Anda di halaman 1dari 10

Kedudukan Mata

Pelajaran Sejarah Di
Peringkat
Pengajian Tinggi
Disediakan Oleh:
Mohd Nazri Bin Zainuddin
IPG Kampus Ipoh
Pengenalan

Pengajian sejarah bukan sahaja wajib


dipelajari di peringkat sekolah, malah perlu
diteruskan ke peringkat pengajian tinggi
kerana ia penting dalam kehidupan negara
bangsa, titah Sultan Kedah, Tuanku Abdul
Halim Mu'adzam Shah.

Baginda bertitah sejarah adalah "buku


kehidupan" yang mengandungi pelbagai
pengajaran dan perkara penting untuk
dijadikan panduan ke arah perkembangan
negara bangsa.
Baginda bertitah sejarah perlu dipelajari
serta diambil iktibar terutama oleh generasi
baru agar golongan itu lebih menghargai
erti merdeka, kedaulatan bangsa dan
negera dengan lebih bijaksana.

Sultan Abdul Halim bertitah sejarah negara


bangsa perlu diketahui, difahami dan
diserap oleh seluruh lapisan masyarakat,
bukan sahaja sekadar mempelajarinya
malah apa yang berlaku perlu dijadikan
pedoman.
"Apa yang telah berlaku perlu dinilai semula
untuk perkembangan masa depan,
membina semula kedudukan dan kekuatan
bangsa kerana sejarah berkait dengan jatuh
bangun sesuatu bangsa dan negara," titah
baginda.
Gapena menyokong cadangan mensyaratkan
wajib lulus untuk mata pelajaran sejarah dan
mengalu-alukan langkah UiTM mensyaratkan
wajib lulus sejarah bagi pengambilan sesi
2011.Rektor Kolej Universiti Islam Melaka,
Profesor Emeritus Datuk Dr. Yusuf Hashim
mencadangkan supaya pengajaran sejarah lebih
inovatif, kreatif dan interaktif.
Fokus kepada peristiwa, tarikh dan periodisasi

(zaman) serta tokoh-tokoh dikatakan terlalu


'kering' dan membosankan. Justeru kebijaksanaan
dan kreativiti guru diperlukan untuk menjadikan
mata pelajaran sejarah lebih diminati pelajar.
Dokumentari sejarah dan animasi mungkin
boleh digunakan untuk menarik minat dan
fokus para pelajar kepada subjek ini.
Contohnya, bagi topik kemerdekaan
dokumentari terbitan RTM dan Filem Negara
digunakan untuk membantu imaginasi
pelajar supaya lebih memahami
kemerdekaan.
Subjek sejarah adalah pemahaman mengenai ideologi
kenegaraan. Mata pelajaran sejarah bukan sekadar
peristiwa yang terjadi dalam kerangka masa dan ruang
kehidupan tetapi mengandungi persoalan integrasi
(perpaduan), normatif (nilai-nilai), falsafah, pengajaran
dan pendidikan.

Ini membolehkan setiap warganegara belajar dan


faham mengenai wujud dan letak dirinya dalam masa
dan ruang tersebut. Contohnya, Qisasul Anbia atau
Sirah Nabi Muhammad SAW bukan sekadar
menerangkan perjalanan sejarah Rasul-Rasul dan para
Nabi tetapi persoalan iman dan takwa.Memahami
sejarah Kesultanan Melayu, sejarah perjuangan
kebangsaan dan sejarah kolonialisme ada hubungan
dengan ketamadunan dan peradaban.
Dasar Pelajaran Kebangsaan, Sekolah
Kebangsaan, bahasa pengantar dalam
bahasa kebangsaan di semua peringkat
pelajaran atau pendidikan termasuk ke
peringkat ijazah tinggi di universiti-
universiti adalah instrumen perpaduan.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar

Buku Negara, Kempen Budi-Bahasa, Bulan


Bahasa Kebangsaan, Bulan Kemerdekaan
dan sebagainya adalah di antara instrumen
perpaduan dari sudut sosio-budaya.
Dasar Pembangunan Negara, Dasar Ekonomi
Baru, Dasar Penswastaan, Wawasan 2020, Pelan
Transformasi Ekonomi serta lain-lain adalah
sebahagian daripada tindakan dan pendekatan
perpaduan melalui wadah sosio-ekonomi.
Rasa kebersamaan yang berteraskan kesedaran

kebangsaan akan mengukuhkan identiti


kebangsaan. Maka mewajibkan pendidikan
sejarah perlu diperluaskan ke semua peringkat
hatta untuk menjadi birokrat, wakil rakyat dan
menteri. Ia menggambarkan sejauh mana
pengetahuan dan pemahaman kepada sejarah
kebangsaan, apatah lagi untuk menjadi
warganegara.
Sekian

Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai