Anda di halaman 1dari 14

PENGENALAN

Pengertian sejarah oleh ahli-ahli sejarah amat penting dalam menentukan ruang

lingkup sejarah dan dapat menentukan sejauh mana pendekatan sejarah dapat dibezakan

daripada pendekatan ilmu-ilmu lain seperti sains semulajadi dan sains kemasyarakatan.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ruang lingkup ialah litupan bidang sesuatu kegiatan

atau ilmu pengetahuan atau yang diliputi oleh sesuatu perbincangan melalui penulisan dan

sebagayang diberi tumpuan oleh ahli sejarah semasa membincangkan atau menulis tentang

sesuatu peristiwa sejarah.

Maksud sejarah secara umumnya pula adalah suatu penyelidikan terhadap peristiwa

yang berlaku pada masa lampau. Segala peristiwa yang berlaku tersebut dan direkod serta

dikaji oleh ahli sejarah dianggap sebagai sejarah. Menurut Kamus Dewan, sejarah sebagai

sastera lama, asal-usul, riwayat, salasilah dan peristiwa yang benar-benar berlaku pada masa

lampau. Menurut Ibrahim Alfian dan Pyan Husayn, ‘sejarah’ berasal dari kata Arab ‘syajarah’

yang bermaksud pohon iaitu membawa erti salasilah, riwayat, keturunan dan asal-usul. Bagi

R. O. Winstedt (1878-1966) pula, perkataan sejarah berasal dari bahasa Arab yang membawa

makna salasilah, tawarikh dan babad. Menurut Frederick J. Teggart (1870-1946),

In the broadest view, everything that has occurred in the past is, or
may be, material for history, but it is commonly appreciated that not
all happenings within a country from day to day are of “historical”
importance. The subject matter of history consists of occurrences
which are unusual and out of the common, of events which for one
reason or another compel the attention of men, and which are held
worthy of being kept in remembrance.

Terjemahan: Dalam pandangan yang luas, segala sesuatu yang telah


terjadi pada masa lalu adalah atau mungkin, bahan untuk sejarah,
tetapi biasanya difahami bahawa tidak semua kejadian dalam sesebuah
negara yang berlaku dari hari ke hari mempunyai kepentingan
‘bersejarah’. Subjek sejarah terdiri daripada kejadian yang luar biasa

1
daripada biasa, kejadian yang menjadi sebab atau menarik perhatian
manusia, di mana ia layak untuk disimpan dalam ingatan.

Bagi R. G. Collingwood (1889-1943), beliau mengaitkan sejarah sebagai suatu kajian

atau penyelidikan. Hal ini kerana peranan ahli sejarah adalah mengesahkan kebenaran sejarah

melalui pentafsiran bukti atau sumber. Manakala bagi Leopold von Ranke (1795-1886),

matlamat pengajian sejarah adalah untuk menggambarkan kejadian-kejadian sebagaimana

sebenarnya berlaku berasaskan fakta-fakta dan dokumen-dokumen yang dikaji secara saintifik.

Saintifik disini bermaksud mengutamakan ketepatan tarikh dan fakta supaya sejarah tidak

sewenang-wenangnya ditokok tambah atau direka.

SUDUT PANDANGAN F. J. TEGGART TERHADAP RUANG LINGKUP SEJARAH

F. J. Teggart berpendapat dalam bukunya Theory of History (1925), bahawa sejarah

merupakan kajian terhadap tindak-tanduk manusia yang memberi kesan kepada sesuatu

kelompok masyarakat atau negara. Menurut Teggart, “Again, it is a point borne in upon us by

the events of the last decade that history concerned, not with everyday life of individuals, but

with happenings which affect the welfare of communities in a higher sense that the

vicissitudes of men’s private fortunes.” Ini bermaksud ruang lingkup yang dikaji oleh Teggart

bukan semata-mata kajian individu atau kehidupan peribadi individu. Oleh itu, perjuangan

genting yang dilakukan oleh seseorang individu atau kelompok yang menentukan nasib

bangsa atau negara akan dikaji oleh Teggart.

F. J. Teggart menolak tanggapan bahawa sejarah mengkaji nasib seseorang, atau

kehidupan harian seseorang dan perubahan-perubahan yang berlaku dalam kehidupan

peribadinya. Oleh itu, Teggart telah merujuk kepada beberapa kajian yang menjadi pilihan

ahli-ahli sejarah dalam daya upaya untuk mengesahkan pendapatnya.

2
Contohnya, Teggart ada menyentuh mengenai kajian Herodotus dalam Perang Parsi

dalam bukunya Theory of History iaitu, “This was a story, simple in action, conceived in the

old heroic spirit, of a victory won against overwhelming odds. The account was one that

redounded to the glory of Athens and flattered Athenian pride. Herodotus represented the

Athenians as ‘truly the saviors of Greece’; but he did more: gave currency and authority to a

story which embodied Athenian tradition and justifies Athenian empire.” Teggart mendapati

Herodotus yang merupakan ‘Bapa Sejarah’ telah mengkaji Perang Parsi iaitu krisis

pencerobohan Persia yang melibatkan nasib orang Yunani dan Parsi.

Selain itu, F. J. Teggart turut menyentuh mengenai kajian ahli-ahli sejarah Rom iaitu

Polybius dan Livy dalam buku yang sama dengan menyatakan bahawa dua ahli sejarah ini

telah meninjau kebangkitan Rom dalam usaha menjadi sebuah kuasa besar dunia.

Berdasarkan hal tersebut, Teggart menyatakan, “The extension of the power of Rome had a

further influence on historiography, since it may be said to have forced upon men a second

type of history, namely, that in which the past of a single nation is seen as a self-contained

whole.” Hal ini menunjukkan pemilihan Teggart terhadap kajian-kajian tersebut

menggambarkan keinginan ahli-ahli sejarah untuk mempamerkan tindak-tanduk sesuatu

kelompok masyarakat terutama yang memberi kesan kepada nasib, hidup atau mati sesuatu

kelompok masyarakat dan negara.

F. J. Teggart turut menyatakan bahawa sejarah dikaji apabila ada kronologi kerana

menurutnya, “In ‘history’, on the other hand, there must be unity and logical coherence of the

parts. History displays an ‘action’ (in the dramatic sense) with a beginning, middle, and end.”

Hal ini jelas menunjukkan Teggart menyatakan bahawa sejarah dikaji apabila setiap

kronologi ada permulaan, pertengahan dan pengakhiran. Begitu juga dengan tindakan

3
manusia yang tidak memberi kesan kepada sesuatu kelompok masyarakat atau negara tidak

perlu dikaji.

Secara umumnya, saya bersetuju dengan pandangan F. J. Teggart. Hal ini demikian

kerana dapat dilihat dalam konteks pengkajian peristiwa sejarah, kebanyakan ahli sejarah

banyak menekankan tindakan individu atau kelompok masyarakat yang memberi kesan yang

besar kepada masyarakat dan negara.

Contohnya, semasa ahli sejarah mengkaji peristiwa Malayan Union, saya mendapati

kebanyakan ahli sejarah menekankan tindakan Dato’ Onn dan rakan-rakannya telah pergi ke

seluruh Tanah Melayu bagi membangkitkan kesedaran dalam kalangan orang Melayu untuk

bersama-sama menentang Malayan Union. Hasilnya, penentangan tersebut telah dizahirkan

melalui demontrasi secara aman. Buktinya, demontrasi tersebut telah dilakukan di Kota

Bharu, Kelantan, Johor Bharu, Johor dan Alor Setar, Kedah.

Hal ini menunjukkan bahawa tindak-tanduk Dato’ Onn dan rakan-rakannya telah

membawa kesan kepada masyarakat serta negara dan wajar dikaji oleh ahli sejarah bertepatan

dengan pandangan F. J. Teggart. Sekiranya tidak dikaji tindakan manusia iaitu Dato’ Onn dan

rakan-rakannya, maka peristiwa penentangan Malayan Union tidak dapat dikaji dengan

sebaiknya. Tindakan ini tidak dilaksanakan oleh individu sahaja, malahan kelompok

masyarakat yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dalam menentang kuasa

asing di Tanah Melayu.

Pandangan Teggart terhadap ruang lingkup kajian sejarah disokong oleh Arnold J.

Toynbee (1889-1975). Hal ini berdasarkan kepada Toynbee yang menyatakan kejatuhan

sesuatu tamadun berlaku kerana tindakan-tindakan manusia yang memberikan kesan negatif

kepada sesuatu tamadun tersebut. Toynbee mengkaji sejarah berkaitan ketamadunan di mana

4
tindak-tanduk manusia yang memainkan peranan besar dalam pembangunan dan keruntuhan

sesuatu tamadun.

Selain daripada Toynbee, R. J. Wilkinson dalam bukunya A History of Peninsular

Malays, perkara yang dikaji oleh Wilkinson adalah berkaitan nasib rakyat dan negara di

Tanah Melayu dan bukannya tertumpu kepada nasib seseorang atau individu. R.

Suntharalingam ada menyatakan dalam bukunya Pengantar Kepada Sejarah,

Pernyataan ini boleh diperkukuhkan lagi jika kita meneliti cara


bagaimana Wilkinson mengisahkan peranan Parameswara dalam
sejarah Tanah Melayu. Menurut Wilkinson, Parameswara telah datang
dari Singapura, mempunyai penyokong yang terdiri daripada orang
India dan Jawa, dan telah menjamin kedudukannya sebagai raja
Melaka dengan mendapat perlindungan negeri China dan melalui
pemelukan agama Islam.

Hal ini dapat dilihat dengan jelas bahawa Wilkinson hanya menulis berkaitan tindak-

tanduk sosial Parameswara sebagai pengasas negeri Melaka, manakala perkara-perkara

peribadi seperti hal perkahwinan, hubungan saudara-mara dan makanan kegemarannya

diketepikan.

Sekiranya terdapat pandangan yang mengatakan Wilkinson turut menyentuh hal

berkaitan hubungan saudara-mara, dalam buku A History of Peninsular memang benar

Wilkinson ada mengkaji tentang hubungan Hang Tuah dengan saudaranya Hang Jebat dan

dianggap berkaitan dengan hal peribadi. Namun, menurut Wilkinson, perkara tersebut

sebenarnya bukan semata-mata berkaitan hubungan saudara-mara kerana perkara itu masih

memberi kesan kepada Melaka.

Kajian sejarah oleh R. J. Wilkinson juga tidak hanya terhad kepada aspek politik,

malahan turut tertumpu kepada tindakan individu atau sesuatu kelompok masyarakat dalam

aspek ekonomi yang memberi kesan kepada sesebuah negara. Contohnya, sekiranya

5
percaturan ahli ekonomi salah, maka perkara tersebut akan menyebabkan kesan buruk

berlaku kepada negara dan masyarakat.

Terdapat anggapan bahawa ukuran Teggart menyempitkan ruang lingkup sejarah. Hal

ini kerana ada ahli sejarah yang berpendapat bahawa Teggart hanya mengkaji peranan

individu sehingga menyebabkan sejarah menjadi pentas orang terkenal seperti Napoleon

Bonaparte, Hitler, Hang Tuah dan sebagainya.

Saya tidak bersetuju dengan anggapan bahawa Teggart menyempitkan ruang lingkup

sejarah. Hal ini kerana pandangan Teggart tidak mengehadkan ahli sejarah untuk mengkaji

tindakan mana-mana lapisan masyarakat. Contohnya, tindakan golongan bawahan seperti

petani, pekerja kilang, hamba abdi dan golongan wanita turut dikaji sekiranya sumbangan

mereka memberi kesan terhadap negara.

Ada bukti bahawa golongan bawahan mendapat perhatian ahli sejarah yang menjadi

rujukan Teggart seperti Herodotus yang telah menyediakan gambaran mengenai sejarah

orang Mesir dari pelbagai sudut seperti adat resam, pakaian, makanan, pertanian dan agama

penduduk. Livy juga bukan hanya mengkaji perjuangan antara kelas atasan atau pratician

dengan kelas bawahan atau plebeian, malahan turut mengkaji penderitaan rakyat biasa yang

dilanda wabak atau pertempuran atau krisis. Oleh itu, pandangan yang menyatakan bahawa

Teggart hanya mengkaji peranan individu sahaja adalah salah.

PERBANDINGAN PANDANGAN AHLI SEJARAH LAIN DENGAN F. J. TEGGART

Jika Teggart dibandingkan dengan pandangan Ranke, Ranke mempelopori aliran

sejarah objektif. Oleh itu, “Ranke dalam tulisan-tulisannya telah menyempitkan ruang

lingkup sejarah kepada soal-soal pentadbiran, tentera, diplomasi dan peperangan, sedangkan

hal-hal berkaitan dengan ekonomi, sosial, dan kedudukan wanita dan orang kebanyakan

6
diabaikan.” Hal ini bertentangan dengan pandangan Teggart kerana pandangan Teggart selagi

mana tindak tanduk manusia tidak kira individu atau kelompok masyarakat yang memberi

kesan kepada masyarakat dan negara, selagi itu perkara tersebut perlu dikaji.

Maka, sekiranya tindakan ahli ekonomi memberi kesan kepada masyarakat dan

negara, menurut Ranke perkara tersebut boleh diabaikan. Manakala menurut Teggart pula,

perkara tersebut mestilah dikaji kerana ia memberi kesan kepada masyarakat dan negara.

Hal ini turut dapat dibandingkan dengan pandangan R. G. Collingwood. Menurut

Collingwood, “Sejarah, seperti teologi, ataupun sains semulajadi, ialah suatu bentuk

pemikiran yang khusus.” Beliau berpendapat bahawa unsur keistimewaan yang wujud dalam

sejarah, tetapi tidak timbul dalam sains semulajadi ialah unsur pemikiran. Collingwood juga

ada menyatakan, “Jika tidak, maka tidaklah ada sejarah; jika ia dilakukan atas tujuan yang

tidak dapat kita soroti, maka sekurang-kurangnya kita tidak akan dapat membina kembali

sejarah.”

Persamaan antara Collingwood dan Teggart kemungkinan besar hanya dari segi ruang

lingkup kajian sejarah iaitu manusia kerana Collingwood bersetuju dengan pandangan

Teggart. Namun setelah diteliti, pandangan Collingwood jelas berbeza dengan padangan

Teggart. Collingwood mendakwa bahawa tindakan manusia yang dikaji dalam sejarah adalah

terhad kepada apa yang didorongkan oleh pemikiran yang reflektif sahaja. Pemikiran reflektif

bermaksud pemikiran yang dirancang. Manakala kajian sejarah Teggart tidak tertumpu

kepada tindakan manusia yang didorong oleh pemikiran yang reflektif sahaja.

Bagi Collingwood, semua aktiviti manusia yang berasaskan naluri manusia seperti

makan, minum dan sebagainya tidak perlu dikaji kerana ini merupakan proses semulajadi

akal namun bukan pemikiran. Collingwood juga tidak mengkaji riwayat hidup manusia –

kecil sehingga dewasa, hidup dan mati serta proses biologi.

7
Alasan Collingwood ialah ahli sejarah tidak berupaya menghayati semula emosi atau

perasaan manusia, tidak sebagaimana pemikiran yang reflektif. Contohnya, kes pembunuhan

isteri oleh suami untuk mewarisi harta akan dikaji oleh Collingwood mengikut takrifan beliau

kerana ada unsur pemikiran reflektif. Istilah membunuh disini bermaksud si suami

mempunyai niat dan merancang untuk membunuh isterinya demi harta. Namun, kes tersebut

tidak akan dikaji mengikut takrifan Teggart kerana tindakan itu tidak memberi kesan kepada

negara dan masyarakat.

Pandangan Collingwood mendapat tentangan daripada E. H. Carr kerana menurut

Carr, banyak daripada kejadian sejarah sebenarnya tidak pun dirancang atau dicita-citakan

oleh manusia. Bagi Carr, andaian Collingwood bahawa di sebalik setiap tingkah-laku dalam

sejarah itu wujud pemikiran manusia yang menggerakkannya adalah satu “andaian yang

salah.” Oleh itu, menurut Carr perkara tersebut bukan menjadi sebab peristiwa sejarah boleh

berlaku.

Saya pula bersetuju dengan takrifan Teggart kerana perlu diakui bahawa ramai ahli

sejarah yang mengikut pandangan Teggart. Contohnya, kebanyakan kes pembunuhan yang

dikaji dalam sejarah adalah kes yang memberi kesan kepada negara dan masyarakat. Antara

contoh kes pembunuhan yang dikaji dalam sejarah mengikut pandangan Teggart ialah tragedi

pembunuhan beramai-ramai membabitkan dua masjid di Christchurch di New Zealand.

Suspek utama tragedi pembunuhan beramai-ramai membabitkan dua


masjid di Christchurch semalam, dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Brentom Tarrant, 28, dari Australia dituduh membunuh puluhan
jemaah dan mencederakan 50 yang lain ketika mereka sedang
menunaikan solat Jumaat di tiga buah masjid berlainan. Dia turut
menyiarkan serangan itu secara langsung di internet dan menjadikan
sentimen anti pendatang sebagai objektif utama dalam manifesto
pembunuhan berkenaan.

Tragedi pembunuhan beramai-ramai tersebut perlu dikaji mengikut pandangan

Teggart kerana tragedi tersebut memberi kesan kepada masyarakat, negara serta seluruh dunia.

8
Oleh itu, saya menganggap pandangan Collingwood menyempitkan lagi ruang lingkup kajian

sejarah kerana hanya melibatkan ‘pemikiran reflektif sahaja.’ Disamping itu, tidak ada

pemisah yang mutlak antara pemikiran reflektif dengan bukan reflektif.

Sekiranya melihat kepada aliran Annales pula, pandangan ahli sejarah aliran Annales

lebih luas berbanding pandangan Teggart kerana meliputi aspek geografi, alam semulajadi,

struktur sosial, politik dan masyarakat. Tujuan golongan pemikiran Annales adalah untuk

memperkenalkan sejarah yang menggambarkan kehidupan seharian masyarakat lalu

berbanding hanya memperkatakan kehidupan golongan bangsawan di istana. Oleh itu,

golongan pemikiran Annales menerbitkan jurnal Annales yang memperkenalkan pengkajian

ruang lingkup sejarah yang luas.

Menurut Profesor Iggers, aliran Annales telah memperluaskan skop perhatian ahli

sejarah kepada semua aspek kehidupan sosial manusia seperti politik, ekonomi dan sosial.

Contohnya, tragedi Highland Towers yang menjadi peristiwa yang memberi kesan kepada

masyarakat dan negara. Jika melihat sudut pandangan kasar, tragedi ini tidak melibatkan

tindak tanduk manusia dan bagi aliran Annales, ia akan mengkaji tragedi ini dari sudut

geografi seperti konsep critical slope. iaitu curam bukit di Malaysia yang mana critical slope

yang dikatakan kritikal ialah curam yang lebih daripada 19°.Namun, sekiranya dikaji dengan

lebih mendalam mengikut pandangan F. J. Teggart pula, ada tindakan manusia yang memberi

kesan kepada tragedi Highland Towers ini sehingga memberi kesan kepada masyarakat dan

negara.

Saya menyatakan sedemikian kerana tindakan tidak wajar oleh manusia yang

berperanan dalam hal ini seperti pemaju perumahan yang mementingkan keuntungan dan

pihak kerajaan yang meluluskan pembinaan bangunan tersebut menyebabkan tragedi

Highland Towers ini berlaku dan memberi kesan kepada masyarakat kerana tragedi tersebut

9
menggemparkan negara. Hal ini sepatutnya dapat dielakkan sekiranya pemaju sedar dan peka

mengenai kenyataan amaran bahaya sekiranya membina bangunan di atas bukit yang curam

kritikal iaitu 19°.

Oleh itu, sekiranya ahli sejarah mempunyai pengetahuan luas dalam bidang geografi,

alam sekitar tidak ada masalah untuk mengkaji sejarah mengikut pandangan aliran Annales

yang mengesyorkan ‘sejarah keseluruhan’ (total history). Dalam buku Theory of History

yang ditulis Teggart, beliau ada menyentuh mengenai geologi, malahan mengenai astronomi.

Namun, umum perlu mengetahui kemampuan ahli sejarah terbatas kerana bukan semua ahli

sejarah datang daripada bidang sains, geografi atau ekonomi. Hal ini menyebabkan kita perlu

meminta bantuan daripada disiplin ilmu lain kerana semua ahli sejarah bersetuju bahawa

ketepatan adalah suatu kemestian. Oleh hal sedemikian, ahli sejarah berhak bergantung

kepada apa yang dipanggil ‘sains-sains bantu’ bagi sejarah.

Jadi, saya tidak bersetuju dengan pandangan ahli sejarah dalam aliran Annales dan

lebih memilih untuk mengikuti pandangan F. J. Teggart iaitu mengkaji tindak-tanduk

manusia yang memberi kesan kepada masyarakat dan negara yang lebih spesifik supaya

kajian sejarah lebih berfokus dan penghasilan kajian tidak terlalu luas skopnya. Sekiranya

memerlukan bantuan disiplin ilmu lain seperti arkeologi, geografi, alam semulajadi ahli

sejarah boleh merujuk atau meminta bantuan kepada ahli pakar bidang tersebut agar

penghasilan kajian sejarah lebih berkualiti.

RUMUSAN

Setiap ahli sejarah mempunyai pandangan yang berbeza terhadap ruang lingkup

sejarah. Antaranya, Ranke, Collingwood, Carr, aliran Annales yang dipimpin oleh Lucien

Febvre, Marc Bloch, Fernand Braudel dan Emmanuel Le Roy Ladurie dan Teggart. Oleh itu,

10
terdapat perdebatan mengenai perkara yang harus dikaji oleh ahli sejarah dalam kalangan

mereka.

Saya bersetuju dengan pandangan F. J. Teggart walaupun ada kritikan daripada ahli

sejarah lain yang menyatakan bahawa pendapat Teggart sempit kerana berfokus kepada

tindakan manusia semata-mata. Namun, sekiranya dikaji semula buku beliau iaitu Processes

of History, beliau ada menyentuh isu berkaitan geografi dalam sejarah.

Menurut pandangan ini, tindakan manusia menyebabkan berlakunya migrasi

seterusnya membawa kepada organisasi politik sesebuah kawasan atau daerah dan populasi

penduduk yang semakin bertambah di sesuatu kawasan menyebabkan perubahan cuaca di

kawasan itu sendiri. Bukti dapat dilihat di dalam buku The Processes of History, F. J. Teggart

menyatakan, “This inquiry will have the additional advantage of showing the uniform

dependence of history upon a second set of natural factors, namely, the fundamental

characteristics of man himself.”

Saya bersetuju dengan pendapat Teggart jika dibandingkan dengan pandangan aliran

Annales, Ranke, Marxism dan Collingwood kerana rasionalnya beliau memfokuskan kepada

tindakan individu atau sesuatu kelompok masyarakat. Beliau juga tidak menyempitkan ruang

lingkup kerana peranan kelas bawahan juga boleh dikaji atas sebab mereka dianggap

kelompok yang ramai dan memberi kesan kepada masyarakat serta negara.

11
BIBLIOGRAFI

Agensi. “Suspek Utama Pembunuhan Dua Masjid Dihadap Ke Mahkamah.” 16 Mac, 2019.
https://www.bharian.com.my/dunia/asia/2019/03/541574/suspek-utama-pembunuhan-
dua-masjid-dihadap-ke-mahkamah.

Aizat, Sharif. “Pemaju dan PBT Tidak Ambil Iktibar Tragedi Highland Towers.” Astro
Awani, 11 Disember 2008. http://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemaju-dan-
pbt-masih-tidak-ambil-iktibar-tragedi-highland-towers-26823

Arba’iyah, Mohd Noor. “Ilmu Sejarah dan Pensejarahan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 2006.

Bender, Aaron. “An Analysis Of The Idea Of Progress And Other Interpretations Of History
Evidenced In Selected Books On Philosophy Of History Published In English, 1933-
1957.” New York University: ProQuest Dissertations Publishing, 1964.

Bunge, Frederica M. “Malaysia, A Country Study.” Edisi Keempat. Washington D. C.: The
American University, 1984.

Campbell, Heather. “Frederick J. Teggart.” Encyclopedia Britannica. Diakses pada 23 Mac,


2019. https://www.britannica.com/biography/Frederick-J-Teggart

Carr, E. H. “Apakah Sejarah?” (terj. Abdul Rahman Haji Ismail) Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1996.

Collingwood, Robin George. “Idea Sejarah Terjemahan Muhd. Yusof Ibrahim.” Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985.

12
Dewan Rakyat. “Penyata Rasmi Parlimen, Jilid III, Bil. 61.” Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Malaysia Berhad, 13hb Disember, 1993.

Harsgor, Michael. “Total History: The Annales School.” Journal Of Contemporary History,
Vol. 13, 1978. https://doi.org/10.1177%2F002200947801300101

Hashim, Ahmad. “Onn Jaafar, Bapa Gerakan Nasionalis Tanah Melayu.” Kuala Lumpur:
Revolusi Rekaria Sdn Bhd, 2009.

Iggers, G. G. “New Directions in European Historiograph.” Middletown, 1975.

Loh, Wei Leng. “Sejarah Baru dan Sejarah Ekonomi dalam Penulisan Sejarah Malaysia.”
Jabatan Sejarah, Universiti Malaya: Kertas Kerja Konvensyen Kebangsaan Sejarah
Malaysia, 1994.

McNeill, William H. “Arnold J. Toynbee: A Life.” New York: Oxdord University Press,
1990.

Muhd Yusuf, Ibrahim. “Ilmu Sejarah: Falsafah, Pengertian, dan Kaedah.” Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000.

Noresah, Baharom et. al. (ed.). “Kamus Dewan Edisi Keempat.” Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2007.

Pusat Rujukan Persuratan Melayu. “Ruang Lingkup.” Diakses pada 17 Mac, 2019.
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=ruang+lingkup

Qasim, Ahmad. “Penyebaban: Penelitian Terhadap Carr.” Dalam, Badriyah Hj. Salleh & Tan
Liok Ee (Peny.), Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996.

R., Suntharalingam. “Pengenalan Kepada Sejarah.” Kuala Lumpur: Marican & Sons (M) Sdn
Bhd, 1985.

Syed Muhammad Naquib, al-Attas. “Buku Panduan Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan
Melayu.” Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1972.

Teggart, Frederick John. “The Processes of History.” New Haven: Yale University Press,
1918.

Teggart, Frederick John. “Theory and Process of History.” Berkeley: University of California
Press, 1941.

Teggart, Frederick John. “Theory of History.” New Haven: Yale University Press, 1925.

13
14

Anda mungkin juga menyukai