Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGERTIAN SEJARAH
Manusia dan peristiwa adalah dua perkara yang amat berkait rapat antara satu sama lain. Oleh itu, sejarah tidak dapat dipisahkan darai rentetan kehidupan manusia masa lampau hinggalah kini. Ia merupakan satu interaksi berterusan yang tiada penghujungnya. Sejarah juga menegaskan kesepaduan unsur pengetahuan, peningkatan daya intelek, pemupukan nilai-nilai murni dan perkembangan kemahiran belajar. Selain itu, Sejarah juga membentuk pemupukan kemahiran berfikir dan kemahiran pemikiran sejarah dalam setiap kalangan warganegara disamping menerapkan nilainilai murni dan semangat patriotik dalam usaha mencapai aspirasi membentuk negara,bangsa yang berkualiti. Patriotisme adalah perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Perasaan ini perlu wujud di hati setiap individu rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Sehubungan itu, semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni. Justeru, berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, setiap warganegara perlu dibimbing untuk menganalisis dan menilai faktafakta sejarah secara rasional. Natijah daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, seluruh rakyat dapat membina kekuatan semangat cinta akan negara. Terdapat pelbagai pandangan mengenai pengertian sejarah. Ilmu sejarah telah dibincangkan sejak zaman Yunani. Secara umumnya ilmu sejarah dapat dihuraikan seperti berikut: Perkara lepas yang benar-benar berlaku terutamanya peristiwa dalam kalangan manusia. Ia dianggap absolute dan objektif. Rekod mengenai perkara yang benar berlaku. subjektif. Ia berbentuk Sejarah relatif dan

SEJARAH

merupakan

pandangan menurut penulis dari apa yang berlaku. Terhasil dalam bentuk rekod bertulis.

Kemajuan Teknologi video dan audio pada abad ke-20 mempengaruhi perubahan sumber. Terdapat 3 bentuk rekod:

berkembang sekitar 500SM. penyampaian yang tertua dan dilakukan dalam bentuk lisan. bermula pada 4000SM - 500SM penyampaian dalam bentuk susunan kronologi atau urutan peristiwa. merupakan sejarah instrutif atau belajar daripada sesuatu peristiwa. sangat berpengaruh sehingga munculnya Leopard von Ranke, bapa sejarah moden.

jadi amalan penting dari tahun 800 hinggalah hari ini.

matlamatnya mewujudkan persoalan 'kenapa' dalam peristiwa sejarah dengan cara menkaji komplesiti sebab dan akibat sesuatu peristiwa itu berlaku.

Bentuk Naratif

Bentuk Didaktik

Bentuk Genetik

sejarah tidak berulang walaupun sesetengah golongan

berpendapat bahawa

sejarah itu berulang. Ini kerana sejarah itu memiliki fakta yang lengkap dengan masa dan tarikh sesuatu peristiwa itu terjadi. Walaupun proses kitaran yang silih berganti itu wujud (kelahiran, perkembangan atau kejayaan dan keruntuhan) namun agak sukar bagi kita untuk melihat sesuatu fakta yang sama muncul pada zaman akan datang di mana tarikh, objek dan tempatnya adalah sama. Oleh itu, sekali lagi saya tekankan di sini bahawa sejarah hanya berulang dari segi falsafah atau fenomena

yang mampu memberikan pengajaran, tunjuk ajar serta pengetahuan kepada masyarakat tetapi tidak berulang secara khusus pada zaman, waktu, tempat, pemimpin ataupun orang yang sama. PANDANGAN PARA ILMUAN Ilmuan islam memberikan sumbangan dalam memperkembangkan ilmu sejarah. Mereka bersetuju mengatakan sejarah sebagai satu disiplin ilmu. Sejarah dianggap sebagai suatu ilmu pengetahuan yang cuba melihat masa lampau melalui kaca mata masa kini. Ilmu sejarah turut mendapat tempat dalam kalangan ahli-ahli sejarah tempatan sejak negara belum merdeka. Ia diperkenalkan oleh sejarawan Eropah dan diperturunkan kepada penduduk tempatan. Masyarakat Barat memberikan perhatian serius terhadap kejadian yang berlaku dalam kalangan manusia. Mereka mengambil bahagian penting dalam setiap perdebatan ilmu sejarah dari segi pengertian, kepentingan dan kegunaan sejarah itu. Terdapat kesinambungan pengertian sejarah yang dibuat oleh sejarawan Barat dengan sejarawan tempatan. E.H Carr sejarawan terkenal abad ke-20 mengatakan, sejarah adalah satu proses interaksi berterusan di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, satu dialog yang tidak berkesudahan di antara masa kini dengan masa lampau(1984,27) Sejarawan tempatan seperti Shaharom Hussein mengatakan daripada pelajaran Tawarikh juga kita dapat menyingkap semula lembaran sejarah darihal kebangkitan, kemajuan, bangsa.(1950) Zainal Abidin A.Wahid pula menyatakan sejarah membolehkan kita memeriksa,mengambil pengertian dan menimbangkan satu-satu perkara itu dengan lebih saksama dan sempurna.sejarah juga boleh menjadi petunjuk dan pemandu kita. (2000) kejatuhan, dan kemuduran sesuatu

Mengikut pandangan "Bapa Sejarah" Herodotus, Sejarah ialah satu kajian untuk menceritakan satu kitaran jatuh bangunnya seseorang tokoh,

masyarakat dan peradaban.

Mengikut definisi yang diberikan oleh Aristotle, bahawa Sejarah merupakan satu sistem yang mengira kejadian semulajadi dan tersusun dalam bentuk kronologi. Pada masa yang sama, menurut beliau juga Sejarah adalah peristiwaperistiwa masa lalu yang mempunyai catatan, rekod-rekod atau bukti-bukti yang kukuh. Menurut R.G.Collingwood, sejarah ialah sejenis bentuk penyelidikanatau suatu penyiasatan tentang perkara-perkara yang telah dilakukan oleh manusia pada masa lampau. Drs.Sidi Gazalba cuba menggambarkan sejarah sebagai masa lampau manusia dan persekitarannya yang disusun secara ilmiah dan lengkap meliputi urutan fakta masa tersebut dengan tafsiran dan penjelasan yang memberi pengertian dan kefahaman tentang apa yang berlaku. V. Bryce- Sejarah adalah catatan dari apa yang telah dipikirkan, dikatakan, dan diperbuat oleh manusia. W.H. Walsh- Sejarah itu menitikberatkan pada pencatatan yang berarti dan penting saja bagi manusia. Catatan itu meliputi tindakan-tindakan dan pengalaman-pengalaman manusia di masa lampau pada hal-hal yang penting sehingga merupakan cerita yang berarti. Patrick Gardiner- Sejarah adalah ilmu yang mempelajari apa yang telah diperbuat oleh manusia. Roeslan Abdulgani- Ilmu sejarah adalah salah satu cabang ilmu pengetahuan yang meneliti dan menyelidiki secara sistematis keseluruhan perkembangan masyarakat serta kemanusiaan di masa lampau beserta kejadian-kejadian dengan maksud untuk kemudian menilai secara kritis seluruh hasil

penelitiannya tersebut, untuk selanjutnya dijadikan perbendaharaan pedoman bagi penilaian dan penentuan keadaan sekarang serta arah proses masa depan. Moh. Yamin - Sejarah adalah suatu ilmu pengetahuan yang disusun atas hasil penyelidikan beberapa peristiwa yang dapat dibuktikan dengan bahan kenyataan.

KEPENTINGAN ILMU SEJARAH Sebagai alat mendidik manusia menjadi lebih baik, menjaga kepentingan negara. Ia juga merupakan pedoman manusia supaya belajar daripada kejayaan dan kelemahan masyarakat masa lalu. Ia juga penting supaya manusia bangga dengan sejarah dahulu dan dapat menanamkan semangat patriotik dan cita akan tanah air. 3 kepentingan sejarah:
Keperluan mengetahui kebenaran

Kebenaran adalah perkara penting yang diajar dalam ilmu sejarah. Mengkaji sejarah sesuatu peristiwa dapat mendidik manusia kepada keperluan mencari kebenaran. Dalam sejarah, perkara paling utama ialah sesuatu peristiwa itu mestilah benar dan tiada unsur pemalsuan. Setiap peristiwa itu harus dibuktikan kebenarannya untuk bertujuan mengelak daripada sejarah itu digunakan untuk memenuhi kepentingan seseorang individu atau kumpulan.

Kepentingan sejarah dalam bidang pendidikan

Digunakan sejak zaman Yunani (abad ke-6SM) . untuk mendidik masyarakat pada masa itu supaya memiliki semangat patriotik. Ini kerana kerajaan Yunani perlu mempertahankan negaranya daripada ancaman musuh luar.

Pengalaman lalu untuk kegunaan kini

Peristiwa lalu digunakan untuk mengingatkan manusia supaya tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukan sebelumnya dan belajar daripada sejarah. Digunakan membimbing manusia ke arah kebaikan dan mengelak unsur-unsur keburukan. Contoh:- ancaman Komunis 1948-1960, menjadi ingatan kepada masyarakat mengenai keburukan yang mengugut kestabilan negara.

politik sosial kebudayaan

intelektual

diplomatik

bidang ilmu sejarah


linguistik pentadbiran

ekonomi arkeologi

geologi

CIRI-CIRI SEJARAH

TEPAT DAN BENAR

PENTING DAN BERMAKNA

SEBAB DAN AKIBAT

PENTING DAN BERMAKNA

Sesuatu meninggalkan kesan.Bermakna dan yang penting diingati.

SEBAB DAN AKIBAT

Apa,di mana, mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa berlaku.terbukti kesahihan

SEBAB DAN AKIBAT

Tidak boleh direka atau ditokok tambah. Bertanggungjawab terhadap sumber dan kesahihan.

kesimpulan

Generasi masa kini dapat merangka wawasan masa depan dengan lebih yakin dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara dan memajukan negara dalam semua bidang.

Maksud sumber-sumber sejarah Adalah jelas bahawa semua maklumat kita berhubung dengan peristiwa-peristiwa dan keadaan-keadaan silam berasal daripada bukti-bukti yang pelbagai jenis. Buktibukti ini dipanggil sumber. Kadangkala ada sejumlah sumber yang baik dan boleh dipercayai untuk satu-satu peristiwa, misalnya sebagai contoh, peristiwa

pemenggalan leher Raja Charles I di England pada tahun 1649, atau kisah pergerakan tentera Napoleon ke Russia. Kadangkala ada hanya satu sumber tunggal, yang tidak dapat dipercayai, misalnya sebagai contoh, dalam kes pengebumian Raja Alaric di dasar sebuah sungai. Bagi banyak hal yang penting, yang hebat, yang kita mahu ketahui mengenainya, malangnya tidak ada sumbersumber bertulis sama sekali, dan kita hanya boleh meramal saja tentang perkaraperkara itu. Contohnya, kita tidak tahu apa yang orang Jerman lakukan sebelum Julius Caesar membuat hubungan dengan mereka dan menemui kecelaruan untuk memberikan satu keterangan ringkas mengenai mereka. Kita boleh mempelajari sedikit sahaja mengenai bishop-bishop Rom (atau paus-paus) sebelum zaman Maharaja Constantine kerana sedikit sekali rujukan tentang mereka yang datang kepada kita. Sumber sumber sejarah terdiri daripada:

Rekod-rekod bertulis

Tradisi lisan

Tinggalan perkampungan prasejarah

Sebarang testimoni

Inskripsi pada batu-batu

Tinggalan manusia

Sumber adalah bahan yang tersimpan dalam arkib,perpustakaan, muzium,pejabat-pejabat menyimpan rekod dan istana. Kebanyakan ahli sejarah bergantung pada sumber sejarah yang berbentu:

epigrafi arkeologi

numismatik

sumber sejarah
Sumber dibahagikan kepada 3:SUMBER PRIMER

SUMBER SEKUNDER Sumber sejarah

SUMBER TERTIAR

DEFINISI SUMBER PRIMER Punca pertama untuk memahami sesuatu peristiwa yang telah lepas. Bahan yang belum dicetak, mentah bahan dalam bentuk fosil, artifak dan lisan. Arthur Marwick menyatakan sumber primer sebagai bahan yang wujud dalam keadaan asas, tidak sempurna dan sumber yang belum diprosese oleh pengkaji.

Sumber primer juga dikenali sebagai:

sumber awalan

sumber pertama

sumber utama

sumber sezaman

Penggunaan sumber primer oleh ahli sejarah dapat menjelaskan tentang kebenaran sejarah dari sudut keabsahan, validity, ketepatan fakta sejarah. Kaedah penulisan dan kaedah sejarah yang betul akan dapat mengelakkan kesilapan dan kesalahan dalam fakta-fakta sejarah.

fail rasmi jabatan artifak, jumpaan arkeologi surat peribadi

peta

contoh sumber primer


manuskrip yang belum dicetak

diari

batu bersurat

CIRI-CIRI SUMBER PRIMER

kandunganya masih baru dan dihasilkan oleh ideaidea kreatif tidak diterjemahkan ke bahasa yang lain dan kekal tulisan asal . sumber awal yang belum ditafsir teks yang sebenar, tidak diubahsuai dan ditokok tambah sumber maklumat pertama yang diperolehi bahan mentah- yang belum diproses ataupun meengalami perubahan secara fizikal sukar diperolehi kerana terhad,sulit,terhapus,milik peribadi atau orang perseorangan.

Kesimpulan Sumber primer pada zaman dulu sukar dikenal pasti, manuskrip dan dokumen sejarah didapati tidak tersusun dengan baik. Ia dikumpulkan dalam bilik gelap sera berhabuk. Apabila ahli sejarah gagal menggunakan sumber primer, mereka akan menggunakan sumber kedua yang banyak telah berubah daripada bentuk asal sumber.

SUMBER SEKUNDER atau KEDUA secara asasnya sumber sekunder merupakan tafsiran, kesimpulan yang dibuat oleh seseorang pengkaji sejarah dengan berdasarkan sumber utama yang berkaitan. Ia merupakan sumber-sumber sejarah yang telah diproses, di tafsir, dan dinilai oleh ahli sejarah daripada bentuk primer kepada bentuk sekunder. Louis Gottschalk mengatakan sumber sekunder ialah sumber yang berbentuk catatan yang diperolehi daripada sesiapa sahaja yang bukan saksi iaitu hadir semasa kejadian itu berlaku. Menurut M. Yusof Ibrahim, sumber sekunder ialah kajian-kajian ataupun penulisanpenulisan yang telah dilaksanakan oleh seseorang mahupun suatu kumpulan tentang peristiwa, tokoh dan sebagainya.

CONTOH-CONTOH SUMBER KEDUA

artikel majalah,surat khabar,risalah tesisi jurnal

buku

CIRI-CIRI SUMBER SEKUNDER

sumber yang diterjemahkn ke dalam bahasa lain

sifat yang ketara ialah boleh dibeli, tidak terhad, tidak sulit, diterbitkan semula, bukan milik peribadi.

sumber bahan mentah yang telah diproses

berfungsi sebagai bahan rujukan, mengalami perubahan dari bahan mentah kepada bentuk penulisan- misalnya kepada jurnal

Kesimpulan Sumber sejarah merujuk kepada bahan yang dikaji melalui pembacaan bertulis, yakin bahan yang ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah. Walaupun dianggap bahawa karya sejarah yang dirujuk berasaskan sumber kedua itu adalah benar, namun bukanlah semua karya tersebut yang ditulis adalah seratus peratus benar. Masih wujud tokoh tambah dan sifat bias yang dilakukan oleh segelintir sejarawan yang kurang profesional. Maka dengan itu, pemahaman masyarakat hanya terhad terhadap sesuatu sumber yang agak kurang jelas kebenarannya yang dirujuk.

SUMBER TERTIER

Dalam penyelidikan, terdapat juga sumber ketiga. Sumber ketiga ini kurang ditekankan oleh pengkaji kerana tidak menyedari akan kepentingannya. Sumber ketiga merupakan pilihan, penyulingan, rumusan atau senarai komplikasi kepada sumber pertama, kedua atau kedua-duanya sekali.

buku panduan senarai bacaan katalog perpustakaan

indeks, abstrak, manual, faktafakta buku

contoh sumber ketiga

bibliografi

smber tulisan

sumbersumber lain
sumber lisan
5.0 SUMBER LISAN Kaedah lisan merupakan cara memperoleh maklumt responden melalui:-

arkeologi

ucapan

perbualan

pengisahan

penceritaan

Sumber lisan merupakan sumber yang wujud melalui percakapan atau pertuturan dari mulut ke mulut oleh seseorang yang terlibat atau menyaksikan sesuatu peristiwa yang telah berlaku. Ia hanya tersimpan di dalam ingatan penyaksi dan ianya tidaklah ditulis atau dirakamkan. Namun begitu, sumber lisan boleh menjadi sumber bertulis apabila ia dirakam setelah mengalarni proses temu bual, perbincangan, dan temu duga dengan orang sumber. Pada kebiasaannya, sumber ini turut menjadi rujukan bagi ahli sejarawan dalam bidang sejarah lisan.

Sumber lisan boleh juga dikategorikan sebagai sumber utama dan sumber kedua. Lazimnya, sumber utamanya didapati daripada penyaksi-penyaksi atau orang-orang yang terlibat dalam sesuatu peristiwa sejarah itu. Mereka ini boleh memberikan maklumat asal tentang peristiwa yang mereka saksikan atau yang mereka turut terlibat. Jika mereka ini memuatkan maklumat-maklumat ke dalam pita rakaman ataupun apa-apa perakam suara, maka itu juga boleh dianggap sebagai sumber utama. Tetapi, jika mereka menulisnya, maka ia akan menjadi sumber utama yang bertulis dan bukan lisan lagi. Bagi sumber lisan dalam kategori kedua pula, ia adalah maklumat daripada mereka yang tidak menyaksikan atau terlibat dalam sesuatu peristiwa yang diterangkan.

Kepentingan sumber lisan sememangnya tidak boleh dipertikaikan lagi. Tambahan pula dalam situasi di mana kurangnya sumber utama dan kedua dalam satu-satu peristiwa sejarah. Contoh yang jelas ialah semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 3 setengah tahun iaitu dari 15 Februari 1942 hinggalah 12 September 1945. Kebanyakan daripada generasi muda pada masa kini mendapat tahu tentang peristiwa yang menggambarkan keganasan dan kekejaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu melalui cerita-cerita orang tua yang masih hidup dan telah menempuh zaman tersebut. Hal ini turut dijelaskan oleh K.Ratnam:

Layanan yang berbeza diberi kepada penduduk tempatan oleh pihak Jepun. Semua kaum iaitu orang Melayu, Gina dim India mengalami penyeksaan, penderitaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran. Kaum Gina menderita akibat kezaliman dan penyeksaan askar-askar Jepun. Akibatnya, ramai orang Cina telah melarikan diri ke pinggir-pinggir hutan untuk mengelakkan penyeksaan, kebuluran, dan kezaliman Jepun. Di sini mereka menternak ayam itik. Ini mewujudkan masyarakat setinggan di Tanah Melayu Kaum Melayu dan India diberi layanan baik tetapi ramai di antara mereka juga dihantar ke Siam untuk membina Jalan Kereta Api Maut. Akibatnya ramai orang Melayu, India dan Cina telah terkorban dalam pembinaan jalan kereta api tersebut akibat seksaan dim jangkitan penyakit tropika.

6.0 SUMBER TULISAN

Sumber tertulis adalah sumber sejarah yang diperoleh melalui peninggalanpeninggalan tertulis, catatan peristiwa yang terjadi di masa lampau, misalnya prasasti, dokumen, naskhah, piagam, babad, surat khabar, tambo (catatan tahunan dari Cina), dan rakaman. Sumber tertulis dibahagikan menjadi dua, iaitu sumber primer (dokumen) dan sumber sekunder (buku perpustakaan).Biasanya sumber tertulis dapat memberikan informasi aspek-aspek yang akan kita teliti, misalnya aspek sosial, ekonomi, budaya, politik, dan lain-lain. Dilihat dari segi bentuknya, sumber tertulis dapat berbentuk tulisan yang tercetak dan tulisan yang masih ditulis tangan atau manuskrip. Ada beberapa contoh sumber tertulis yang dapat dijadikan sumber penelitian sejarah, iaitu sebagai berikut.

Buku Sejarah Nasional Indonesia merupakan upaya untuk menulis sejarah Indonesia yang indonesiasentris (Sumber : Nugroho Notosusanto, dkk, 19 )

a. Laporan-laporan

Laporan-laporan dapat berupa laporan yang dibuat oleh lembaga pemerintah atau lembaga non pemerintah. Pembuatan laporan biasanya dilakukan per tahun. Jadi, kita bisa menggunakan laporan tahunan. Pada lembaga-lembaga pemerintah, biasanya suka dibuat laporan tahunan. Sedangkan laporan non pemerintah misalnya

laporan perusahaan. Dengan adanya laporan tahunan perusahaan kita akan mengetahui bagaimana perkembangan perusahaan dalam periode tertentu.

b. Notulen rapat

Notulen rapat adalah catatan-catatan yang berisi tentang hal-hal yang menjadi materi penting dalam pembicaraan rapat. Catatan dibuat biasanya oleh salah seorang yang ditunjuk atau ditugaskan untuk menjadi pencatat atau sekretaris. Notulen rapat memberikan informasi yang berharga dalam penelitian sejarah, apalagi bila notulen rapat yang kita temukan itu masih dalam bentuk tulisan tangan si petugas penulis. Apabila kita menemukan bentuk notulen rapat yang demikian, maka itu termasuk sumber primer. Dalam notulen rapat, biasanya terdapat materi penting yang menjadi bahasan rapat.

c. Surat-surat Surat-surat dapat menjadi sumber sejarah baik surat-surat peribadi maupun suratsurat resmi yang dibuat oleh pemerintah. Dalam surat kita bisa melihat tanggal, ditujukan kepada siapa, dari siapa (pembuat), dan isi dari surat itu. Isi surat ini akan memberikan suatu informasi penting apa yang terjadi pada saat itu. Surat biasanya dapat berupa tulisan yang singkat, dapat pula surat yang panjang dan ada lampirannya. Baik surat yang pendek maupun surat yang panjang merupakan sesuatu yang berharga dalam penelitian sejarah. Apabila kita menemukan surat yang ada lampirannya, maka kita kemungkinan akan menemukan banyak data atau informasi yang kita betulkan dalam penelitian.

d. Surat khabar Dalam surat khabar biasanya banyak berita yang memuat tentang hal- hal yang terjadi di masyarakat. Berita-berita tersebut merupakan sumber yang berharga bagi peneliti sejarah. Peneliti sejarah dapat menyeleksi bagian mana dari berita itu yang dapat dijadikan sumber bagi penelitiannya. Sumber tertulis ini yang banyak merekam atau mencatat kejadian- kejadian sehari-hari yang terjadi di masyarakat.

Berita yang dimuat dalam surat khabar sangat beragam, ada berita ekonomi, politik, sosial dan budaya. Bagi peneliti sejarah, berita-berita tersebut dapat dijadikan sebagai sumber bahan penelitianya. Sumber yang digunakan tergantung pada tema penelitian yang diselidiknya. Berita dari yang disajikan oleh surat kabar yang satu dengan yang lainnya, kemungkinan akan menunjukkan suatu analisis yang beragam. Pembedahan ini disebabkan oleh kepentingan dari masing-masing penerbit surat khabar. Setiap surat khabar memiliki kepentingan atau misi untuk membentuk opini atau pendapat masyarakat. Surat khabar yang diterbitkan oleh pemerintah dan nonpemerintah tentu akan memiliki perbedahan dalam menilai suatu peristiwa.

e. Catatan peribadi Catatan peribadi adalah catatan yang dibuat oleh seorang individu yang menceritakan pengalamannya yang ia pandang penting untuk dicatat. Biasanya ada orang-orang tertentu yang memiliki kebiasaan untuk menulis pengalamannya. Bahkan yang ia catat bukan sekadar apa yang terjadi pada dirinya, tetapi mungkin mencatat pengalaman orang lain yang ia lihat. Catatan peribadi ini dapat memberikan informasi yang mungkin saja tidak terdapat pada laporan-laporan resmi, misalnya laporan resmi pemerintah. Ada pula dari catatan-catatan pribadi ini yang kemudian disusun oleh si pemilik catatan tersebut menjadi sebuah autobiografi.

6.0 SUMBER ARKEOLOGI Kaedah mendapatkan maklumat berdasarkan saintifik dipanggil sumber arkeologi. Memperoleh maklumat melalui proses gali. Ahli arkeologi mempunyai tugasan untuk mengesan, menjelajah dan mencari petunjuk tinggalan artifak sejarah zaman lampau. Melalui tinggalan ini seseorang mengetahui usia, kegiatan masyarakat dan perkembangan semasa yang berlaku ketika itu. Contoh artifak:- piramid, mumia raja-raja mesir.

logam peralatan daripada logam contoh artifak

tembikar

kulit siput

binaan batu

fosil

6.1 KESIMPULAN Jelas bahawa semua maklumat mengenai kisah lampau perlu disertakan dengan bukti. bukti-bukti yang dikemukakan ini dikenali sebagai sumber sejarah. Kebanyakan pengkaji sejarah lebih berminat menggunakan sumber kedua kerana ia mudah diperoleh dan sudah ditulis oleh orang lain. Sebaiknya ahli sejarah menggunakan sumber primer dalam sesuatu kajian dan penulisan sejarah kerana ia memberi peluang kepada mereka untuk membuat tafsiran asal mengenai sesuatu peristiwa sejarah.

7.0 KEPENTINGAN SUMBER SEJARAH

sebagai punca pertama untuk memahami peristiwa lepas. dapat menjelaskan kebenaran sejarah dari sudut validity sebagai kajian awal (literature review) sebagai panduan untuk mencari sumber-sumber yang lain penting untuk menampal tompok-tompok sejarah yang mungkin tiada dalam bentuk tulisan. membantu memberi gambaran yang lengkap mengenai sesuatu peristiwa yang berlaku. untuk memberi penjelasan mengenai tinggalan lama, monumen, artifak. dapat menanamkan semangat ingin tahu (curiosity) yang kuat untuk mengetahui asal usul sesuatu tamadun. dapat memberikan kepuasan kendiri kepada pengkaji sejarah. dapat mengasah kemahiran yang tersedia ada di samping menambah lagi kemahiran, dan pengetahuan mengenai penggunaan teknologi canggih. Dapat menarik minat pembaca dan menjadikan sesuatu penulisan sejarah menarik dengan adanya gambar-gambar sekali gus dapat memberikan pemahaman yang jelas. memudahkan pengkaji bertukar maklumat dengan ahli sejarah yang lain di samping mempercepatkan pencarian maklumat.

Anda mungkin juga menyukai