Anda di halaman 1dari 25

Kuliah 1

AT10603 Penulisan Akademik

Pengenalan Kepada
Penulisan Akademik
Oleh

Prof. Dr. Rosazman Hussin


Fakulti Kemanusiaan, Seni dan Warisan
1. Pengenalan
Apa yang dimaksudkan dengan penulisan akademik atau penulisan
ilmiah sains sosial?

Secara umum Penulisan akademik atau ilmiah sains sosial mempunyai


peraturan atau kaedah tertentu yang perlu dipatuhi oleh si-penulisnya.

Penulisan melibatkan pencernaan suatu deraf yang diasaskan kepada


pelan. Sekiranya prapenulisan telah dikendalikan dengan cermat dan
pelan tersebut tersusun secara logik, si penulis bolehlah memberi
perhatian juga kepada pemilihan kata dan struktur ayat biarpun
semasa menyediakan deraf pertama (Kristan Cavina,1995, hal. 29)
Sifat utama penulisan akademik sains sosial adalah
berasaskan epistemologi yang mendasari bidang ilmu
pengajian tersebut (Redman, 2001: 20).

Espistemologi adalah asal-usul idea tentang adakah


penulisan tersebut saintifik iaitu maklumat yang dikutip itu
sah atau dinyatakan sumbernya.
Ciri-ciri penting penulisan sains sosial berasaskan
epistemologi ini ialah:

i. Setiap hujah penulisan mestilah di sokong oleh evidence


(bukti atau fakta). Bukti ini biasanya diperolehi melalui
penyelidikan yang mendalam dan sistematik

ii. Menggunakan teori untuk mengembangkan penjelasan


tentang bagaimana dunia sosial berlaku (bukti realiti).
Teorilah yang akan membentuk social scientific knowledge
yg penulis lahirkan.
Contoh: Does Prison Work?

Bagi policy oriented social scientist dan critical


social scientist guna maklumat atau bukti yang
sama tetapi membuat kesimpulan hujah yang
berbeza mengiku perspektif masing-masing.
Definisi Penulisan Ilmiah

Penulisan ilmiah lazimnya bercorak penjelasan


iaitu mengemukakan sesuatu teori, laporan kajian
makmal atau kerja luar dan membuat pemerian
yang terperinci tentang sesuatu kegiatan ilmu
seperti penyelidikan yang telah dijalankan.
Penulisan ilmiah boleh juga mengambil bentuk
analisis yang kritis terhadap sesuatu teori atau
pendapat yang telah diterima ataupun ulasan
sebuah buku. Ada juga penulisan ilmiah yang
bersifat bersfilsafat dan berspekulasi tentang
sesuatu (Abu Bakar, 1986).
2. Peraturan Penulisan Akademik Sains Sosial
i. Menulis dengan menggunakan ‘your own words’

Peraturan yang paling penting ialah idea yang hendak disampaikan seharusnya
dianalisis berdasarkan fakta dan bukti yang munasabah dan boleh diterima
dalam dunia akademik.

Tulisan seharusnya berfokus dan berobjektif. Data-data dicanai dengan cara


mengolah mengikut jenis arahan sama ada menganalisis, menilai, membanding,
menerangkan atau membezakan.
ii. Menjawab soalan yang dibangkitkan dalam tulisan
tersebut.

Hujah-hujah seharusnya padat dan bernas. Point-point penting dibincangkan


dengan mendalam dan di atas pertimbangan yang wajar serta berkaitan antara
satu dengan lain.Elakkan daripada membuat andaian umum dan hujah yang
lemah dan tidak bertanggungjawab.

Penyusunan bahan-bahan adalah jelas,


iii. Struktur Persembahan idea dan kandungan penulisan

Struktur artikel bertalian secara logik.

Struktur menjelaskan perjalanan fikiran yang terarah, hujah dan


bentuk dinyatakan dalam pola yang konsisten. Elakkan daripada
menulis esei yang tidak tersusun dan mengelirukan.

Ayat dan idea mestilah berkaitan antara satu perenggan dengan


perenggan yang lain.

Elakkan membuat kesimpulan tidak merumuskan point-point


penting dalam pokok perbincangan.
iv. Gaya dan Tatabahasa

Perkataan-perkataan yang digunakan adalah sesuai, make sense in the context in


which they are used.

Elakkan penggunaan perkataan yang kabur tanpa makna, perkataan berulang.

Ayat-ayat adalah ditulis dengan betul dan jelas dari segi tatabahasa dan
menggunakan punctuation tanda baca yang betul.

Elakkan daripada membuat ayat tergantung dan tatabahasa yang lintang-


pukang.

Dalam tulisan akademik ejaan, laras bahasa nahu/tatabahasa adalah baik.


3. Struktur Penulisan Akademik
yang Standard
Sesuatu penulisan akademik baik dalam bentuk laporan, esei, artikel,
dan buku, strukturnya mestilah mengandungi :

i. Pengenalan – memperkenalkan subjek, menyatakan tujuan tulisan


itu dibuat dan apakah yang hendak dibincangkan dalam tulisan tersebut
Bagi penulisan latihan ilmiah atau tesis anda perlu menyatakan
pernyataan masalah/hipotesis. Anda perlu juga menyatakan pendirian
anda mengenai subjek yang dikaji.

ii. Kandungan/ the body – dalam bahagian ini anda perlu mengajukan
fakta dan bukti yang boleh menyokong idea dan hujah yang berkaitan
dengan subjek.

iii. Kesimpulan – adalah rumusan mengenai perkara pokok yang


dibincangkan dalam Kandungan. Anda perlu memberi pandangan atau
keputusan sendiri.
4. Fungsi Bahasa dan Laras bahasa
Setiap bahagian dalam struktur penulisan itu mengandungi language functions
iaitu penggunaan bahasa khusus dan struktur bahasa yang disusunatur mengikut
tujuan-tujuan tertentu – bagaimana seseorang penulis ingin menyampaikan
ideanya kepada khalayak tertentu sama ada dengan cara pemerian,
perbincangan, penilaian, pendefinisian, perbandingan dan percontohan.

Perbincangan, penghujahan atau ulasan dalam mengembangkan tajuk boleh


dilakukan secara langsung di mana idea ditambah satu persatu. Untuk tujuan ini
kata penghubung seperti Dan, atau perkataan yang sama makna dengan kata
penghubung tadi digunakan.

Misalnya, Ali telah lulus peperiksaan oleh itu/dari itu/justeru itu/sesuai


dengan itu/sebagai akibat dia ada khabar gembira untuk dimaklumkan kepada
ibu bapanya.
Terkadang-kadang ulasan/komen dinyatakan dengan penyampaian yang lain
atau cadangan alternatif dilakukan. Untuk tujuan ini, kata penghubung asas
kedua iaitu Atau digunakan. Selepas pernyataan alternatif dipertimbangkan,
hujah-hujah utama diteruskan.

Contoh perkataan yang seakan sama makna dengan atau

“Ahmad menyatakan dia telah menyimpan buku perpustakaan itu untuk sekian
lama”, dengan kata lain/secara mudahnya/adalah lebih baik mengatakan
dia telah mencuri buku itu.

Terdapat juga kesempatan dalam penghujahan apabila pertentangan pendapat


diambil kira atau dirujuk. Bagi memudahkan penghujahan demikian dilakukan
kata penghubung tetapi digunakan.
Masa yang ada untuk perbincangan adalah terbatas bagaimanapun/namun
demikian/meskipun demikian/namun ia masih boleh membuahkan hujah-
hujjah yang menarik dan berkesan.

Linking words/perkataan penghubung adalah penting


Pertama, bagi membolehkan penulis menyusun idea/maklumat dengan cara
yang kemas.

Kedua, membantu penulis membuat ayat-ayat yang betul mengikut tatabahasa


dan gaya bahasa yang ilmiah.

Ketiga, penggunaan linking words bertujuan untuk menghasilkan penulisan


yang jelas dibaca dan mudah difahami.
5. Bagaimana memulakan kerja penulisan
akademik?
1. Langkah pertama ialah memilih tajuk yang sesuai dan viable.

2. Wujudkan percambahan fikiran atau sumbangsaran mengenai tajuk


tersebut.

3. Kutip dan kumpul bahan dan maklumat berkaitan

4. Dan terus ajukan soalan-soalan yang boleh membantu anda dalam peruses
penulisan.

5. Cuba berbincang dengan rakan dan pengajar bagi mencerahkan idea yang
lebih jelas.

Untuk mempertajamkan percambahan fikiran, anda perlu membaca


sebanyak yang mungkin dan menyusunaturkan sumber mengikut
bahagian-bahagian yang relevan.
5.1. Peringkat-peringkat dalam Penulisan Ilmiah
i. Tajuk - Fikirkan tajuk yang sesuai dan terfokus.
Sediakan senarai rujukan yang relevan
ii. Buat tinjauan literatur - fokuskan kepada kepentingan dan
kerelevanan sumber dengan tajuk
iii. Tentukan kandungan - sediakan bentuk/lakaran idea
iv. Tulis deraf pertama secara akademik
v. Baca secara kritis – baiki deraf pertama
vi. Tulis deraf akhir – buat suntingan
vii. Kumpul dan susun bibliografi
6. Tujuan Penulisan Akademik Sains Sosial
The purpose of academic writing is to demonstrate the result of your research
processes inquiry. Writing is also a kind of learning – drawing together your
thoughts, ideas, and concepts from the course and applying them to a
particular question.

Tujuan utama kita memindahkan pemikiran kita ke atas kertas ialah untuk
memaparkannya kepada orang lain.

Tetapi oleh kerana kita biasanya tidak berada di sisi mereka (pembaca) apabila
tulisan kita itu sebenarnya dibaca, kita tidak dapat melihat reaksi para pembaca
tersebut atau menjelaskan perkara yang mereka tidak faham di dalam
penulisan tersebut.

Justeru, penulisan sains sosial perlu sistematik dan saintifik sifatnya.


Maka oleh sebab itulah, maksud yang hendak kita sampaikan
mestilah dipersembahkan dengan jelas dan tepat melalui risalah
bertulis kita; dan bagi mempastikan komunikasi itu berkesan,
kandungannya mestilah difikirkan dengan teliti terlebih dahulu
dan distrukturkan dengan cara yang sesuai (Kristan Cavina, 1995
Critical Thinking and Writing: A Developing Writer’s Guide
With Readings Belmont: Wadsworth Publishing Company, hal.
3).

Penulisan mestilah sesuai dengan khalayak yang menjadi sasaran


- individu /kumpulan yang akan membaca bahan yang telah
ditulis itu supaya ia lebih bermakna. Oleh itu, si penulis mestilah
menyedari golongan yang akan menjadi pembacanya (Kristian
Cavina, hal. 7).
7. Mengapa Sesetengah Penulisan Akademik
Tidak Jelas
Perkara-perkara penting yang perlu di ambil perhatian mengapa sesetengah
penulisan itu sukar difahami:

1. Idea yang hendak disampaikan tidak tersusun rapi and it does not make
sense.

2. Idea tidak diletakkan mengikut perenggan –perenggan berkaitan.

3. Penulis tidak memulakan penulisannya dengan pengenalan bagi memandu


pembaca ke arah arus aliran yang betul.

4. Penulis tidak mengakhiri esei/tulisan dengan kesimpulan yang merumuskan


point-point yang hendak diutarakan.

5. Hubungan di antara satu idea dengan idea yang lain tidak jelas kerana penulis
tidak menggunakan kata penghubung yang sesuai.
6. Pendirian penulis dalam melakarkan ideanya adalah kabur.
Adakah si penulis ingin memerikan, mencadangkan atau
mahu mengkritik sesuatu dalam tulisannya?

7. Esei itu ditulis tanpa mengandungi idea yang relevan


dengan pokok persoalan.

8 Ayat-ayat ditulis tanpa punctuations yang betul dan jelas.


8. Kaedah yang boleh membantu
penghasilan penulisan yang baik

1 Fikirkan dan kenali teknik penulisan yang baik sebelum proses


penyelidikan bermula.

2 Mulakan proses penulisan awal-awal lagi.

3 Bersedia untuk menghasilkan deraf demi deraf.

4 Gunakan proses penulisan selari dengan proses pemikiran – sebagai


membantu proses pemikiran.
5 Mantapkan tabiat menulis (menulislah secara konsisten,
berterusan dan berjadual)

6 Minta jasa baik rakan untuk membaca dan menyemak


produk /penulisan anda.

7 Luangkan masa secukupnya untuk proses penstrukturan


semula perenggan dan kerja pengeditan secara
keseluruhannya.
9. Kesimpulan
Mantapkan kegiatan menulis---disiplin menulis dengan cara yang berterusan dan
berjadual. Mengenepikan manuskrip dengan agak lama akan mengakibatkan
kehilangan konsentrasi dan daya usaha.

Mantapkan tabiat menulis yang baik. Pilih satu masa yang baik yang paling
sesuai untuk bekerja. Kemudian gunakan masa ini setiap hari untuk menulis.

Sebagai tambahan kepada saranan ini, seseorang itu haruslah sedar bahawa
proses penulisan bergerak secara perlahan-lahan dan seseorang itu haruslah dapat
menyelesaikan dirinya dengan proses tersebut. Seperti seorang pelari yang
memanaskan badannya sebelum sesuatu perlumbaan, si penulis juga perlukan
kegiatan untuk mencerdaskan minda dan jari-jemarinya. (Creswell, 1994, hal.
195-6)
“HASIL PENULISAN SAINS SOSIAL YANG SAINTIFIK
BOLEH MENGUBAH PANDANG DUNIA MASYARAKAT
DAN PEMBUAT POLISI PEMBANGUNAN SOSIO-
EKONOMI DAN POLITIK SESEBUAH NEGARA”

ADAKAH ANDA MAMPU


MELAKUKANNYA?
Sekian, terima kasih...

Anda mungkin juga menyukai