Anda di halaman 1dari 30

1.

PENDAHULUAN

TAKRIFAN SEJARAH
Kata Sejarah (History) yang kita gunakan pada sekarang bersumber daripada
perkataan Arab iaitu Syajaratun yang bererti Pohon. Dari sisi lain, istilah history
merupakan terjemahan dari kata dalam bahasa Yunani yakni Histories yang
memberikan erti atau bermakna suatu penyelidikan ataupun pengkajian.(Muhd.
Yusof Ibrahim, 1986.)
Menurut Bapa Sejarah Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk
menceritakan suatu perputaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan
peradaban.(R. Suntralingam, 1985)
Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan
satu sistem yang meneliti suatu kejadian sejak awal dan tersusun dalam bentuk
kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwaperistiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang
konkrit.
Menurut R. G. Collingwood, Sejarah ialah sebuah bentuk penyelidikan
tentang hal-hal yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Shefer juga
berpendapat bahawa Sejarah adalah peristiwa yang telah lalu dan benar-benar
terjadi. Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba (1966), cuba menggambarkan sejarah
sebagai masa lalu manusia dan seputarnya yang disusun secara ilmiah dan lengkap
meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi
pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku. Sebagai usaha susulan dalam
memahami sejarah.
Bagi sejarawan moden, khususnya dari dunia Barat yang berpegang kepada
nilai sekularisme, landasan yang asasi bagi pentafsiran sejarah itu adalah
berasaskan kepada konsep sekular itu jua. Ertinya mereka menolak tafsiran yang
didasarkan kepada unsur-unsur ketuhanan dan keagamaan kerana pada pandangan
mereka tafsiran seumpama itu adalah lemah dari segi kesejarahannya, disebabkan
kerap tidak disertakan dengan sumber yang nyata. Konsepsi ini sebenarnya telah
menjalar ke seluruh dunia dan bidang-bidang keilmuan yang lain juga terperangkap
dengannya.

Secara amnya dari segi konsepnya, tafsiran sejarah membawa erti sebagai
penerangan, penjelasan, ulasan, taksiran, malah kajian terhadap sesuatu keadaan,
peristiwa atau kejadian yang pernah berlaku.Pentafsir atau jurutafsir adalah
dikatakan sebagai 'orang yang membuat penjelasan mengenai apa-apa yang
tersurat. Di dalam sejarah apa yang ditafsirkan ialah peristiwa yang telah pernah
berlaku pada sesuatu ketika yang telah lalu yang sumber-sumber mengenainya
masih lagi boleh didapati.

2. 0

PERANAN SEJARAH DALAM PENDIDIKAN DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

Bagi memartabatkan ilmu sejarah di Malaysia, maka pendedahan awal di


peringkat sekolah rendah kepada subjek ini amat penting.Membina bangsa dengan
semangat patriotisme mestilah bermula dari bangku sekolah.Melalui mata pelajaran
Sejarah serta Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan yang jelas mendidik dan
memberikan ilmu ke arah semangat cinta negara. Usaha sebegini dapat melahirkan
warganegara Malaysia yang peka akan sejarah negara dan bangsanya dan yang
paling penting melahirkan semangat patriotik di peringkat awal lagi kerana
diperingkat ini mereka mudah menerima ilmu, membentuk nilai diri dan perspektif.
Pada masa yang sama sejarah memberi kita peluang menghayati dan memahami
kerelevenan sejarah dalam kehidupan harian dan kehidupan masa depan. Cara
memupuk semangat patriotisme kepada pelajar mestilah melalui kesedaran dan ilmu
sejarah.
Justeru itu, Sejarah yang akan menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum
Standard

Sekolah

kewarganegaraan,

Rendah
patriotisme

(KSSR)
dan

mulai

2014

akan

menerapkan

unsur

perlembagaan

bagi

memastikan

murid

memahami serta menghayati sejarah negara secara mendalam. Matlamat umum


pelaksanaan, KSSR adalah satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan
satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang
melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa,
kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah.
Menerusi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah murid-murid
sekolah rendah berpeluang untuk meningkatkan semangat patriotisme.Sejarah dapat
menyemaikan bibit-bibit semangat perpaduan dan patriotik di kalangan pelajar.Ini
2

sekaligus bagi mendedahkan pelajar kepada sejarah pembangunan negara bermula


dari peringkat umur rendah.
Pelbagai unsur patriotisme boleh diselitkan dalam sukatan Sejarah agar
melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Sejarah boleh memupuk semangat
patriotisme yang tinggi dalam diri pelajar.
Antara peranan yang dimainkan oleh subjek sejarah ialah sebagai pemangkin
kepada perpaduan.Perpaduan sangat penting dalam sesebuah negara lebih-lebih
lagi negara berbilang kaum. Hal ini demikian kerana perpaduan merupakan asas
pembentukan sebuah negara yang progresif dan maju.Pepatah Melayu ada
mengatakan bahawa bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
Remaja, sebagai pewaris negara ini dan mereka memainkan peranan penting untuk
terus memupuk semangat perpaduan.Negara pernah menyaksikan detik apabila
perpaduan antara kaum telah dicemari oleh insiden 13 Mei 1969. Oleh yang
demikian, sebagai generasi yang akan meneruskan legasi agenda perpaduan untuk
generasi akan datang maka wajarlah generasi muda hari ini menghargai dan
teruskan mengekalkan bibit perpaduan yang telah terbina sekian lama.
Pembelajaran mata pelajaran Sejarah dapat meningkatkan pengetahuan
pelajar mengenai asal-usul negara.Sukatan

Sejarah yang cukup komprehensif

zahirnya dapat memberi kesedaran kepada pelajar bahawa perjuangan ke arah


kemerdekaan suatu ketika dahulu bukanlah sesuatu yang mudah. Dengan kolaborasi
dan sinergi antara kaum Melayu, Cina dan India berkat usahasama Tunku Abdul
Rahman, Tan Cheng Lock dan Tun V.T. Sambathan, barulah kita dapat merasai
nikmat

kemerdekaan.

Perkara

ini

sepatutnya

perlu

diketahui

oleh

setiap

warganegara kerana sesiapa yang melupakan akar bangsanya ibarat si Tanggang


menderhakai ibunya.Sehubungan dengan itu, mata pelajaran Sejarah berperanan
sebagai satu platform yang cukup utuh untuk mengetengahkan kembali warisan
sejarah kita suatu ketika dahulu.
Generasi muda hendaklah menghayati dan mengambil iktibar daripada
sejarah negara. Hal ini demikian kerana banyak peristiwa yang berlaku dalam
sejarah tanah air dapat dijadikan iktibar supaya sesuatu yang buruk dapat
dihindarkan. Sebagai contoh.tragedi 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam dalam
sejarah yang berlaku akibat semangat perpaduan yang rapuh dalam kalangan
masyarakat pelbagai kaum. Ahli falsafah George Santayana mengatakan orang
yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Oleh itu remaja hari ini

hendaklah diterapkan dengan pengetahuan sejarah secara lebih serius. Dengan


mempelajari, memahami, menghayati, dan mengambil iktibar daripada sejarah,
maka mereka akan menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, rasional,
dan berhemah tinggi dalam kehidupan di dalam sebuah negara majmuk seperti
Malaysia.

Jadi, remaja mestilah mengambil iktibar daripada sejarah sebagai

pemangkin semangat perpaduan yang jitu.


Ini seterusnya mengundang pelbagai soalan tentang kerelevanan pengajaran
dan pembelajaran matapelajaran sejarah khususnya di peringkat sekolah terutama
sekolah rendah.
Antara tujuan subjek sejarah diperkenalkan di peringkat sekolah adalah
sebagai usaha menyemai kefahaman Sejarah di peringkat awal bertujuan melahirkan
generasi baharu yang mampu menilai dan menghayati sejarah.Kandungan kurikulum
yang dirangka bagi sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas
seharusnya memupuk perasaan taat setia kepada bangsa dan negara. Fokus juga
diberikan kepada pemahaman menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi
jangka masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan
tahun. Dasar mewajibkan pelajar sekolah memepelajari subjek sejarah

adalah

menepati kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang inginkan


perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar secara seimbang.

3.0

KEPENTINGAN MEMPELAJARI SEJARAH

Sejarah sangat penting dalam kehidupan manusia dengan menjadi panduan dan
iktibar kepada kita untuk memperbaiki kesilapan masa lalu bagi membolehkan kita
mencipta kejayaan yang lebih gemilang.Tanpa belajar daripada kesalahan dan
kesilapan masa lalu, kita mungkin mengulangi kesilapan lampau yang bukan sahaja
merugikan seseorang individu tetapi mungkin juga kepada keluarga, masyarakat dan
negara mahupun bangsa.
Melalui sejarah, kita dapat mempelajari kejayaan bangsa dan negara seperti
zaman keemasan Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 yang boleh dijadikan
perangsang untuk memacu kemajuan negara.Tidak dapat dinafikan, pembentukan
negara Malaysia pada hari ini bertitik-tolak daripada kewujudan Kerajaan Melayu
Melaka yang telah diasaskan oleh Parameswara.
4

Sejarah juga membolehkan kita mengingati kegemilangan masa silam yang


mana jika ada kesedaran, kegigihan dan kesungguhan di kalangan pemimpin dan
rakyat,

keagungan

tersebut

mampu

diulangi

malah

mungkin

lebih

cemerlang.Malaysia kini mengecapi pelbagai kecemerlangan dalam pelbagai bidang


dan menjadi antara negara membangun yang paling maju di dunia.Dengan kegigihan
pemimpin dan rakyatnya, tidak mustahil Malaysia mampu mengecapi kegemilangan
dan mengulangi semula zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka pada abad
ke-15.

Di samping itu sejarah juga dapat memupuk semangat patriotisme atau


semangat cintakan negara. Perasaan ini timbul apabila kita mempelajari sejarah
tanahair dan dengan itu akan lahirlah rasa bangga terhadap negara dan bangsa.
Tanpa semangat ini, maruah negara kita boleh tercalar apabila lahirnya warganegara
yang sanggup mengadai dan menjual maruah negara seperti terlibat dengan
kegiatan menyeludup masuk warga asing.Semangat patriotisme timbul apabila kita
mengetahui dan memahami siapa diri, bangsa dan negara kita, serta mempunyai
pengetahuan teguh tentang sejarah negara kita. Namun begitu, ramai generasi muda
hari ini hanya mempelajari sejarah semata-mata untuk lulus di dalam peperiksaan
sama ada di peringkat sekolah mahu pun di universiti. Malangnya mereka gagal
untuk memahami kepentingan mata pelajaran sejarah dan terhasillah rakyat
Malaysia yang buta sejarah negara sendiri.

Sejarah juga membantu kita menghargai dan memelihara kemerdekaan serta


kedaulatan negara. Proses mendapatkan kemerdekaan telah pun selesai pada1957
tetapi pengisiannya bukanlah perkara yang mudah. Lebih sukar di negara majmuk
seperti Malaysia. Jika generasi muda hari ini tidak memahami sejarah pembentukan
negara, apa yang telah dibina akan runtuh dan musnah. Meruntuhkan sesuatu amat
mudah tetapi untuk membina atau membentuk sesuatu itu yang sukar.Negara
merdeka Tanah Melayu dibentuk hasil tolak ansur orang-orang Melayu untuk
menerima golongan imigran Cina dan India.Pemahaman terhadap kontrak sosial ini
amat penting untuk memacu Malaysia sebagai negara maju.Kegagalan memahami
kontrak sosial ini mampu mendatangkan impak negatif kepada negara. Namun
begitu dengan memiliki pengetahuan sejarah, rakyat Malaysia dapat memahami
situasi ini dan akan menjadi bangsa yang bersyukur seterusnya bersama-sama
mengembeling tenaga untuk membangun dan mengukuhkan negara.
5

Jelas kepada kita betapa pentingnya pengetahuan sejarah kepada rakyat


Malaysia. Tanpa pengetahuan sejarah terutamanya mengenai pembentukan negara
kita yang bermula dengan Tanah Melayu dan kemudiannya Malaysia, akan lahirlah
warganegara tanpa jati diri. Mereka ini tidak menghargai apa yang telah dimiliki pada
hari ini dan lahirlah warganegara yang tidak bersyukur, lupa asal- usul, adat resam
dan budaya. Tidak hairanlah jika akan lahir rakyat Malaysia yang tamak haloba
dalam mencapai matlamat hidup tanpa mempedulikan halal-haram dari aspek
undang-undang dan mencampakkan kontrak sosial negara ke tepi demi mencapai
cita-cita mereka. Hargailah apa yang telah kita kecapi hari ini. Presiden Amerika
Syarikat ke-44, Barack Hussin Obama dalam ucapan sulung sebagai presiden
mengungkapkan: Sejarah akan menilai kita dengan apa yang kita bina dan bukan
dengan apa yang kita runtuhkan.

4. 0

ISU SUBJEK SEJARAH KSSR 2014


Saranan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
supaya subjek sejarah diajar di peringkat sekolah rendah dan dimasukkan dalam
kurikulum menjelang 2010 sangat dialu-alukan.
Mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Allahyarham Datuk Razali Ismail,
sebelum

ini

pernah

menyatakan

kementeriannya

sedang

mengkaji

untuk

memasukkan subjek sejarah sebagai salah satu kertas dalam Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah (UPSR).
Cadangan itu pada dasarnya sangat baik memandangkan buat masa ini tidak
ada subjek sejarah secara khusus untuk murid sekolah rendah dan jika adapun
elemen sejarah ialah dalam subjek Kajian Tempatan di mana unsur sejarah yang
diketengahkan dalam subjek berkenaan lebih berkisar kepada sejarah budaya dan
sosial masyarakat Malaysia iaitu belajar hidup bersama dan bermuafakat.
Dalam era negara mencipta kemajuan khususnya dalam bidang sains dan
teknologi, banyak yang mula khuatir dan bimbang dengan tahap patriotisme serta
semangat cintakan negara di kalangan generasi muda yang diharapkan dapat
mendokong aspirasi negara.Maka, cadangan subjek sejarah diajar di sekolah rendah
ibarat pucuk dicita ulam mendatang.

Kita mahu subjek sejarah diajar di peringkat rendah dan menengah jika ia
mampu merobek permasalahan sosial yang melanda masyarakat khususnya anak
remaja pewaris masa depan. Apa yang penting, kementerian berkaitan perlu prihatin
dalam merancang sukatan subjek sejarah rendah supaya bersesuaian dan berkesan,
bukannya sejarah yang mengandungi fakta dimanipulasikan Barat.
Amat malang dan mengecewakan jika subjek sejarah yang hendak diajar
nanti dimanipulasikan dengan virus politik sempit dan hanya mengambil ketokohan
pemimpin tertentu. Tokoh agung yang memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu
seperti Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak Hussein memang
tidak dapat disangkal memainkan peranan besar.
Namun, nama besar lain seperti Ibrahim Yaakob, Dr Buhanuddin Helmi,
Ahmad Boestaman, Abu Bakar Al-Baqir serta banyak lagi janganlah dilupakan.
Bukankah perjuangan mereka penuh dengan keringat dan tumpah darah?Di sinilah
letaknya matlamat asal kita memperkenalkan subjek sejarah di sekolah rendah iaitu
untuk memberi pemahaman dan penghayatan mendalam kepada murid supaya
menghayati sejarah sejak awal lagi di samping mengenali secara dekat tokoh
terbilang yang berjasa kepada negara.Pendidikan Sejarah juga penting dalam usaha
melahirkan warga negara yang setia dan cintakan negara.
Oleh yang demikian, murid perlu diberikan pemahaman mendalam mengenai
proses perkembangan masyarakat dan negara. Kesedaran mendalam mengenai
sejarah penting kerana pada masa kini negara melalui pelbagai cabaran serta
kejayaan, dan melalui subjek sejarah kita dapat mewujudkan kebanggaan serta
keperibadian bangsa Malaysia.

Subjek sejarah memainkan peranan penting dalam memberikan penekanan


kepada unsur kesinambungan dan perubahan yang berlaku dalam kehidupan
masyarakat serta negara.Besar harapan beliau, subjek sejarah yang diajar nanti
bukan sekadar untuk tujuan peperiksaan, malah lebih penting menanam rasa hormat
dan persefahaman rakyat pelbagai kaum di samping menyedarkan mereka betapa
sejarah dan asal-usul sesuatu bangsa tidak wajar diperlekehkan demi keharmonian
kaum.Mungkin juga kita mengharapkan pada peringkat sekolah rendah, subjek
sejarah tidak perlu disibukkan dengan tujuan peperiksaan di mana murid menghafal
fakta dan tarikh tertentu untuk mendapat markah tinggi.

Oleh sebab subjek Sejarah baru di peringkat percubaan maka kita


mengharapkan subjek itu diajar dengan cara paling menyeronokkan, menghiburkan
dan selesa. Jangan sampai subjek sejarah menjadi bebanan hingga menyebabkan
hilang minat untuk mempelajari sejarah semasa di peringkat menengah nanti.
Menurut Berita Harian terbitan 25 Oktober 2010 Sejarah yang menjadi mata
pelajaran teras dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai 2014 akan
menerapkan

unsur

kewarganegaraan,

patriotisme

dan

perlembagaan

bagi

memastikan murid memahami serta menghayati sejarah negara secara mendalam.


Menurut Mantan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Fuad Zarkashi,
berkata pengenalan mata pelajaran Sejarah akan menggunakan konsep pendidikan
itu menyeronokkan membabitkan pendekatan seperti kuiz, lawatan ke tempat
bersejarah, forum, perbahasan, lakonan dan drama.Katanya, semua aspek yang
akan digunakan itu amat sesuai bagi mengelakkan murid sekolah rendah bosan
ketika menghadapi pelajaran serta dapat meningkatkan tahap pembelajaran di
sekolah.
Kementerian akan memastikan mata pelajaran Sejarah tidak diajar sehingga
membosankan murid dan oleh sebab itulah pendekatan kerja sampingan seperti
kuiz, lawatan ke tempat bersejarah, forum, perbahasan, lakonan dan drama
diperkenalkan.
Elemen sejarah yang diajar melalui subjek Kajian Tempatan di sekolah
rendah pada ketika ini kurang menerapkan ketiga-tiga unsur terbabit. Jadi, kita mahu
menekankan perkara ini supaya mata pelajaran Sejarah dapat dihayati dan difahami
oleh semua golongan masyarakat, terutama generasi muda, katanya selepas
menutup Persidangan Perwakilan Dwi Tahunan Kesatuan Guru-Guru Melayu
Malaysia Barat (KGMMB) Ke-22. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran,
Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Datuk Yaakub Md Amin, dan Presiden
KGMMB, Mohamed Sabri Mohd Arsad.
Mengulas lanjut, Mohd Puad berkata, mata pelajaran Sejarah perlu untuk
meningkatkan semangat patriotisme di kalangan anak bangsa, selain memastikan
mereka memahami asal usul supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan
apabila dewasa kelak.Keputusan yang dibuat oleh kerajaan

adalah berasaskan

kepada

sejarah

kehendak

rakyat

sendiri

yang

melihat

aspek

itu

amat

penting.Pembelajaran mata pelajaran itu dari awal pasti memberi impak positif yang
memudahkan setiap rakyat menerima diri masing-masing atas paksi di bumi
8

nyata.Pendidikan sejarah amat penting dalam masyarakat Malaysia yang berbilang


kaum.
Sementara itu, menjelas lanjut berhubung pelaksanaan Sejarah bagai mata
pelajaran teras dalam KSSR, mantan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin
Mohd Dom berkata, selain Perlembagaan, murid juga akan didedahkan kepada
peristiwa penting tanah air seperti kemerdekaan, mengenali tokoh tempatan dan
latar belakang masyarakat di negara ini menerusi mata pelajaran itu.Bagaimanapun,
kurikulum subjek ini di sekolah rendah akan lebih menjurus kepada sukatan asas
serta mudah, dan bukan fakta berat seperti pada peringkat sekolah menengah.
Kementerian akan membuat penyusunan supaya tidak berlaku pertindihan
kurikulum antara mata pelajaran Sejarah dan Kajian Tempatan kelak. Namun,
penentuan sama ada mata pelajaran teras ini dilaksanakan mulai Tahun Satu atau
Tahun Empat masih dalam perbincangan. Alimuddin berkata, langkah melaksanakan
Sejarah sebagai mata pelajaran teras di sekolah rendah juga akan membantu
persediaan murid selari keputusan Kementerian Pelajaran untuk menjadikannya
subjek wajib lulus bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai 2013.
Dalam konteks ini, beliau berkata, persediaan akan dilakukan untuk
membantu guru melaksanakan strategi pengajaran dan pembelajaran lebih menarik
supaya pelajar mampu menghayati serta menguasai subjek teras itu dengan
berkesan bagi menghadapi peperiksaan SPM.Keputusan itu (wajib lulus Sejarah
dalam SPM) bukan semata-mata disebabkan timbulnya pelbagai isu (berkaitan)
kebelakangan ini, tetapi kerana pengetahuan Sejarah amat penting untuk melahirkan
warga bertanggungjawab, ada jati diri dan bersatu padu.
Pihak KPM juga sedang dalam usaha melakukan transformasi kurikulum
Sejarah yang akan dilaksanakan mulai 2014 Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) untuk sekolah rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
untuk sekolah menengah mulai 2017. Mata pelajaran Sejarah diajar sebagai mata
pelajaran teras kepada murid sekolah rendah pada Tahap II di Tahun 4.Ia
diperkenalkan di peringkat sekolah rendah dengan hasrat memberikan penekanan
kepada pembangunan sahsiah murid di samping pemupukan nilai-nilai keperibadian
mulia dan semangat kewarganegaraan. Kandungan kurikulum di peringkat sekolah
rendah ini mencakupi sejarah awal negara sehingga kini yang bertujuan menanam
minat murid terhadap sejarah dan menyediakan mereka bagi menghadapi cabaran

masa depan dengan memahami peristiwa masa lalu serta menghayati perjuangan
tokoh-tokoh penting negara.
Fokus utama kurikulum Sejarah dalam KSSM adalah kepada pengetahuan
dan pemahaman Sejarah Malaysia, Pembinaan Negara Bangsa dan Sejarah Negara
Luar.Pengkajian sejarah bermula dari zaman prasejarah sehingga masa kini yang
disusun berdasar rentetan peristiwa mengikut pendekatan kronologi.Aspek sejarah
negara luar dikaji supaya murid mendapat gambaran besar tentang peristiwa sejarah
negara berdasarkan garis masa. Aspek ini dimasukkan dengan tujuan supaya murid
mempunyai perspektif yang lebih luas tentang proses perkembangan masyarakat
dan negara serta melihat secara perbandingan akan sejarah dalam dan luar negara
dan seterusnya memupuk rasa bangga tentang warisan dan kejayaan negara ke
arah pemantapan semangat perpaduan dan patriotism.
Melalui pendidikan Sejarah, diharapkan murid dapat menjadikan elemen
sejarah sebagai pengajaran dan iktibar untuk membina kesedaran kebangsaan dan
cintakan negara.

5.0

CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG EFEKTIF


Apakah rasionalnya guru sejarah perlu mempunyai ciri-ciri cemerlang? Jawapannya
adalah sangat mudah iaitu seorang murid akan lebih cemerlang jika dibimbing oleh
seorang guru yang cemerlang.
Sejarah merupakan mata pelajaran teras yang wajlb dipelajari oleh semua
murid secara berterusan selama lima tahun di sekolah menengah. Tujuan mata
pelajaran ini diajar di sekolah adalah untuk memupuk dan memperkukuh semangat
setia negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia.Di samping itu, mata
pelajaran Sejarah dapat mewujudkan pembangunan negara bangsa Malaysia,
semangat patriotisme dan kesefahaman antarabangsa.Dapatan pemeriksaan
Jemaah Nazir Sekolah menunjukkan mata pelajaran Sejarah kurang diminati oleh
murid.Hal ini berkait rapat dengan kaedah pengajaran guru.Pengajaran Sejarah yang
berkesan bergantung kepada sikap, keupayaan, kemahiran dan pengetahuan guru
itu sendiri. Mengikut Brown (1980), pula "Menguasai Kurikulum Sejarah bukanlah
merupakan perkara yang sukar tetapi kelemahan sebenar terletak pada cara
10

penyampaiannya". Oleh sebab itu, kaedah pengajaran guru tidak berkesan menjadi
punca utama murid kurang berminat terhadap mata pelajaran Sejarah.

5.1

Menentukan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran:


Ciri utama guru berkesan atau guru efektif ialah menentukan objektif

pengajaran dan pembelajaran dengan jelas dan saksama berasaskan tahap


pencapaian murid.Objektif perlu dimaklumkan dan diketahui oleh murid-murid
sebelum pembelajaran bermula.Penetapan sedemikian membolehkan mereka
menyedia dan mengubahsuai mind-set yang tepat terhadap pengetahuan, kemahiran
dan perlakuan yang perlu dicapai apabila pembelajaran tamat. Guru boleh mengukur
dan menilai tahap pencapaian murid berdasarkan hasil pembelajaran atau learning
outcome..Kelainan perolehan dan pencapaian di dalam suatu pembelajaran adalah
perkara biasa.
Walau bagaimanapun, jika terdapat perbezaan yang terlalu besar dalam min
pencapaian, guru perlu menyemak semula tentang kelemahan atau kesilapan dalam
pengajarannya, untuk usaha penambahbaikan.Pendekatan ini akan memudahkan
guru membuat susulan agar objektif pengajaran dan pembelajaran dicapai pada
tahap maksimum. Penentuan objektif amat mustahak dalam pengajaran dan
pembelajaran, ibarat kapal belayar perlu menentukan hala tuju agar sampai ke
destinasi

mengikut

jadual.

Seseorang

guru

tidak

akan

mencapai

tahap

efektif sekiranya tidak menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran, umpama


perjalanan tanpa tujuan akan mundar mandir, terhoyong hayang dan ke hulu ke hilir,
hingga akhirnya kecundang sendirian.

5.2. Menyediakan Rancangan Mengajar:


Guru mesti membuat perancangan pelajaran sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran, termasuklah guru berpengalaman, guru cemerlang dan guru pakar.
Persediaan mengajar oleh guru akan melibatkan masa yang berbeza mengikut
pencapaian murid, kelas, bahan, dan kearifan individu guru. Objektif dan isi pelajaran
disusun mengikut keutamaan atau kefahaman murid, seperti bermula daripada
aspek yang mudah kepada yang lebih sukar, aspek yang berada dalam pengetahuan

11

atau pengalaman murid kepada perkara yang belum berada dalam pengetahuan dan
pengalaman mereka.
Setiap perkembangan pelajaran diikuti pula oleh aktiviti murid secara
terancang dan sebahagainnya secara spontan.Pendekatan berasaskan spiral
curriculum.iaitu membolehkan murid mengembangkan ilmu sedia ada dan
memantapkan pengalaman tersedia. Mereka akan mengikuti pengajaran peringkat
demi peringkat, langkah demi langkah, fakta demi fakta, yang keseluruhannya
secara sistematik dan efektif.Guru menerajui haluan perkembangan pengajaran
dengan murid-murid mengayuh bersama menuju ke destinasi yang diketahui
bersama. Usaha dan kebersamaan sedemikian bolehmempercepatkan perolehan
kandungan pembelajaran dan seterusnya peningkatan pencapaian. Penerangan
disampaikan secara susunan tanpa memasukkan terlampau banyak isi pelajaran
dalam sesuatu masa berasaskan pendekatan teach sequentially and globally.

5.4

Pengetahuan, Kemahiran dan Kecekapan Bidang Sejarah

Seseorang guru efektif semestinya mempunyai kecekapan yang mendalam dalam


bidang atau subjek yang diajar. Guru perlu mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman yang komprehensif terhadap bidangnya.Guru seharusnya sentiasa
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam subjek diajar agar sentiasa
kemaskini, menarik, bertenaga dan inspirasional.
Ada kalanya murid bertanya perkara melebihi sukatan pelajaran atau
kurikulum yang tertera dalam buku teks. Sekiranya guru berkebolehan menjawab
dengan tepat bersama fakta dan bukti sejarah yang kukuh, pasti akan menimbulkan
minat, keyakinan dan kecenderungan murid untuk mengikuti lanjutan epistemologi
disiplin tersebut. Lebih menarik dan efektif sekiranya guru dapat menghidupkan ilmu
berkenaan dan mengaitkan dalam kehidupan murid. Murid akan melihat dan menilai
ilmu yang dipelajari adalah berguna untuk dirinya pada masa ini dan akan datang.
Demikian sebaliknya, jika guru gagal untuk menjawab pertanyaan murid atau
sentiasa menangguhkan jawapan, menyebabkan murid kurang berkeyakinan kepada
guru tersebut dan hilang minat.Lebih-lebih lagi jika guru sentiasa menghalang muridmurid daripada bertanya perkara yang di luar kurikulum, sedangkan berminat untuk
mengetahui, berkemungkinan mereka kehilangan kecenderungan untuk bertanya
dan hilang minat untuk mempelajari subjek yang diajar oleh guru berkenaan. Jika
halangan dan gangguan terhadap perkembangan murid-murid berlanjutan, situasi ini
akan mengakibatkan perencatan dan pembunuhan minat mereka untuk belajar.

5.5

Kepelbagaian Kaedah Mengajar:

12

Pembelajaran akan berjalan dengan lancar, menarik dan berkesan sekiranya guru
menggunakan pelbagai kaedah yang bersesuaian dengan isipelajaran dan
kemahiran yang akan dicapai oleh murid. Guru perlu employ a wide variety
of methods untuk menyampaikan kandungan pelajaran berbentuk teori dan amali.
Guru perlu sentiasa mengubahsuai strategi mengikut jangkaan keberkesanan
penggunaan sesuatu kaedah. Guru sejarah yang berhasrat untuk menjadikan
pengajarannya efektif, seharusnya membuat kajian atau penyelidikan mengenai
kaedah yang paling sesuai untuk sesuatu isi pelajaran, topic atau kemahiran. Kajian
saintifik perlu dibuat untuk menilai kekuatan dan kelemahan kaedah yang digunakan.
Guru perlu berkemahiran dalam membuat kajian tindakan atau pemerhatian
saintifik.Kajian menunjukkan bahawa kaedah yang digunakan amat berperanan
penting sebagai sumber kefahaman, minat dan komitmen murid dalam pengajaran
dan pembelajaran.Murid lebih tertarik kepada kaedah yang kemaskini dan
menggunakan peralatan elektronik seperti komputer, internet, power point, dan
video.Umpamanya video Hari Kemerdekaan. Walau bagaimanapun, guru yang bijak
menggunakan gaya tingkahlaku dan intonasi suara, bercerita, memek muka humor,
akan tetap menarik minat pembelajaran dan murid mengikuti pengajaran secara
efektif.

5.6

Keceriaan, Interaksi dan Penglibatan Murid

Guru efektif sentiasa berfikir dan merancang aktiviti penglibatan murid-murid dalam
pengajaran. Kemahiran berkomunikasi dan interaksi kependidikan pelbagai hala
guru-murid, murid-murid, dan murid-guru menjadi teras keberkesanan pengajaran
dan pembelajaran. Murid akan merasa pendapat dan kehadirannya diperlukan serta
dihargai. Murid-murid perlu mengenali di antara satu sama lain, saling berinterkasi
dan menggunakan panggilan baik-baik serta digemari yang membuktikan saling
communicate with interest and enthusiasm.
Semasa menyampaikan pengajaran guru seharusnya mempunyai pemikiran
positif dan bersangka-suka terhadap murid agar ilmu yang disampaikan diterima
dengan hati terbuka,ikhlas, telus, tulus, berminda ceria dan humor. Memandang
terus dan telus terhadap individu murid dan melihatnya dengan penuh empati
sertause intrinsic and extrinsic rewards more oftenthan penalties.
Situasi sedemikian akan dapat menimbulkan interaksi positif dan
konstruktif yang menghasilkan keberkatan ilmu yang disampaikan demi manfaat
jangka pendek dan jangka panjang murid dan guru. Masyarakat dan negara akan
memperolehi manfaat seterusnya.

5.7

Motivasi, Minat danMencungkil Sikap Ingin Tahu

Murid-murid boleh digalakkan untuk mengemukakan soalan, pendapat dan


menunjuk cara perlakuan. Penglibatan murid-murid secara aktif akan menimbulkan
minat yang tinggi dan berazam untuk terus berada dalam pembelajaran. Guru perlu
mencari faktor-faktor yang boleh menimbulkan minat dalam pengajaran. Ada kalanya
13

faktor ini berbeza-beza di antara satu kumpulan atau kelas murid. Apabila guru
berjaya mencetuskan minat murid-murid, mereka bukan saja akan terlibat secara
aktif, bahkan sentiasa mengunggu-nunggu kedatangan guru berkenaan. Ramai
penyelidik psikologi mendapati bahawa minat atau kecenderungan merupakan faktor
utama penglibatan serius murid dalam sesuatu pembelajaran.
Kepelbagaian dalam gaya penyampaian dan bahasa yang mudah difahami
serta formula yang tahu aplikasikan menjadikan pembelajaran murid bertambah
komited dan efektif.Guru seharusnya mengetahui taraf kebolehan bahasa murid,
pencapaian pengetahuan, dan kefahaman aplikasi sesuatu teori atau formula. Imam
Al-Ghazali mengingatkan agar gurumenggunakan bahasa yang mudah, penerangan
yang jelas, dan perbincangan isi pelajaranyang di dalam pengetahuan dan
kemahiran murid yang diajar.
Guru perlu mengelakkan daripada menggunakan bahasa dan penerangan
yang berliku-liku, berbelit-belit, perkataan sukar, dan bombastik. Ini bererti
penyampaian berbeza di antara murid sekolah rendah dengan sekolah menengah,
murid pintar dengan sederhana, dan murid normal dengan pendidikan khas.
Kepelbagaian gaya bahasa dan penerangan yang jelas akan memudahkan murid
menerima dan memahami isi pelajaran yang disampaikan oleh guru seterusnya
dapat meningkatkan prestasi pembelajaran. Sebagai kesediaan awal murid-murid
perlu dicerna dan mahirkan kefahaman mereka dalam aspek bahasa seperti yang
ditunjangkan dalam objektif KSSR.
5.7

Ujian dan Penilaian

Guru seharusnya berkemahiran mengemukakan pelbagai jenis soalan dengan tujuan


tertentu berasaskan konsep penyoalan. Di antara tujuan penyoalan ialah
mendapatkan maklumat, menguji kefahaman, menimbulkan kepekaan, menarik
perhatian,membayangkan jawapan, dan mengukuhkan pemahaman. Soalan
hendaklah mendatangkan rangsangan dan motivasi untuk pelajar berfikir secara
konstruktif dan inovatif.Soalan dibina dalam bentuk ayat mudah, berstruktur atau
terbuka.Persoalan boleh diajukan berdasarkan pendekatan konsep Taksonomi
Bloom iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sentisis, penilaian, dan
apresiasi. Hussein(1992:130) menukilkan bahawa Rutter,et al.,(1979) mengenalpasti
di antara ciri-ciri sekolah rendah berkesan di United Kingdom ialah penglibatan guru,
adanya penyelarasan dan ketekalan guru, sesi berstruktur, pengajaran yang
mencabar keintelektualan, perhubungan maksimum antara guru dengan pelajar,
persekitaran untuk mengajar dan belajar, dan, iklim positif.
Usaha memupuk semangat patriotik diteruskan di peringkat sekolah
menengah dan seterusnya ke peringkat universiti.Dalam penyemakan semula
kurikulum sejarah, unsur patriotisme ini dimasukkan secara tersurat dan secara
langsung dalam kandungan kurikulum mata pelajaran sejarah.Usaha ini diharap
dapat memastikan pemupukan semangat patriotik menjadi lebih berkesan dan
peranan guru adalah sangat penting dalam pelaksanaan di bilik darjah.

14

Melalui isi kandungan mata pelajaran Sejarah, guru boleh memupuk


semangat patriotik dan menimbulkan perasaan bangga tentang sejarah negara.
Misalnya semasa guru mengajar tentang Kesultanan Melayu Melaka, pelajar dapat
mengkaji bagaimana empayar Melaka menjadi gemilang dengan kedudukan
ekonomi yang mantap, sistem pentadbiran yang cekap dan teratur, keselamatan
yang terjamin dan dasar luar yang bijak pada abad ke-15 dan ke-16. Ketika itu,
pengajian islam dan kesusasteraan berkembang.
Pengajian sejarah dapat memberi pengetahuan kepada generasi muda
dalam peristiwa gelap nasional dan corak mencapai kejayaan-kejayaan nasional
yang dilakukan oleh individu-individu ataupun kelompok individu pada zaman dulu.
Hal ini adalah untuk menjadi rujukan kepada generasi kini dalam membuat
keputusan-keputusan untuk mengelakkan kepentingan nasional negara kita sekali
lagi diceroboh, tetapi sebaliknya memastikan kejayaan negara terus dicapai.
Guru sejarah berkesan memiliki ciri-ciri personal, profesional, sosial dan
interpersonal yang unggul. Selain daripada mendapat latihan yang baik dan
berpengalaman dalam mata pelajaran sejarah, guru sejarah berkesan juga
mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam merancang kurikulum, mengurus
kurikulum dan melaksanakan kurikulum sejarah dengan berkesan dalam pelan
tindakan organisasi pembelajaran di sekolah. Pada umumnya seorang guru sejarah
berkesan mempunyai ciri-ciri berikut :
(1) Dapat mengembangkan stail, kaedah, pendekatan, strategi pengajaran yang
berkesan bagi mencorakkan pembelajaran yang bermakna, memupuk minat dan
mengembangkan potensi murid-murid.
(2) Dapat menyusun dan merancang pembelajaran yang mencabar kebolehan murid
ke arah pengembangan pemikiran dan menggalakkan murid berfikir secara kritis,
analitikal dan kreatif.
(3) Dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang menarik dan menjadikan mata
pelajaran sejarah relevan, penting dan berguna kepada pembangunan dan
perkembangan diri murid.
(4) Mempunyai kebolehan istimewa seperti kebolehan bercerita, berlakon, daya
imaginasi, kemahiran berkomunikasi, berjenaka, daya intelektual yang tinggi,
disegani dan dihormati murid.
(5) Mempunyai personaliti yang disenangi oleh murid, menjadi pendorong dan 'role
model' kepada para pelajar.
(6) Mengamalkan pembelajaran aktif (active learning), mendorong penglibatan aktif
murid dan memberi peluang yang luas kepada murid mengembangkan kebolehan
dan potensi mereka.
(7) Kreatif dan inovatif, khususnya dari segi pengajaran, pembelajaran, personaliti
dan penggunaan pelbagai inivasi media dan teknologi pembelajaran.
15

(8) Patriotik dan 'Cinta Tuhan', iaitu satu kualiti kebolehan guru sejarah
membangkitkan semangat, memupuk kesedaran, menyuburkan idealisme, dan
membina wawasan bersama dalam pengajaran dan pembelajaran sejarah di bilik
darjah.
(9) Mempunyai kewibawaan dan karisma sebagai guru dan pemimpin pendidikan
yang berkesan dalam pengajaran mata pelajaran sejarah.
(10) Menonjolkan ciri-ciri personal yang berkesan seperti ikhlas, mesra, penyayang,
ceria, tenang, berfikiran positif dan terbuka, bijak, bertimbang rasa, bermotivasi
tinggi, mempunyai wawasan dan inspirasi serta berkebolehan menjana perubahan
dan kemajuan diri murid.
(11) Mempunyai kebolehan berhujah, kemampuan menjana dan mencetuskan
pemikiran aras tinggi, berpengetahuan yang luas, dedikasi terhadap tugas
pengajaran, minat dan dorongan profesional bagi memaju dan meningkatkan kualiti
pengajaran, semangat berusaha menjadikan diri cemerlang dan pakar bidang yang
diajar serta sentiasa berusaha memajukan diri dalam profesion perguruan yang
diceburi.
Tuntasnya, kegagalan dan keengganan guru sejarah mengekalkan sifat-sifat
guru sejarah yang berkesan, cemerlang dan bermotivasi tinggi boleh memberi impak
yang buruk kepada kemajuan dan perubahan pendidikan yang perlu berlaku di
peringkat sekolah.Perlaksanaan kurikulum sejarah di sekolah mungkin tidak berlaku
secara dinamik dan progresif sekiranya kurang kesediaan dalam kalangan guru
sejarah bagi melaksanakan pembaharuan, selaras dengan perkembangan arus
pendidikan semasa.
Faktor-faktor penentu seperti perubahan sikap guru, penguasaan aplikasi
inovasi dan teknologi maklumat, latihan dalam pengurusan dan perlaksanaan,
memperkenalkan teknik dan strategi baru yang efektif dan mampu dilaksanakan,
pemberian insentif kepada guru, pembentukan 'teamwork' dalam organisasi sekolah
dan sebagainya perlu diambilkira dalam perlaksanaan pembaharuan dan perubahan
ke arah merealisaikan lebih ramai guru sejarah yang mempunyai ciri-ciri guru sejarah
cemerlang.

6.0

PERANAN SUBJEK SEJARAH SEBAGAI PEMANGKIN MEMBINA SEMANGAT


PATRIOTISME DIRI SESEORANG WARGANEGARA.
Apakah itu patriotisme?
Menurut Kamus Dewan, patriotisme bermakna perasaan cinta yang kuat tanah air.
(Edisi Ketiga, 2002,hal. 987). Kita dapat lihat dengan jelas bahawa dewasa kini, kita
dapati semangat patriotisme ini hanya wujud di dalam diri individu di kala bulan
kemerdekaan.Semangat Patriotisme ini dapat menonjolkan keharmonian yang
dicapai oleh rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

16

Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap


'tanah air' (bahasa Latin patria <bahasa Greek patris,), oleh individu-individu dan
kumpulan-kumpulan.'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau
rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara. Patriotisme
meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak
memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli
lain dalam bangsa. Patriotisme berkait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah
ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya,
nasionalisme ialah sejenis ideologi namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai
patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan nasionalis dan
penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap
'tanah air' bangsa lain).
Mungkin ada yang tertanya-tanya atau masih keliru dengan maksud
patriotisme. Pada pandangan kami , patriotisme ini merupakan satu perasaan yang
cintakan tanah air, semangat patriotisme yang lahir di dalam jiwa ini merupakan
perasaan bangga terhadap tanah kelahiran sendiri, lebih bersifat spiritual, rasa
kecintaan yang mendalam ,subur dan kental kepada negara yang turut dicirikan oleh
beberapa nilai seperti kesungguhan, keyakinan, keberanian dan kesinambungan.
Kita dapati semangat patriotisme ini hanya muncul dalam diri setiap individu
pada musim kemerdekaan sahaja. Pada tanggal 31 Ogos setiap tahun, barulah
masyarakat ada semangat patriotisme ni. Adakah semangat patriotisme ini hanya
perlu ada dalam diri setiap individu pada bulan kemerdekaan sahaja?Ini merupakan
satu persoalan adakah kita mempunyai semangat patriotisme yang betul-betul ada
dalam diri atau sekadar untuk merayakannya.Pada pandangan kami, Patriotisme
yang wujud dalam kalangan rakyat Malaysia seharusnya membantu membentuk
perpaduan yang lebih kukuh namun, Patriotisme yang wujud dalam kalangan setiap
rakyat di negara ini sering dilihat pada bulan kemerdekaan sahaja.
Semangat Patriotisme yang wujud dalam diri pejuang-pejuang negara kita
dahulu juga telah memerdekakan negara kita dari genggaman penjajah.Tanpa
semangat Patriotisme, mustahil kita dapat merasai keharmonian seperti sekarang.
Namun, apa yang menyedihkan ramai yang tidak memahami erti sebenar
Patriotisme dan menganggap bahawa bukan tanggungjawab mereka dan
mengharapkan ada orang lain yang mempertahankan negara. Sekiranya mereka
benar-benar memahami maksud Patriotisme dengan rasa tanggungjawab sebagai
rakyat prihatin, pasti ianya akan melahirkan bangsa yang prihatin.Seterusnya akan
mewujudkan negara yang aman dan sejahtera.

Kita dapati antara contoh yang paling jelas yang dapat kita lihat adanya
semangat patriotisme dikalangan masyarakat ialah dengan mengibarkan jalur
gemilang tidak kiralah di kereta, rumah , sekolah dan sebagainya menandakan
perasaan bangga terhadap tanah air. Seseorang itu dikatakan mempunyai
patriotisme yang tinggi apabila sanggup mempertahankan tanah air daripada
penjajah serta dicaci dan berasa bangga apabila Negara mencipta
kejayaan.Semangat cintakan negara perlu terus dipupuk dalam kalangan anak-anak
17

muda supaya mereka tidak terus lupa jasa dan pengorbanan pejuang lama yang
telah sanggup berkorban segala-galanya demi anak bangsa dan tanah air tercinta
untuk kebahagiaan dan keselesaan mereka masa kini.Semangat tidak cintakan
budaya sendiri dan tidak yakin dengan kemampuan bangsa menyebabkan mereka
mudah terpesong dan mengagungkan budaya asing. Jika semangat patriotisme tidak
dipupuk , lambat laun perasaan cintakan negara akan terus lenyap dan mereka
suatu hari nanti akan hilang identiti dan sudah tidak tahu siapa sebenarnya diri
mereka.
Patriotisme boleh digambarkan sebagai sikap positif/baik terhadap sesebuah
negara atau tempat lahir oleh seseorang. Sikap positif tersebut antaranya ialah
cintakan negara,sanggup berkorban,patuh kepada undang-undang,tidak melanggar
ISA, dan sebagai orang Malaysia kita harus tanamkan semangat 1 Malaysia. Biarpun
patriotisme lebih menjurus kepada negara namun kita boleh mempraktikkannya
dalam hal-hal tertentu yang berkaitan keamanan dan kedamaian (tiada pergaduhan
dan peperangan). Beberapa sumber ada menyatakan jenis-jenis patriotisme seperti
Patriotisme peribadi,patriotisme rasmi,simbolik dan authentik patriotism.
Tanggal 16 September setiap tahun, seluruh pelosok rakyat negara ini tidak
mengira kaum, peringkat umur, pekerjaan, kaya atau miskin dan juga fahaman
politiknya, kesemuanya tidak terkecuali menyambut Hari Malaysia.Hari Malaysia
yang disambut setiap tahun adalah hari yang menjadi milik semua.Tidak seorang
pun di antara kita, perlu berasa diketepikan, sangsi atau terpinggir dalam menyambut
hari yang amat bermakna dan bersejarah kepada negara ini. Dan ia juga bukan
hanya untuk dikenang dan diraikan oleh generasi terdahulu.
Generasi muda, tidak kira apa jua kecenderungan serta minatnya, perlu
dibawa bersama dalam arus menghayati erti Hari Malaysia kerana kesannya yang
bukan sedikit terhadap pembangunan negara dari dulu sehingga kini. Justeru,
pengetahuan terhadap sejarah adalah kata kuncinya.Orang cerdik pandai sering
berkata, sejarah merupakan guru terbaik untuk mendidik manusia menjadikan
sesuatu yang lalu sebagai teladan atau sempadan. Sejarah adalah kebijaksanaan
silam yang boleh dimanfaatkan untuk membina masa depan. Tokoh sejarah, Prof.
Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, pengetahuan dan pemahaman dalam
sejarah negara adalah amat penting kerana ia adalah akar tunjang sesuatu bangsa.
Selain itu penyertaan dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang
telah dilancarkan oleh kerajaan. Dalam program ini, para pelajar yang menjadi
pelatih dilatih menjadi barisan pertahanan negara supaya mereka sedar akan
kekuatan mereka untuk mempertahankan maruah bangsa dan negara. Aktiviti-aktiviti
lasak dalam program ini seperti kawat kaki, latihan tembakan dan aktiviti redah hutan
dan penerapan nilai-nilai murni serta moral melalui aktiviti berpasukan membantu
membina jati diri dalam jiwa anak-anak remaja kita. Dengan ini, golongan remaja kita
mampu mendukung cita-cita rakyat Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai
negara maju.

7.0

PERANAN PANITIA SEJARAH DI SEKOLAH


18

Pendidikan Sejarah bertujuan untuk memupuk dan memperkukuh semangat setia


negara dan jati diri sebagai warganegara Malaysia dan warga dunia, melalui
pengetahuan dan penghayatan sejarah tanahair dan sejarah negara luar.Usaha ini
bertujuan mewujudkan semangat perpaduan dan kekitaan bangsa dan negara
Malaysia.Pendidikan Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap
Sejarah sebagai rangka kesedaran dan persefahaman antarabangsa.
Sejarah juga merupakan satu mata Pelajaran yang dapat merangsang
pemikiran.Ia membolehkan pelajar dapat melihat secara empati dan menganalisis
bagaimana manusia menggunakan masa, ruang, perubahan dan kesinambungan.
Pemahaman Sejarah dalam konteks pengajaran pembelajaran bermaksud
pemahaman secara kritis dan imaginative tentang segala aspek kehidupan manusia
silam dan kini. Untuk meningkatkan pemahaman pelajar terhadap mata pelajaran
Sejarah, pembelajaran dan pengajaran Sejarah pada masa kini bukan sahaja terikat
denga kaedah chalk and talk malah boleh dikembangkan dengan kaedah
penggunaaan ICT serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah. Aktiviti yang
dijalankan termasuklah mengadakan Bulan Patriotisme di peringkat sekolah.
Pengurusan mata pelajaran Sejarah merupakan aspek penting dalam
menentukan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan mata
pelajaran Sejarah berasaskan perancangan, penyelarasan, pelaksanaan,
pemantauan, penilaian dan penambahbaikan panitia serta persatuan mata pelajaran.
A. Panitia Mata Pelajaran
Panitia mata pelajaran Sejarah hendaklah ditubuhkan di sekolah untuk
mempertingkat pengurusan panitia dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
sejajar dengan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986 KP(BS) 8591/J1d.11(44) bertarikh
13 Mac 1986 (lampiran A).
1.1

Latar belakang

Kejayaan murid dalam pembelajaran, motivasi dan minat mereka terhadap mata
pelajaran Sejarah, mempunyai hubung kait yang rapat dengan kebolehan,
kemampuan dan keberkesanan guru yang mengajar.Oleh itu, guru mempunyai
tanggungjawab dan peranan yang penting dalam menentukan matlamat pencapaian
murid di sekolah.
Guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah hendaklah menggembleng tenaga dan
menyelaraskan aktiviti.Mereka juga harus mempunyai semangat bekerjasama, saling
membantu dan berkongsi ilmu, pengalaman serta kepakaran untuk memperbaik
kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.Oleh itu, guru yang
mengajar mata pelajaran Sejarah berupaya mencari penyelesaian masalah dalam
bidang pengajaran bahkan juga berhubung dengan motivasi, sikap dan tabiat belajar
murid.

19

1.2

Struktur Organisasi Panitia Mata Pelajaran Sejarah

Panitia mata pelajaran Sejarah adalah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua
guru yang mengajar mata pelajaran Sejarah di sekolah.
1.1.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh guru kanan mengajar mata
pelajaran Sejarah (beropsyen Sejarah) dilantik sebagai ketua panitia. Seorang
setiausaha dilantik dalam kalangan guru Sejarah, sementara pengetua menjadi
penasihat.
1.1.3 Ketua Panitia mata pelajaran Sejarah secara automatik menjadi ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah.

1.3

Tujuan Panitia Mata Pelajaran

1.3.1 Memperbaik, meningkatkan kualiti serta keberkesanan proses pengajaran dan


pembelajaran sejarah.
1.3.2 Berikhtiar dan berusaha untuk menguasai strategi pengajaran berinovatif yang
dapat mendorong serta menggerakkan kecenderungan murid terhadap pembelajaran
sejarah.
1.3.3 Mempertingkat pencapaian prestasi murid dalam mata pelajaran Sejarah
berdasarkan Nilai Letak Kerja (Take Off Value - TOV) murid ke arah mencapai
sasaran yang ditetapkan dalam rancangan akademik sekolah.
1.3.4 Mewujudkan kerjasama antara panitia mata pelajaran dengan persatuan
sejarah bagi menyokong dan memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran.
1.3.5 Mempertingkat tahap profesionalisme ahli panitia Sejarah dalam penguasaan
Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Sejarah serta kaedah-kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang terkini.
1.3.6 Menyemai nilai-nilai murni dan kemahiran pemikiran sejarah supaya dapat
melahirkan murid yang peka, menghayati sejarah tanah air dan dunia serta berfikiran
kritis, analitis dan bersemangat patriotisme.

1.4 Pengurusan Panitia Sejarah


1.4.1 Dokumen panitia hendaklah sistematik, lengkap dan kemas kini serta mudah
diakses.
1.4.2 Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sekali sepenggal.
1.4.3 Prosedur mesyuarat seperti memberitahu tarikh, masa, tempat dan agenda
mesyuarat, diedarkan kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah.
20

1.4.4 Mesyuarat perlulah ada kesinambungan dengan agenda mesyuarat yang lepas
iaitu mengandungi agenda mengesahkan minit mesyuarat dan perkara berbangkit
sebelum agenda mesyuarat yang baru dibincangkan.
1.4.5 Selepas sesuatu mesyuarat diadakan, minit mesyuarat hendaklah diedarkan
kepada setiap ahli panitia tidak lewat daripada tujuh hari selepas mesyuarat
berkenaan dijalankan. (Sila rujuk Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA)
Bil.2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat Dan Urusan JawatankuasaJawatankuasa Kerajaan untuk memperoleh maklumat berkaitan pengendalian
mesyuarat berkesan).(Lampiran B)
1.5

Peranan Panitia Mata Pelajaran Sejarah

1.5.1 Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini
untuk kegunaan ahli-ahli panitia.
1.5.2 Menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan Sejarah dengan mengambil kira
takwim persekolahan clan tahap pencapaian murid.
1.5.3 Memastikan murid mempunyai buku teks Sejarah.
1.5.4 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan
tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran murid dan kegunaan guru
untuk dibekalkan di pusat sumber sekolah.
1.5.5 Merancang menambah bahan bantu mengajar dibilik darjah seperti perisian
TMK, sama ada dengan cara membeli, merekacipta atau mengubahsuai.
1.5.6 Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan, berasaskan Jadual
Spesifikasi Ujian (JSU) yang disediakan bagi setiap tingkatan.
1.5.7 Menggunakan dapatan analisis ujian atau peperiksaan bagi tujuan merancang
program penambahbaikan.
1.5.8 Mengambil inisiatif merancang dan melaksanakan program atau aktiviti ke arah
meningkatkan profesionalisme panitia melalui latihan-latihan berterusan, bimbingan,
penyeliaan klinikal, perkembangan staf dan perbincangan profesional sesama ahli
panitia.
1.5.9 Merancang, melaksana, memantau dan menilai program atau aktiviti panitia
serta mengambil tindakan penambahbaikan.
1.5.10 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan
panitia mata pelajaran Sejarah di sekolah-sekolah berhampiran dan menyelaras
projek-projek kajian sejarah.
1.5.11 Membimbing Persatuan Sejarah sekolah dalam merancang dan mengatur
program atau aktiviti terutama aspek yang berkaitan dengan kajian sejarah.
1.5.12 Menyediakan Laporan Tahunan Panitia dan Persatuan Sejarah untuk
makluman dan tindakan pihak pengurusan sekolah.
21

1.5.13 Mewujudkan jaringan kerja dengan bahagian dan jabatan di Kementerian


Pelajaran Malaysia (KPM) serta agensi-agensi kerajaan yang lain.
1.5.14 Mendapatkan maklumat ikhtisas yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran sejarah dan pensejarahan seperti jurnal sejarah, Surat Pekeliling
Ikhtisas, kertas-kertas kerja dan lain-lain yang berkaitan.
1.5.15 Mengoptimumkan penggunaan bahan sumber yang sedia ada.
1.5.16 Mengkaji dan melaksanakan projek-projek panitia yang mempunyai ciriciri
yang praktikal, boleh diubahsuai mengikut situasi dan berfaedah.
1.5.17 Memain peranan menjamin kualiti kerja bertulis murid.
1.5.18 Mewujud dan memanfaatkan sudut mata pelajaran Sejarah di bilik darjah.
1.5.19 Bekerjasama dengan persatuan-persatuan sejarah (seperti Persatuan Sejarah
Daerah dan Persatuan Sejarah Negeri); mewujudkan galeri sejarah di sekolah bagi
memupuk minat murid terhadap mata pelajaran ini.
1.5.20 Menyediakan belanjawan panitia berdasarkan peruntukan yang ditetapkan.
1.5.21 Merancang dan mengaturkan pelbagai aktiviti seperti Sambutan Perayaan
Bulan Kemerdekaan.
1.5.22 Merancang kajian keperluan panitia.
1.6 Penutup
1.6.1. Tugas mengajar bukan sahaja mementingkan isi pelajaran semata-mata tetapi
juga unsur-unsur moral, akhlak, perpaduan, kebudayaan, kewarganegaraan serta
pemikiran logik, kritis dan kreatif. Usaha ini akan dapat melahirkan warganegara
yang berpengetahuan, bermoral tinggi, berdisiplin, bersatu padu dan berguna
kepada masyarakat.
1.6.2. Menyedari hakikat ini, jelaslah bahawa tanggungjawab utama panitia mata
pelajaran Sejarah bukan hanya setakat mencapai kecemerlangan bidang akademik
tetapi juga membantu menerapkan nilai-nilai murni dan semangat patriotisme.

Persatuan Sejarah
Persatuan Sejarah sekolah hendaklah ditubuhkan selaras dengan keperluan gerak
kerja kokurikulum sekolah berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.1/1985,
KP(BS)8591/J1d.11(29) bertankh 2 Januari 1985: Penubuhan Jawatankuasa
Bimbingan Pelajar Sekolah. (Lampiran C).

22

2.1 Latar belakang


2.1.1 Penubuhan Persatuan Sejarah adalah berasaskan konsep bahawa gerak kerja
kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah.Gerak kerja kokurikulum
khususnya Persatuan Sejarah, boleh menyediakan pengalaman tersebut bagi
perkembangan intelek, minat, bakat, sosial, jasmani dan rohani.
2.1.2 Melalui aktiviti persatuan murid dapat mempelajari kaedah menangani sesuatu
masalah dan mengamalkan nilai-nilai murni.

2.2

Struktur Organisasi Persatuan Sejarah Sekolah

2.2.1 Pengetua melantik seorang guru penasihat Persatuan Sejarah sekolah.


2.2.2 Guru Penasihat Persatuan Sejarah secara
Jawatankuasa Persatuan Unit Kokurikulum Sekolah.

automatik

menjadi

ahli

2.2.3 Keahlian persatuan adalah terbuka kepada semua murid.


2.2.4 Perlembagaan Persatuan Sejarah hendaklah digubal.
2.2.5 Sebuah jawatankuasa dibentuk terdiri daripada pengerusi, setiausaha,
bendahari dan beberapa orang ahli jawatankuasa dalam kalangan murid.

2.3. Tujuan Penubuhan Persatuan Sejarah Sekolah


2.3.1 Mewujudkan semangat kerjasama antara Persatuan Sejarah dengan panitia
sejarah.
2.3.2 Mewujudkan kerjasama antara Persatuan Sejarah dengan persatuan lain
dalam usaha menjayakan sesuatu projek atau program untuk kepentingan bersama.
2.3.3 Mempertingkat minat dan penglibatan murid dalam pembelajaran sejarah
melalui program dan aktiviti anjuran persatuan.
2.3.4 Memberi peluang kepada murid untuk belajar Sejarah melalui gerakerja seperti
pengkajian, temu ramah dengan orang sumber, lawatan ke tempat-tempat
bersejarah, muzium, arkib dan lain-lain yang berkaitan.
2.3.5 Memupuk dan menonjolkan bakat murid dalam program dan aktiviti persatuan.
2.3.6 Memupuk semangat kerjasama dan bekerja secara sepasukan.
2.3.7 Berusaha menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dan patriotisme seperti
beradab, bertatasusila, taat, bertanggungjawab, jujur, berdisiplin dan sebagainya
dalam diri murid.

23

2.3.8 Melatih murid memperkukuh ciri-ciri kepemimpinan, kesanggupan berusaha


dan memperbaik diri sendiri, sifat demokratik di samping meningkatkan minat, bakat
dan kemahiran murid dalam sesuatu bidang yang diceburi.
2.3.9 Mengukuhkan interaksi dan integrasi dalam kalangan warga sekolah.
2.3.10 Memastikan keseimbangan perkembangan intelek dengan emosi, sosial,
jasmani dan rohani.
2.4

Pengurusan Persatuan Sejarah

2.4.1 Perlantikan ahli jawatankuasa dibuat bagi setiap tahun akademik dalam
mesyuarat agung.
2.4.2 Mesyuarat Jawatankuasa digalakkan sekurang-kurangnya tiga kali setahun
iaitu pada awal, pertengahan dan akhir tahun.
2.4.3 Sebelum mengadakan mesyuarat, surat panggilan mesyuarat yang
mengandungi agenda hendaklah diedarkan kepada semua ahli jawatankuasa.
Sesalinan surat diserahkan kepada guru penasihat persatuan.
2.4.4 Keputusan mesyuarat hendaklah diminit, difail dan diedarkan kepada semua
ahli jawatankuasa dan sesalinan diberikan kepada guru penasihat persatuan.
2.4.5 Sesalinan senarai ahli jawatankuasa dan ahli yang didaftar, diserahkan kepada
guru penasihat.
2.4.6 Sebarang perubahan terhadap perlembagaan dan pendaftaran ahli hendaklah
dimaklumkan kepada guru besar.

2.5

Peranan Persatuan Sejarah

2.5.1 Jawatankuasa persatuan hendaklah merancang aktiviti-aktiviti dan projek yang


boleh dijalankan adalah seperti:
i. Peraduan mengarang atau menulis Kajian Sejarah Tempatan serta tajuk-tajuk
sejarah yang berkaitan.
ii. Lawatan sambil belajar ke muzium, arkib dan tempat- tempat bersejarah yang lain.
iii. Menganjurkan kuiz sejarah di peringkat sekolah.
iv. Membuat koleksi bahan-bahan sejarah seperti gambar, filem slaid, video, artifak,
keratan akhbar dan sebagainya.
v. Membina model.
vi. Rakaman wawancara dengan orang sumber.
24

vii. Mengadakan lakonan atau pementasan yang berteraskan peristiwa sejarah.


viii. Mengadakan pameran sejarah di peringkat sekolah.
ix. Menghias dan melengkapkan bilik atau galeri sejarah di sekolah dengan bahanbahan sumber, rujukan dan hasil-hasil yang telah diusahakan oleh persatuan
(sekiranya pihak sekolah mempunyai kemudahan dan tempat yang mencukupi).
x. Menganjurkan sesi seminar, bengkel, ceramah dan sebagainya dengan tujuan
meningkatkan pembelajaran Sejarah.
xi. Mendokumenkan peristiwa-peristiwa sejarah sekolah dan persekitarannya.
xii. Mengadakan permainan tradisional seperti gasing, congkak, wau, ting-ting dan
lain-lain.
xiii. Merekacipta laman web sekolah.
2.5.2 Jawatankuasa merancang dan menentukan jadual perjumpaan ahli persatuan
pada hari-hari tertentu dalam sesuatu minggu serta tarikh menjalankan program
yang dirancang.
2.5.3 Mencatatkan kehadiran ahli persatuan dalam semua sesi perjumpaan dan
program.
2.5.4 Membuat penilaian impak terhadap semua aktiviti yang dirancang dan
dilaksanakan supaya dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan bagi tujuan
penambahbaikan.
2.5.5 Membentangkan prestasi persatuan dan kedudukan kewangan dalam
mesyuarat agung.
2.5.6 Bekerjasama dengan persatuan sejarah di sekolah-sekolah yang berhampiran
dalam semua aspek yang berkaitan.
2.5.7 Menyediakan laporan kegiatan dan kehadiran ahli dalam program persatuan P
seperti yang dikehendaki dalam buku panduan pengurusan kokurikulum sekolah.

8.0

MEMBINA SEMANGAT PATRIOTISME MELALUI SUBJEK SEJARAH


Sebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada
caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan
semangat patriotik dari bangku sekolah lagi.
Sejak di bangku sekolah lagi seseorang murid dari Tahun Satu hingga Enam
dan pelajar dari Tingkatan Satu hingga Lima diterapkan dengan lagu Negaraku,
bacaan ikrar Rukun Negara dan mengibarkan Jalur Gemilang pada setiap kali
25

menjelangnya Ogos bulan kemerdekaan negara. Golongan muda seharusnya


mengambil contoh dan teladan pejuang kemerdekaan dahulu selain Bapa
Kemerdekaan Negara, Tunku Abdul Rahman Putra yang gigih serta mempunyai
semangat cintakan negara terdapat juga tokoh lain yang turut berjuang ke arah
kemerdekaan.
Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti
kata peribahasa Melayu, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Sekiranya
semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotic akan
terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting
kerana kita dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak
melakukan perkara-perkara yang akan memburukkan nama Negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian
dan memberikan penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di
sekolah dan di institusi pengajian tinggi . Sekiranya perkara ini dilakukan, muridmurid akan memahami dan menghayati semangat patriotic kerana aspek tersebut
dipelajari dalam mata pelajaran tertentu. Dengan perkataan lain, perkara itu akan
dipelajari secara formal di dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya
diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh hal yang demikian, semangat patriotik itu
akan terus subur dalam sanubari murid-murid hinggalah selepas mereka
menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara
besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan
semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang
kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita.Oleh itu,
Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen
dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat
patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio
hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat
patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara.
Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti
Bukit Kepong, Paloh, dan drama-drama
dengan semangat cinta akan
negara.Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalan kan
aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotic
dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini.
Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan
perumahan. Oleh itu,aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat
taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan
Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat
patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan
juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa
dahulu.Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan
dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita.

26

Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa,
agama dan fahaman politik. Dengan cara itu, anggota masyarakat akan mencontohi
pemimpin-pemimpin mereka yang memiliki semangat patiotik yang tinggi. Para
pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan menghargai
kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang
kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati.Hal ini
penting kerana, kemerdekaan yang dinikmati ini hendaklah dihayati, dijaga dan
dikekalkan sampai bila-bila.
Sekiranya perkara ini tidak dititikberatkan oleh semua orang sudah pasti
kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak tidak akan
memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.Oleh hal yang demikian,
usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang
masa tanpa henti. Hal ini demikian kerana,semangat patriotik ini penting untuk
melahirkan warganegara yang cinta akan negaranya dan pasti akan menjadi individu
yang berguna kepada bangsa, agama dan negaranya sendiri. Individu yang memiliki
semangat patriotik yang tinggi juga akan sentiasa berusaha untuk memajukan diri
dan negaranya agar mencapai kemajuan dan pembangunan dengan cepat,
setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Sekiranya semangat patriotik tidak dapat dipupuk dalam kalangan remaja,
pastilah mereka tidak ada perasaan cinta akan negara dan menyebabkan mereka
hilang jati diri. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan
peranan masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan
dalam kalangan masyarakat.Semangat patriotik boleh diserapkan melalui pelbagai
bahan grafik, ilustrasi, puisi melalui soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti pembelajaran
dalam bilik darjah. Aktiviti-aktiviti yang merupakan gerak kerja pelajar yang berkaitan
dengan tajuk mengikut kurikulum yang dirancang perlu dapat menyumbang kepada
proses pembelajaran, seterusnya memupuk nilai dan semangat patriotik.
Kenyataan Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam kenyataan
beliau pada 24 September 2012, untuk memperkasa subjek Sejarah amat tepat
sekali. Isu-isu keperluan pendidikan sejarah, kurikulum dan tafsirannya, metodologi
pengajaran-pembelajaran yang berkesan dan isu mewajibkannya dalam sistem
persekolahan kita adalah hal-hal yang sewajarnya diberi perhatian.Menurut beliau,
Sejarah sifatnya mengulangi.Apa yang berlaku pada masa lalu diulangi pada masa
kini dan mungkin diulangi pada masa depan. Sifatnya merentasi masa dan zaman.
Mempelajari dan mengkaji sejarah memungkinkan manusia mengetahui
sebab mengapa sesuatu itu berlaku pada masa lalu dan mengapa ia tidak harus
diulangi pada masa kini dan akan datang. Sejarah kejadian 13 Mei 1969 umpamanya
banyak mendedahkan faktor ideologi, pertentangan ras, kemelut sosio-ekonomi,
pemahaman budaya dan konflik politik yang menyebabkan muafakat hilang dan
akhirnya anarki terjadi.
Mengkajinya boleh membawa kesedaran dan keinsafan kepada kita untuk
memperbaiki kelemahan yang ada supaya asas perpaduan yang dibina harus
diperkukuh dengan kerjasama yang baik, persefahaman yang tinggi dengan kualiti
27

pengurusan negara dan rakyat yang berintegriti.Kealpaan kita mengkaji sejarah


boleh menyebabkan hilang ibrah dan sumber teladan dan menyebabkan peristiwa
yang sama boleh berulang lagi. Harga perpaduan, tolak ansur dan persefahaman
dalam masyarakat majmuk adalah terlalu tinggi.Ia perlu dipelihara dengan etika
kenegaraan secara telus dan tulus.
Ibarat sebuah kereta mempunyai cermin sisi dan belakang untuk dilihat
supaya pemanduan ke hadapan terarah.Begitu juga hakikat sejarah, kita tidak boleh
hanya melihat ke hadapan, melupakan peristiwa kini dan tidak reflektif terhadap
sejarah masa lalu.Apa yang dicapai kini adalah himpunan pengalaman dan
percubaan yang panjang dan berterusan. Sekiranya generasi muda umpamanya
menolak kesilaman dan mengambil sikap yang lalu itu kolot dan ketinggalan zaman
dan yang terkini itu sebagai moden dan maju, sejarah menunjukkan bahawa tanpa
adanya kesinambungan perjalanan sejarah dan budaya manusia akan menjadi
kacau.Sebab itu sejarah sifatnya dinamik perkembangannya kerana watak dan
kemajuan manusia sedemikian.Tetapi jalur sejarah dan budaya sering respons
terhadap perubahan teknologi, ilmu dan zaman.Namun asas-asas fundamental pada
diri manusia tetap memerlukan nilai-nilai yang fitrah.Dalam konteks bina negara, jati
diri dan kewatanan adalah sesuatu yang amat penting.Ia memberi bentuk dan sifat
kepada watak warganegara Malaysia seperti yang terangkum dalam Rukun Negara.
Rukun Negara adalah falsafah hidup orang Malaysia supaya kepercayaan
kepada Tuhan menjadi sesuatu yang utama.Kesetiaan kepada raja dan negara
menjadi lambang muafakat dan perpaduan.Keluhuran Perlembagaan sebagai
sumber rujuk yang utama dalam negara.Kedaulatan undang-undang sebagai asas
keadilan.Kesusilaan sebagai etika penting membangun watak dan peribadi.Jika
Rukun Negara dapat difahami dan dihayati ia bakal membentuk jati diri Malaysia.
Memiliki jadi diri Malaysia tidak bermakna kita anti-Barat dan Timur.Pada dunia Barat
dan Timur terdapat aspek-aspek berbanding yang memberi manfaat yang baik dan
boleh diperkongsi. Kelahiran sesebuah tamadun antara faktornya adalah kesediaan
melakukan adaptasi dan penyesuaian supaya ia diolah menjadi acuan kita sendiri.
Mempelajari dan memahami sejarah ibarat meneliti peristiwa zaman demi
zaman yang sifatnya berkembang dan berubah.Yang sangat penting dikaji adalah
perkembangan dan perubahan diri manusia. Apakah warga Malaysia berada dalam
senario menghormati asas-asas fundamental dalam proses bina negara dan reseptif
terhadap perubahan semasa yang sifatnya menyumbang.Aspek terpenting dalam
memperkasa subjek Sejarah adalah penyusunan kembali kurikulumnya.Kurikulum
Sejarah harus sifatnya merangkumi dan merentasi.Sejarah Malaysia tidak saja
memberi latar sejarah Melaka dan sejarah sebelum merdeka tetapi juga sejarah
selepas merdeka di mana semua pihak memainkan peranan menjadikan Malaysia
sebagai negara maju.
Apabila generasi hari ini mengkaji dan memahami sejarah Malaysia, mereka
memiliki rasa kepunyaan dan kebanggaan terhadap negara ini kerana mereka bukan
sahaja diberikan kefahaman mengenai permulaan negara ini, cabaran yang
dihadapi, cabaran sejarah Melaka yang menjadi landasan sejarah Malaysia,
muafakat pemimpin berbilang kaum dalam mencapai kemerdekaan, prinsip-prinsip
dan hikmah di sebalik terbinanya Perlembagaan Malaysia, tolak ansur yang terjadi
28

sehingga Malaysia mencapai ke tahap negara yang sedang maju seperti hari
ini.Sejarah bukan sekadar catatan tarikh sesuatu peristiwa atau tokoh-tokoh berjasa
dalam zamannya tetapi setiap yang berlaku dan melakar peta sejarah harus dikaji
dan diteliti mengapa dan bagaimana ia berlaku dan bagaimana sesuatu masalah
diselesaikan.
Sejarah Malaysia suatu ketika dulu membawa cara tafsiran penjajah dan
sifatnya Euro-centeric. Kemudian ia difokuskan kepada tafsiran mengikut jendela
Malaysia. Orientasi pentafsiran ini penting supaya perjalanan sejarah sejak lebih
setengah abad yang lalu ditafsir berasaskan kaca mata orang Malaysia.Apabila
tafsiran ini dibaca oleh anak murid, para pelajar dan generasi muda ia mencetuskan
kesedaran dan keinsafan bahawa Malaysia adalah sebuah negara unik dari sudut
latar, penyertaan warganegaranya dalam bina negara, asas toleransi yang
membawa kebijaksanaan, pemahaman terhadap asas-asas fundamental dalam
Perlembagaan, merasakan Rukun Negara sebagai suatu pedoman perjuangan dan
akhirnya bakal mencetuskan rasa kewatanan yang tinggi.
Mencetuskan kesedaran ini tidaklah suatu hal yang mudah.Ia memerlukan
metodologi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pengajaran dan kuliah
menjadi salah satu cara dalam menyampaikan bahan-bahan sejarah tetapi kerjakerja lapangan dalam bentuk penelitian dan kajian harus dikembangkan supaya di
peringkat awal lagi anak-anak memiliki kesedaran sejarah sama ada tempatan,
negeri atau negara. Ia dibuat dalam bentuk jurnal, kertas-kertas dapatan dan carian
supaya hal-hal penting yang berlaku dalam negara direkod dan diperkongsi.
Lebih-lebih lagi dengan bantuan teknologi terkini banyak perkara yang boleh
dirakam, dianalisis, ditafsir dan diperkongsi supaya para pelajar memiliki kesedaran
sejarah yang tinggi.Generasi yang buta sejarah sering tidak menghargai apa yang
berlaku. Contohnya kemajuan yang terbina kini tidak berlaku secara tiba-tiba atau
kebetulan.Ia akibat perancangan, pemikiran dan strategi bijaksana yang terjadi dan
menyebabkan generasi hari ini berada dalam iklim sosial dan kehidupan yang jauh
lebih baik berbanding situasi di awal kemerdekaan dulu.
Yang baik itu seharusnya dijadikan tradisi, manakala landasan yang berguna
itu harus diteruskan walaupun dengan pendekatan berbeza untuk respons cabaran
yang tidak serupa.Asas-asas fundamental dalam bina negara harus dipertahankan
dan dikembangkan dengan strategi baru supaya perubahan terus berlaku.Justeru
seperti subjek Bahasa Melayu, subjek Sejarah seharusnya menjadi mata pelajaran
wajib.Kurikulum, pentafsiran, buku teks, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran,
memanfaatkan teknologi baru dalam memahami sejarah, kaedah pengukuran yang
lebih komprehensif mampu menjadikan subjek Sejarah itu menarik dipelajari.
Tujuannya untuk menimbulkan kesedaran jati diri dan kewatanan supaya
generasi muda menginsafi, memahami dan menghayati sejarah adalah penting
supaya kekamingan kepada negara terbina.

29

30

Anda mungkin juga menyukai