Anda di halaman 1dari 12

HSt 224

SEJARAH DUNIA MELAYU


SEMESTER 4
SIDANG AKADEMIK 2020/2021

Kerajaan Langkasuka-Patani adalah kerajaan Melayu paling lama bertahan


dengan sistem pemerintahan beraja “Buat satu tinjauan dari segi
sumber,lokasi dan sosioekonomi kerajaan tersebut.

NAMA: MUHAMAD AIZAT BIN HASIM


NO. MATRIK: 149834
e-mail: aizathasimm@gmail.com / aizathasim99@student.usm.my
DISEDIAKAN UNTUK: Professor Madya Dr Nazaruddin
PENSYARAH HST 224
TARIKH HANTAR: 25 APRIL 2021

1.0 Pengenalan

1
Langkasuka merupakan kerajaan terawal di Tanah Melayu yang wujud sejak tahun 100

Masehi. Ia merupakan sebuah kerajaan maritim, iaitu kerajaan yang terletak di persisiran pantai

dan berasaskan kegiatan ekonomi perdagangan. Ia juga merupakan sebuah kerajaan berunsur

keindiaan dan keletakkan kerajaan Langkasuka tidak dapat ditetapkan kerana ada beberapa

pendapat yang berbeza. Nama Langkasuka ini diambil dari bahasa Sanskrit iaitu Langkha

bermaksud “tanah yang indah permai” dan Sukkha pula diberi makna sebagai “suka” atau

bahagia.Namun, Tegas W. Linehan, kemunculan nama Langkasuka adalah berasal dari perkataan

langka dan Asoka, cucunda kepada Maharaja Chandragupta Maurya yang memerintah utara

India pada abad ke-3 SM1. Betapa kuatnya pengaruh dan hubungan kebudayaan Hindhu-Budhha

terletak pada nama Langkasuka itu sendiri. Ada kemungkinan pedagang atau kaum Brahman

India yang beragama Hindu menamakan Langkasuka atau negeri pulau (Asoka), sebagai

penghormatan terhadap maharaja mereka. Beliau menambah, bahawa Langkasuka bermakna

Pulau Asoka, sempena nama Maharaja Asoka yang memerintah India, 264-228 SM. Nama

Langkasuka mengandungi erti yang besar, itulah sebabnya mengapa pengarang Hikayat Merong

Mahawangsa memasukkan nama tersebut dalam penulisannya. Keadaan ini menimbulkan

kekeliruan kerana apakah benar nama balai atau kota Langkasuka dalam hikayat itu dengan

Negara Langkasuka sebenarnya.

Pemerintahan di Langkasuka berdasarkan kepada pemerintahan beraja.Kisahnya dimulai

dengan Seorang raja Langkasuka bernama Bhaga Datta 515M masih beragama Hindu Brahma,

tetapi setelah Srivijaya menakluk satu tempat penting Langkasuka yang bernama pada 775M dan

mengembangkan penaklukannya hingga merangkumi Patani sekarang maka Langkasuka mula

meninggalkan Hindunya dan bertukar kepada Budha. Sejak abad ke-8M itulah Langkasuka

1
Linehan, W. (1948). Langkasuka The Island of Asoka. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society,
21(1 (144), 119-123.

2
membayar upti/ufti kepada Srivijaya. Mengikut Zulkifli yang dipetiknya daripada catatan China,

kerajaan ini mencapai pembangunan budaya dan ekonomi yang tinggi dan beragama Budha.

Abad ke-8 mula di bawah Sailendra dan Sriwijaya. Sekitar abad ke-11 berada di bawah Rajendra

Chola raja India Selatan. Ada catatan sejarah Pali India abad ke-15M bahawasanya ada seorang

raja Melayu Ligor bernama Sujitaraja yang beragama buddha berkahwin dengan puteri Khmer

dalam separuh kedua abad ke-10M. Keakraban Langkasuka dgn Khmer berlarutan hingga abad

ke-11M dan mendapat sinergi yang kuat daripada perbesanan ini. Raja terakhir Langkasuka atas

nama raja Patani ialah Phya Tu Nakpa yang memeluk Islam pada 1457 dan menukar namanya

kepada Sultan Ismail Shah Zolallah fi al-‘Alam dan Fatani Dar al-Islam .2 Akan tetapi mengikut

Hikayat Merong Mahawangsa raja Langkasuka yang pertama memeluk Islam ialah yang

bernama Phra Ong Mahawangsa pada 1136 dan menukar namanya kepada Sultan Mudzafar

ShahSewaktu zaman Merong mahawangsa inilah dikatakan zaman kegemilangan kerajaan

Langkasuka ini.Jadi kita akan mengkaji sejauh mana perjalanan sistem beraja dari kerajaan

langkasuka ini sehingga dikatakan merupakan kerajaan yang menggunakan sistem beraja paling

lama di Nusantara.

2.0 Sumber

2.1 Sumber dari china

Sumber dari china ada juga menyentuh tentang kerajaan Langkasuka dan pattani ini.Catatan para

pengembara dunia pengembara dunia yang pernah datang ke alam melayu banyak menceritakan

tentang kewujudhan pattani dan langkasuka ini.Hal ini dapat dibuktikan di dalam catatan para

2
Che-ma, Mr. "Sejarah dakwah Islam pada masa Raja Phaya Tu Narpa di Patani Selatan Thailand." PhD diss., UIN
Walisongo, 2015.

3
pengembara dari china sendiri seperti chen lun chung,csieh ching kao dan lain lain. Sumber yang

paling banyak terdapat dalam dokumen sejarah dan catatan pengembara dari negara China.

Catatan dan dokumen pengembara ini berfungsi sebagai bukti penting tentang keberadaan

kerajaan Langkasuka-Patani. Catatan Cina semasa Dinasti Liang (502-566 M) menyebut

Langkasuka sebagai Lang-Ya-Shu ’. Dalam catatan ini juga disebutkan bahawa pemerintahan ini

didirikan 400 tahun sebelum itu dan merupakan kerajaan yang makmur dengan jumlah penduduk

yang besar. 3Langkasuka juga digambarkan sebagai kerajaan yang luas dari hulu Perak hingga

Patani (Teluk Siam), dari Teluk Benggala hingga Kedah. Semasa pemerintahan Maharaja Han

Wu Ti (141-87 SM) terdapat catatan hubungan diplomatik antara China dan kerajaan India

Kuno. Biasanya China akan menghantar hadiah kepada pemerintah India Kuno seperti pelbagai

jenis kain tenunan, barang-barang yang terbuat dari emas, mutiara dan batu yang indah. Nota

tersebut menyatakan bahawa barang tersebut diperoleh dari negara kota yang ada di Pantai

Timur Semenanjung, iaitu Segenting kra.4Hal ini menunjukkan bahawa kerajaan china ini

membuktikan bahawa memang ada aktiviti serta sistem pemerintahan beraja yang kukuh di sana.

Di samping itu, pelbagai catatan lain yang telah dicatat oleh para pengembara ni dalam

menjelaskan aktiviti serta perjalanan yang berlaku di dalam kerajaan Langkasuka-

pattani.Sebagai Contoh,catatan sejarah China yang ditulis pada abad ke-7 Masihi, iaitu Liang

Syu-Ya-Cu, menyebut Lang-Ya-Hsu atau Langkasuka yang terletak di Selatan, pernah mengirim

delegasi atau utusan untuk menghadap raja China pada masa itu. Dalam nota menyatakan

Langkasuka mengirim wakil sebanyak 3 kali pada 515,531 dan 568 AD. Ini jelas menunjukkan

bahawa Langkasuka mempunyai hubungan diplomasi yang baik dengan kerajaan China. Hal ini

3
Lukman Thaib, The politics and Governments, hlm 24-25
4
M. Yusof Hasan, Dunia Melayu.(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991) Hlm 8

4
dibuktikan lagi dengan Sumber catatan dari I’Tsing iaitu beliau mencatatkan ketibaan rakan

pengembara di Langkasuka iaitu dalam perjalanan ke India disambut penuh meriah dan hormat5

2.2 Sumber Melayu

Walauponbegitu banyak juga catatan yang ditulis oleh karya melayu bagi menjelaskan tentang

keberadaan kerajaan Langkasuka dan pattani ini. Suatu catatan menarik tentang asal usul

Langkasuka ditemui dalam Hikayat MerongMahawangsa, sebuah hikayat yang menceritakan

sejarah permulaan kewujudan kerajaan Kedah. Hikayat ini dikatakan bermula dengan kisah yang

berlaku pada zaman Nabi Sulaiman a.s., kisah raja Rom ingin meminang anak raja China. 6

Hasrat

raja Rom tersebut cuba dihalang oleh seekor burung garuda kerana pada pendapatnya manusia

yang berada di dua buah tempat yang sangat jauh tidak mungkin akan dapat bersatu.

Namun Putera raja Rom tetap tetap berdegil dan meneruskan hasratnya dengan belayar

menuju ke negeri China bersama-sama seorang sahabat bernama Raja Merong Mahawangsa,

tanpa mengetahui perbuatan burung garuda yang telah melarikan puteri raja China ke Pulau

Langkapuri. Sewaktu dalam pelayaran, angkatan peminangan raja Rom diserang oleh garuda lalu

karam. Raja Merong Mahawangsa akhirnya sampai ke sebuah pulau dan membuka pulau

tersebut menjadi tempat yang diberi nama “Langkasuka” .Dari cerita ini menggambarkan

bahawa kerajaan Langkasuka ini telah lama bertapak dan mempunyai nama iaitu sejak zaman

Nabi sulaiman.Selepas itu,kerajaan langkasuka yang dipimpin oleh Merong Mahawangsa ini
5
ibid
6
Jelani Harun, Langkasuka dan Patani dalam Persuratan Melayu: Perbahasan Terhadap Tarikh Fathani. (Pulau
Pinang: Universiti Sains Malaysia,2015) Hlm 179

5
telah menjadi pusat perdagangan yang pesat serta terkenal.Namun ,kita dapat lihat dari Hikayat

Merong Mahawangsa ini bahawa pengarang tidak menceritakan dengan lebih jelas tentang lokasi

kerajaan langkasuka itu.Dan kita juga meragui penceritaan yang dibawa oleh pengarang keranan

dalam bahagian awal hikayat tersebut pengarang menggunakan unsur mitos ,lagenda dan cerita

cerita daripada cerita lisan.Namun,pada bahagian seterusnya pengarang tersebut lebih banyak

menggunakan unsur reality yang dapat dterima akal.

2.3 Sumber Barat

Sumber daripada barat juga tidak terlepas dari memberi infromasi tentang keberadaan kerajaan

Langkasuka ini kerana mengikut catatan dari pengembara dari barat yang pernah menjejak kaki

ke langkasuka. Sumber-sumber ini wujud sejak awal kurun Masihi lagi..Dinyatakan pada kurun

ke-6 Masihi, kerajaan Langkasuka telah dikuasai oleh kerajaan Funan di Utara manakala pada

kurun ke-7 Srivijaya pula telah menguasai Langkasuka yang menjadikannya sebagai ibu kota

kerajaan Srivijaya yang baru di bahagian utara semenanjung. Hal ini demikian pengaruh yang

sangat kuat Srivijaya setelah bergabung dengan kerajaan Sailendra iaitu jawa hingga ke

Champa..7

Namun,berbeza pula dengan catatan yang ditulis oleh marco polo yang merupakan seorang

pengembara dari barat apabila beliau mengatakan Langkasuka merupakan sebuah kerajaan yang

kuat dan gagah sehingga tidak mampu dijajah oleh negara lain.Mengikut catatan beliau ,beliau

mengatakan Langkasuka tidak pernah membayar ufti kepada mana mana negara dan kerajaan

lain. Menurut Suma Oriental oleh Tome Pires (1512-1515 Masihi) diperhatikan bahawa kerajaan

Langkasuka tidak lagi menggunakan nama Langkasuka tetapi menggunakan nama Patani. 8Hal

7
Rahim, Arif. "Melayu dan Sriwijaya: Tinjauan Tentang Hubungan Kerajaan–kerajaan di Sumatera pada Zaman
Kuno." Jurnal Ilmiah Universitas Batanghari Jambi 19, no. 3 (2019): 649-660.
8
M. Yusof Hasan. Dunia Melayu.(Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991) Hlm 10

6
ini membuktikan lagi bahawa kerajaan langkasuka dan patani ini sangat berkait rapat kerana

berkemungkinan kemerosotan kerajaan langkasuka ini telah memicu kepada kebangkitan negara

yang baru iaitu patani seperti dialami oleh kerajaan oleh majapahit yang seterusnya wujud

kesultanan demak.

3.0 Lokasi

Kerajaan Langkasuka dan pattani merupakan kerajaan yang telah wujud sekian

lamanya.Sesungguhnya banyak pertikaian serta pandangan mengenai dengan negeri

Pattani.Berdasarkan sejarah kedah,pattani merupakan salah satu daerah atau kawasan jajahan di

bawah penakhlukan langkasuka yang berpusat di kedah pada masa kini.Maksudnya disini ingin

menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka itu telah mencakupi wilayah wilayah di pattani

sewaktu ketika dahulu..

Langkasuka merupakan sebuah kerajaan melayu kuno yang kuat dan berpengaruh di bahagian

bawah selatan.Langkasuka juga dikatakan telah wujud pada seawal abad pertama masihi.Selepas

itu,langkasuka telah menjadi pelabuhan yang telah dikunjungi oleh ramai pedagang pedagang

sehingga langkasuka telah menjadi diantara pelabuhan yang pesat di nusantara. Berasaskan

Tarikh Patani, Empayar Langkasuka telah wujud semenjak tahun 200 Masihi. 9Di dalam

Langkasuka itu terdapat negeri Kedah dan Patani. Menurut kajian lain pula, keluasan dan

penguasaan negeri Kedah meliputi sepanjang pantai barat semenanjung Tanah Melayu ke

bahagian utara, bermula sempadan anatara kedah dan Perak, Pulau Pinang, Tanah Seri atau

Tanaserim di Segenting Kra, Burma sehinggalah Bangladesh. 10 Negeri Patani masih belum

wujud lagi namanya kerana Langkasuka itulah Patani yang muncul setelah kemerosotan

9
ibid
10
Halimi, Ahmad Jelani. Sejarah dan tamadun bangsa Melayu.

7
Empayar Langkasuka, atau dengan kata lain, Patani asalnya ialah Langkasuka. pula meliputi

sepanjang pantai timur semenanjung Tanah Melayu, bermula dari sempadan antara Pahang dan

Johor, Terengganu, sehinggalah ke Chaiya atau Cahaya di Segenting Kra. Menurut Tarikh

Patani, Kedah berada di bawah pemerintahan Empayar Langkasuka, yang juga merupakan pusat

pentadbiran kerajaan awal. Pemerintahan Empayar Langkasuka diambil alih oleh kerajaan

Empayar Sriwijaya pada sekitar tahun 750 Masihi. 11 Pusat pentadbiran Langkasuka kemudian

dipindahkan ke timur dan berpusat di negeri Jaya iaitu chaiya. Sekitar tahun 75 Masihi hingga

800 Masihi, Langkasuka-Patani adalah negara yang sangat berpengaruh dan juga rakan dagang

dengan China, Arab, Parsi, Sriwijaya, Sailendra,Khmer,Champa. Selepas tahun 800 Masihi, raja-

raja yang memerintah di Langkasuka keturunan Sriwijaya, termasuk negeri Kedah. Selepas tahun

yang sama iaitu 800M, Kerajaan Sriwijaya tidak lagi menumpukan perhatian langsung kepada

pentadbiran di Kedah kerana aktiviti perniagaan di timur lebih rancak.

4.0 Sosioekonomi

4.1 Agama dan bahasa

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa kerajaan Langkasuka ini merupakan kerajaan yang sanagat

terpengaruh dengan ajaran agama hindu dan Buddha.Hal ini dibuktikan lagi di dalam takrif fatani

bahawa agama sebelum kedatangan islam ialah agama hindunisme dan brahmanisme.Manakala

catatan lain pula iaitu oleh Bradley dalam karyanya The World of the Hikayat Patani dalam bab

kedua yang bertajuk “Patani Before Islam: Langkasuka and the Buddhist World of Yiching”.

Melalui karya tersebut, beliau menjelaskan bahawa Langkasuka muncul sebagai pusat

penyebaran agama yang terpenting di Asia Tenggara apabila Yiching pernah melawat

11
ibid

8
Langkasuka sekitar 685-689 Masihi.12 Dalam karya tersebut juga menceritakan tentang

pelabuhan Yarang menjadi pusat perdagangan utama kepada para penganut agama Buddha dari

China dan India.Bukti kepada langkasuka merupakan sebuah kerajaan hindu ini dapat dilihat

daripada banyak peninggalan sejarah candi candi yang menyebar sehingga ke pattani.Sebagi

contoh,peninggalan candi lembah bujang di kedah.

Kita amat sinonim ataupon mengatakan rakyat di tanah melayu ini memiliki kesetiaan yang

sangat tinggi kepada pemerintahan beraja kerana ini dapat dilihat setelah kerajaan Langkasuka

mengalami kemerosotan dan para pemimpin telah mula memeluk islam Maka seluruh warga dan

rakyat jajahan itu turut sama memeluk islam.Tetapi harus diketahui bahawa kedatangan islam di

bumi patani itu telah lama berlaku namun ianya hanya berlegar di segelintir rakyat rakyat apabila

kedatangan pedagang dari tanah arab iaitu yaman,arab dan lain lain.Perkahwinan yang berlaku

diantara pedagang dengan penduduk tempatan lah yang telah membuatkan islam mula diterima

di bumi patani.Selepas itu la islam mula mencengkam di setiap sudut istana sehingga berjaya

mengislamkan pemerintahnya.13

Tidak asing lagi apabila kita menyebut atau mengatakan sekiranya sebuah kerajaan itu sangat

terpengaruh dengan agama hindu jika tidak menggunakan kitab atau buku mahhabbarata dan

Ramayana.Kedua dua kitab epic ini lah yang menjadi pemicu kepada bahasa dan kesusateraan

masyarakat di patani apabila mereka menggunakan perkataan serta ayat dari kitab ini untuk

berbicara sama ada harian atau formal.Bahasa Sanskrit yang digunakan di dalam kitab ini malah

bukan sahaja digunakan di patani malah di seluruh nusantara terutama sekali di Pulau Jawa.

4.2 Ekonomi di Langkasuka

12
Bradley, Francis R. "Moral Order in a Time of Damnation: The" Hikayat Patani" in Historical Context." Journal of
Southeast Asian Studies (2009): 267-293.
13
ibid

9
Ekonomi yang dilakukan di langkasuka dan patani juga amat berpengaruh kepada kegemilangan

kerajaan ini kerana dikatakan Rom juga menggunakan pelabuhan Langkasuka ini sebagai pusat

pengeksport dan pengimport.Contohnya ada catatan mengenai kewujudan Langkasuka yang

menjadi tempat barang-barang serta bahan mentah diimport untuk kegunaan kerajaan Rom

semasa zaman kebesaran Empayar Rom pada kurun ke-1 atau 2 Masihi lagi 14. Maksudnya di sini

kerajaan rom juga telah menggunakan pelabuhan Langkasuka untuk menjadi pengantara diantara

kerajaan lain bagi mendapatkan bekalan serta bahan mentah lain.

Namun , Semasa kekuasaan kerajaan Melayu Patani pula pada abad ke-16 Masihi pelabuhan

Patani menarik minat pedagang luar terutamanya dari Arab, China, India serta Jepun, dan

kerajaan di Kepulauan Melayu yang menyebabkan pelabuhan tersebut menjadi maju. Di

pelabuhan ini juga terdapat barangan yang diimport dari Nusantara iaitu rempah ratus seperti

kayu cendana, kayu manis dan lain-lain. Barangan yang dieksport pula seperti seramik, alatan

besi, senjata, perak dan sebagainya. Kestabilan politik, kebijaksanaan pemerintah Patani dan

kemudahan-kemudahan yang terdapat di pelabuhannya seperti sistem cukai serta barang

keperluan lain yang menjadi faktor kejayaan Patani menjadi sebuah kuasa dalam bidang

perdagangan ketika itu di Asia Tenggara.15Bukan sahaja di Asia Tenggara malah di seluruh asia

juga.

5.0 Kesimpulan

14
ibid
15
Mohd Zamberi A Malek. Umat Islam Patani Sejarah dan Politik. hal 20

10
Secara kesimpulannya,banyak bukti bukti yang dapat dijadikan pandu arah bagi mengatakan

kerajaan langkasuka dan patani ini layak diberi pengiktirafan sebagai kerajaan yang paling lama

mengamalkan sistem pemerintahan beraja. Pelbagai kajian awal sudah dilakukan oleh para

sarjana untuk menyusur galur tentang kewujudan Langkasuka ini.Kegemilangan kerajaan ini

bermula daripada pemerintahan Merong Mahawangsa sehingga silih berganti walaupon telah

diserang dan dijajah oleh Srivijaya .Namun,kerajaan ini telah bangkit dan menukar nama kepada

patani setelah kedatangan islam dan berjaya mengekalkan sistem pemerintahan beraja mereka

sehinggalah diteruskan lagi dengan pemerintahan Raja raja perempuan seperti Cik siti wan

kembang dan lain lain.Namun,kerajaan patani ini telah mula merosot akibat campur tangan siam

ketas negaranya sehinggalah mereka kembali dijajah oleh siam.Sehingga kini kerajaan patani

masih melakukan perjuangan untuk memerdekakan patani dari siam.Namun al hasil daripada

perbicangan ini kita dapat lihat bahawa masih terdapat keraguan lagi dari menentukan di mana

sebenarnya terletak kerajaan Langkasuka ini.

RUJUKAN

11
1.Jelani Harun. Langkasuka Dan Patani Dalam Persuratan Melayu:perbahasan

Terhadap Tarikh Fathani. Melayu: Jurnal Antarabangsa Dunia Melayu Jilid 8 Bil. 2 (2015)

2. Jelani Harun. 2015. Langkasuka dan Patani dalam Persuratan Melayu: Perbahasan Terhadap

Tarikh Fathani. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2015.

3. M. Yusof Hasan. 1991. Dunia Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

4. N. Izzah Johari, Shuhaizam Said, dan Harozila Ramli. 2020. Kesinambungan Warisan

Kesenian Langkasuka di Tanah Melayu.

5. Mohd Zamberi A Malek. 1993. Umat Islam Patani: Sejarah dan Politik.

6. Zuliskandar Ramli, Nik Hasan Shuhaimi, Ros Mahwati, Norlelawati Haron, Mohd Rohaizat

dan Adnan Jusoh. 2014. Pembentukan Kerajaan Awal di Nusantara Antara Abad 1 Masihi

hingga 5 Masihi.

7. Rahim, Arif. "Melayu dan Sriwijaya: Tinjauan Tentang Hubungan Kerajaan–kerajaan di

Sumatera pada Zaman Kuno." Jurnal Ilmiah Universitas

12

Anda mungkin juga menyukai