Anda di halaman 1dari 34

KULIAH 1b

APAKAH PENULISAN
AKADEMIK?

1
Penulisan Akademik
Defnisi Penulisan :
perihal atau kegiatan dan sebagainya tentang aktiviti menulis
(mengarang ) atau hasil daraipada menulis (mengarang) -
Kamus Dewan Bahasa - 2005

Definisi Akademik:
1. Mengenai atau berkaitan dengan akademi (pusat pengajian
tinggi) atau
2. Bersifat atau mengandungi ilmu pengetahuan (yang tinggi
atau mendalam) – Kamus Dewan Bahasa - 2005

2
Definisi Penulisan
Akademik
American Psychology Association 2001

Satu bentuk penulisan formal untuk mempersembahkan sesuatu idea, konsep,


kajian yang melibatkan penulis merujuk kepada sesuatu sumber yang ada
autoriti/betul/ ilmiah seperti buku, jurnal, dan majalah dalam penulisan yang
dikaji.

Zamri dan Yahya 2017


• Penulisan yang dijalankan secara akademik dan sainstifik yang ditulis secara
teratur dan teliti sesuatu persoalan yang dikaji.
• Tujuan PA adalah untuk menyampaikan pengetahuan yang telah diselidiki
kepada ahli akademik/pembaca dalam bentuk yang ditetapkan.
• Tulisan/artikel tersebut pula digunakan sebagai sumber rujukan kepada ahli
akademik lain dan juga para pelajar.
3
Definisi Penulisan
Akademik
University of Leeds:
• Satu bentuk penulisan yang ditulis secara jelas, tepat, berstruktur dan disokong
dengan bukti (sumber rujukan/ data).
• Tujuan PA adalah untuk membantu pembaca memahami apa yang ditulis dalam
artikel tersebut.

Sternglass 1977: Mengenal pasti 4 tujuan menulis dalam kursus-kursus universiti,


iaitu untuk:
• Mendapat pengetahuan secara sedar

• Membantu mengingati fakta

• Menganalisis konsep

• Membina pengetahuan baharu


4
Perbezaan Penulisan Akademik dengan
Bukan Penulisan Akademik

1. PA berbentuk sainstifik dan ilmiah, manakala bukan PA berbentuk sains


fiksyen/cereka/karya kreatif.
2. PA ditulis bersumber rujukan/ada data, manakala bukan PA lebih kepada kreatif
penulis (ada kisah benar/ada cerita imaginasi penulis)
3. PA ditulis dalam situasi formal, manakala bukan PA ditulis di luar situasi formal.
4. PA menjadi sumber rujukan kepada ahli akademik, pelajar dan pembaca dalam
bidang, manakala bukan PA dibaca oleh sesiapa sahaja.
5. PA ditulis dalam pelbagai bentuk – tesis, kertas kerja, buku, jurnal, tugasan
ilmiah dan lain-lain yang bersifat akademik dan ilmiah, manakala bukan PA juga
ditulis dalam pelbagai bentuk - novel, puisi, drama dan sebagainya.
6. PA berpaksikan nilai etika, manakala bukan PA tidak terikat dengan nilai etika –
bebas berkarya.
7. PA menggunakan laras bahasa yang formal, manakala bukan PA tidak terikat
dengan hukum tatabahasa.

5
Ciri dan Kriteria Penulisan Akademik

Ismail 2002 menyenaraikan 7 ciri PA:


1. Penyampaian yang rapat dengan pembaca – fokus kepada sasaran
pembaca
2. Berdasarkan maklumat yang ditetapkan /dalam bidang
3. Membantu kefahaman pembaca tentang isu/tajuk/perkara yang
dibincangkan
4. Mendatangkan gerak balas kepada pembaca dan pengukuran
keberkesanan pembaca
5. Kepercayaan dan gerak balas pembaca terhadap mesej yang dibaca
6. Menimbulkan gerak balas bermotivasi kepada pembaca
7. Mewujukdan komunikasi penulis dengan pembaca

6
Ciri dan Kriteria Penulisan Akademik
University of Leeds menyenarikan 4 ciri PA:
1. Dirancang dan fokus – PA ditulis untuk menjawab soalan kajian
dan membantu pemahaman pembaca
2. Berstruktur – PA ditulis secara koherens/berututan, ditulis
secara logik/emperikal/sainstifik dan disokong bersama fakta
dan data.
3. Pembuktian – PA ditulis dalam bidang yang dikaji, disokong
dengan fakta/pendapat/ada sumber rujukan yang betul/tepat.
4. Bentuk formal dan gaya - PA ditulis dengan bentuk yang
formal/ditetapkan dengan menggunakan laras bahasa yang
tepat dan jelas.

7
Ciri dan Kriteria Penulisan Akademik
Kraf 1981 menyenarikan 11 ciri PA:
1. Menyampaikan fakta secara sainstifik
2. Penulisannya cermat, tepat, benar an tidak membuat andaian
3. Tidak ditulis untuk memenuhi kehendak golongan tertentu
4. Penulis hanya menulis untuk memaklumkan tentang sesuatu dan tidak bersifat
prejudis
5. Bersifat sistematik, konseptual dan mengikut prosedur yang jelas.
6. Tidak bersifat emosional
7. Setiap idea/hujah/pendapat disokong dengan bukti/sumber
8. Ditulis dengan jujurdan hanya mengemukakan kebenaran/tidak ada unsur
prejudis/menimbul keraguan
9. Tidak bersifat argumentatif, sebaliknya fakta yang ditemui akan mengupasnya
10. Tidak bersifat persuasif – tidak mempengaruhi pembaca sebaliknya fakta yang
ditemui ditulis yang akan mempengaruhi pembaca
11. Tidak memutar belit fakta atau cuba melebih-lebihkan sesuatu perkara yang
penulis ada kepentingan
8
Penulisan Akademik yang Kreatif
1. PA merupakan proses mental:
• Penulis membuat taakulan/sintesis bahan yang dibaca
• Memerlukan daya kreativiti penulis
• Penulis mempunyai gaya kognitif dan gaya bahasa yang tinggi

2. PA merupakan proses sainstifik:


• Ada sumber data
• Ada sumber rujukan
• Guna laras bahasa ilmiah
• Mengutamakan kejujuran/etika

3. PA merupakan proses kreativiti:


• Penulis perlu ada kemampuan untuk menulis
• Penulis memiliki pelbagai strategi untuk menulis
• Penulis perlu banyak membaca
9
Jenis-Jenis Penulisan Akademik
Zamri dan Yahya 2017 menyenarikan 6 jenis PA:
1. Artikel ilmiah
2. Kertas konsep berbentuk idea/pendapat
3. Kertas konsep berbentuk kajian
4. Kertas projek/tesis/disertasi
5. Laporan teknikal
6. Esei

10
Asas-Asas dalam Menghasilkan
Penulisan Akademik

1. Melihat diri sebagai penulis


2. PA sebagai satu proses kreatif
3. PA sebagai satu genre kreatif
4. PA sebagai satu jaringan sosial

11
Melihat Diri sebagai Penulis

Goodson 2013 menyenaraikan 3 langkah untuk


menjadi sebagai penulis:

Langkah 1: miliki sikap menulis


1. Sikap ialah pertimbangan manusia terhadap sekeliling
mereka (persekitaran, orang lain, situasi, diri sendiri)
sebagai baik atau buruk, sokong atau tidak, negatif
atau positif
2. Mempercayai kebolehan sendiri dalam menulis
3. Menilai hasil penulisan sendiri sama ada memenuhi
kriteria yang ditetapkan

12
Langkah 2: menguruskan kontingensi
1. Mengendalikan dan mengawal faktor penghalang atau
memudahkan kebolehan penulisan
2. Kontingensi adalah keadaan dan peristiwa sekeliling
yang memberi kesan pada tabiat menulis
Contoh; semak emel atau facebook
3. Beri tumpuan ketika menulis

Langkah 3: praktis (latihan)


4. Berlatih menulis
5. Latih tubi – mengambil perhatian kesilapan dan
memperbaiki kesilapan dengan segera

13
Penulisan Akademik sebagai
Proses Kreatif
Asmah 2006 menyenaraikan 5 asas menulis sebagai satu proses kreatif:

1. Penulisan karya kesusasteraan sahaja yang sering dianggap kreatif

2. Proses kreatif: Sebarang hasil penulisan tidak lain daripada hasil


proses yang ada pada manusia yang mempunyai daya kognisi dan
daya berbahasa

3. Mesej mental hadir dalam bentuk yang tidak tersusun.

4. Penulisan merupakan proses pemindahan imej mental kepada imej


grafik dan bersifat kekal.

5. Pemindahan ini boleh membawa pelbagai implikasi.

14
Penulisan Akademik sebagai Satu
Genre
Genre didefinisikan sebagai teks yang mengisi wacana
yang mempunyai sifat dan ciri berikut:
1. Komuniti sosial, yang dikenal sebagai komuniti sosial
wacana
2. Mesej yang di dalamnya terungkap makna sosial dan
tujuan wacana
3. Laras dan sosioretorik – tujuan ditulis untuk siapa?
4. Bentuk teks yang khusus

15
Perbezaan Genre
1. Penulisan dalam apa juga bidang memperlihatkan ciri-ciri genre yang
sama

2. Yang membezakan yang satu dengan yang lain ialah ciri-ciri khusus
dalam laras bahasa

3. Bahkan dalam sesuatu subbidang itu memperlihatkan laras yang


berbeza dengan yang terdapat dalam subbidang yang lain.

4. Misalnya, ada laras bahasa yang terdapat dalam linguistik bandingan


yang tidak ada dalam linguistik formal atau sebaliknya.

5. Sungguhpun ada pertindihan laras bahasa antara ilmu yang


berdekatan, seperti matematik dan fizik, pasti ada perbezaan antara
keduanya.

16
Penulis Akademik sebagai Satu
Jaringan Sosial
Seseorang ahli akademik tentu tidak akan terus
menulis kertas kerja atau buku ilmiah jika
belum mempunyai bahan untuk ditulis
Tidak ada tujuan khusus menulis karya berkenaan

Dengan adanya bahan dan tujuan khusus menulis,


dikatakan dia mempunyai pengetahuan yang cukup
untuk mengolah bahan sesuai dengan tujuannya.

17
Kesedaran Penulis
Secara tak langsung penulis berkenaan hendaklah memiliki
kesedaran atau pengetahuan bahawa;
Ada komuniti yang akan membaca atau berminat membaca
hasil penulisannya.
Dalam karyanya akan ada maklumat yang dikongsi bersama
dengan ahli-ahli dalam komuniti wacananya
Ada maklumat baru yang akan dibawanya yang belum
diketahui oleh ahli komuniti atau sabahagian besar komuniti
wacananya.
Ada genre yang standard yang diterima oleh komuniti
wacananya untuk jenis penulisan yang hendak disampaikannya.

18
Komuniti Wacana
Sosiolinguistik melihat bahasa berdasarkan;
Who speaks What to Whom, How, Where, Why

Melihat bahasa dalam penggunaannya yang sebenar


mempunyai kepelbagaian dan kepelbagaian bersifat
multimodal, bukan setakat sebutan atau ejaan atau nahu

Pemegang peranan dan sasaran itulah merupakan


komuniti wacana tertentu.

Pemegang peranan merupakan penulis- pembaca serta


pengucap-pendengar

19
Jaringan sosial
Sesuatu hasil penulisan, termasuk penulisan akademik merupakan
suatu tindakan komunikatif (communicative act) dan tindakan itu
mengandaikan adanya jaringan sosial atau komunikatif yang terdiri
daripada ahli –ahli komuniti yang mempunyai minat yang sama.

Ahli akademik merupakan jaringan sosial atau komunikatif yang


mempunyai minat yang sama iaitu mengajar, menyelidik,
membincangkan dan sebagainya

Jaringan ini boleh disubgolongkan berdasarkan bidang atau jenis


ilmu

Apabila karya ilmiah beredar dalam jaringannya, maka pasti akan


ada reaksi daripada ahli dalam jaringan tersebut.

20
Mengapa Menulis Karya
Ilmiah
1. Kesedaran

2. Minat

3. Keinginan merakamkan sesuatu yang boleh dikongsi


dengan pakar/ahli lain

4. Tuntutan pekerjaan – wartawan, penulis sepenuh masa

5. ATAU TERPKASA/DIPAKSA MENULIS? –


Pensyarah/Tuntutan kenaikan pangkat/KPI

21
Proses Penggubalan
Karya Ilmiah
Proses tekstual

Proses mental

22
Proses Tekstual
1. Proses melakarkan buku atau makalah yang hendak
dihasilkan

2. Memberi struktur kepada karya yang seluruhnya akan


berupa satu teks

3. Proses ini juga meliputi proses mental kerana dalam


membuat lakaran proses penciptaan berlaku di dalam
otak

4. Proses ini tidak sukar apabila data,teori ,pendekatan ,


batasan sudah ada

23
Proses Tekstual
5. Dalam karya ilmiah, ada bahagian yang dibicarakan
secara am dan ada secara terperinci.

6. Dahulu kemudiannya sesuatu bahagian bergantung


pada peranannya dalam konteks keseluruhan karya
itu.

7. Karya perlu koheren – maknanya bahagian-


bahagianya harus jelas dalam perkaitan antara satu
sama lain. Bukan hanya jelas setakat pemaparannya
tapi juga aspek taakulan yang dibawanya.

24
Proses Tekstual
8. Bahagian yang agak sukar ialah pengenalan dan
kesimpulan

9. Pengenalan : bertindak sebagai umpan yang memberi


kesan pertama kepada keseluruhan karya itu.
Sebagai pintu yang membawa pemandangan yang
akan dihadapi oleh pembaca.

10. Kesimpulan: memberi pemandangan ke arah


belakang. Penulis perlu kenal pasti butir penting
yang boleh dimausukkan dalam simpul itu.

25
Proses Mental
1. Proses mental berlaku dalam setiap penulisan.

2. Proses mental berlaku dalam otak diturunkan kepada


organ artikulasi dan tangan yang menaip serentak.

3. Semasa menulis seakanakan kita bercakap dengan


orang lain (pendengar maya)

4. Buat penilaian sama ada pendengar maya boleh


memahami atau menerima fakta atau bahasa yang
digunakan.

26
Intraindividu dan
Antara individu
1. Aspek Intraindividu dan antara individu

2. Intraindividu: penulis memindahkan imej mental kepada


imej grafik – memindahkan kandungan pemikirannya
yang sangat abstrak sifatnya kepada bentuk fizikal iaitu
tulisan. Proses ini penting kerana
• Memberi bentuk fizikal, yang abstrak menjadi kenyataan.
• Proses taakulan (reasoning) yang menjawab pertanyaan
apa, mengapa, bagaimana dan berlaku dalam minda penulis.

27
3. Proses antara individu:

4. Memikirkan reaksi pembaca yang akan membaca


karya penulis.
• Jika dalam bayangan mental tergambar mereka yang
akan menghentam karyanya, maka penulis akan
mengambil langkah berhati-hati agar tulisannya tidak
mendapat reaksi negatif.

28
Nilai-Nilai Utama dalam
Penulisan Akademik

"Apabila menulis kertas akademik, perlu


ingat bahawa penulis berada di dalam
komuniti akademik dengan harapan
yang jelas.

29
Nilai dalam Penulisan
Akademik
1. Kebenaran. . . . Penulis boleh menggunakan pengetahuan dan
kaedah-kaedah yang ia telah diberikan ruang mendedahkan
sesuatu yang benar.

2. Bukti.. menggunakan bukti yang boleh dipercayai untuk


menyokong kebenaran.

3. Seimbang . . . . kesimpulan, penegasan, dan hujah-hujah yang


neutral, yang serius, bahasa tidak beremosi dan berlaku adil
kepada yang berbeza pandangan.

(Toby Fulwiler and Alan Hayakawa, The Blair Handbook. Prentice


Hall, 2003)

30
Berhujah dalam Menulis
1. Penulisan akademik yang baik mempunyai satu ciri
asas : meneliti secara mendalam berdasarkan
beberapa pandangan.

2. Menyatakan fakta penting tanpa membuat hujah-


hujah provokasi .

3. Berhujah untuk menyatakan sesuatu dan


reaksi/respons penulis

31
7 Langkah Penulisan
1. Analisis bahan

2. Mengumpul maklumat penyelidikan dan membaca

3. Nota di mana maklumat diperoleh

4. Fikirkan tesis

5. Organisasikan bahan

6. Draf penulisan

7. Semak – Format, Bahasa, rujukan dan lain-lain

32
Isu Umum dalam
Penulisan Akademik
Menguruskan persekitaran penulisan
1. Keyakinan
2. Teruja
3. Tidak yakin
4. Tidak berminat
5. Kecewa
6. Kurang motivasi
7. Dan lain-lain

33
Kesimpulan
Guru Membina Ilmu,
Menyempurnakan Akhlak

34

Anda mungkin juga menyukai