Anda di halaman 1dari 53

SEJARAH POLITIK TANAH MELAYU SEHINGGA AWAL ABAD

KE-20.

HAJI MEGAT SADAN BIN MEGAT SALLEH


JABATAN SAINS SOSIAL

KERAJAAN-KERAJAAN AWAL DI TANAH MELAYU


KERAJAAN-KERAJAAN AWAL

Kedah Tua
Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu
kerajaan awal terkenal yang terletak di
Semenanjung Tanah Melayu.
Ia juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai,
Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut
catatan I-Tsing (Yijing, 635-715, sami di Dinasti
Tang) dari negara China, Kedah Tua juga disebut
sebagai Cheh-Cha / Chiecha dalam rekod Cina)
[1]
Kerajaan Kedah Tua diasaskan pada abad ke-5.
Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan
pelabuhan utama tetapi kemudian dipindah ke
Lembah Bujang.
Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan
seterusnya diikuti oleh agama Hindu, pengaruh
Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui
peninggalan candi yang terletak di Lembah
Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau
panduan kepada pedagang luar untuk singgah di
pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai
Mas.
Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat
penukaran barang, tempat persinggahan dan
tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang
dari Arab, India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah
sebelum mereka meneruskan perjalanan
mereka ke Timur. Ia juga menjadi pusat
perdagangan pelbagai hasil tempatan yang
dikumpul oleh penduduk tempatan seperti bijih
timah, emas, beras, lada hitam, gading,
damar, rotan, tanduk dan sebagainya.
Walaupun ia adalah sebuah kerajaan samudera
tetapi juga menjadi pengeluar padi terkenal
kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan
luas.
Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman
kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-
Mutawakil (847-861). Ini dapat dibuktikan melalui
penemuan wang perak pada zaman Sultan al-
Mutawakil, manik yang dibawa dari negara India
dan barangan kaca dari Timur Tengah
Gangga Negara

Patung Buddha abad ke-6 (kiri) dijumpai di Ipoh. Patung sami guru Hindu
abad ke-9 dijumpai di Jalong, Perak.
Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan
Melayu Hindu Lama yang hilang dan ada disebut
dalam Sejarah Melayu yang kini merangkumi
Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini
terletak di negeri Perak, Malaysia serta Raja
Gangga Shah Johan sebagai salah seorang
rajanya.
Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini
berpusat di Beruas dan ia runtuh selepas serangan
oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India
Selatan di antara tahun 1025 dan 1026.
Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu,
Hikayat Merong Mahawangsa, Gangga
Negara mungkin telah diasaskan oleh anak
Merong Mahawangsa, Raja Ganjil Sarjuna dari
Kedah, yang dikatakan sebagai keturunan
Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer
tidak lewat dari abad ke-2.
Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan
Gangga Negara dari pelbagai aspek termasuk
tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak.
Muzium Beruas ditugaskan untuk membuat
penyelidikan dari sudut arkeologi.
Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan
Dinding/ Manjung .
Artifak arca-arca Buddha abad ke-5 dan ke-6
Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan
kewujudan kerajaan Gangga Negara ini.
Kerajaan Gangga Negara ini berpusat di
Beruas.
Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah
Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah.
Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga
Negara diasaskan oleh Raja Khmers dari
Kemboja.
Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah
Raja Ganjil Sarjuna dari Kedah.
Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga
Negara diasaskan oleh Raja Khmers dari
Kemboja.
Menurut kajian lain, dinyatakan bahawa Kerajaan
Gangga Negara wujud tidak lewat dari abad ke-2
Masihi.
Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di
daerah Dinding (Manjong), sekitar kawasan
Selatan Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur
Bukit Segari di tepi Sungai Dendang.
Pendapat ini juga menyebut kemungkinan pusat
Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah.
Berdasarkan taburan artifak-artifak purba yang
ditemui dan pengaliran cabang Sungai Perak,
kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di
Pengkalan ( Ipoh ), Lembah Kinta, Tanjung
Rambutan, Bidor dan Sungai Siput.
Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan
kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas
dipersetujui penyelidik sejarah pada masa kini.
Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan
pernah bertapak di bumi Beruas bukanlah
suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-
mata. Ini berikutan beberapa peninggalan
kesan sejarah mengenainya yang masih
wujud di beberapa kawasan negeri Perak
amnya dan Beruas khususnya.
Semua artifak dan gambar berkaitan dengan
Beruas dipamerkan di Muzium Beruas.
Gambar dari Muzium Sejarah Nasional Kuala Lumpur. Patung gangsa
abad ke-8 / 8 patung Avalokitesvara Buddha berdiri bertangan 8
dijumpai di lombong bijih Anglo Oriental, Bidor, Perak pada tahun
1936. Ketinggian 79 cm.
Gangga Negara bererti "bandar di Ganges"
dalam bahasa Sanskrit, nama yang dipetik dari
Ganganagar di barat laut India di mana
penduduk Kambuja tinggal.
Kambuja merupakan puak Aryan India-Iran
dalam keluarga India-Eropah, pada asalnya
tempatan di Pamir dan Badakshan.
Terkenal sebagai pedagang Hindu, mereka
membina koloni mereka di Asia Tenggara sekitar
2,000 tahun dahulu di lembah Mekong dan juga di
Kepulauan Melayu di Funan, Chenla, Champa,
Khmer, Angkor, Langkasuka, Sailendra, Srivijaya,
dll.
Pakar sejarah mendapati pedagang Kambuja
mengembara dari Gujarat ke Sri Lanka dan ke
Ligor (Nakhon Sri Thammarat) di utara
semenanjung Tanah Melayu, merentasi Thailand
dan Kemboja.
Beruas

Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas


dimulakan oleh Kolonel James Low pada tahun
1849 dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-
Males.
Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua
penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga
Negara wujud tetapi tidak dapat menentukan
dengan pasti tapaknya.
Selama beberapa tahun, penduduk kampung
telah menemui artifak, termasuk nesan
dengan tulisan yang menunjukkan bahawa
Beruas mungkin merupakan titik mula
penyebaran Islam di Semenanjung Malaysia.
Kebanyakan artifak, dipercayai semenjak
kerajaan kuno, kini dipamerkan di Muzium
Beruas bertarikh semenjak abad ke-5 dan ke-
6. Artifak yang dipamerkan termasuk meriam
128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah,
tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan
pelbagai era, dan tempayan besar.
Melalui artifak ini, ia telah dijangka bahawa
Pengkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung
Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan
sebahagian kerajaan Beruas. Artifak turut
mencadangkan bahawa pusat kerajaan
mungkin telah berpindah beberapa kali.
Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas
selepas Islam bertapak di sana.
Pokok Beruas

Beberapa batu nesan diraja Aceh turut ditemui di


daerah Beruas dan ini mempunyai bukti kaitan
dengan sumber sejarah bahawa putera raja dari
Aceh, Sumatra berehat di bawah pokok Beruas,
Namanya Malik.
Sejarah Pasai ada menyebut mengenai Malik ul
Salih yang merupakan raja Hindu tempatan
pertama yang memeluk Islam pada tahun 1267.
Kini pokok beruas telahpun pupus tetapi masih
dapat dijumpai di perkampungan berhampiran di
Pengkalan Baru dan Batang Kubu.
Chi Tu

Peta Kerajaan Chi Tu


Kerajaan Chi Tu atau Kerajaan Tanah Merah
(Anggaran dari 100 SM hingga 700 M) merupakan
sebuah kerajaan Buddha purba di Semenanjung
Melayu. Sejarah Dinasti Sui dari China
menerangkan mengenai kewujudan kerajaan ini.
Namun begitu, lokasi berdirinya Chi Ti
diperdebatkan. Ia terletak sama ada di Kelantan,
Pahang, Songkhla atau Patani.
Bukti yang nyata ialah dimana apabila ekspidisi
Cina ini berlayar dari Chi Tu ke Champa, mereka
mengambil masa 10 hari, maka kerajaan ini
mungkin terletak di Sungai Kelantan. Malahan,
terdapat batu bersurat Buddhagupta yang ditemui
di Kedah menerangkan tentang Raktamrtikka yang
bermaksud Tanah Merah.
Kerajaan Chi Tu

Nama keluarga untuk golongan raja-raja Chi Tu


ialah Chu-dan dan rajanya memakai gelaran Li-fo-
duo-se. Menurut catatan Cina, Chi Tu merupakan
keturunan orang Mon-Khmer atau kit mow dalam
Bahasa Cina. Mereka berlayar dari Funan dan
menapak di Semenanjung Melayu.
Kerajaan Chi Tu bersama-sama dengan
Langkasuka di Kedah merupakan pusat
perdagangan utama di Asia Tenggara. Ketika
zaman ini pedagang Cina dan Funan berlayar ke
Semenanjung Melayu untuk berdagang. Mereka
menggunakan penduduk tempatan untuk membawa
dagangan mereka dari Chi Tu ke Langkasuka.
Langkasuka

Langkasuka atau juga dikenali sebagai Lang-ya-


shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab)
dan Ilangasoka (inkripsi Tangore).
Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang
mengadakan hubungan diplomatik dengan negeri-
negeri Asia Tenggara pada abad ke-2 Masihi,
Lang-ya-shiu atau Langkasuka (Paul Wheatley
1961, 387-412) sudahpun wujud ketika itu.
Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah
Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka
yang terletak di pantai timur Semenanjung
Tanah Melayu antara Senggora (Songkhla)
dan Kelantan itu adalah lokasi asal Kerajaan
Pattani. Langkasuka ialah sebuah kerajaan
Hindu Melayu silam yang terletak di
Semenanjung Tanah Melayu.
Kerajaan ini bersama-sama dengan Kerajaan
Kedah Tua berkemungkinan merupakan
kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu.
Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan
pada kurun ke-2 Masihi. Legenda orang
Melayu mendakwa bahawa Langkasuka
diasaskan di Kedah, dan kemudian berpindah
ke Pattani.
Persoalan bagaimana Langkasuka bertukar
menjadi Patani masih belum dapat dipastikan
oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada
sebarang cacatan sejarah yang jelas
mengenainya.
Dipercayai bahawa Langkawi mendapat
namanya daripada perkataan Langkasuka.
Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi
mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang
China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai
"Langgasu" yang diasaskan pada kurun
pertama Masihi.
Menurut catatan Liang Shu (the History of the
Liang Dynasty,):
The kingdom of Lang-ya-shu is situated in the
Southern Sea ()Its frontiers are thirty days
journey from east to west and twenty from north to
south. It is twenty-four thousand li () distant
from Canton. Its climate and products are
somewhat similar to those of Funan. Eagle-wood,
Agar-wood and Barus camphor are especially
abundant. It is customary for men and women to
go with the upper part of the body naked, with
their hair hanging disheveled down their backs,
and wearing a cotton kan-man.
Nama Langkasuka juga ada disebut dalam tulisan-
tulisan Melayu dan Jawa, sementara tulisan-tulisan
dari China pernah menyebut sebuah negeri iaitu
Lang-ya-hsiu atau Lang-chia-shu.
Pada tahun 515 M Raja Bhagadatta menjalinkan
hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan
lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun 523,
531 dan 568 Masihi.
Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri
naungan kepada Kerajaan Srivijaya dan pada
kurun ke-15 ia digantikan dengan Kerajaan Pattani.
Pada tahun 1963, Stewart Wavell mengetuai satu
ekspedisi Cambridge ke Langkasuka dan
Tambralinga.
Maklumat mengenai ekspedisi ini boleh didapati
melalui buku "The Naga King's Daughter", terbitan
Antara Books.
Menurut rekod, Langkasuka pernah menghantar ufti ke
China pada tahun 502-507M, 511, 515, 518, 520, 531
dan 568 masehi melalui beberapa dinasti.
Lukisan dari rekod China menunjukkan wakil dari
Langkasuka, bersama deskripsi tentang kerajaan
Langkasuka. Song Dynasty Salinan dari lukisan di
zaman Liang Dynasty 526-539.
Patani dan Langkasuka

Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama,


jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri
lain di Semenanjung Tanah Melayu seperti
Melaka, Johor dan Selangor.
Sejarah lama Patani merujuk kepada kerajaan
Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama
Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang
ahli antropologi sosial di Prince of Songkla
University di Patani, Seni Madakakul bahawa
Langkasuka itu terletak di Patani.

Pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan


lain seperti Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin
Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly.
Lebih jauh bahkan Sir John Braddle
menegaskan bahawa kawasan timur
Langkasuka meliputi daerah pantai timur
Semenanjung, dari Senggora, Patani,
Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk
juga kawasan sebelah utara negeri Kedah (M.
Dahlan Mansoer, 1979).
Dalam buku sejarah negeri Kedah, Hikayat Merong
Mahawangsa, ada menyebut bahawa negeri
Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian
terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan
tebing sungai Merbok.
Sebahagian yang lain terletak di sebelah timur
Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan. Dalam
hal ini, Prof. Paul Wheatly tanpa ragu mengatakan
bahawa Langkasuka terletak di Patani sekarang.
Pendapat beliau dikuatkan dengan penemuan
kepingan batu-batuan purba peninggalan kerajaan
Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-
nama kota pada masa itu).
Sebahagian yang lain terletak di sebelah timur
Kedah, iaitu di pantai Laut China Selatan.
Dalam hal ini, Prof. Paul Wheatly tanpa ragu
mengatakan bahawa Langkasuka terletak di
Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan
dengan penemuan kepingan batu-batuan
purba peninggalan kerajaan Langkasuka di
daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota
pada masa itu).
Paul Wheatly turut menjelaskan bahawa
kerajaan Langkasuka menguasai jalan
perdagangan timur-barat melalui Segenting
Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan
Semenanjung sehingga ke Teluk Benggala.
Kerajaan Melayu Langkasuka wujud sehingga
menjelang abad ke-13 dan diganti oleh
Kerajaan Melayu Patani.
Sedangkan asal-usul orang Patani menurut para
antropologi berasal dari Melayu.
Sebab ketika itu suku inilah yang mula-mula
mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan
pedagang Arab dan India yang melakukan
persemendaan sehingga menurunkan keturunan
Melayu Patani di selatan Thai sekarang.
Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari
Arab, India dan China sejak sebelum Masihi.
Seorang pengembara China menyebut
bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka
pada tahun 200 Masihi, beliau mendapati
negeri itu telah lama dibuka (Liang-Shu atau
Liang Annals)[1].
Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di
Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah
pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masihi
kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani sekarang)
sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal
dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut
tengkujuh.
Namun begitu, persoalan bagaimana Langkasuka
bertukar menjadi Patani masih belum dapat
dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak
ada sebarang cacatan sejarah yang jelas
mengenainya.
Namun begitu, persoalan bagaimana
Langkasuka bertukar menjadi Patani masih
belum dapat dipastikan oleh para pengkaji
sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan
sejarah yang jelas mengenainya.
Pan Pan

Lokasi Pan Pan


Pan Pan ialah sebuah kerajaan Hindu kecil
yang dipercayai wujud pada kurun ketiga hingga
ketujuh masihi dan terletak di suatu kawasan di
Kelantan atau Terengganu, Malaysia.
Tidak banyak yang diketahui tentang kerajaan
ini, tetapi ia dipercayai berkait dengan Pan tan i
(Kerajaan Pattani), yang menduduki kawasan
yang sama beberapa abad berikutnya.
Sejarah
Tidak banyak yang diketahui mengenai
kerajaan ini. Adalah juga dipercayai bahawa
kerajaan ini ditakluk oleh empayar yang lebih
besar iaitu Srivijaya di bawah pemerintahan
Dharmasetu sebelum 775 CE.[1]
Dari tarikh 424 hingga 453, rajanya
menghanta perutusan ke China. Dari sini,
Kaundinya II dikatakan cuba memperkenalkan
ugama Hindu pada Kerajaan Funan di sebelah
bertentangan Teluk Siam.[2]
Semasa pemerintahan Dinasti Utara dan
Selatan China, dalam tahun 529, 533, 534,
535 dan 571 Kerajaan Pan Pan menghantar
ufti ke China.[3] Pada tahun 616 dan 637,
Kerajaan Pan Pan menghantar ufti ke Dinasti
Tang.[4]

Anda mungkin juga menyukai