Anda di halaman 1dari 3

Soalan 2: Anakronisme

Pengenalan: - Berasal dari perkataan Yunani iaitu Anchronus

-Ana- Bertentangan, Chronus- masa (bertentangan dengan masa)- satu konsep yg menyentuh
tentang masa yg bertentangan dgn msa yg sebenar peristiwa itu.

Definisi sarjana – Farida (2016) – memberi pandangan yang luas tetapi ada gangguan dimana
terlibatnya cerita fiksyen dan ada unsur-unsur mistik terhadap tokoh yg terlibat

- J.C Bottom – sejarah orang melayu tidak boleh dikelaskan dalam kategori sains atau seni
tetapi sebagai hiburan. Ini disebabkan ketepataan, kesempurnaan bukanlah prinsip yg
dipentingkan tetapi lagenda, fantasi dan kawasan gelanggang yg menyenangkan dan
sebahagian daripada gosip.

Bentuk:

1) Anakronisme pada karya yang sama tetapi isi penceritaan berbeza (watak, tempat @ masa
berbeza) (karya sama tetapi dlm karya yg sama tetapi ada 2 penceritaan yg berbeza)
 Cth, dalam karya Salalatus Salatin (sejarah melayu) ada 2 edisi yang berlainan - menunjukan
perbezaan terhadap isi cerita berdasarkan watak dan tempat. – cth (perbezaan watak dalam
peristwa perkahwinan Sri Tri Buana)
- Sejarah Melayu versi R.O WInstedt - Sri tri Buana dikahwinkan dengan anak Demang Lebar
Daun iaitu Wan Sendari. Hasil dari perkahwinan terssebut Sri Tri Buana telah dikurniakan dua
orang putera yang lahir di Temasik iaitu negeri yang baru dibuka oleh Sri Tri Buana.
- Sejarah Melayu versi Shellabear – Sri Tri Buana dikenali sebagai Sang Sapurba berkahwin
dengan Wan Sendari dan dikurniakan dua orang putea dan dua orang puteri iaitu Sang
Manika, Sang Nila Utama, Puteri Sri Dewi dan Puteri Cendana Dewi yang dilahirkan di
Palembang,

2) Anakronisme membandingkan 2 teks sejarah yang berlainan tetapi peristiwa sama (teks
sejarah lain, peristiwa sama)
 Kitab Busta’us-Salatin: Sultan Acheh mengantar Duta ke utk mendapatkan bantuan
ketenteraan dan senjata bagi menentang Portugis. Dan mendapat bantuan pakar dalam
pembinaan kota Acheh.
 Hikayat Sultan Acheh Marhum: Menjelaskan yang lebih terperinci yg mana, lada dibawa
bersama untuk dihantar ke raja Turki. Akan tetapi lada-lada tersebut telah habis dijual di
pertengahan jalan kerana utusan ini mengambil masa yang lama ke Tukri. Hanya 2 biji lada
sahaja yang tinggal untuk dipersembahkan ke raja Turki. Oleh itu, sebagai pertukaran, Sultan
Acheh mendapatkan sebuah meriam buatan turki yang disebut sebagi ‘Lada Sicupak’
3) Anakronisme dengan membandingkan antara sebuah hasil sejarah dengan sumber/ fakta
sejarah sezaman yang lain.
 Sejarah Melayu: Perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan Puteri Radin Galuh dianggarkan
pada 1465-1477 (abad-15).
 Namun, dikatakan Patih Gajah Mada telah mangkat lebih awal dari tarikh tersebut pada 1365
(abad ke-14). Adalah mustahil akan kehadiran Patih Gajah Mada pada majlis tersebut.
- Sejarah Melayu: zaman kegemilangan majapahit pada abad ke-14 dipertemukan sengan
zaman kegemilangan melaka, padahal melaka gemilang satu abad kemudiannya.
- Hikayat Merong Mahawangsa: Pra Ong Mahawangsa telah memeluk islam dan digelar Sultan
Muzaffar Syah (abad 16). Pemerintahan pada sumber terkini 1474 (abad 15)

Faktor anakronisme:

1) Zaman dan Masyarakat:

 Ianya berkaitan dengan pengarang dan perasaan dlm mengarang karya. Oleh itu, boleh
dikatakan, penulisan terdahulu menuliskan sesuatu perkara mengikut perasaannya sama ada
sedih, gembira dll.
 Kesahihan untuk melihat ‘kesahihan’ adakala kurang tepat, kerana masyarakat Melayu
terdahulu belum mempunyai tradisi utk menyimpan bahan2 sejarah dlm bentuk buku,
dokumentasi mahupun pengakriban. Ianya bersifat lisan mengikut kehendak hati.

2) Bentuk Kesusasteraaan sejarah

 Penulisan mempunyai hubungan rapat dengan hal ehwal istana, dan pengarang tdk akan dpt
lari keadaan tersebut. Oleh itu, penulisan harus bersesuaian mengikut kehendak istana.
 Penulisan sejarah bukan untuk menurunkan fakta2 semata-mata tetapi untuk mengagungkan
kebesaran/kedudukan sultan (raja).
 pengarang Melayu dikatakan menggunakan sejarah untuk menceritakan makna tersirat yang
terdapat dalam karya.

Soalan 4: Teras(bentuk/ciri) Utama penulisan tradisional

1) Golongan pemerintah/ istana


 Hubungan penulis dengan pihak Istana, hampir semua penciptaan teks sejarah bertumpu ke
Istana.
 Skema ini Tun Seri Lanang menerangksan tujuan pengarang sejarah Melayu:
(“…supaya akan menyukakan duli hadrat baginda.”)
 Framework /struktur penulisan:
- Mukadimah
- Diikuti dengan riwayat asal usul (dinasti, nama-nama tempat, kedatangan Islam, seseorang
Raja).
- Salasilah dan pemerintah tiap-tiap raja (misalnya dalam hikayat Acheh).
- Penutup
 Konsep penulisan terbahagi kpd 2 penghasilan dari unsur sastera dan sejarah
- salasilah raja2, biografi dan pensejarahan sesebuah zaman (ini penghasilan sejarah dan
Riwayat)
- namun terdapat dicampurkan dengan unsur mitos, lagenda dan imaginasi untuk
memperkuatkan atau penyataan luar biasa terhadap salasilah raja (penghasilan sastera)

2) Pengaruh Hindu-Buddha
 Konsep Hindu Budha dimasukkan dalam penulisan naskhah2 melayu lama seperti konsep
daulat dan tulah (Konsep tulah pula bermaksud kemalangan atau bala yang menimpa kerana
melanggar sesuatu larangan sementara daulat pula adalah kuasa ghaib ataupun hak paling
tinggi yang khas untuk Raja. Setelah ditabalkan menjadi sultan, seseorang Sultan itu akan
dianggap berdaulat).
 Tujuan utama untuk mengangkat kedudukkan dan status raja2 melayu / pemerintah.

3) Pengaruh islam
 Tulisan jawi pada teks melayu lama misalnya Misa melayu, sejarah melayu, dll (mukadimah:
Bismillahiromanirahim/ …Shahadan…).
 “Raja memeluk Islam diikuti oleh anak buahnya” Misalnya parameswara memeluk Islam dan
menukar namanya kepada Sultan Iskandar Syah.
 Peranan golongan agama, Istana dan surau dalam mengembangkan agama Islam di Alam
Melayu.
4) Kebudayaan dan Tradisi
 Puisi tradisional yg dimaksudkan ialah syair dan sangat pupolar / diminati oleh masyarakat
sekitar abad ke-19.
 Misalnnya teks nagarakretagama, syair pelayaran Engku Puteri, syair Raja haji, Syair Raja
Kecil, syair perang Makasar dll.
 Terdapat 2 golongan syair iaitu:

1. Menumpukan perhatian di sekitar Istana, menyanjung raja dan negara kotanya.

2. Mengambarkan peristiwa khusus dalam masa yang agak singkat

Contoh penulisan: Pensejarahan Tradisional Johor

Antara teks yg penting ialah Tuhfat Al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis dan sekalian raja2nya,
hikayat Johor, Hikayat Pahang, Hikayat Upu Daeng menambun, Syair Kisahnya Engku Puteri, Syair
Abu Bakar dan sebagainya

Hikayat Siak: mengambarkan tipu helah Bugis untuk menjadi Raja Muda seterusnya
menyingkirkan Raja Kecil dari Johor-Riau.

Anda mungkin juga menyukai