Anda di halaman 1dari 18

SJH 1024

1.0 PENDAHULUAN

Sejarah bermaksud menyiasat. Sejarah adalah kejadian yang terjadi pada masa lampau
yang disusun berdasarkan peninggalan-peninggalan berbagai peristiwa. Peninggalan
peninggalan itu disebut sebagai sumber sejarah. Sejarah juga bermaksud tempoh masa yang
lalu selepas catatan penulisan telah dicipta. Sejarah merupakan peristiwa masa lampau yang
disusun berdasarkan peninggalan-peninggalan daripada pelbagai peristiwa dan tidak boleh
lupakan sebab tanpa adanya Sejarah kita tidak akan ada pada zaman seperti sekarang ini.

Sejarah dalam bahasa Inggeris, disebut sebagai history,ertinya masa lampau umat
manusia. Dalam bahasa Arab, Sejarah disebut sajaratun (syajaroh), maksudnya ialah pohon
dari sederhana dan berkembang menjadi besar,maka Sejarah dapat diertikan salasilah
keturunan raja-raja ataupun keturunan rakyat biasa. Dalam bahasa Yunani, kata Sejarah
disebut sebagai istoria, yang bererti belajar. Jadi Sejarah adalah ilmu pengetahuan yang
mempelajari segala peristiwa, kejadian yang terjadi pada masa lampau dalam kehidupan umat
manusia.

Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk
menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh, masyarakat dan peradaban.
Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa sejarah merupakan satu sistem yang
mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama,
menurut beliau juga sejarah adalah peristiwa-peristiwa masa lalu yang mempunyai catatan,
rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh ( R. Suntralingam, 1985). Menurut R. G. Collingwood,
Sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikan atau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang
telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Manakala Shefer pula berpendapat bahawa
sejarah adalah peristiwa yang telah lepas dan benar-benar berlaku.

Sementara itu, Drs. Sidi Gazalba (1966), cuba menggambarkan Sejarah sebagai masa
lampau manusia dan persekitarannya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan
fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman
tentang apa yang berlaku. Bagi Benedetto Croce (1866-1952), Sejarah adalah kisah tentang
1

SJH 1024
kebebasan dan semua sumber sejarah adalah sejarah semasa. Menurut Jacob Burckhadt,
Sejarah merupakan pentafsiran berdasarkan kepada sumber-sumber sama ada bertulis atau
berbentuk artifak. G. J. Renier, Sejarah ialah cerita mengenai pengalaman kehidupan manusia
dalam masyarakat yang bertamadun.

Sejarah ialah berkaitan dengan keseluruhan pengalaman manusia, masa lampau dan
masa sekarang. Ia bukanlah setakat politk masa lalu seperti yang dikatakan oleh Sir John
Seeley Sejarah ialah politik, ekonomi, sains, masyarakat, agama dan ketamadun yang sudah
berlaku. Ringkasnya, segala-gala yang sudah berlaku ialah segala-gala yang sudah berlalu.

Ahli-ahli sejarah mengumpul fakta-fakta, menyusun fakta-fakta dan membuat kesimpulankesimpulan berdasarkan fakta-fakta. Ahli sejarah tidak mendakwa ianya memberi penyelesaian
kepada masalah-masalah, tetapi cuba mengenalpasti masalah-masalah dan mengemukakan
mengapakah, bagaimankah perkara tersebut berlaku. Sejarah memberi kefahaman mengenai
manusia masa lampau dalam usaha mendapatkan kefahaman yang lebih baik terhadap
perubahan dengan harapan kefahaman sedemikian akan memberikan garis panduan yang
berfaedah bagi kegunaan masa depan.

Sejarah dalam erti kata lain digunakan untuk mengetahui masa lampau berdasarkan faktafakta dan bukti-bukti yang sahih bagi membolehkan manusia memperkayakan pengetahuan
supaya waktu sekarang dan akan datang menjadi lebih cerah. Dengan itu, kita akan timbul
sikap waspada dalam diri semua kelompok masyarakat kerana melalui pembelajaran Sejarah,
kita dapat membentuk sikap tersebut terhadap permasalahan yang dihadapi agar peristiwaperistiwa yang berlaku pada masa lampau dapat dijadikan pengajaran kepada generasi yang
akan datang.

SJH 1024

2.0 MATLAMAT MATA PELAJARAN SEJARAH

Setiap negara di dunia amat menekankan aspek kewarganegaraan dan patriotisme.


Senario sebegini membuktikan kepentingan nilai kewarganegaraan dan patriotisme dalam
merancang perkembangan sesebuah negara. Oleh itu, pelbagai bentuk cara boleh dilakukan
bagi menuju matlamat tersebut dan mempastikan kedudukan semangat jati diri bangsa akan
terus kukuh bersama dengan pembangunan dan perancangan negara. Kementerian Pendidikan
Malaysia di bawah Pusat Perkembangan Kurikulum menetapkan agar subjek sejarah menjadi
teras dalam sistem pendidikan negara kita mahupun di sekolah rendah dan sekolah menengah
baru-baru ini.

Pendidikan Sejarah bertujuan memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga
sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air. Di peringkat
sekolah rendah, kurikulumnya meliputi jangka masa selama lima ratus tahun dan disusun
secara kronologi. Kurikulum ini bertujuan untuk memberi pemahaman menyeluruh dan satu
gambaran yang lengkap tentang sejarah negara. Dalam rentetan peristiwa ini dimasukkan pula
sejarah negara luar yang mempunyai kaitan dengan sejarah negara. Sejarah negara luar ini
merupakan asas bagi pelajar untuk mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya
dengan Sejarah Malaysia.

Matlamat pendidikan Sejarah dilihat dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap Sejarah
sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antara bangsa kerana
tujuan pendidikan Sejarah juga mengembangkan unsur-unsur kemanusiaan dalam kalangan
generasi baru serta menekankan pembentukan warganegaraan yang berpatriotik. Matlamat
mata pelajaran Sejarah diajar di sekolah khususnya sekolah rendah adalah untuk
membolehkan murid memahami tingkah laku manusia, sebab dan akibat, keunikan Sejarah
tanah air dan kegemilangan negara bagi melahirkan warganegara yang patriotik dan
menjunjung amalan demokrasi di Malaysia

SJH 1024
. Selain itu, matlamat mata pelajaran Sejarah diperkenalkan di sekolah rendah juga
membolehkan murid memahami peristiwa masa lalu melalui sikap ingin tahu dan mengenal
pasti pelbagai sumber dan maklumat sejarah. Murid-murid hendaklah mengetahui peristiwaperistiwa yang penting dan bersejarah serta beristimewa yang berlaku pada masa terdahulu.
Matlamat mata pelajaran Sejarah adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan
bangga sebagai rakyat Malaysia. Melalui pengetahuan dan penghayatan sejarah tanah air, para
pelajar akan dapat memahami keadaan masyarakat dan negara dalam mewujudkan semangat
perpaduan dan kekitaan terhadap masyarakat dan negara sebagai satu unit tunggal. Hal ini
pasti akan mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran
kebangsaan dan memperkukuhkan perasaan cinta akan tanah air.

Mata pelajaran Sejarah adalah pendukung utama pemupukan semangat


kewarganegaraan dan patriotisme. Oleh yang demikian kandungan kurikulum Sejarah akan
memberi penekanan terhadap pengetahuan tentang sejarah negara dan nilai-nilai yang dapat
memupuk semangat kewarganegaraan dan patriotisme. Banyak peristiwa penting yang berlaku
dalam negara kita yang boleh dinilai kembali seterusnya menjadi nilai Sejarah yang amat
berharga kepada anak bangsa kita.

Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam ucapan Hari Kemerdekaan Malaysia 1997 turut mengangkat
kepentingan sejarah. Beliau antara lain mengungkapkan :

Selain daripada menanam semangat cintakan negara di kalangan rakyat, Hari Kebangsaan
mengingatkan kita kepada sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita. Dengan mengetahui
sejarah negara sendiri. Kita boleh merancang masa depan negara kita dengan baik dan
berkesan.
(Berita Harian : 30 Ogos 1997)

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejarah merupakan tunjang bagi mengukuhkan
kesinambungan pembinaan sebuah negara. Bagi melengkapkan proses tersebut, saluran

SJH 1024
terbaik merealisasikannya ialah melalui pendidikan khususnya pendidikan sejarah yang
merupakan teras penting dalam dasar pendidikan.

Seterusnya, matlamat pendidikan Sejarah juga membolehkan murid-murid menghargai dan


mengingati tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk negara yang tercinta. Tamsilnya,
pengorbanan dan jasa Tun Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai perpaduan kaum dan
kemerdekaan negara amat terserlah dan perlu dikenang selama-lamanya. Beliau memainkan
peranan yang penting dalam penubuhan MCA, perancang utama penubuhan perikatan UMNOMCA, penentang komunis di zaman darurat dan merupakan pejuang negara semasa menuntut
Kemerdekaan Malaya. Apabila Malaya merdeka, beliau telah dilantik sebagai Menteri
Kewangan antara tahun 1957 hingga 1959. Sesungguhnya, jasa dan pengorbanan beliau telah
menjadi salah satu kebanggaan negara.

Konklusinya, pendidikan Sejarah adalah menjadi satu kewajiban untuk kita merenung
kembali peristiwa lampau agar menjadi pengajaran dan iktibar berguna kepada anak bangsa.
Kita buka lembaran Sejarah bermulanya tapak kerajaan agung ketika era pembukaan Kerajaan
Melaka oleh Parameswara hinggalah ke abad ke-21 kini.

SJH 1024

Dibawahnya adalah matlamat mata pelajaran sejarah melalui pengurusan grafik.

Membolehkan murid-murid
memahami tingkah laku manusia,
sebab dan akibat, keunikan sejarah
tanah air dan kegemilangan Negara.

Memahami peristiwa masa lalu


melalui sikap ingin tahu dan
mengenal pasti pelbagai sumber dan
maklumat sejarah.

Memupuk semangat setia


negara dan perasaan
bangga sebagai rakyat
Malaysia.

Matlmat mata
pelajaran Sejarah.

Menghargai dan mengingati


tokoh-tokoh yang telah berjuang
untuk negara yang tercinta.

Pendukung utama
pemupukan semangat
kewarganegaraan dan
patriotisme.

Mengembangkan unsurunsur kemanusiaan


dalam kalangan
generasi baru.

SJH 1024

3.0 KURIKULUM MATA PELAJARAN SEJARAH SEKOLAH RENDAH DAPAT


MEMBENTUK PERPADUAN DI MALAYSIA.
3.1 LATAR BELAKANG KURIKULUM SEJARAH DI MALAYSIA

Pada peringkat awal pendidikan sejarah diperkenalkan di sekolah-sekolah aliran Melayu


adalah lebih bersifat kesusasteraan Melayu Klasik. Di mana, pendidikan sejarah tempatan tidak
ditekankan oleh British kerana bimbang akan menggugat kepentingan politik dan ekonominya.
Pengaruh kurikulum British dalam pendidikan sejarah semakin berkurangan hanya selepas
negara telah mencapai kemerdekaan. Manakala kurikulum sejarah bagi sekolah vernakular
Cina dan India yang pada asalnya lebih menjurus kepada sejarah negara asal tamat apabila
Laporan Razak dikemukakan pada tahun 1956. Hal ini dilakukan sebagai persediaan kepada
negara yang akan mencapai kemerdekaan dan bagi memastikan sukatan pengajaran dan
peperiksaan yang sama dilaksanakan demi perpaduan kaum di negara ini.
Perkembangan terhadap kurikulum pendidikan sejarah terus berlaku selepas negara
mencapai kemerdekaan, di mana kesedaran mengenai perpaduan dan integrasi kaum mulai
berlaku. Pada tahun 1973, terdapat perbincangan untuk mengkaji semula kurikulum sejarah .
Hal ini kerana, timbul kesedaran mengenai kandungan kurikulum sedia ada yang tidak bersifat
tempatan tetapi masih lagi bersifat western centric. Maka itu beberapa forum telah diadakan
bagi membincangkan perkara tersebut dan hasil dapatan daripada perbincangan yang
dilakukan Kementerian Pelajaran Malaysia telah digesa untuk menggunakan pendekatan yang
lebih berpusatkan ke-Malaysia dalam menggubal sukatan pelajaran dan penulisan buku teks
sejarah. Keadaan ini memperlihatkan bahawa setelah negara mencapai kemerdekaan
kesedaran mengenai perlunya menggubal kurikulum yang lebih bersifat kepada kenegaraan
Malaysia semakin meningkat.
Pada tahun 1989, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menjadikan mata pelajaran
sejarah sebagai mata pelajaran teras dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),
di mana murid di semua sekolah kerajaan wajib mempelajari mata pelajaran sejarah secara
berterusan selama lima tahun iaitu bermula dari Tingkatan 1 sehinggalah ke Tingkatan 5. Usaha
murni kerajaan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan sejarah negara di
kalangan pelajar sekolah di samping memupuk nilai patriotisme. Di mana, kandungan
Kurikulum Sejarah KBSM disusun secara bersepadu merangkumi unsur-unsur ilmu, kemahiran
dan penerapan nilai patriotisme selari dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dan
matlamat pendidikan iaitu ke arah membangunkan individu yang seimbang dari segi jasmani,
emosi, rohani, dan intelek. Dengan adanya pengetahuan sejarah negara serta nilai patriotisme
dalam diri setiap rakyat Malaysia, maka ia sudah tentunya akan dapat membentuk keperibadian
yang tinggi serta menyemarakkan lagi semangat cintakan negara.
7

SJH 1024
Perkembangan terhadap kurikulum sejarah yang terbaru pada masa kini ialah pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedang melakukan transformasi kurikulum sejarah yang
akan dilaksanakan pada tahun 2014 dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi
sekolah rendah dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi sekolah menengah
mulai 2017. Dalam KSSR mata pelajaran sejarah akan diajar sebagai mata pelajaran teras
untuk murid Tahap 2 iaitu bermula dari Tahun 4 hingga Tahun 6. Mata pelajaran sejarah
diperkenalkan di peringkat rendah dengan hasrat memberikan penekanan kepada
pembangunan sahsiah murid di samping pemupukan nilai-nilai keperibadian mulia dan
semangat kewarganegaraan. Manakala bagi kurikulum sejarah dalam KSSM lebih
menitikberatkan kepada pengetahuan dan pemahaman Sejarah Malaysia, Pembinaan Negara
Bangsa dan Sejarah Negara Luar. Dengan itu, pelajar di peringkat sekolah menengah akan
mempunyai perspektif yang lebih luas mengenai proses perkembangan masyarakat dan negara
serta melihat secara perbandingan akan sejarah dalam dan luar negara. Hal ini sudah tentunya
akan dapat memupuk rasa bangga tentang warisan dan kejayaan negara ke arah pemantapan
semangat perpaduan dan patriotism.

Justeru itu, pendidikan sejarah sememangnya merupakan subjek yang amat penting
dan kini ia telah mata pelajaran teras yang wajib untuk dipelajari oleh setiap murid. Hal ini
kerana, mata pelajaran sejarah merupakan antara saluran yang paling berkesan untuk
meningkatkan perpaduan kaum, semangat cintakan negara serta menerapkan nilai-nilai murni
terutamanya di kalangan generasi muda pada masa kini.

3.2 KURIKULUM SEJARAH KE ARAH PERPADUAN KAUM


Sejarah ialah mata pelajaran teras yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) mulai tahun 4 di Tahap Dua. Ini bertujuan menyemai
kefahaman murid terhadap mata pelajaran Sejarah di peringkat awal agar murid memperoleh
dan menguasai pengetahuan serta kemahiran Sejarah. Kurikulum Sejarah menyepadukan
pengetahuan, kemahiran, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik dalam pelaksanaannya di
dalam dan luar bilik darjah. Dalam KSSR, elemen kewarganegaraan dan nilai sivik yang diajar
melalui mata pelajaran Sejarah adalah sebagai asas dalam melahirkan warganegara yang
mempunyai identiti kebangsaan. Elemen tersebut dapat membentuk rakyat Malaysia yang
mempunyai kesepaduan sosial dan integrasi nasional. Hal ini dapat membentuk perpaduan
serta mengeratkan lagi hubungan antara kaum di malaysia tanpa mengira sesiapa sahaja.
Justeru, pengetahuan dan pemahaman aspek sejarah negara dapat melahirkan murid yang
berjiwa patriotik dengan memberi pendedahan menganalisis dan menilai fakta-fakta sejarah
secara matang. Kandungan mata pelajaran Sejarah peringkat sekolah rendah bertujuan
mendidik murid untuk memahami latar belakang negara dan sejarahnya dengan melihat
perubahan yang berlaku serta kesinambungan yang masih dikekalkan terutamanya dalam
kehidupan masyarakat di Malaysia. Kandungan mata pelajaran Sejarah disusun secara
kronologi yang membincangkan pengenalan sejarah awal negara, kedaulatan negara dan
8

SJH 1024
kemakmuran negara. Pendekatan ini disusun mengikut tajuk supaya murid dapat menghargai
sejarah tanah air dan kegemilangannya. Murid-murid akan lebih mengetahui Sejarah kerana
senang difahami setelah menyusun secara kronologi.

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah menjurus kepada nilai
patriotisme dan nilai sanggup berkorban untuk negara di mana pemimpin-pemimpin negara
telah bersatu padu tanpa mengira kaum, agama dan budaya untuk membebaskan negara kita
daripada penjajahan British. Misalnya, pemimpin negara seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Tan
Cheng Lock, dan Tun V. T. Sambanthan telah menyertai rombongan kemerdekaan di England
untuk membincangkan tarikh kemerdekaan negara. Sehubungan dengan itu, murid-murid dapat
mengetahui negara kita mencapai kemerdekaan kerana tokoh-tokoh negara yang meliputi
pelbagai bangsa bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain.

Kandungan kurikulum Sejarah amat padat dengan fakta-fakta dan tahun-tahun yang perlu
diingati oleh pelajar. Bagi pelajar, subjek ini lebih banyak bercerita tentang peristiwa yang sudah
berlalu dan mereka dapat mempelajari iktibar semasa mempelajari Sejarah. Peranan semua
kaum dalam menuntut kemerdekaan dan memakmurkan negara lebih diberi penekanan.
Sumbangan dan pengorbanan kaum lain juga dimasukkan dalam kurikulum Sejarah. Setiap
kaum mempunyai tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk kemerdekaan dan kemajuan negara.
Sumbangan kaum, masyarakat dan tokoh yang terlibat dalam perkembangan Sejarah negara
juga diambil dalam mata pelajaran Sejarah. Jelaslah bahawa, integrasi kaum dapat dibentuk
dengan senang tanpa menghadapi konflik.

Pendidikan Sejarah adalah tonggak utama dalam membina perpaduan kaum dalam
kalangan generasi muda. Kurikulum Sejarah menrangkumi pelbagai aspek yang dapat
mengukuhkan perpaduan kaum. Murid-murid yang berilmu dan kaya dengan Sejarah tidak
membangkitkan isu sensitif dan akan menjalankan tanggungjawabnya sebagai rakyat Malaysia
yang tidak kira antara satu sama lain.

Sesungguhnya, perpaduan kaum dapat dibentuk dengan mudah melalui kurikulum mata
pelajaran Sejarah. Murid-murid akan menunjukkan sikap saling menghormati, membantu dan
bertolak ansur melalui Sejarah. Mereka juga tidak membangkitkan isu-isu yang sensitif dan
dapat menaikkan kemarahan rakan-rakan dari bangsa dan agama yang lain. Setiap
perselisihan pendapat juga dapat diatasi secara bijaksana dan berhemah. Pendek kata,
kurikulum sejarah mampu membentuk perpaduan sekiranya semua pihak terlibat dan memberi
kerjasama.

SJH 1024

4.0 CADANGAN-CADANGAN
YANG
MEMANTAPKAN PERPADUAN.

BOLEH

DILAKSANAKAN

UNTUK

Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja
tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan dalam kalangan
pelajar. Integrasi di peringkat sekolah rendah adalah penting untuk perpaduan. Untuk itu, pihak
sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak
dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan.Terdapat beberapa cadangan yang boleh
dilaksanakan untuk memantapkan perpaduan antara murid-murid sekolah.

Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum yang


seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah.
Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata
yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan
secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan
tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, dalam dan luar sekolah, untuk
semua peringkat persekolahan.

Sekolah rendah ataupun menengah perlu bertanggungjawab menerapkan semangat


bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara langkah yang dapat diambil
adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah
membahagikan pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti
kajian sains atau sejarah, persembahan, dan sambutan-sambutan majlis di sekolah bagi
mengeratkan lagi hubungan antara pelajar.

Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang
terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan
aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap
kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti
kokurikulum membantu pelajar untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum
ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah
dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara
langsung menuju ke arah integrasi nasional.

10

SJH 1024
Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan
dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan
masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan
dan perpaduan diantara pelajar-pelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat
dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa
mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan
di antara palajar-pelajar.

Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti
demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak
mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak
angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar
seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan
ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia
juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional.

Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform


seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti
perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di
kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula berbunga apabila
menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala
cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan
membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta
perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan
kebudayaan berbeza.

Sudah terang lagi bersuluh, peranan seorang guru dalam mewujudkan dan memantapkan
perpaduan dalam kalangan para pelajar dan murid amatlah besar. Namun, kerjasama dari pihak
yang lain seperti ibu bapa juga perlu terlibat bersama dalam merealisasikan perpaduan ini.

11

SJH 1024

5.0 RUMUSAN

Secara ringkasnya, mata pelajaran Sejarah telah memberi beberapa impak positif dan
sememangnya memberi kebaikan kepada semua pelajar. Pendidikan Sejarah memberikan
sumbangan tersendiri terhadap pembangunan negara dan bangsa. Matlamat pendidikan
Sejarah yang begitu lengkap dan menyeluruh adalah satu permulaan yang baik. Peristiwaperistiwa sejarah

dipelajari dan ihayati untuk diadikan iktibar serta garis panduan untuk

kesinambungan pembangunan sesuatu tamadun.Usaha untuk memperkasa perpaduan dan


integrasi kaum melalui kurikulum Sejarah tiada jalan noktahnya. Kurikulum Sejarah dilihat
sebagai wadah terbaik untuk merealisasikan hasrat ini. Dalam konteks Malaysia yang
mempunyai masyarakat pelbagai etnik ini, usaha yang berterusan perlulah dilakukan untuk
memelihara dan memperkukuh perpaduan dan integrasi masyarakat pelbagai kaum ini. Kita
tidak mahu isu dan dilema perpaduan ini akan terus menjadi duri dalam daging untuk tempoh
50 tahun yang akan datang. Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana
Menteri, Dato Sri 14 Mohd Najib Tun Razak telah membuka lembaran baru ke arah
memperkasa perpaduan kaum dalam masyarakat pelbagai etnik di negara ini. Oleh itu,
kurikulum Sejarah sekolah rendah dilihat sebagai medium yang sangat signifikan dalam
merealisasikan hasrat ini.

12

SJH 1024

BIBLIOGRAFI
Chan Nelee. (2010). Pembinaan Kurikulum Sejarah ke Arah Pembentukan Perpaduan Kaum di
Malaysia dalam Proceedings International Seminar Comparative Studies in Educational System
Between Indonesia And Malaysia. Organised by UPI, UKM and UM.
Cikgu Mimi (2011). Imbas kembali tokoh perjuang kemerdekaan negara.
http://gurukreatifmuridaktif.blogspot.com/2011/08/imbas-kembali-tokoh-pejuang-kemerdekaan.
Diakses pada 10 Ogos 2015.
Collingwood R.G. The Idea Of History, Oxford University Press, 1966, hlm. 39.
Drs. Sidi Gazalba, 1966, Pengantar Sejarah Sebagai Ilmu, Jakarta, hlm. 11.
Maharom Mahmood. (2001). Kurikulum Sejarah ke Arah Memperkukuhkan Usaha Pemupukan
Semangat Patriotik dalam Kalangan Murid. Persidangan Kebangsaan Pendidikan Sejarah ke
arah pembentukan warganegara patriotik. 8-12 Oktober. Kuala Lumpur.
Mohd hafeez Mohd Niza (2010). Sokong Sejarah subjek wajib.
http://mhafeeznizam.blogspot.com/2010/11/sokong-sejarah-subjek-wajib
Diakses pada 8 Ogos 2015
Mok Soon Sang, Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar, Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd., Selangor, (2008).
Muhd. Yusof Ibrahim (1986), Pengertian Sejarah, Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan
Kaedah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 6.
Muhd. Yusof Ibrahim, Ilmu Sejarah, Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1997, hlm. 41.
Muhd. Yusof Ibrahim, Pengertian Sejarah Beberapa Perbahasan Mengenai Teori dan Kaedah,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 17.
Muhd. Yusuf Ibrahim dan Mahayuddin Haji Yahya, Sejarahwan dan Pensejarahan, Dewan
Bahasa dan Pustaka, hlm. 285.
Noor Hidayah Yusuf (2014). Langkah mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia.
13

SJH 1024
Ping Calla (2014). Langkah-Langkah Untuk Memantapkan Perpaduan Kaum Di Malaysia
Sejarah PT3
http://pingcalla.blogspot.com/2014/07/langkah-langkah-untuk-memantapkan-perpaduanmalaysia
Diakses pada 5 Ogos 2015
R. Suntralingam (1985), Pengenalan Kepada Sejarah, Merican and Sons., Sdn. Bhd., Kuala
Lumpur, hlm. 58.
R.G. Collingwood (terjemahan Muhd. Yusuf Ibrahim), Idea Sejarah, Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 2.
Shafer R.G. Jones, A Guide To Historical Method, Illineis, hlm. 2.
Tengku Iskandar, Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1996, hlm. 1040.

14

SJH 1024
LAMPIRAN

15

SJH 1024

16

SJH 1024
REFLEKSI

Segala pujian syukur kepada Tuhan kerana telah memberi rahmat dan peluang kepada
saya untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Saya dan rakan sekelas saya telah menerima
tugasan untuk kursus Perkembangan Mata Pelajaran Sejarah dalam Pendidikan di Malaysia di
bawah kod SJH 1024 oleh pensyarah pembimbing kami, Encik Linos Bin Sumping pada 27
Julai 2015. Tugasan yang diberi adalah merupakan tugasan individu dan sudah tentu
pelaksanaan tugasan ini memberi cabaran dan rintangan kepada saya.

Pertama sekali, ketika menyiapkan tugasan ini, saya sedar bahawa dalam membuat
satu hasil tugasan yang berkualiti memerlukan rujukan yang luas seperti yang telah digariskan
dalam jadual spesifikasi tugasan bahawa setiap pelajar perlu merujuk sekurang-kurangnya tiga
sumber pelbagai. Bagi memenuhi kehendak ini, saya telah bertungkus-lumus untuk mencari
maklumat yang ada melalui internet, perpustakaan dan saya juga telah bertukar-tukar fikiran
dan idea bersama rakan-rakan yang lain. Walaupun langkah ini rumit namun saya dapati cara
ini bukan sahaja memberi maklumat yang banyak namun juga memberi ruang kepada saya
untuk menilai sendiri kesahihan sebuah maklumat lebih-lebih lagi yang dipetik dari internet.

Selain itu, saya juga mendapat faedah yang banyak daripada tajuk tugasan yang diberi
iaitu matlamat mata pelajaran sejarah. Sebelum ini saya menganggap bahawa matlamat ini
hanya terlibat oleh beberapa pihak. Namun, apabila saya membuat kajian dengan lebih
mendalam lagi, anggapan saya adalah salah kerana matlamat ini dapat dijayakan sekiranya
semua pihak bekerjasama merealisasikan. Matlamat mata pelajaran sejarah ini penting kerana
melalui sejarah kita tidak akan lupakan siapa kita dan akan terus berjuang untuk negara.

Tambahan pula, saya juga telah mengetahui bahawa pentingnya kurikulum mata pelajaran
sejarah membentuk perpaduan di Malaysia. Perpaduan di Malaysia amatlah penting bagi
merapatkan jurang perbezaan ekonomi pelbagai kaum di Malaysia. Tanggungjawab menyemai
benih perpaduan dalam diri setiap individu menjadi tugas rakyat Malaysia. Kajian ini telah
menyedarkan saya tentang betapa pentingnya sifat bertanggungjawab, tabah dan sabar dalam
melakukan sesuatu kerja. Walaupun terdapat banyak halangan untuk membentuk perpaduan di
17

SJH 1024
dalam diri semua pelajar sekolah rendah, tetapi jika kita tidak berputus asa nescaya dapat kita
jayakan bersama.

Lebih-lebih lagi, banyak cadangan yang boleh dilaksanakan untuk memantapkan


perpaduan di Malaysia. Cadangan-cadangan seperti menganjurkan aktiviti bulan kemerdekaan
dan pertandingan serta aktiviti sukan dapat mengeratkan lagi hubungan silahturahim sesama
pelajar dan guru. Semua pihak hendaklah memainkan peranan vital untuk memantapkan
perpaduan tersebut kerana melalui perpaduan kita dapat mengharungi semua cabaran
bersama-sama dan menyelesaikan dengan baik.

Intihanya, walaupun terdapat kebaikan dan serba kekurangan tentang matlamat mata
pelajaran sejarah dan langkah untuk memantap perpaduan kaum, tetapi yang penting ialah
saya tetap bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan tepat pada
masa. Saya juga berharap tugasan ini menepati kehendak dan kriteria yang telah ditetapkan.
Paling penting, saya juga dengan bangganya bahawa setiap pengetahuan dan kemahiran yang
saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini menjadi nilai tambah pengalaman kepada diri
saya.

18

Anda mungkin juga menyukai