Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Anakronisme adalah berasal dari perkataan dari bahasa Greek yang dipisahkan melalui dua
perkataan iaitu Ana yang bermaksud “tentang”, Manakala Kronos iaitu “masa”. 1
Ini
digabungkan melalui dua perkataan iaitu Anakronisme iaitu masa yang bertentangan.
Kebiasaannya anakronisme adalah lebih dikenali sebagai kesesuaian tempat, sesuatu
peristiwa dan peristiwa berlainan itu tersendiri. Kadang kala anakronisme juga tidak
mempunyai masa yang tepat kerana ada pelbagai versi-versi lain seperti tempatan dan barat
sudah pasti ada tentangannya. Namun begitu bagi istilah Anakronisme adalah lebih kepada
konsep dan persoalan yang meyentuh tentang masa yang sangat bertentangan dengan
masa yang sebenarnya. Selain daripada unsur-unsur dalam penulisan dalam sejarah
tradisional melayu. 2
antaranya mitos, lagenda dan post-evetum yang juga tergolong dalam
the realm of folklore, oleh itu anakronisme merupakan satu kejadian dalam bidang penulisan
klasik yang mempunyai genre tersendiri. Secara hakikatnya ia mempunyai hubungan
diantara masa dan norma semasa proses penulisan sejarah melayu. menurut Funk dan
Wagnalls juga menjelaskan maksud tentang anakronisme ialah “ satu kesalahan dalam
penggunaan sistem tertib tarikh atau dinyatakan peristiwa yang berlaku atau diwakilakan
sebagai berlaku terkeluar dari masa yang betul dan sewajarnya. 3

2.0 Antara Beberapa Bentuk Dan Contoh Bagi Teks-Teks Sejarah Melayu.

2.1 Anakronisme Yang Karya Sama.

Untuk menjelaskan beberapa buah teks sejarah melayu yang merupakan sebagai contoh
dalam penjelasan ini. Antaranya kitab sejarah melayu tersendiri iaitu Sejarah Melayu
(sulalatus salatin), Hikayat Sultan Acheh, Bustan us Salatin, Hikayat merong Mahawanga dan
Hikayat Putro Gumba muih.

Bagi anakronisme yang ditulis berdasarkan sesuatu peristiwa secara khususnya. Ini
juga terdapat melalui sebuah karya sejarah yang sama tetapi tetapi berlainan edisi.
Seterusnnya mengikut gejala peristiwa yang sama dengan mempunyai dua anakronisme
yang munculnya diperbandingkan melalui satu peristiwa dalam sebuah teks dengan sumber
tersendiri.

1
Funk dan Wagnalls, Standard Dictionary of the English Language, Oxford,1933, hlm.151.
2
D.G.E Hall (ed.), Historian Southeast Asia, London, 1961, Hlm .73.
3
Funk dan Wagnall, op. Cit., hlm. 115.
Sebagai contoh, bagi karya yang sama seperti kitab sejarah melayu yang mempunyai
dua buah edisi berlainan terhadap kitab ini. Pertama edisi ini sudah diedit oleh R.O
Windstedt dari referensi terawal MS. NO. 18, manakala koleksi Raffles dalam JMBRAS. 4

antara satu persitiwa yang termahsyur melalui kedua edisi ini ialah tentang peminangan
Puteri Gunung Ledang oleh Sultan Melaka. Namun begitu, ada juga mempunyai jelasan yang
berbeza antara kedua-dua edisi ini, tentan siapakah yang memerintah peminangan ini.
Megikut edisi windstedt ialah dikatakan yang mempunyai hasrat meminang iaitu Sultan
Mansur Syah. Mengikut petikan ialah ;

Maka Sultan Mansur Syah memberi titah pada segala orang besar besar ‘ bahawa kita
hendak beristeri terlebih dari segala raja-raja dalam dunia ini...’ maka titah baginda ‘kita
hendak meminang puteri Gunung Ledang, Laksmana dan Sang Setialah kita titahkan, Maka
sembah dan sang Setia, ‘Baiklah, tuanku. 5

Manakala edisi Shellaber pula menyebutkan sebagai sultan mahmud yang juga berhasrat
untuk meminang. Mengikut teks ini ialah.

Maka titah sultan mahmud ‘jikalau beristeri sama anak raja ini adalah raja-raja lain
pun yang lain akan sekarang kita hendak meminang puteri gunung ledang; Laksmana dan
Sang Setia Kita titahkan’ maka sembah Laksmana dan Sang Setia, Baiklah, tuanku. 6

2.2 Banding Dua Teks Dalam Dua Buah Karya Sejarah

terdapat di Acheh iaitu kitab Bustan us salatin dan hikyat sultan acheh marhum yang
merupakan sebuah versi yang berasal dari bahasa Acheh. Hikayat Poteumeureuhoem
menkuta Alam. Hal ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, satu peristiwa
yang sudah berlaku, tetapi diletakkan seolah-olah berlaku pada masa terkemudian. Kedua
pertistiwa yang berlaku kemudian tetapi diletakkan seolah-oleh berlaku pada masa lebih
awal.

 Diletakkan pada masa Terkemudian iaitu penghantaran utusan Sultan Acheh ke


Barat. Dalam Bustan us Salatin yang diikisahkan bagaimaa sultan Acheh meghanar
seorang Duta ke Turki, sambil untuk mendapatkan bantuan tentera dan senjata ntuk

4
R.O. Windstedt, The Malay Annals atau Sejarah Melayu, JMBRAS, ( teks bahasa melayu), XIV;iii, (1938) hlm.
42.
5
Ibid., hlm .129.
6
W.G Shellabear (ed.), Sejarah Melayu, Malay Publishing House, Singapura, 1961, hlm .129.
menentang Portugis. Utusan ini telah berjaya mendapatkan bantuan pakar membina
kota dari turki.
“ kemudian dari itu maka kerjaan Sultan Alauddin Riayat Shah Ibn Sultan Alhi
Mughyat Syah, pada Hari isnin menyuruh utusan kepada sultan Rom, ke negeri
istanbul, kerana meneguhkan agama islam. Maka dikirim sultan rom daripada jenis
utus dan pandai yang tahu menuang bedil. Maka pada zaman itulah dituang orang
meriam yang besar-besar. Dan ialah yang pertama-tama berbuat kota negeri dengan
segala kafir dan itulah disebut orang akan dia marhum kahar. 7

Mengikut teks ini adalah zaman peristiwa sejarah melayu iaitu Sultan Alauddin Riayat
Syah Al-Kahar, 946H-957H. (1539-1567). 8 Menurut Hikayat Sulta Acheh Marhu pula, ada
disebut peristiwa yang sama. Peristiwa ini dikisahkan lebih terperinci lagi. Kononnya, dua
buah kapal berisi llada yang bakal dipersembahkan kepada raja Turki telah dihantar ke
Barat. Utusan ini mengambil masa yang sangat lama untuk mencapai ke Turki, sehingga
lada-lada itu habis dijual di tengah jalan. Apabila mereka sampai ke Turki, Cuma dua cupak
lada yang tinggal. Inilah dipersembahkan kepada Raja Turki. Sebagai balasannya, utusan ini
telah dianugerahkan senjata dan sebuah meriam turki yang sangat besar. Untuk mengingati
peristiwa aneh ini, Orang Acheh menggelarka meriam besar itu sebagai Lada Sicupak.

Akan tetapi melalui peristiwa ini amatlah berbeza dengan peristwa yang terdapat
Bustanus salatin. Hikayat ini menerangkan yang melakukan penghantaran utusan ini
bukannya Sultan Alauddin Riayat Syah bahkan Sultan Acheh yang termashyur, Sultan
Iskandar Muda mahkota Alam, (1606M-1636 M). Sedangkan jarak masa kedua-duanya
memerintah ialah kira-kira satu abad.

 Diletakan pada masa lebih awal

Kedua-dua hikayat dari acheh ini juga dijadikan sebagai contoh. Dalam bustanus salatin, ada
kisahnya bagaimana Sultan iskandar Thani (1637-1640 M) membina sebuah Bustan (taman)
yang sangat Indah berhampiran istananya, serta dibina sebuah bangunan yang bernama
Gegunungan menara permata di taman ini. Hal ini dikisahkan dengan panjang lebar bermula
dari ayat. “ Kata sahibut tarikh: Pada zaman Bagindalah berbuat suatu Bustan iaitu Kebun,

7
Iskandar(ed.), Bustan us Salatin(bab II, Fasal 13) oleh Nuruddin ar-raniri, Kuala Lumpur; Dewan Bahasa dan
Pustaka, hlm.31.
8
Wustedfed=ld-Mahler, Verggleichungs tabellan zur Muslimechen und Iranichen Zaitrecheung
Wiesbaden,1962, hlm .89.
terlalu indah-indah.’ Sehinggalah ke ayat dan buah jela dan jintan dan jagung dan jaba dan
sekoi dan enjelai’’. 9

Dalam hikayat sultan acheh marhum juga ada disebut bagaimana telah didirikan
sebuah taman dan gegunungan menara permata berhampiran istana raja Acheh. Anehnya,
dalam hikayat ini yang dikatakan membina taman indah atau besar ini bukannya sultan
iskandar thani tetapi sultan iskandar muda juga. Sedangkan baginda memerintah lebih awal
dari iskandar thani. Kononnya, taman ini yang merindui kampung halamannya. Tiaptiap
wanita acheh dikehendaki membawa secubit kapur di jari masing-masing untuk membina
taman dan bangunan tersebut. 10
antara teks dalam buku tersebut ialah DOEA BELAS
ORANG PAHLAWAN NEGERI.

 Anakronisme dengan membanding antara sebutan hasil sejarah dengan sumber atau
fakta sezaman yang lain

Untuk dirujuk lagi kitab sejarah melayu dan hikayat merong mahawangsa. Dalam sejarah
melayu kita lihat tentang perkahwinan sultan mansur syah dari melak. Dengan puteri Radin
galuh Candera Kirana, puteri betara Majapahit dan Puteri Wi Kesuma. Banyak peristiwa
yang dramatik dan tragik berlaku dalam babak dalam peristiwa ini, sehinggalah Hang Tuah
dikatakan mendapat gelaran Laksmana dari majapahit itu. 11
namun begitu, ada juga
menghairankan ialah semasa peristiwa ini berlaku, perdana menteri (mangkubumi) majaahit
ketika itu dikatakan sebagai patih gajah mada yang termahsyur sejarah jawa. Disinilah gejala
Anakronisme jels sekali terdapat. Sultan mansur memerintah melaka antara tahun 1459-
1477 M sedangkan dari babad jawad pula ternyata bahawa patih gaja mada mati 1365. Ini
jelaslah lebih kurang seratus tahun berbeza.

Dalam hikayat merong mahawangsa juga dikatakan setelah rajanya yang pertama
iaitu pra ong mahawangsa memeluk islam dan kemudia digelarkan Sultan Muzzafar Syah,
telah disebut nama ulama Acheh yang terkenal, Syeikh Nurrudin Ar-raniri dan dua buah
kitabnya iaitu siratal mustaqim dan babul nikah, dihantar ke Kedah. 12
sedangkan kita tahu
bahawa sutan kedah yang pertama memeluk islam ialah pada tahun 1474, apabila raja
islamnya yang pertama pergi untuk dinobatkan oleh sultan mahmud syah di Melaka. Ini jelas
tercatat daam hikyat acheh. 13
juga sejarah melayu yang mengatakan bahawa:

9
Iskandar, op.,cit, hlm. 48.
10
Hikayat Sultan Acheh marhum, (ms.) hlm .57.
11
W.G Shellabear (ed.), op.cit., hlm .129.
12
Hikayat Merong Mahawangsa Edisi Dewan bahasa dan Pustaka, 1968, Hlm .149.
13
Iskandar, Hikajat Atjeh, S-gravennhage, 26, 1959.
Arakian maka raja kedah pundatang menghadap ke melaka, hendak memohn nobat;
telah datang ke melaka didudukan oleh sultan mahmud raja kedah itu di atas cetera yang
banyak, dianugerahi sultan mahmud. 14

Walhal yang pasti ialah Syeikh Nuruddin ar-raniri yang mengarang kitab Bustanus Salatin
dan menyusun kiab siratal mustaqim yang dikatakan oleh Hikayat Merong mahawangsa
datang ke Acheh dari india hanya pada tahun 1637, ketika acheh diperintah oleh sultan
iskandar thani.15 Oleh itu, jelaas perbezaan masa yang terdapat, lebih kurang dua abad
lamanya.

14
W.G Shellabear (ed.), op.cit., hlm .246.
15
Iskandar(ed.),op.,cit, hlm.137.

Anda mungkin juga menyukai