4. Kertas projek/tesis/disertasi
5. Laporan teknikal
6. Esei

2/20/14 10
Asas-Asas dalam Menghasilkan
Penulisan Akademik
1. Melihat diri sebagai penulis
2. PA sebagai satu proses kreatif
3. PA sebagai satu genre kreatif
4. PA sebagai satu jaringan sosial

2/20/14 11
Melihat Diri sebagai Penulis

Goodson 2013 menyenaraikan 3 langkah untuk menjadi sebagai


penulis:
Langkah 1: miliki sikap menulis
1. Sikap ialah pertimbangan manusia terhadap sekeliling mereka
(persekitaran, orang lain, situasi, diri sendiri) sebagai baik atau buruk,
sokong atau tidak, negatif atau positif
2. Mempercayai
3. Menilai

2/20/14 12
Langkah 2: menguruskan kontingensi
1. Mengendalikan dan mengawal faktor penghalang atau memudahkan
kebolehan penulisan
2. Kontingensi adalah keadaan dan peristiwa sekeliling yang memberi
kesan pada tabiat menulis
3. Contoh; semak emel atau facebook
4. Beri tumpuan

Langkah 3: praktis (latihan)


5. Berlatih menulis
6. Latih tubi – mengambil perhatian kesilapan dan memperbaiki
kesilapan dengan segera

2/20/14 13
Penulisan Akademik sebagai Proses Kreatif

Asmah 2006 menyenaraikan 5 asas menulis sebagai satu proses kreatif:


1. Penulisan karya kesusasteraan sahaja yang sering dianggap kreatif
2. Proses kreatif: Sebarang hasil penulisan tidak lain daripada hasil
proses yang ada pada manusia yang mempunyai daya kognisi dan
daya berbahasa
3. Mesej mental hadir dalam bentuk yang tidak tersusun.
4. Penulisan merupakan proses pemindahan imej mental kepada
imej grafik dan bersifat kekal.
5. Pemindahan ini boleh membawa pelbagai implikasi.

2/20/14 14
Penulisan Akademik sebagai Satu Genre
Genre didefinisikan sebagai teks yang mengisi wacana yang mempunyai
sifat dan ciri berikut:
1. Komuniti sosial, yang dikenal sebagai komuniti sosial wacana
2. Mesej yang di dalamnya terungkap makna sosial dan tujuan wacana
3. Laras dan sosioretorik
4. Bentuk teks yang khusus

2/20/14 15
Perbezaan Genre

1. Penulisan dalam apa juga bidang memperlihatkan ciri-ciri genre


yang sama
2. Yang membezakan yang satu dengan yang lain ialah ciri-ciri khusus
dalam laras bahasa
3. Bahkan dalam sesuatu subbidang itu memperlihatkan laras yang
berbeza dengan yang terdapat dalam subbidang yang lain.
4. Misalnya, ada laras bahasa yang terdapat dalam linguistik
bandingan yang tidak ada dalam linguistik formal atau sebaliknya.
5. Sungguhpun ada pertindihan laras bahasa antara ilmu yang
berdekatan, seperti matematik dan fizik, pasti ada perbezaan
antara keduanya.

2/20/14 16
Penulis Akademik sebagai Satu
Jaringan Sosial
• Seseorang ahli akademik tentu tidak akan terus menulis kertas kerja
atau buku ilmiah jika
• belum mempunyai bahan untuk ditulis
• Tidak ada tujuan khusus menulis karya berkenaan
• Dengan adanya bahan dan tujuan khusus menulis, dikatakan dia
mempunyai pengetahuan yang cukup untuk mengolah bahan sesuai
dengan tujuannya.

2/20/14 17
Kesedaran Penulis

Secara tak langsung penulis berkenaan hendaklah memiliki


kesedaran atau pengetahuan bahawa;
• Ada komuniti yang akan membaca atau berminat membaca hasil
penulisannya.
• Dalam karyanya akan ada maklumat yang dikongsi bersama dengan ahli-ahli
dalam komuniti wacananya
• Ada maklumat baru yang akan dibawanya yang belum diketahui oleh ahli
komuniti atau sabahagian besar komuniti wacananya.
• Ada genre yang standard yang diterima oleh komuniti wacananya untuk jenis
penulisan yang hendak disampaikannya.

2/20/14 18
Komuniti Wacana

• Sosiolinguistik melihat bahasa berdasarkan;


• Who speaks What to Whom, How, Where, Why
• Melihat bahasa dalam penggunaannya yang sebenar mempunyai
kepelbagaian dan kepelbagaian bersifat multimodal, bukan setakat
sebutan atau ejaan atau nahu
• Pemegang peranan dan sasaran itulah merupakan komuniti wacana
tertentu.
• Pemegang peranan merupakan penulis- pembaca serta pengucap-
pendengar

2/20/14 19
Jaringan sosial

• Sesuatu hasil penulisan, termasuk penulisan akademik merupakan


suatu tindakan komunikatif (communicative act) dan tindakan itu
mengandaikan adanya jaringan sosial atau komunikatif yang terdiri
daripada ahli –ahli komuniti yang mempunyai minat yang sama.
• Ahli akademik merupakan jaringan sosial atau komunikatif yang
mempunyai minat yang sama iaitu mengajar, menyelidik,
membincangkan dan sebagainya
• Jaringan ini boleh disubgolongkan berdasarkan bidang atau jenis ilmu
• Apabila karya ilmiah beredar dalam jaringannya, maka pasti akan ada
reaksi daripada ahli dalam jaringan tersebut.

2/20/14 20
Mengapa Menulis Karya Ilmiah

1. Kesedaran
2. Minat
3. Keinginan merakamkan sesuatu yang boleh dikongsi dengan
pakar/ahli lain

2/20/14 21
Nilai-Nilai Utama dalam
Penulisan Akademik

• "Apabila menulis kertas akademik, perlu ingat bahawa penulis berada


di dalam komuniti akademik dengan harapan yang jelas.

2/20/14 22
Nilai dalam Penulisan
Akademik
1. Kebenaran. . . . Penulis boleh menggunakan pengetahuan dan
kaedah-kaedah yang ia telah diberikan ruang mendedahkan
sesuatu yang benar.
2. Bukti.. menggunakan bukti yang boleh dipercayai untuk
menyokong kebenaran.
3. Seimbang . . . . kesimpulan, penegasan, dan hujah-hujah yang
neutral, yang serius, bahasa tidak beremosi dan berlaku adil
kepada yang berbeza pandangan.
(Toby Fulwiler and Alan Hayakawa, The Blair Handbook. Prentice Hall,
2003)

2/20/14 23
Berhujah dalam Menulis

1. Penulisan akademik yang baik mempunyai satu ciri asas : meneliti


secara mendalam berdasarkan beberapa pandangan.
2. Menyatakan fakta penting tanpa membuat hujah-hujah provokasi .
3. Berhujah untuk menyatakan sesuatu dan reaksi/respons penulis

2/20/14 24
7 Langkah Penulisan

1. Analisis bahan
2. Mengumpul maklumat penyelidikan dan membaca
3. Nota di mana maklumat diperoleh
4. Fikirkan tesis
5. Organisasikan bahan
6. Draf penulisan
7. Semak

2/20/14 25
Isu Umum dalam Penulisan Akademik

• Menguruskan persekitaran penulisan


1. Keyakinan
2. Teruja
3. Tidak yakin (self-doubt)
4. Tidak berminat (disinterest)
5. Kecewa (frustration)
6. Kurang motivasi
7. Dan lain-lain

2/20/14 26
Kesimpulan
Guru Membina Ilmu,
Menyempurnakan Akhlak

2/20/14 27

Anda mungkin juga menyukai